ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

Sid Sid, video tak habis tu. ๐Ÿ˜… Rafizi bagi respon dalam 2 perspektif. Pertama, pembangkang keluar dewan kerana ketiadaan PMX dan kedua, pembangkang pertikaikan tiada usul. Ye, Rafizi menyokong pandangan yang kedua kerana sidang tersebut tiada usul. Kenapa? Sebab Laporan Tabung Haji itu sendiri adalah pembentangan hasil daripada siasatan...

39,198 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ๅคฉๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

0 ๆก่ฏ„่ฎบ

ๆš‚ๆ— ่ฏ„่ฎบ

ๅŽŸๅง‹ๅธ–ๅญ็š„่ฏ„่ฎบๅฐ†ๆ˜พ็คบๅœจ่ฟ™้‡Œ

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

๐——๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—” ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Tabung Haji adalah institusi yang sangat penting dan berharga untuk rakyat Malaysia. Selepas terheret dengan pelbagai pelaburan yang tidak baik dan amalan kewangan yang dipersoalkan, Tabung Haji diberi nafas apabila aset-aset toksik dikeluarkan dari Tabung Haji dan ditanggung oleh rakyat Malaysia, melalui satu penstrukturan kewangan yang berlaku dalam tahun 2019. Dari satu sudut, keyakinan bahawa tadbir urus Tabung Haji bertambah baik ada tanda-tanda pulih, jika kita melihat kepada jumlah deposit yang masuk berbanding yang keluar. Ini trend simpanan deposit Tabung Haji sejak 2019: 2019: Masuk - RM15b Keluar RM - 21b 2020: Masuk - RM17b Keluar - RM13b 2021: Masuk - RM20b Keluar - RM15b 2022: Masuk - RM23b Keluar - RM21b 2023: Masuk - RM22b Keluar - RM23b Kita belum dapat penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun 2024. Namun, ada sedikit kebimbangan sekiranya trend lebih banyak deposit dikeluarkan daripada yang disimpan, ini akan menyulitkan keadaan. Tabung Haji kini tidak lagi boleh beroperasi seperti dulu-dulu, atas tiga sebab utama: Pertama: Masalah kewangan yang ditanggung sebelum ini, melibatkan suntikan dana RM19.9 bilion dari dana awam apabila kerajaan menerbitkan sukuk untuk membeli pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian. Suntikan dana ini perlu dibayar balik oleh Tabung Haji apabila masa untuk membayar sukuk itu tiba. Besar kemungkinan Tabung Haji tidak mampu membayar keseluruhan RM19.9 bilion yang disuntik, namun apa-apa bayaran pun akan ada kesan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji. Maka, nilai pulangan kepada pendeposit tidak boleh tinggi seperti dahulu, yang menyebabkan orang ramai tidak begitu berminat lagi untuk menabung di Tabung Haji. Kedua: Kos pengurusan ibadah haji sebenarnya jauh lebih tinggi sekarang berbanding 10-20 tahun yang lepas. Tabung Haji pula tidak boleh menaikkan harga yang dikenakan untuk membayar kos itu, jadi ada unsur subsidi yang mengekang kadar keuntungan Tabung Haji. Lebih tinggi subsidi yang dibayar setiap tahun untuk mengekang kenaikan kos haji, lebih rendah keuntungan yang dicatat, lebih rendah kadar hibah yang dapat diisytiharkan, maka kembali kepada masalah pertama iaitu kebimbangan kadar tabungan semakin perlahan. Ketiga: Giliran naik haji adalah lebih panjang diakibatkan kuota yang terhad bagi sesebuah negara. Mereka yang mendaftar sekarang mungkin terpaksa menunggu 50 hingga 70 tahun untuk mendapatkan giliran, menyebabkan ada yang merasakan mereka tidak akan berpeluang menunaikan ibadah haji. Ini juga mempengaruhi kadar simpanan pendeposit, berbalik kepada masalah pertama. Tiga masalah berangkai ini akan mempengaruhi kedudukan Tabung Haji dalam tahun-tahun yang akan datang. Sebagai seorang rakyat biasa, saya harap pimpinan kerajaan, pembangkang, tokoh-tokoh agama dan pimpinan masyarakat ada juga berbincang mengenai perkara ini agar kita dapat nilai penyelesaian yang hendak dibawa oleh setiap pihak. Apa pandangan anda?

