Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

•Kol Gulung Isi Daging• Kol yang crunchy dengan isian daging sapi giling yang lembut dipanggang bersama saus gurih dan taburan keju mozzarella. Nikmati selagi hangat untuk makan malam bersama keluarga. Resep lengkap

16,077 görüntüleme • 3 yıl önce •via X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek

Benzer Videolar

𝗪𝗛𝗬 𝗪𝗔𝗟𝗞 𝗔𝗟𝗢𝗡𝗘? 𝗕𝗘𝗖𝗔𝗨𝗦𝗘 𝗬𝗢𝗨 𝗡𝗘𝗩𝗘𝗥 𝗪𝗔𝗟𝗞 𝗔𝗟𝗢𝗡𝗘 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 & 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini. Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan. Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke? Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN. BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami. Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan. Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa. Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE. Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu. Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik. Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza. Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih. Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia. Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya. Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga. Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri. Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat. Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing. Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari. Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini. Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit. Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil. Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut: Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026 Masa: Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam Tempat: Ruang Parkir Paragon Market Place 135, Jalan Tampoi Kampung Melayu Majidee Johor Bahru Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini. Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di Klik Acara, pilih “Pengumuman Calon PRN Johor” atau imbas kod QR. Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu. Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan. Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat. Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.

Rafizi Ramli

12,469 görüntüleme • 3 ay önce

𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗙𝗨𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔? 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗙𝗨𝗡𝗗𝗥𝗔𝗜𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥 Sejak BERSAMA dilancarkan, antara serangan utama ialah fitnah-fitnah mengenai sumber dana BERSAMA. Ada serangan tersusun kononnya saya membeli BERSAMA pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim. Bila kami terus bergerak dan ada program, serangan itu juga diteruskan untuk memberi gambaran BERSAMA dibiayai seseorang. Memang ada seorang yang menjadi funder terbesar BERSAMA. Orang itu adalah saya. Setakat ini, perbelanjaan terbesar BERSAMA ialah pada hari pelancaran 17 Mei, yang menelan belanja RM30,000. Yang itu saya bayar. Kemudian, bayaran deposit untuk ibu pejabat BERSAMA di Puchong, sekitar RM50,000. Yang itu pun saya bayar. Perbelanjaan lain kami berhutang dahulu dan bayar ansuran, sementara kami mendapat yuran dari ahli dan sumbangan. Selain dari saya, setakat hari ini ada sekitar 27,000 orang rakyat Malaysia yang menjadi funder BERSAMA. Mereka terdiri dari ahli-ahli BERSAMA yang membayar RM20 yuran keahlian seumur hidup, 1,102 orang yang membeli merchandise BERSAMA sehingga kehabisan stok dan 2,003 orang yang menyumbang crowdfunding kepada BERSAMA. Jumlah keseluruhan dari yuran, merchandise dan crowdfunding adalah sekitar RM750,000. Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain. Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos BERSAMA. Kami gunakan duit RM750,000 ini untuk pusing modal terlebih dahulu. Terima kasih kepada pembekal yang bagi kami ambil dahulu dan bayar ansuran bila merchandise dah jual. Belanja lain macam ubah suai pejabat, infrastruktur digital, kad keahlian, bahan kempen, semua dibayar secara ansuran. Funder BERSAMA adalah anda semua. Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu BERSAMA jadi hamba kepada penyumbang dana. Sebab itu kami kena terus raise fund dari orang ramai. Majlis mengutip dana yang pertama akan diadakan seperti berikut: Tarikh: Sabtu, 27 Jun 2026 Masa: Bermula jam 8 malam Tempat: SJKC Wangsa Maju 10, Jalan Usahawan 2, Taman Danau Kota, 53200 Kuala Lumpur. Harga tiket-tiket: Platinum - RM2,000 seorang atau RM18,000 semeja Gold - RM1,000 seorang atau RM10,000 semeja Silver - RM500 seorang atau RM5,000 semeja Standard - RM150 seorang atau RM1,500 semeja Pada majlis itu juga, BERSAMA akan melancarkan kempen dana untuk membiayai program khusus, iaitu: 1) Sewaan 2 trak kempen BERSAMA untuk PRN Johor, Negeri Sembilan dan kempen berterusan BERSAMA sehingga PRU16 2) Kos ubah suai ibu pejabat BERSAMA 3) Kos bahan kempen seperti bendera dan poster Tiket-tiket untuk majlis dana BERSAMA pada 27 Jun 2026 ini boleh mula dibeli di laman Klik Acara dan pilih dari senarai fundraising dinner yang ada. Anda boleh pilih tiket, pilih tempat duduk dan meja sesuai. Semua jualan dibuat atas talian dan tiket dikeluarkan secara elektronik. Kebebasan ahli dan parti politik membawa suara rakyat ditentukan oleh punca dana parti. Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu. Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat. Sebarkan kepada rakan-rakan, mari BERSAMA menyumbang. Jumpa saya dan Nik Nazmi di SJKC Wangsa Maju pada 27 Jun ini, beli tiket sekarang.

