Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

Hutang pun hutang la, janji dapat nikah😆😂

19,547 views • 1 month ago •via X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut "Aku Kena Bayar" - Shabery Cheek Oleh Mynewshub SEREMBAN - Kerajaan tidak sepatutnya merungut perlu membayar hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri yang berjanji akan menghapuskan hutang peneroka. Bekas Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebahagian hutang FELDA hampir RM10 bilion ketika ini merupakan hutang peneroka yang PH pernah berjanji akan mansuhkan. "Saya agak terkejutlah baru-baru ini bila ada yang menyebut kasihan kerajaan sekarang kena tanggung RM1 bilion setahun untuk bayar hutang FELDA. Kita kena faham ini ada hutang peneroka, ada hutang FELDA. "Sebenarnya, ini puncanya kerana ia adalah salah satu daripada janji dalam manifesto PH pada tahun 2018. Dulu mereka janji, 10 janji dalam 100 hari nak selesaikan termasuk hapuskan GST, tol, PTPTN. Antaranya menghapuskan hutang peneroka," katanya menerusi satu rakaman video tular. Terdahulu, Ahmad Shabery menjelaskan, FELDA memang dibenarkan berhutang sehingga RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan berdasarkan peruntukan ketika itu. Menurut beliau, antara hutang FELDA ketika itu pinjaman kepada peneroka untuk membantu kehidupan mereka termasuk memperbaiki rumah, pendidikan dan pembelian komputer. Jelas beliau, pinjaman terbesar kepada peneroka adalah kos tanam semula yang mencecah sehingga RM100,000 untuk memastikan kelangsungan kehidupan mereka. Kata beliau, kerajaan ketika itu malah memberi pinjaman kos sara hidup buat mereka sehingga hasil tanaman semula diperoleh. "Tapi ada orang (PH) datang janji, undi kami hutang ini semua kita selesai. Mestilah mereka (PH) menang sebab janji tak payah bayar hutang," katanya. Bagaimanapun, kata beliau, implikasi daripada janji tersebut adalah FELDA yang terpaksa menanggung hutang berkenaan dengan pihak bank. "Siapa suruh berjanji? Tiba-tiba mengeluh pula 'aku kena bayar'. Hutang RM1 bilion setahun kerana janji yang kamu buat, jadi kerajaan hari ini yang kena tanggung perkara ini. "Jadi janganlah komplain kerana janji kamu. Kalau kira janji yang dibuat pada waktu itu besar termasuk PTPTN, tol. Termasuk suri rumah pun akan dapat caruman KWSP dia janji waktu itu," katanya. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

15,063 views • 25 days ago

KATA HUTANG BERKURANG, KENAPA MAKIN TINGGI! Anwar Ibrahim spin lagi pasal hutang negara, kata walaun! Setiap kali kerajaan berkongsi maklumat mengenai usaha mengurangkan hutang negara, ia akan diperlekehkan penyokong pembangkang. Baru-baru ini, Dato’ Seri Anwar maklumkan bahawa jumlah hutang baru berkurang setiap tahun setelah Kerajaan Madani mengambil alih. Hutang baru yang diambil kerajaan dijangka turun kepada RM86 bilion untuk 2024, berbanding RM93 bilion dalam 2023 dan RM100 bilion dalam 2022. Maka kecohlah pakar ekonomi Tiktok, konon ini satu penipuan kerana kata mereka, jumlah hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan semakin bertambah. Saya selalu terangkan bahawa pada masa kerajaan komited kurangkan hutang baru setiap tahun, kita masih perlu membayar hutang-hutang yang diwarisi. Jadi jumlah hutang tahunan itu perlu mengambil kira bayaran hutang terdahulu setiap tahun. Tempoh matang hutang kerajaan selalunya antara 3 ke 5 tahun, ada yang lagi panjang dari itu. Berikut adalah profail hutang terdahulu yang perlu dibayar kerajaan sekarang: 2023 - RM78 bilion 2024 - RM97 bilion 2025 - RM89 bilion 2026 - RM97 bilion Maknanya, hutang-hutang yang diambil oleh kerajaan terdahulu kini perlu dibayar oleh kerajaan sekarang. Walaupun ekonomi makin baik, cukai yang dikutip lebih tinggi, tapi oleh kerana tempoh matang hutang terdahulu perlu dibayar, jumlah hutang keseluruhan masih nampak tinggi. Sebab itu, prestasi mengurangkan hutang perlu diteliti juga dari segi jumlah baru hutang tahun yang diambil oleh pentadbiran sekarang, seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar. Dalam tempoh dua tahun mentadbir, hutang baru tahunan telah berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion, iaitu RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM100 bilion dalam 2022. Jika prestasi ini dapat dikekalkan, jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan mula berkurang. Lain kali, kalau kurang faham, bacalah dulu.

Rafizi Ramli

44,586 views • 2 years ago