Rafizi Ramli

14,293 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

Sebenarnya tak susah untuk faham isu PERUNTUKAN kepada AHLI PARLIMEN ni โ‡๏ธ FAKTA: Peruntukan sudah disalurkan kepada semua PARLIMEN satu Malaysia ๐ŸŒ ISU SEBENAR: Peruntukan tidak disalurkan melalui AHLI PARLIMEN 1/ PMX mahu salurkan peruntukan TERUS kepada rakyat, BAIKI infrastruktur, buat PEMBANGUNAN tanpa melalui โ€˜third partyโ€™ kerana ia berisiko TINGGI untuk disalah guna Bukti: - Ketereh dpt 61 projek berjumlah RM2.1 Juta - Sik dpt 73 projek berjumlah RM3.7 Juta 2/ Peruntukan ini bukan utk disalahguna untuk hulur sikit sana sini. Kebiasaan hulur-menghulur inilah yang mudah menjadi isu rasuah atau disalahguna, tapi hal rakyat masih tak selesai bertahun-tahun. Rakyat pula terbiasa dengan dihulur duit dan merasa YB yg perform adalah YB yg hulur duit bila ada majlis kahwin atau yang sewaktu dengan nya. Mentaliti feudal inilah yang perlu dibanteras. โ‡๏ธ Jadi, apa yang ZALIM nya seperti yang dicanang2 oleh pembangkang? Zalim kerana PMX tidak beri peruntukan TERUS kepada ahli parlimen pembangkang? Cakap penipu, nanti koyak rabak teriak keluar dewan Kita kena ingat sejarah 33 bulan: ๐ŸŒ Abah Mahiaddin jadi PM, peruntukan pembangkang bukan sahaja disekat, malah peruntukan untuk rakyat di parlimen sekali ๐ŸŒ Ismail Sabri pula, ajak bincang elok2, dapat kata putus, sign dan lulus. Mudah Sekarang, Ketua Pembangkang sendiri sombong tidak mahu walau duduk berbincang!

StratCommX

464,832 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” Sesi Parlimen dinamakan mengikut tatacara khusus. Bagi tahun 2026, ini adalah: Mesyuarat Pertama - maksudnya mesyuarat kali pertama dalam tahun ini Penggal Kelima - maksudnya tahun kelima, sebab penggal pertama bermula masa angkat sumpah dalam Disember 2022 Parlimen ke-15 - maksudnya parlimen ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan pentadbiran susulan keputusan PRU15. Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga awal Mac 2026. Sebahagiannya adalah untuk membahaskan Titah Diraja bersempena pembukaan Parlimen, selepas itu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang perlu diluluskan. Sudah tentu, tiap-tiap hari akan ada soalan-soalan Parlimen yang perlu dijawab oleh kerajaan. Saya akan menumpukan kepada beberapa perkara dalam mesyuarat pertama ini. Selain dari meneliti prestasi ekonomi dan cadangan-cadangan supaya negara mempercepatkan perubahan struktur ekonomi, iaitu pengkhususan yang saya ambil di Parlimen sejak dahulu lagi, saya juga akan menyusun bersama-sama rakan-rakan ahli parlimen yang lain untuk memberi tumpuan kepada cadangan DPA (deferred prosecution agreement, atau perjanjian pendakwaan tertangguh) untuk diperhalusi. Setakat ini, saya merasakan cadangan SPRM ini sangat tidak popular dikalangan rakyat kerana melihatnya tidak adil kepada rakyat biasa, apabila syarikat dan individu kaya yang dituduh ada salah laku melibatkan lebih RM100 juta boleh berunding untuk didakwa, asalkan ada bentuk-bentuk pampasan kewangan kepada kerajaan. Sedangkan seorang rakyat biasa yang mengambil barang dapur di kedai bernilai kurang RM500 didakwa dan dipenjara. Ada penyokong dan ceplos-ceplos PKR yang selalu memperli saya kenapa saya tidak berani berdepan dengan menanyakan terus di Parlimen kepada Perdana Menteri. Soalan-soalan yang dikemukakan akan ditapis oleh kerajaan. Soalan yang naik juga ditentukan oleh kerajaan. Soalan yang dijawab Perdana Menteri atau menteri-menteri juga ditentukan kerajaan. Selalunya soalan-soalan ini dibenarkan naik kerana kerajaan ada jawapan yang dirasakan boleh pukul pembangkang. Bila Perdana Menteri atau menteri-menteri jawab, yang bertanya tidak ada peluang untuk jawab balik kerana tatacara perbahasan, iaitu hanya boleh bertanya dan bukan membalas balik. Sebab itu, saya tidak pernah menggunakan proses kemuka soalan di Parlimen sebagai medan berpolitik. Soalan-soalan yang saya tanya ialah untuk mendapatkan fakta yang tidak boleh diperolehi dari sumber awam. Medan menyampaikan maklumat, berhujah, mengkritik, memberi pandangan adalah lebih luas dari sidang parlimen. Terlibat di dalam urusan parlimen - bertanya soalan, berbahas, membuat usul - itu adalah perkara minima bagi seorang ahli parlimen. Tugas hakiki adalah membawa suara rakyat ke medan yang lebih besar di luar parlimen, agar kita boleh membawa perubahan dalam masyarakat. Moga penggal kelima parlimen tahun 2026 ini lebih bermutu, membawa pencerahan dan mencerdikkan kita semua.

