Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

Pertarungan dua samurai biru❌ Pertarungan dua monster anomali ✅

67,063 görüntüleme • 1 ay önce •via X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek

Benzer Videolar

Pekerja kedai makan dibelasah kerana lambat terima pesanan SENTUL – Dua lelaki ditahan selepas memukul dua pekerja kedai makan kerana lambat menerima pesanan di sebuah kedai makan di Jalan Perhentian Haji Salleh, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima aduan daripada wanita tempatan berusia 44 tahun kira-kira pukul 8.03 pagi. Pengadu yang merupakan pemilik kedai mengadu pekerjanya telah dipukul dan peralatan kedai makan dirosakkan. “Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semasa pekerja pengadu sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan telah didatangi seorang lelaki dikenali yang membuat pesanan minuman pada pukul 6 pagi. “Memandangkan gerai baru dibuka, pekerja pengadu menjelaskan pesanan tidak dapat dibuat dengan segera menyebabkan suspek bertindak memaki hamun pekerja tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, suspek beredar setelah pesanannya diterima namun datang semula setengah jam kemudian sebelum memaki hamun pengadu dengan perkataan kesat dan memukul kepala mangsa menggunakan sebatang penyapu. “Sekitar pukul 8.30 pagi setelah pengadu selesai membuat laporan polis, suspek sekali lagi datang bersama seorang rakannya yang tidak dikenali telah memaki hamun pengadu dan pekerjanya serta bertindak merosakkan peralatan di gerai tersebut. “Kedua-dua suspek ditahan di kedai bersebelahan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta peronda (MPV) yang ditugaskan ke tempat kejadian,”jelasnya. Menurut Sukarno, pihaknya merampas sebatang cota dan sebuah topi keledar berwarna biru yang digunakan semasa kejadian. Ekoran kejadian tersebut, dua orang pekerja pengadu telah mengalami kecederaan ringan di kepala dan belakang badan serta disahkan oleh Pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur. Pengadu mengalami kerugian bernilai anggaran RM12,000 akibat kejadian terbabit. “Seorang dari suspek yang ditangkap mempunyai sembilan rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. “Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan,”jelasnya. Tambahnya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. -KOSMO! ONLINE. Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI 26 Ogos 2023, 2:36 pm *Baki video di Channel Telegram Mynewshubviral

MYNEWSHUB

459,688 görüntüleme • 3 yıl önce

Kejar Mengejar Sejauh 96KM Di JB - Dua Ditahan JOHOR BAHRU, 7 Mei 2025 – Dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita tempatan, berjaya ditahan polis selepas aksi kejar-mengejar sejauh 96 kilometer di sekitar Johor Bahru awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi, anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang sedang menjalankan rondaan pencegahan jenayah mengesan sebuah Proton Wira berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Pasir Gudang. Kenderaan tersebut dipandu melawan arus dan tidak mengendahkan arahan polis untuk berhenti. Cubaan meloloskan diri itu membawa suspek ke Lebuhraya Utara-Selatan, Pusat Bandar Johor Bahru, South Key, Jalan Bakar Batu, Pandan hingga ke kawasan perindustrian Tanjung Langsat. Polis dari IPD Johor Bahru Utara dan IPD Seri Alam turut digerakkan dalam usaha menahan suspek yang memandu secara berbahaya dan zig-zag. Kenderaan suspek akhirnya berjaya dihalang di Jalan Pesisiran Tanjung Langsat selepas dikejar merentasi pelbagai laluan selama hampir dua jam. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Pemeriksaan lanjut turut mendedahkan pemandu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan yang digunakan telah tamat tempoh cukai jalan. Kedua-dua mereka yang berusia 34 dan 36 tahun itu kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut. Semakan juga mendapati mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain. Kes disiasat mengikut beberapa seksyen termasuk: 1. Seksyen 186 Kanun Keseksaan – Menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 2. Seksyen 42(1), 26(1), 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Memandu secara berbahaya, tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh. 3. Seksyen 15(1) & 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Penyalahgunaan dan memiliki dadah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menyeru orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.- MYNEWSHUB Sumber: Kenyataan IPD Johor Bahru Selatan

MYNEWSHUB

49,235 görüntüleme • 1 yıl önce