Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

This is Airbot Hypersonics Pro. Ringan, suction kuat, ada lampu, ada sensor detect habuk, bateri tak drain cepat i cas seminggu sekali je walaupun hari2 vacuum. Touch screen lagi. Cons dia 1 je, tak boleh vacuum bawah sofa sebab bwhnya tebal. Tu je

11,817 views • 2 years ago •via X (Twitter)

2 Comments

Mimi Saidi's profile picture
Mimi Saidi2 years ago

Dah hampir 4 bulan i pakai vacuum harga RM300+ ni, i concludekan vacuum ni perform gila mat!

Mimi Saidi's profile picture
Mimi Saidi2 years ago

I xpakai high level. Normal level je

Related Videos

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar “isu media sosial”. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang “makan”. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan 𝘷𝘦𝘴𝘵𝘦𝘥 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘦𝘴𝘵 yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah “redha” wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, “dia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.” Macam “lambai dapat 100”, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu “hal dia”. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: “pendakwaan terpilih”. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab “alah, game politik je.” Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif “terpilih” tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, “tak ada apa pun.” Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada “personal” dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua “berteras rasuah” yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan 𝘢𝘭𝘭 𝘪𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘭𝘰𝘴𝘵 dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,071 views • 9 months ago

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: “Rafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia – Ahli Majlis MPPN” “Daripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.” Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 views • 6 months ago

DISEBABKAN video ni viral balik kat semua media sosial, jadi aku sebagai orang yang ada dalam video ni jugak (Helmet Merah Pakai Spec) nak cerita la sikit walaupun video full ada kat youtube. Sebab ada yang tertanya-tanya, kat mana kami sekarang.... siap dulu pernah orang kata kawan aku yang helmet merah tu dah mati 😂... dia hidup lagi kome, semua hidup lagi. Ok aku cerita sikit kisahnya -Kami semua ni pelajar Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh (KVLC) masa ni tahun 3 2017. Kami ada macam satu program nak kena buat, kira macam markah la jugak ni untuk kami. So group kami ni pilih nak buat khidmat komuniti di Kuala Kangsar tapi masalahnya modeii takdak , nak kena beli itu ini lagi jadinya kami semua ni kiranya ditugaskan untuk pergi minta sumbangan la kat wakil rakyat mana yang ada sekitar Ipoh ni. Tengah pergi sana sini, member aku yang helmet merah tu jatuh dulu dah jalan licin Tu yang patah balik semua sembang punya sembang tepi jalan sekaliii pommmm kancil drift impak maksima maii datang nasib takde kena apa-apa kat kami, cuma motor jela 4 bijik kena langgor. Hancor leboh takdak apa dah. Memang viral 1Malaysia masa ni siap wartawan semua datang nak jumpa kawan aku yang ada dalam video ni tapi kami senyap je... yela goyang jugak masa tu so malas la nak ambil port pun. Tapi memang tak sangka viral. Femes la kejap jugak masa tu 😂 dengan loghat Perak pekatnya... Siap ada yang kata kami jugak kami ni berlakon, haha ingat kami skop production ke ada modeii nak buat kancil drift bagai ni. Siap ada kata buat pe la dok sembang kat tepi tu macam takde tempat lain tapi takpelah nak buat macam mana orang takde kat tempat kejadian boleh cakap macam-macam. Kami redho je. Nak tengok video full boleh pergi tengok kat youtube insyaAllah ada kelako n seronok. Mungkin akan ada yang rindu masa zaman belajar jugak- Saya bukan owner vid ye. Ownernya & Video ori ada kat Yt. Saya hanya kawan/orang yang terlibat juge dalam kejadian ni . Takde niat untuk mencari publisiti atau sebagainya, Cuma saja nak bukak balik nak cerita hal sebenar dan alang-alang tengah viral kan jadi saja nak bukak balik , selama ni diam je 😂....So boleh tengok sini.