Rafizi Ramli

12,104 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—™, ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ข๐—ž ๐—ž๐—˜๐—–๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ? Saya dan 2 lagi ahli parlimen PKR, YB Setiawangsa Nik Nazmi dan YB Subang Wong Chen dikecam teruk oleh penyokong kerajaan apabila kami memberikan beberapa saranan untuk melindungi kedaulatan negara akibat dari kesan buruk perjanjian tarif dengan Amerika Syarikat. Ada yang suruh keluar parti, ada yang kata kami meroyan sebab kalah pemilihan, ada yang suruh saya jual nasi lemak saja. Baru-baru ini, Menteri MITI Senator Tengku Zafrul yang bertanggungjawab merundingkan perjanjian ini, mengakui dalam podcast Keluar Sekejap, yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali perjanjian itu. Ini termasuk klausa yang kontroversi seperti klausa 5.1 berbanding klausa sama dengan Cambodia yang secara jelas melindungi kedaulatan negara itu. Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat. Ini termasuk persoalan kenapa perlu tergesa-gesa untuk menandatangani, yang diakui oleh Zafrul sebagai satu keputusan politik yang ada risiko tersendiri. Begitu juga dengan saranan yang kita perlu semak dengan negara-negara serantau supaya perjanjian kita setara, supaya jangan sampai keadaan yang perjanjian Malaysia nampak terlalu memihak kepada Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain. Pengakuan Zafrul yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan kami ada asasnya. Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan? Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat. Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu. Semangat inilah yang meletakkan PKR di depan membela rakyat dalam isu-isu besar negara seperti membongkarkan skandal-skandal seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda, MARA dan LCS. Semangat itu juga yang mendapat sokongan rakyat sehingga menjadikan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kalau semangat ini luntur dalam PKR, terutamanya bila ada geng-geng lompat masuk parti yang beriya-iya membodek sehingga isu rakyat tidak boleh dibawa atas alasan jangan kritik kerajaan, lepas ini geng-geng ini kena cari parti baru sebab tak lamalah PKR akan jadi kerajaan.

Rafizi Ramli

126,376 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ไธชๆœˆๅ‰

RM167 juta wang pencen rakyat lesap dalam kes pelaburan KWAP ke dalam syarikat startup Indonesia, eFishery. Pengasasnya pun sudah dipenjara. Bukan cerita semalam. Bukan minggu lepas. Dah lebih setahun. Satu dunia dah lapor. Pelabur antarabangsa dah bincang. Semua orang tahu. Tapi di Dewan Rakyat? Sunyi. Saya tertanya-tanya. Macam mana perkara sebesar ini boleh tak dibangkitkan? Pembangkang ada lebih 70 orang Ahli Parlimen. Campur BN, lebih 100 orang. Setahun. Seorang pun tak bangun tanya? Kalau bukan Wong Chen yang bangkitkan pertanyaan, entah sampai bila RM167 juta duit pencen rakyat ini terus berlalu tanpa sesiapa yang meminta penjelasan. Sebab itu saya selalu kata, kita terlalu taksub pada angka. Kita fikir lagi ramai Ahli Parlimen, lagi kuat semak imbang. Hakikatnya belum tentu. Yang menentukan bukan jumlah kerusi. Yang menentukan siapa yang buat kerja. Sebab seorang Ahli Parlimen yang rajin membaca laporan, menyemak angka, dan berani bertanya soalan yang betul boleh memberi lebih banyak tekanan daripada seratus orang yang hanya memenuhi kerusi. Itulah bezanya. Sebab itu bila orang tanya kenapa saya masih berkeras hendak bina BERSAMA, walaupun orang kata parti kecil, tak ramai wakil rakyat, tak mungkin menang - jawapan saya mudah: Kalau ada empat atau lima orang daripada kami yang betul-betul menjalankan amanah mereka, boleh menggegarkan Dewan Rakyat. Lebih daripada seratus orang yang memilih untuk diam. Akhirnya politik bukan soal siapa paling ramai. Politik soal siapa yang sanggup buat kerja. Ikuti kupasan penuh saya berkenaan pelaburan KWAP dan eFishery di Podcast YBM Episod 56:

