正在加载视频...

视频加载失败

61,917 次观看 • 1 年前 •via X (Twitter)

3 条评论

P A M 的头像
P A M1 年前

Dikin asik ajalah

Solar Heavy 的头像
Solar Heavy1 年前

take the journey

Cony Shaquille 的头像
Cony Shaquille1 年前

✲꘏ ꘏ MEGAJUDI303 ꘏ ꘏✲ 🔥Terbaik sepanjang masa🔥

相关视频

𝗖𝗜𝗞 𝗠𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗔 Satu kebimbangan saya mengenai negara dan masyarakat yang tidak dikongsi oleh ahli-ahli politik lain ialah kesan negara menua kepada masyarakat kita. Malaysia sekarang adalah negara yang sedang menua. Kita dijangka akan jadi negara tua menjelang 2048, iaitu 22 tahun dari sekarang, apabila 14% dari penduduk telah melepasi umur 65 tahun dan tidak bekerja. Kesannya sangat besar kepada negara dari segi ekonomi, kebajikan, kelangsungan negara dan terutamanya kehidupan rakyat. Bayangan apa yang akan kita lalui sudah ada di depan mata kita. Saya perkenalkan Puan Aminah, kami panggil Cik Minah, umur dah 70 tahun lebih, duduk di Pandan. Cik Minah adalah seorang warga emas yang duduk seorang di flat. Tiada pendapatan. Dulu masa membesarkan anak, Cik Minah jual nasi lemak. Sekarang dah tua, anak-anak membantu sedikit sebanyak tetapi anak-anak pun hidup susah jugak. Duit yang anak-anak bagi itulah Cik Minah nak bayar sewa, elektrik, air dan sebagainya. Duit untuk makan memang sangat kesempitan. Walaupun tiada pendapatan, Cik Minah tidak pernah dapat Sumbangan Tunai Rahmah, bantuan SARA dan sebagainya. Kami tolong daftarkan mana yang patut, dan bantu mana yang patut. Tapi cabaran warga emas seperti ini bukan unik kepada Cik Minah saja. Ada beratus ribu lagi warga emas dalam keadaan ini dan menjelang 2048, angka ini mencecah jutaan orang. Kita akan jadi macam Cik Minah dalam 20 tahun dari sekarang. Ikuti keluhan Cik Minah, supaya kita sama-sama boleh gerakkan negara ke arah satu sistem dan pendekatan baru yang bersiap sedia menghadapi negara tua dalam 20 tahun akan datang.

Rafizi Ramli

14,214 次观看 • 1 个月前