Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

377,035 Aufrufe • vor 1 Jahr •via X (Twitter)

10 Kommentare

Profilbild von Joko
Jokovor 1 Jahr

Aseeek nih bosen liat X isinya politik mulu….

Profilbild von Ferry Timor
Ferry Timorvor 1 Jahr

Menyala😂

Profilbild von YieldMax ETFs
YieldMax ETFsvor 1 Jahr

Don't mind us, we're just flexing...

Profilbild von Kuat_droid
Kuat_droidvor 1 Jahr

Supir kurang ajar,,,kan jd keluar aslinya 😆😆😆

Profilbild von Ferry Timor
Ferry Timorvor 1 Jahr

😂😂🤦

Profilbild von negativespace
negativespacevor 1 Jahr

“mas isi botilite-nya 100”

Profilbild von Ferry Timor
Ferry Timorvor 1 Jahr

😂😂😂

Profilbild von omsenank
omsenankvor 1 Jahr

Hehehe

Profilbild von Foodenna Food...😋👍
Foodenna Food...😋👍vor 1 Jahr

Anjayyy😅😅😅

Profilbild von Ferry Timor
Ferry Timorvor 1 Jahr

😂😂😂

Ähnliche Videos

Kisah Patriotik Sejati – "Hanya di Malaysia" Beberapa hari lalu, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya ternampak seorang rakan sedang berada di tepi jalan bersama dua orang anak kecil. Saya segera berhenti, kononnya ingin membantu sebagai 'hero'. Rupa-rupanya motosikal mereka rosak – rantai tersekat dan langsung tidak boleh bergerak. Kami semua agak keliru dan tidak tahu nak buat apa. Tiba-tiba, seorang remaja lelaki berbangsa India yang menaiki motosikal lalu perlahan dan sempat melirik kepada kami dengan isyarat seolah-olah bertanya, “Nak tolong ke?”. Saya pun melambai dan memberitahu bahawa motosikal rosak. Dia terus berhenti dan memeriksa keadaan. Tak lama kemudian, seorang lagi lelaki India turut berhenti. Remaja pertama tadi memberitahu dia mahu pulang sebentar ke rumah untuk ambil peralatan. Seorang lagi kekal berada di situ sementara menunggu. Beberapa minit kemudian, remaja tersebut kembali bersama set alat pembaikan dan mula membaiki motosikal yang rosak. Akhirnya, motosikal berjaya dibaiki – walaubagaimanapun katanya, motosikal itu tak boleh dipandu terlalu laju. Apa yang mengejutkan, mereka berdua menaiki motosikal masing-masing dan mengiringi rakan saya hingga selamat sampai ke rumah – tanpa diminta! Saya sangat tersentuh dengan keikhlasan mereka. Baiknya hati mereka, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang. Dalam kampung majoriti Melayu ini, dua anak muda India tampil membantu tanpa berkira. Inilah semangat 1Malaysia yang sebenar. **Kisah di atas ditulis kembali oleh Mynewshub dari sumber asal TikTok linlahni agar lebih mudah untuk difahami.

MYNEWSHUB

17,368 Aufrufe • vor 1 Jahr

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar “isu media sosial”. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang “makan”. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan 𝘷𝘦𝘴𝘵𝘦𝘥 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘦𝘴𝘵 yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah “redha” wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, “dia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.” Macam “lambai dapat 100”, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu “hal dia”. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: “pendakwaan terpilih”. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab “alah, game politik je.” Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif “terpilih” tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, “tak ada apa pun.” Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada “personal” dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua “berteras rasuah” yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan 𝘢𝘭𝘭 𝘪𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘭𝘰𝘴𝘵 dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,052 Aufrufe • vor 6 Monaten