Rafizi Ramli

54,407 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 25 ๅคฉๅ‰

KAMI KECEWA.. HARI ini di Parlimen bila Wan Jana bawah meja yang memfitnah telah dimaafkan dan apabila beliau mengakui kesalahan beliau jelas sebelum ini beliau ada niat untuk menfitnah. ADAKAH ini akan jadi satu normalisasi kepada Pembangkang sekarang? Mereka timbulkan persepsi serta fitnah di DEWAN YANG MULIA, selepas itu mereka tarik balik dan minta maaf. Gambar ke 2 di bawah jelas beliau selepas menfitnah PMX dia yakin bahawa pendedahan beliau adalah benar. Dan sejurus selepas itu Wan jana bawah meja ini membuat fitnah ke dua pula kepada SPRM. Dasyat sungguh persepsi jahat pembangkang. They spread the lies then they apologize? Macam dah agak beliau boleh touch N go macam tu aje? fitnah dah bertebaran masalahnya.. Bukankah sepatutnya di Dewan Parlimen Ahli Parlimen ptut lebih professional? Tolong Lah Speaker Dewan yang Mulia, tolong lah tegas. Mereka ini cuba menjadikan Parlimen ini medan menyebarkan fitnah, baik KETUA PEMBANGKANG, sampai la AP Muslimat PAS. Semua pakar fitnah. Kami yang meyokong dan mendokong penuh kerajaan madani ini rasa KECEWA satu tindakan tegas tidak dikenakan pada Wan Saiful Jana Bawah Meja ini. Sebelum terlupa Alice Lau minta tolong tukar kerana beliau bkan lah susuk yang sesuai untuk handle persidangan di Parlimen yang dah macam sarkas. Maklumlah Ahli Parlimen PAS ini dia latih oleh Zoologist. Jadi minta sangat Anwar Ibrahim tolong pertimbangkan jika ada calon yang lebih sesuai untuk menggantikan beliau. sekian; #ladybug

CIKYANie

53,891 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

PN tak boleh bentangkan belanjawan kerana tak de angka, sebab bukan jadi kerajaan. Rakyat tanya kenapa pembangkang tak bentang belanjawan bayangan. PH dulu masa jadi pembangkang, tiap-tiap tahun bentangkan belanjawan bayangan. Saya dalam pasukan awal yang menyediakan belanjawan bayangan PH, sebelum disambung oleh beberapa ahli parlimen lain. Macam mana pembangkang boleh menyediakan belanjawan bayangan sedangkan tak de angka? Ni tips kepada Fadhli Shaari, Radzi Jidin - semua ni akan jadi menteri kalau PN cukop jumloh ni - dan Syahirnomics (satu-satunya ahli parlimen yang nama media sosialnya adalah ekonomi!) - Angka-angka ini diperolehi dari pelaporan rasmi yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun - Ada 4 laporan yang dibentangkan oleh kerajaan yang menjadi asas kepada angka-angka kepada belanjawan bayangan 1) Pertama - Tinjauan ekonomi tahunan, yang memberi gambaran menyeluruh keadaan ekonomi negara 2) Kedua - Tinjauan fiskal dan hasil kerajaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh kedudukan kewangan negara 3) Ketiga - Anggaran perbelanjaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh perbelanjaan dan tanggungan negara 4) Keempat - Senarai perjawatan, yang memperincikan jumlah perjawatan seluruh agensi kerajaan yang menjadi tanggungan kerajaan persekutuan Keempat-empat dokumen ini yang dibentangkan setiap tahun akan menjadi asas untuk membuat anggaran dan unjuran dalam menghasilkan belanjawan bayangan. Kita boleh menggunakan dokumen bagi belanjawan 2024 yang dibentangkan tahun lepas untuk membuat unjuran bagi tahun 2025. Contoh: jika pertumbuhan ekonomi bagi 2024 diramal 4 - 5% tahun lepas dan itu memberi hasil X bilion dalam cukai pendapatan, Y bilion dalam cukai tidak langsung dan sebagainya, jika pertumbuhan ekonomi bagi 2025 diramal antara 4.5% ke 5.5%, kita boleh unjurkan pertambahan hasil kerajaan dengan sewajarnya. Jika kita tahu unjuran hasil bagi 2025 berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan kita mahu membuat hutang baru 10% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, itu membolehkan kita menetapkan jumlah belanjawan. Selepas itu kita agihkan mengikut kepentingan - dalam bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan kepada kementerian-kementerian, kerana kita tahu unjuran tanggungan gaji. Macam ni lah kami berjaya hasilkan belanjawan bayangan setiap tahun. Saya harap tahun depan ahli-ahli parlimen yang kuat berteriak di Parlimen ini berjaya menghasilkan satu belanjawan bayangan. Kita nak tahu macam mana mereka nak meningkatkan ekonomi dan hasil negara. Jangan bagi alasan tak de angka. Ni sama macam cikgu dah bagi nota semua, tapi masih tak tahu jawab soalan exam sebab nak tunggu cikgu bagi skema jawapan terlebih dahulu!

