Sensitive content

This media may contain sensitive content.

Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

Selebram Blasteran

30,952 görüntüleme • 13 gün önce •via X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek

Benzer Videolar

BERSAMA tak masuk PRN Johor secara buta. Seminggu sebelum penamaan calon, kami menjalankan pre-nomination poll dengan lebih kurang 1,600 responden secara rawak. Disusun mengikut demografi supaya mewakili pengundi Johor. Angkanya begini. Melayu 13%. Cina 11%. India 23%. Purata seluruh negeri 13%. 13% itu melepasi deposit. Maksudnya, kalau kami bertahan dengan pengundi yang dah sebut "saya akan undi BERSAMA", kami kekal deposit. Kalau kempen kami berjaya tarik 3-4% daripada yang atas pagar, itu satu keputusan yang baik. Itulah asas keputusan kami untuk bertanding. Selepas penamaan calon, landskap mula berubah. Dalam tempoh seminggu, sokongan Melayu turun daripada 13% kepada 6%. Sokongan Cina turun daripada 11% kepada 4%. Hampir separuh hilang dalam masa yang singkat. Perubahan ini bukan berlaku kepada BERSAMA sahaja. Hampir semua parti berdepan corak yang sama, kecuali UMNO dan DAP. Apabila kempen bermula, pilihan pengundi dilihat dengan ketara mengambil kira pertimbangan kaum, dengan Melayu memilih UMNO dan Cina memilih DAP. Kalau hendak melihat dengan lebih dekat, bandingkan dua DUN yang berjiran. Larkin mempunyai kira kira 75% pengundi Melayu. BERSAMA mendapat sekitar 6%. Stulang mempunyai kira kira 70% pengundi Cina. BERSAMA mendapat sekitar 3.5%. Sebab itu, apabila orang bertanya kenapa kami bertanding dalam PRN Johor, jawapannya mudah. Kami masuk berdasarkan data. Apabila pilihan pengundi berubah, data juga menunjukkan perubahan tersebut dengan jelas. Pengundi telah membuat keputusan dengan sangat pantas selepas penamaan calon. Apabila arus itu terbentuk, hampir semua pengundi atas pagar bergerak ke arah yang sama. Tonton kupasan penuh keputusan PRN Johor di Podcast YBM Episod 55:

Rafizi Ramli

43,879 görüntüleme • 8 gün önce