Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

Rakaman video Sofia Rini bertarikh 21 November 2025. Sofia sangat rapat dengan Setiausaha Politik kanan PMX ketika itu. Dalam video tersebut, Sofia mendakwa โ€œAnwarโ€ berada di Afrika pada ketika itu untuk sorok wang yg disonglap di sana. Secara kebetulan, PMX juga direkodkanโ€ฆ

134,128 views โ€ข 3 months ago โ€ขvia X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

Cerita PTPTN dan 1MDB. 2011 Anwar Ibrahim (AI) mula menghidu kepincangan 1MDB yang boleh menjadi skandal terbesar negara malah dunia tetapi ditolak dan disindir bulat2 oleh pemimpin kerajaan dan sekutunya ketika itu. (Lihat klip video di bawah) 2013 Hutang PTPTN sekitar 20 billion. Jumlah hutang negara 580 billion. 2018 Terbukti 1MDB menjadi skandal kewangan terbesar dunia dengan jumlah hutang prinsipal yang perlu dibayar Kerajaan sebanyak 32.3 billion tidak termasuk faedah 6.5 billion yang matang pada tahun 2039. 2022 Hutang PTPTN cecah 65 billion. Jumlah hutang negara 1.5 trillion AI dilantik sebagai PMX dan mengambil alih pemerintahan negara. Matematik : ๐Ÿ“Œ Hutang PTPTN memang boleh dihapuskan seluruhnya pada 2013 dengan situasi kewangan negara ketika itu dan jumlah hutang PTPTN yang masih lagi kecil 20 billion. Jika dibandingkan dengan keadaan kewangan sekarang, Kerajaan tidak mampu untuk melupuskan hutang PTPTN yang mencecah 65 billion. ๐Ÿ“Œ Bayangkan skandal 1MDB yang dibongkar PMX dulu didengari? Negara tidak perlu bersusah payah untuk membayar hutang skandal terbesar dunia tersebut malah boleh dialihkan kepada penghapusan hutang PTPTN ketika itu. ๐Ÿ–‡๏ธ Jadi walaun dan walajib sekelian! Mengulangi cerita lama bahawa AI nak hapuskan hutang PTPTN sebenarnya lawak bodoh daripada korang semua. Korang bebal untuk menilai situasi kewangan negara ketika itu dan sekarang. Lagi benak bila korang terus berpuashati dengan skandal 1MDB. PMX ๐Ÿซถ๐Ÿผ.

Amer Hamzah

54,657 views โ€ข 1 year ago

๐—ฃ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—›๐—”๐— ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—œ, ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง ๐— ๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—ก Dari segi undang-undang, apa yang didedahkan oleh Albert Tei masih merupakan dakwaan. Lebih baik sekiranya perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan yang sewajarnya. Shamsul sepatutnya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil untuk membersihkan namanya. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menguatkan dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei. Begitu juga, pihak berkuasa โ€” terutamanya SPRM โ€” perlu bertindak segera untuk menyiasat dan, sekiranya ada asas kes, mendakwa kedua-duanya atas tuduhan rasuah. Dari segi politik, keadaan ini lebih rumit. Tanpa mengira apa yang akan berlaku di mahkamah โ€” dan lebih-lebih lagi jika tiada tindakan diambil โ€” pendedahan Tei telah memberikan tamparan hebat kepada kerajaan dan kredibiliti Datoโ€™ Seri Anwar. Sekiranya Datoโ€™ Seri Anwar mengambil tindakan tegas dengan menyingkirkan Shamsul ketika kontroversi surat sokongan itu timbul minggu lalu, Perdana Menteri mungkin boleh menjauhkan diri daripada kesan pendedahan ini. Pada ketika ini, saya tidak nampak cara cepat yang boleh diambil oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan kerosakan terhadap kredibilitinya. Dalam keadaan paling buruk, para pengkritiknya akan menggunakan episod ini terhadap beliau pada masa hadapan setiap kali beliau bercakap tentang usaha memerangi rasuah. Dalam keadaan terbaik, orang ramai mungkin meragui pertimbangan beliau dalam menghakimi watak dan akhlak orang yang dipilih berada di sekelilingnya, memandangkan beberapa kali beliau meletakkan kepercayaan kepada individu yang reputasinya dipersoalkan sepanjang kerjaya beliau. Saya berharap beliau tidak memandang rendah gelombang kekecewaan di kalangan penyokong PH dan masyarakat umum akibat episod ini. Saya juga tidak mahu bertindak melulu menerima bulat-bulat apa yang didedahkan dalam video tersebut, yang mendakwa Datoโ€™ Seri Anwar berada di belakang usaha merakam video ADUN GRS dan Albert Tei. Setakat ini, semua itu masih kekal sebagai dakwaan dan khabar angin. Dakwaan tersebut perlu disiasat secara bebas dan segera. Sukar untuk Albert Tei membuktikan dakwaannya melebihi andaian yang dibuat dalam video itu, melainkan beliau mempunyai rakaman pertemuan dengan Perdana Menteri yang jelas merakamkan arahan sedemikian. Selain daripada itu, perkara ini hanya boleh diselesaikan di mahkamah. Saya berharap Datoโ€™ Seri Anwar menyaman Albert Tei secepat mungkin dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Jika tidak, kita akan terus mendengar mainan politik yang tidak berkesudahan daripada PAS dan PN, yang mengalih perhatian negara daripada perkara yang lebih penting. Akhirnya, bola berada di kaki Perdana Menteri. Penting untuk beliau mengambil tindakan undang-undang dengan segera kerana isu ini akan kekal sebagai situasi โ€œkata dia, kata sayaโ€ selagi tiada bukti kukuh dikemukakan.

Rafizi Ramli

30,980 views โ€ข 8 months ago