Rafizi Ramli

153,075 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: โ€œRafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia โ€“ Ahli Majlis MPPNโ€ โ€œDaripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.โ€ Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat. Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba. Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam. Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah. Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi. Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad. Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi. Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023. Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja. Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno. Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji. Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap. Tetapi pada ketika itu, Datoโ€™ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu. Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai. Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar. Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini. ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

32,872 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 27 ๅคฉๅ‰

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ข๐—ข๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ฃ๐—›! ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—›๐—”๐— ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ, ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ Negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg. Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap. Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Ini reaksi beliau (tonton di video). Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri: โ€œOrang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga.โ€ โ€œBaca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masingโ€ Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada. Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX. Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM. Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga. Dua-dua jawapan ke laut. Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Datoโ€™ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau. Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman. Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan. Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang. Jawapan kedua โ€œnak suruh ambil perasuah jagaโ€. Tak de siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau. PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah. Apa punya konar macam ni. Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah. Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah. Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM.

Rafizi Ramli

76,501 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi. Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015. Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ€™ Seri Najib Razak dahulu. Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji. Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad. Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun. Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji. Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok: i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit; ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โ€˜bail-outโ€™ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun); iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain); iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan v. โ€˜Bail outโ€™ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โ€˜bail outโ€™ itu pada tarikh matang. Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah: a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan; b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji. Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras. Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu. Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji. Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini. Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji. Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam. ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

36,242 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 19 ๅคฉๅ‰

Soal saya kononnya merajuk ditanyakan di Podcast YBM Episod 26. Saya perhati satu penyakit lama yang tak pernah baik: bila parti jadi kerajaan, kita pakai โ€œtopi pemerintahโ€ sahja. Kita tengok semua benda dari lensa kita. Lepas tu kita hairan kenapa rakyat tak ikut cara kita fikir. Hakikatnya, rakyat tak ambil port pun drama dalaman kita. Rakyat bukan duduk kira โ€œsiapa merajukโ€, โ€œsiapa narsisisโ€, โ€œsiapa betulโ€. Rakyat fikir satu benda: hidup dia makin senang ke makin sempit? Institusi negara makin elok ke makin rosak? Sebab tu saya kata โ€œsurveyโ€ dan data tu penting. Mustahil kita nak teka apa dalam kepala 30 juta rakyat. Data sama ada โ€œnationwide surveyโ€, atau โ€œbig data sentimentโ€dia tolong kita keluar dari gelembung sendiri. Satu lagi, tolonglah jangan main serangan peribadi macam โ€œmerajukโ€ ni sembarangan. Golongan muda yang tak melalui peristiwa 1998 mungkin tak nampak implikasinya. Kalau naratif โ€œmerajuk-narsisisโ€ tu kita pakai balik kepada Anwar pada tahun 1998, lagi sedap orang tembak. โ€œ16 tahun dalam kerajaan, tak pernah bangkangโ€ฆ tiba-tiba reformasi?โ€ Itu dialog yang saya dengar masa muda dulu. Sebab jawapan saya dari dulu sampai sekarang sama: "this is not about Anwar Ibrahim the person". Ini pasal keruntuhan kredibiliti institusi bila kuasa digunakan untuk selesaikan saingan politik. Kalau benda itu boleh dibuat pada seorang TPM, tidak ada seorang pun selamat. Sekarang Anwar jadi PM, lagi besar tanggungjawab dia untuk dengar teguran supaya reformasi yang kita jerit sejak 98 tu bukan tinggal slogan. Kalau PKR/PH pilih budaya defensif, tak jawab isu, tak betulkan kelemahan, pergi serang orang, itu jalan Najib dulu. Cybertrooper, tangkap, saman, akhirnya? Kita tahu hujung cerita. Malah, jangan juga silap, sesuatu isu jadi besar bukan sebab saya. Dia jadi besar sebab isu itu dekat dengan rakyat, sebab ada rakyat yang memang fikir benda sama, cuma tak ada medium. Jadi ini bukan soal โ€œRafizi merajuk tak merajukโ€. Ini soal kerajaan dan kalau terus lari dari masalah, malapetaka lain pula akan datang. Dua tahun sebelum Parlimen bubar pun boleh hangus kalau strategi politik masih โ€œsangat-sangat ke lautโ€.