Rafizi Ramli

26,563 görüntüleme • 3 ay önce

𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣: 𝗣𝗛 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗜𝗡𝗜 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛, 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗦 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗝𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 Kita sedang dihidangkan dengan tangkapan demi tangkapan. Setakat ini yang kena hampir semuanya dari sebelah UMNO atau BN. Yang mafia korporat atau apa-apa yang bersabit dengan PH, belum ada lagi. Pandangan saya mudah: tangkap semua, dakwa semua. Kalau PMX nak buktikan dia tidak menggunakan kuasa pendakwaan sebagai ugutan politik, perkara pertama dia kena buat ialah dedahkan laporan yang dibentangkan di Kabinet mengenai siasatan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki, ekoran laporan mafia korporat dalam Bloomberg. Tapi itu kata saya lah, nanti orang-orang PH kata saya merajuk pulak. Sebaiknya rakyat biasa yang atas pagar jangan sekadar makan popcorn saksikan semua drama ini, kita kena tingkatkan pengetahuan kita mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan tuduh menuduh seperti ini berlaku di masa hadapan. Supaya ada saja yang makan rasuah, siasat, kalau ada bukti kukuh tangkap dan dakwa. Sebab itu, BERSAMA akan memulakan siri forum BERSAMA bermula esok, Rabu 9 September 2026 jam 8 malam. Setiap 2 minggu, kita akan bawa tokoh-tokoh yang bebas politik untuk berdiskusi mengenai perkara-perkara besar dan dasar negara. Minggu ini, kita bermula dengan tajuk hangat: 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵: 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗜𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂, 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗠𝗮𝘀𝗮? 𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗲𝗹: Saya dan Nik Nazmi dari BERSAMA Dato' Mah Weng Kwai (bekas Hakim Mahkamah Rayuan) Ngeow Chow Ying (Peguam dan Penyelaras Projek SAMA) Anand Raj (Presiden Majlis Peguam Malaysia) Moderator: Goh Vee Cheen 📅 9 September 2026 (Rabu) ⏰ 8.00 malam 📍 Ibu Pejabat Parti BERSAMA Malaysia, No. 31, Jalan PP 16/4, Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Daftar kehadiran: klik Acara. Kepada yang tidak dapat hadir boleh saksikan siaran langsung menerusi saluran media sosial saya dan BERSAMA.

Rafizi Ramli

33,297 görüntüleme • 16 gün önce

𝗪𝗘𝗙𝗨𝗡𝗗 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 Pilihan raya negeri Melaka akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Desas-desus mengatakan pembubaran Dewan Undangan Negeri akan berlaku dalam tempoh 2 minggu yang akan datang. BERSAMA telah mengumumkan calon-calon pada 15 Ogos yang lalu. Mereka telah berkempen dan bergerak dalam komuniti sejak sebulan lalu. Hujung minggu ini, Insya-Allah BERSAMA akan mengumumkan 2 lagi calon, menjadikan jumlah 16 kerusi yang akan ditandingi di Melaka. Seperti mana kempen PRN Johor yang lalu, BERSAMA menganjurkan majlis makan malam untuk membina dana memasuki setiap pilihan raya. Jumlah kutipan dan perbelanjaan diisytiharkan kepada orang ramai dan boleh disemak di Majlis kutipan dana #WeFund Melaka akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2026 jam 8 malam di IDCC Shah Alam, Jalan Pahat 15/L, Seksyen 15, Shah Alam. Tiket-tiket berharga RM150, RM500, RM1,000 dan RM2,000 boleh mula dibeli secara online di atau klik Kami hanya ada kurang dari 3 minggu untuk menjual tiket-tiket ini bagi membiayai kempen BERSAMA di PRN Melaka. Ikhtiar kita untuk membina sebuah negara yang bebas rasuah, perbalahan kaum dan agama, yang berfokus kepada penyelesaian bermula dengan langkah-langkah kecil seperti ini. Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyumbang kepada BERSAMA sejak hari pertama, sehingga kami boleh bergerak aktif walaupun berusia 3 bulan. Teruskan sumbangan sebagai pelaburan masa depan untuk anak-anak kita. Jika mampu dan ada kelapangan untuk hadir, kita jumpa di majlis #WeFund Melaka pada 3 Oktober ini. Jika mampu, boleh juga menyumbang secara crowdfunding di klik Bantu Kami, atau buat sumbangan ke akaun Parti BERSAMA Malaysia, CIMB nombor akaun 86 0650240 9 Sebarkan melalui Whatsapp dan media sosial anda.

Rafizi Ramli

10,131 görüntüleme • 8 gün önce

𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Rafizi Ramli

54,633 görüntüleme • 3 ay önce