Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

Sekali Hembus, Senafas. Best dengar. Puas Hati. Takde pusing pusing spin keliling. Direct. Straight to the point. Short n Sweet. Savage. Isu Realisable Asset Value dalam RCI Tabung Haji. Kenapa Tak Boleh? Tengok Sendiri 👇

47,977 görüntüleme • 14 gün önce •via X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek

Benzer Videolar

𝗥𝗘𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 Bila saya timbulkan isu RCI Tabung Haji dalam kempen PRN Johor yang lepas, kemudian tiba-tiba Dato’ Seri Anwar Ibrahim umum akan dedah laporan RCI ini, ada macam-macam komen dan ulasan. Saya akan ulas kemudian alasan Dato’ Seri Anwar konon laporan ini tidak disiarkan lebih awal dalam tahun 2023 untuk mengelakkan penabung panik. Banyak pusing la tu, saya akan tunjukkan angka-angka Tabung Haji. Yang Umno pulak, banyak yang fokus kepada teguran saya saja mengenai timing laporan ini hendak didedahkan. Mereka buat-buat tak baca pasal ulasan saya bagaimana laporan RCI Tabung Haji ini akan membuktikan pendedahan-pendedahan yang saya buat antara tahun 2015 ke 2018 itu adalah benar. Yang paling menarik, komen orang PAS. Mereka marah sebab saya petik nama PAS yang mensucikan Umno dalam kes Tabung Haji sejak ia mula-mula didedahkan lagi. Mereka tak mengaku selama ini PAS mensucikan Umno dalam hal ini. Saya akan ulas isu Tabung Haji ini panjang lebar dalam podcast YBM minggu ini. Tetapi untuk persediaan, terutamanya orang PAS yang buat-buat lupa mengenai peranan PAS mensucikan Umno dalam isu Tabung Haji, kena ingat bahawa internet tidak pernah lupa. Saya sertakan video saya yang menerangkan perihal Tabung Haji, PAS dan Umno yang pernah saya kongsi dahulu. Video ini panjang, lebih kurang 10 minit, jadi tahan je lah telinga dengar sampai habis.

Rafizi Ramli

26,872 görüntüleme • 17 gün önce

𝗥𝗖𝗜 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: "𝗖𝗥𝗘𝗔𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗔𝗖𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚" Akta Tabung Haji dah tulis dengan jelas. Hibah hanya boleh dibayar daripada lebihan. Kalau rizab negatif, tak boleh bayar. Itu bukan teknikaliti. Itu benteng perlindungan dan ada sebabnya. Rizab Tabung Haji mula negatif pada 2014. Hibah tetap dibayar. 2014, 2015, 2016, 2017. Macam mana? Kalau ikut piawaian perakaunan yang betul, saham yang dibeli RM4 tapi nilainya 30 sen kena dikira 30 sen. Bezanya rugi. Kalau ikut cara itu, akaun Tabung Haji negatif, dan hibah tak boleh dibayar. Jadi mereka tak ikut cara itu. Mereka cipta kaedah sendiri. Namanya realizable asset value. Di bawah kaedah itu, rosot nilai hanya diiktiraf kalau nilai jatuh 70 peratus. Lepas tu ditukar lagi kepada 10 peratus. Maksudnya, saham yang dibeli pada RM4 kekal dikira pada RM4, selagi ia tak jatuh sampai 40 sen. Hasilnya, daripada rugi RM1.4 bilion, akaun tunjuk untung RM3.4 bilion. Polisi perakaunan itu ditukar dua kali dalam tahun 2017 sahaja. Perkataan yang digunakan RCI untuk menggambarkan semua ini bukan perkataan saya. Suruhanjaya RCI sendiri yang tulis - Creative Accounting. Kepada Akmal Saleh dan sesiapa yang masih berhujah bahawa dividen tinggi maksudnya Tabung Haji untung, inilah jawapannya. Saya telah berhujah benda yang sama di Parlimen Mac 2016. Sepuluh tahun kemudian, RCI mengesahkan. Tonton penuh ulasan lanjut saya berkenaan Laporan RCI Tabung Haji di YouTube Podcast Yang Berhenti Menteri:

Rafizi Ramli

22,169 görüntüleme • 8 gün önce

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: 𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat. Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba. Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam. Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah. Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi. Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad. Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi. Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023. Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja. Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno. Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji. Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap. Tetapi pada ketika itu, Dato’ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu. Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai. Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar. Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini. 𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 Bagi pihak BERSAMA 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

Rafizi Ramli

32,872 görüntüleme • 22 gün önce