Rafizi Ramli

31,349 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 8 ไธชๆœˆๅ‰

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar โ€œisu media sosialโ€. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang โ€œmakanโ€. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah โ€œredhaโ€ wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, โ€œdia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.โ€ Macam โ€œlambai dapat 100โ€, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu โ€œhal diaโ€. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: โ€œpendakwaan terpilihโ€. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab โ€œalah, game politik je.โ€ Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif โ€œterpilihโ€ tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, โ€œtak ada apa pun.โ€ Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada โ€œpersonalโ€ dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua โ€œberteras rasuahโ€ yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,071 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 8 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—ฅ ๐—ฅ? ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐——๐—จ๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—ฅ๐— ๐Ÿต.๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ง๐—”? ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Petang tadi, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh memanggil satu sidang media. Ia ekoran spekulasi yang timbul setelah Victor Chin, salah seorang yang dinamakan di dalam laporan Bloomberg mengenai mafia korporat, mendakwa dia telah membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR untuk menyelesaikan kes itu. Sidang media itu lebih kurang 25 minit. 10 minit mengenai Victor Chin, yang selebihnya Ramanan maki saya. Antara lain, dia tuduh: 1 - Saya menggerakkan cyber trooper untuk mengaitkannya sebagai Mr R yang dirujuk oleh Victor Chin 2 - Saya seorang menteri yang gagal dan penakut Kalau nak tahu siapa Mr R, jangan skip content. Tunggu sampai habis sebab saya akan tunjukkan siapa Mr R. Kita mula dengan latar belakang drama politik terbaru ini. Semalam, 24 Mac, Victor Chin menghantar satu dokumen 40 mukasurat dan dokumen-dokumen sokongan. Dokumen itu memperincikan secara kronologi bagaimana krisis perebutan NexG bermula, nama-nama yang terlibat dan dakwaannya tentang bagaimana institusi penguatkuasaan iaitu PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah disalahgunakan untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dipanggil mafia korporat. Media tidak melaporkan secara terperinci apa yang didakwa, sebaliknya memberikan tumpuan kepada 2 isu: 1 - Seorang yang bernama Mr R yang sentiasa berhubung dengan Victor Chin bagi pihak โ€œbossโ€ nya di pihak mafia korporat, yang mengikut Victor Chin, menggunakan agensi penguatkuasa untuk menekan pemegang saham 2 - Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR dalam bulan Oktober 2025 kerana Ahli Parlimen itu berjanji boleh โ€œkawtimโ€ dan menyelesaikan masalahnya yang ditekan agensi penguatkuasa, termasuk akaun-akaun bank dan saham yang dibekukan Walau bagaimana pun, oleh kerana netizen tidak ada akses kepada dokumen 40 muka surat itu, ramai yang terkeliru bahawa Mr R itulah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima rasuah RM9.5 juta dari Victor Chin. Ada beberapa orang ahli parlimen PKR yang namanya bermula dengan R. Saya sendiri, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan sudah tentu Ramanan. Saya dan YB Rodziah hanya tweet secara berseloroh yang R itu bukan kami. Ramanan memangil sidang media terus dan kita lihat sendiri emosinya dalam sidang media, semua perkataan keluar - syaitan, fail, coward, Eskimo pun keluar. Padahal Mr R tidak pun merujuk kepada mana-mana ahli parlimen PKR kerana ia dua perkara yang berbeza. Saya boleh namakan terus siapa Mr R berdasarkan maklumat yang didakwa oleh Victor Chin, tapi tunggu di hujung video. Sebab bagi saya isu yang sama besar ialah dakwaan Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat ini bagi pihaknya. Bila ia telah dilaporkan, netizen akan berteka-teka. Sebab itu saya dan YB Rodziah awal-awal lagi menafikan. Tetapi netizen pun pandai buat siasatan ala CSI mereka sendiri. Untuk Victor Chin yakin dan membayar sehingga RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat ini kepadanya , ahli parlimen PKR ini mestilah memenuhi ciri-ciri berikut: Pertama, seorang yang kanan dalam PKR dan mempunyai pengaruh besar, akses terus kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kedua, dia mestilah rapat dan tidak bermusuh dengan Farhash, kerana Victor Chin mendakwa perebutan NexG itu melibatkan dia dan pemegang saham NexG sedia ada di satu pihak, dan satu kumpulan lawan yang melibatkan Farhash. Kalau ahli parlimen itu ada pengaruh untuk berunding dan menamatkan perebutan NexG ini, dia mestilah rapat dengan Farhash. Saya dan YB Rodziah, kedua-dua kami jauh panggang dari api ada dua ciri-ciri ini. Dalam PKR, semua orang boleh bersetuju yang ada ciri-ciri itu, dari kalangan ahli parlimen, adalah Ramanan. Tambah pula Ramanan pernah ada kes di Mahkamah Tinggi dalam tahun 2015 dahulu, yang dia diarahkan membayar balik RM5.5 juta kepada seorang pakar sakit jiwa untuk kawtim dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapat bayaran dari kerajaan. Kes tidak serupa, tapi reputasi kawtim itu telah lekat dengan sesetengah netizen. Terpulanglah kepada Ramanan dan PKR kalau dia masih mahu memaki hamun saya kononnya saya yang mengaitkan beliau dengan dakwaan Victor Chin itu. Sebenarnya dialah yang perlu meyakinkan netizen dan rakyat, bahawa di sebalik rekod mahkamah yang dia ada, dan kerjaya politiknya yang dibina dengan cepat disebabkan rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan Farhash, dia bukan ahli parlimen yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Victor Chin. Jadi siapa sebenarnya yang menerima rasuah dari kalangan ahli parlimen PKR ini? Bagi saya, mudah sahaja kerana ini hakikatnya - wang RM9.5 juta itu diberikan secara tunai. Si pelaku yang menerima rasuah itu mungkin boleh mendabik dada dan menafikan terlibat kerana yakin Victor Chin tidak ada bukti. Lagi-lagi, dia juga yakin tidak ada bukti kerana bukan dia sendiri yang sendiri yang mengambil duit tunai itu. Dia juga boleh memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah berjumpa Victor Chin. Tetapi kalau Victor Chin berani memberi ultimatum terbuka agar wang RM9.5 juta itu dipulangkan semula sebelum 30 Mac, jika tidak dia akan menamakan ahli parlimen itu, ia bermakna Victor Chin sudah simpan bukti. Bila berhubung dengan Victor Chin di telefon, percakapan itu mungkin direkod. Bila orang yang dipercayai ahli parlimen itu mengambil duit tersebut, bukti video dan gambar juga telah ada. Kalau tidak, Victor Chin tidak berani buat ultimatum sebegitu. Jadi kes ini akan hanya ada 2 pengakhiran - sama ada 30 Mac ini ahli parlimen itu dinamakan secara terbuka, atau ia mati begitu sahaja. Kalau mati begitu sahaja, kita tahu bahawa ahli parlimen itu telah memulangkan RM9.5 juta itu dengan membayar hutang Victor Chin kepada ah long, sebab Victor Chin ambil wang itu dari ah long untuk dibayar. Siapa yang ada kemampuan mencari RM9.5 juta dalam tempoh 5 hari? Kita tunggu la selepas ini. Saya dah jelaskan mengenai RM9.5 juta, seterusnya kepada teka teki nasional - siapa Mr R? Ha3 ingat ahli politik lain saja yang boleh scam orang, saya pun boleh juga. Cuma saya tak scam duit la. Saya scam content saja. Esok saya dedahkan siapa Mr R sebab saya masih dalam mood raya, kena balik beraya jap.

