正在加载视频...

视频加载失败

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah agar pihak yang mencadangkan perubahan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) memahami dan meneliti sejarah sebelum membuat sebarang keputusan. Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, sebagai penghormatan kepada pemimpin ulung negara. #AWANInews

102,939 次观看 • 1 年前 •via X (Twitter)

10 条评论

HighCat.co 的头像
HighCat.co1 年前

Mat sabu ni org suh settled hal beras, kau g sibuk nk tukar nama. Kan da kena setepek dgn Chanselor UPM

monazyne 的头像
monazyne1 年前

Baiki ranking uni dunia lg berfaedah! Nk sangat uni pertanian, split upm tuh; yg kursus2 pertanian ltak bwh uni pertanian, kursus2 bkn pertanian maintain uni putra.

Raion 的头像
Raion1 年前

Cytro PH jemput sembur kalau berani la.

@nobody_nas 的头像
@nobody_nas1 年前

Mat sabun tu sijil kulinari woi….tu education level cmtu 😆

NikS 的头像
NikS1 年前

Walanon taknak backup menteri madanon ke? 😆😆😆

TheTruthMalaysia 的头像
TheTruthMalaysia1 年前

Bang mad madanon mmg bodoh buta sejarah

Nizam✡Ilias 的头像
Nizam✡Ilias1 年前

lawa penapis santan atas kepala dia. 😅🤣

Me_AnakMan 🇲🇾🇵🇸 的头像
Me_AnakMan 🇲🇾🇵🇸1 年前

Menteri cap ayam macam ni la.. tangkap muat sbb presiden parti..

Seibu 的头像
Seibu1 年前

Ni lah dapat menteri zaman dinasour. Org move forward dia reverse balik nak guna nama ‘pertanian’! Ampuan tuanku!

MGR 93 的头像
MGR 931 年前

Hahahaha @tjerealjoker?

相关视频

Insiden Suar: Sultan Selangor Titah Hukuman Maksimum, Haram Masuk Stadium Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan amat dukacita dan kecewa terhadap insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Terengganu, yang didakwa membabitkan penyokong pasukan bola sepak Selangor FC pada Ahad lepas. Sebagai Penaung Selangor FC, baginda turut tidak berkenan dengan budaya samseng dan gangsterisme dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya penyokong Selangor FC. “Baginda mahu agar pihak polis mencari dalang di sebalik insiden itu dan sekiranya didapati bersalah, mereka yang terbabit haruslah dihukum dengan hukuman yang maksimum dan setimpal mengikut undang-undang. “la sebagai pengajaran kepada para penyokong Selangor FC yang lain supaya insiden seumpamanya tidak berulang,” menurut kenyataan Istana Alam Shah hari ini. Kenyataan itu turut memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyeru semua penyokong pasukan Selangor FC supaya sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri. Baginda turut mencadangkan agar penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu. Semalam, 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di jambatan tersebut pada Ahad lepas. Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super melibatkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam Ahad. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor memaklumkan mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, malam tadi, bagi menjalani saringan air kencing.- Bernama

MYNEWSHUB

44,124 次观看 • 6 个月前