正在加载视频...

视频加载失败

125,316 次观看 • 9 个月前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

Pemandu Treler Diculik, Diikat dan Ditinggal di Tepi Jalan Selepas Dilarikan 34 Kilometer RAUB, 25 Okt 2025 – Seorang pemandu treler berusia 37 tahun berdepan detik mencemaskan apabila diculik tiga lelaki tidak dikenali sebelum ditinggalkan dalam keadaan tangan terikat dan mata ditutup di tepi jalan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.30 malam apabila seorang lelaki menemui mangsa dalam keadaan meminta pertolongan berhampiran Taman Sri Wawasan, Raub. “Pasukan peronda polis segera ke lokasi dan membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Menurut Mohd Shahril, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pemandu treler membawa muatan besi dari Balakong, Selangor ke Gua Musang, Kelantan. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan singgah di sebuah warung makan di kawasan sempadan Bentong–Raub untuk mandi dan menukar pakaian. “Ketika sedang mandi, mangsa tiba-tiba diserang tiga lelaki yang kemudian mengikat tangannya menggunakan cable tie dan membawanya menaiki sebuah kereta. Selepas kira-kira sejam perjalanan, mangsa ditinggalkan di tepi jalan dengan mata ditutup menggunakan pita pelekat hitam,” jelasnya. Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kumpulan terbabit dipercayai bertujuan melarikan treler yang membawa muatan besi berkenaan. “Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini dalam keadaan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan,” katanya. Mohd Shahril turut menasihatkan pemandu kenderaan berat dan orang awam agar lebih berwaspada, khususnya ketika berhenti di kawasan sunyi pada waktu malam. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau terlihat individu mencurigakan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Raub di talian 09-355 2222,” katanya. — Mynewshub

MYNEWSHUB

15,319 次观看 • 8 个月前