Rafizi Ramli

58,570 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

Saya ditanya tentang fungsi dan keberkesanan J-KOM dalam menyampaikan maklumat. Dalam video ini saya jelaskan satu benda yang orang jarang nampak: Masalah kita bukan bermula dengan J-KOM. J-KOM cuma simptom. Sejak wujud internet & media sosial, hampir semua kerajaan gagal mencari formula komunikasi yang betul: Bagaimana nak terangkan dasar dengan jelas, tanpa belanja ratus juta duit rakyat untuk โ€œnaratifโ€. Sebab tu saya selalu jawab bila orang tanya, โ€œKenapa YB tak selalu keluar TV, tak banyak dalam surat khabar?โ€ Jawapan dia mudah: saya tak nak bayar. Ramai yang tak tahu, setiap kali ada Menteri yang muka dia muncul selalu di TV & media, itu biasanya bukan โ€œcoverage percumaโ€. Ada bajet, dan yang bayar, akhirnya, ialah rakyat. Dari zaman Najib sampai Ismail Sabri, Setiap kali kerajaan nak umum program, bajet pengiklanan boleh cecah berjuta-juta. Influencer 2 minit cakap depan kamera pun boleh sampai puluh ribu. Saya pilih jalan lain: 1. Saya duduk depan iPhone, rakam sendiri, edit sendiri. 2. Tak ada lighting crew, tak ada 7โ€“8 orang ikut belakang. Yang penting ialah tak membazirkan duit rakyat. Sebab itu saya kata, J-KOM RM16 juta cuma cebisan kecil daripada masalah lebih besar: Cara kerajaan berkomunikasi masih bersandar pada model lama: beli iklan, beli ruang, beli perhatian. Kalau kita betul-betul nak jaga wang rakyat, kita kena berani rombak sistem, bukan sekadar tukar nama jabatan.

Rafizi Ramli

17,854 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 8 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia โ€œabangโ€. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,481 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

