Sensitive content

This media may contain sensitive content.

Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

IG:pp.plai_wiyada

48,536 просмотров • 2 месяцев назад •via X (Twitter)

Комментарии: 0

Нет доступных комментариев

Здесь появятся комментарии из оригинального поста

Похожие видео

Rolls-Royce Boat Tail Milik Pemangku Sultan Johor Curi Tumpuan, Dianggarkan Bernilai RM120 Juta Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Kemunculan sebuah Rolls-Royce Boat Tail yang dipercayai milik Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mencuri perhatian apabila gambar jentera ultra-eksklusif itu dikongsikan sendiri oleh baginda. Kenderaan berwarna merah jambu gangsa tersebut turut dilihat digunakan oleh Tunku Mahkota Ismail ketika berangkat menghadiri perlawanan akhir Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026. Perkongsian gambar berkenaan, selain penampilan baginda bersama kenderaan itu, menguatkan kepercayaan bahawa Rolls-Royce tersebut merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi Pemangku Sultan Johor. Boat Tail bukan model Rolls-Royce yang boleh dibeli melalui bilik pameran biasa, sebaliknya dihasilkan menerusi program Coachbuild mengikut cita rasa dan kehendak khusus pemiliknya. Rolls-Royce dilaporkan menghasilkan hanya tiga unit Boat Tail, dengan setiap satunya mempunyai reka bentuk, warna serta kemasan yang berbeza mengikut identiti pelanggan. Kereta berkenaan menggunakan enjin V12 6.75 liter turbo berkembar dan dibangunkan berasaskan seni bina mewah Rolls-Royce. Antara keistimewaan utamanya ialah bahagian belakang berbentuk dek kapal layar yang boleh dibuka seperti sayap rama-rama bagi menempatkan ruang hospitaliti khas untuk menikmati hidangan dan minuman di kawasan terbuka. Harga rasmi Boat Tail tidak pernah diumumkan oleh Rolls-Royce kerana setiap unit dibina mengikut tempahan sulit pelanggan. Bagaimanapun, media automotif antarabangsa menganggarkan nilainya sekitar AS$28 juta atau kira-kira RM120 juta, tidak termasuk cukai, kos penghantaran serta pendaftaran di Malaysia. Dengan hanya tiga unit dipercayai wujud di dunia, Boat Tail yang digunakan Pemangku Sultan Johor itu bukan sekadar sebuah kereta mewah, tetapi hasil seni automotif yang hampir mustahil dimiliki oleh orang kebanyakan. Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai maklumat pendaftaran kenderaan tersebut, perkongsian gambar oleh baginda serta kemunculannya ketika memandu jentera berkenaan menjadikannya dipercayai sebagai antara permata paling bernilai dalam koleksi automotif Diraja Johor.-MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

16,811 просмотров • 6 дней назад