๐——๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ก๐—™๐—” Sekarang ada anugerah kebesaran yang lebih bernilai dari pingat-pingat biasa. Dalam tempoh antara tahun 2020 hingga Julai 2025, daripada 60 penerima anugerah kebesaran ini yang dipertimbangkan, akhirnya hanya 41 orang sahaja yang diberikan anugerah ini. Cara lain nak tengok kehebatan anugerah ini - susah untuk disenarai pendek, tetapi bila dah masuk senarai pendek, peluang nak dapat anugerah ini mudah. Sebab 41 yang menerima dari 60 yang disenarai pendek itu bermaksud 68%, iaitu lebih dari dua pertiga akhirnya berjaya. Nilai anugerah kebesaran ini pula saya ingat mesti berjuta-juta, sebab setiap yang disenarai pendek mesti melibatkan urusniaga melibatkan juta-juta. Anugerah kebesaran yang saya maksudkan ialah anugerah kepada ahli-ahli politik yang dibuka kertas siasatan jenayah tetapi akhirnya tidak ada tindakan lanjut. Sebab itu dapat anugerah darjat istimewa yang dipanggil NFA - No Further Action. Untuk berlaku adil, kita sebenarnya tidak ada maklumat terperinci mengenai kes jenayah apa dan ahli politik mana. Yang kita tahu, ia melibatkan dua pentadbiran dan tiga Perdana Menteri dalam tempoh 2020 hingga Julai 2025, iaitu pentadbiran Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob, serta pentadbiran Madani di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Jadi semua parti dan ahli politik dari parti yang berbeza-beza ini tidak boleh tuding jari siapa yang lebih teruk, sebab prestasi anugerah 68% NFA kepada ahli politik yang dibuka kertas siasatan jenayah ini melibatkan ketiga-tiga Perdana Menteri dan PH, BN dan PN. Macam yang saya sebut tadi, kita tidak tahu kes apa. Tetapi pada pandangan rakyat, takkan ahli politik curi susu sebab tak de duit. Selalunya kes-kes jenayah ahli politik melibatkan salah guna kuasa dan rasuah. Kecualilah zaman saya sepuluh tahun lepas semasa saya membongkarkan skandal-skandal besar negara. Masa itu semua dakwaan terhadap saya tidak ada kena mengena dengan rasuah atau salah guna kuasa. Semuanya berkaitan usaha menutup mulut saya dari bersuara, jadi saya didakwa di bawah Akta Hasutan, didakwa menghina Umno dan lain-lain. Tapi seingat saya selepas 2018, dakwaan seperti itu sudah tidak ada kerana tak ada ahli parlimen yang ambil risiko bongkar rasuah. Maka, jangkaan saya, antara tahun 2020 hingga 2025 ni sebahagian besar kertas siasatan terhadap ahli politik, besar kemungkinannya adalah berkaitan salah guna kuasa dan rasuah. Bila lebih dua pertiga diberi anugerah NFA dan tidak didakwa pun, saya fahamlah kalau rakyat bandingkan dengan layanan terhadap rakyat biasa yang dituduh mencuri susu. Saya pun dah tak tahu nak komen apa. Kita balik main dengan kucing je lah macam ni.

Rafizi Ramli

22,821 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 11 ไธชๆœˆๅ‰

KEHEBATAN ANAK MUDA Melintas nama Syed Ali di timeline berkali-kali harini. So aku kongsikan petikan video yang mengandungi soalan panas dan kritikal dari beliau untuk sesiapa yang terlepas nak menonton temu anwar Johor. Yang paling menarik perhatian adalah soalan kedua beliau tentang reformasi penerangan. Aku suka cara dia susun ayat untuk menyoal disamping dengan jelas dan berani memetik terus pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam isu yang dia cuba highlight. Tapi maaflah, jawapan dari PMX bagi aku tak berapa solid. Sedangkan soalan Syed Ali tu cukup jelas dah bagitau tentang kelemahan dan kekurangan media/penerangan PH. PMX mintak mahasiswa pulak yang tolong cover. Lepastu bagi contoh fitnah-fitnah yg dah berlegar. Ya, wahai Anwar Ibrahim kami pun dah cukup maklum dah dengan segala fitnah yang berlegar. Soalan pentingnya sekarang, bila dan macamana nak reform penerangan PH/unity gov ni? Bagi ada pasukan penerangan kerajaan yang mantap supaya tak kena buli dengan permainan fitnah pembangkang? Punya teruk kerajaan perpaduan ni jadi mangsa naratif pembangkang sampai tahap pembangkang nampak lagi kuat dari kerajaan dan kerajaan pulak nampak mcm pembangkang. Even di pejabat-pejabat kerajaan, naratif pembangkang lah yang lebih menjadi buah mulut makcik dan pakcik bawang kaki forward berita palsu dalam group whatsapp tempat kerja. Sampai bila nak suruh orang bekap kerajaan secara probono? Agensi-agensi dengan jabatan sedia ada tu untuk apa? Sampai bila nak bagi depa syok goyang teloq ja? Depa tu dibayar dengan duit rakyat tau untuk buat kerja-kerja penerangan, tangkis fitnah apa semua. Kalau tak boleh berfungsi dengan baik, then mansuhkan ja la dari baziaq dok bela isi tembolok depa tapi takdak hasil. Selagi tiada reformasi penerangan, selagi itulah kerja keras kerajaan perpaduan ini akan jadi sia-sia dan ditenggelami dengan segala fitnah dan tohmahan jijik pihak lawan. So jangan buang masa, REFORM!

Injang

256,442 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ๅนดๅ‰