MYNEWSHUB

30,586 views • 3 months ago

TAHNIAH BOMOH ZAKI OMAR! Zaki pun nak jadi bomoh. Cuma bomoh dia lain level, tak macam Bomoh Bursa . Bomoh Bursa ramal saham naik turun, Bomoh Zaki lawan sihir ular. Masa aku ditunjukkan video ini, aku rasa macam lakonan. Sebab sangat tak menjadi. Macam bangang je aku tengok. Apa teruk sangat lakonan diorang tu. Tapi selepas aku lihat Bomoh Zaki yang beraksi, aku kena kasi “benefit of the doubt”. Maklumlah, Bomoh Zaki ni dulu pejuang ummah, tapi berkawan dengan peguam yang menghina Nabi SAW. Dia juga seorang bidan dan saintis rakyat melawan doktor-doktor pakar, walaupun dia bukan doktor perubatan mahupun saintis perubatan. Dia juga pernah jadi politikus. Dia disokong oleh Nadim Johor aka Tokki@Toqqi PPIM dan Kanda 90s gigil kita, Yusuf Azmi. Berkat sokongan orang Vietnam, dia kalah teruk sehingga hilang wang deposit. Mungkin ilmu bomohnya gagal dalam politik. Bomoh Zaki juga kaki saman orang. Dia dan bini dia. Doula yang takda tauliah KKM. Yang menang kes saman tapi meroyan dapat eskrim Mat Kool je tu. Cuma aku pelik kenapa Zaki tak ajar ilmu bomoh kepada isterinya. Kalau isterinya belajar, mungkin kejadian kolam air dalam rumah flat tidak diberi justifikasi tumpang solat. Selain itu, Bomoh Zaki juga penyokong kuat pendera adik Bella, iaitu Siti Bainun. Dia tahu segala-galanya. Mungkin khadamnya yang menceritakan segala-galanya. Mungkin ketika itu ilmu kebomohan Zaki belum optimum, Siti Bainun telah dihumbankan dalam penjara sehingga hari ini. Bomoh Zaki juga pernah ke Mekah dan mendoakan kehancuran terhadap aku, kakanda aku, Dr. Imelda, sahabat aku, Mahmud Jumaat, Dr. Malar dan ramai lagi. Punya makbul doanya sampai perniagaan mi segera alami bercambah maju sehingga Zaki boleh menjadi bomoh. Cuma aku tertanya-tanya, nak jadi bomoh memang kena berkawan dan baik dengan penghina Nabi SAW ke? Nak jadi bomoh memang kena membela pendera anak OKU sebatang kara ke? Nak jadi bomoh memang kena buat doa laknat depan kaabah ke? Macam pelik pula bomoh jenis. Mungkin bomoh yang takda sijil patuh syariah barangkali. Ada sijil patuh doula masyitah je kot. Kan? Apa pun, tahniah Zaki, semoga menjadi raja bomoh yang terkenal di Vietnam! ;) ps : Siapa gelak dia tak puasa!

Aliff Ahmad

305,514 views • 2 years ago

Yb Steven Sim Steven Sim 🇲🇾 jadi MP Bukit Mertajam dah nak masuk 3 penggal, dari status MP pembangkang sampai menjadi MP kerajaan dan seterusnya menjadi menteri.. Rasanya, semua orang puas hati tak kira Melayu, Cina dan India dgn YB Steven Sim ni.. Kenapa YB keluar statement defend minority rights tu mudah je, sebab YB memang jaga semua kaum.. bukan isu satu kaum sahaja..Tak dak isu dia defend kuil ka, defend dia ka disebabkan Hospital BM susah nak operasi.. tiba-tiba ada dua hamba Allah nama Tamim dgn Zamri dok provoke kuil depan Hospital BM yang sebenarnya perbincangan panjang sedang berjalan. Kononnya, hospital BM susah nak operasi.. Aku rasa, aku perlu highlight sekali lagi perkara ini sebab Hospital BM ni cukup dekat dengan hati masyarakat Bukit Mertajam sebab dh melalui proses naiktaraf yang cukup besar oleh MP Steven Sim, tambah-tambah lepas dia jadi Menteri sehinggalah hospital BM mendapat pengiktirafan hospital paling lestari di Asia, selain dari itu, Hospital BM juga mendapat pengiktirafan sebagai hospital minor specialist terbaik di Malaysia dalam kategori tertentu pada penghujung 2025. Sebab apa? sebab usaha Yb Steven Sim untuk tambah fasiliti dan naiktaraf Hospital BM. 1. Peruntukan RM200,000 naiktaraf tandas hospital yang lebih bersih, moden dan mesra OKU 2. ⁠Naiktaraf bangunan sedia ada menjadi Klinik Pakar Mata baharu yang menelan belanja RM470,000 3. Menerima mesin CT Scan terbaru yang berharga RM5.5juta setelah 10 tahun menanti 4. ⁠Perbincangan "major upgrade" untuk hospital BM yang berusia 130 tahun dengan kerajaan negeri dan persekutuan untuk kekurangan parking, tempat menunggu sesak serta peralatan yang uzur. 5. ⁠Peruntukan lebih RM200,000 untuk upgrade air-cond di Hospital BM dan banyak lagi yang dibuat oleh YB Stevem Sim tak kira dia pembangkang atau menjadi kerajaan. Jadi, kenapa ada orang luar nak ganggu gugat usaha baik ini? Lepas tamim dan zamri tu buat kacau bilau, kuil tu boleh selesai ke? Ambil contoh kuil dalam tanah Jakel pun perlu masa untuk pindah Segala isu sedang diselesaikan, dari Hospital untuk rakyat, fasiliti rumah ibadat rakyat. semuanya sedang diselesaikan. Tapi demo dan buat huru hara sampai rosakkan hubungan antara orang Melayu dan India bukanlah satu jalan penyelesaian di BM

Kim 🇲🇾

17,527 views • 6 months ago

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗔𝗞 𝗢𝗢𝗢𝗠𝗣𝗣𝗛! 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦𝗨𝗟 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥, 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜 Negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg. Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap. Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini reaksi beliau (tonton di video). Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri: “Orang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga.” “Baca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masing” Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada. Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX. Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM. Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga. Dua-dua jawapan ke laut. Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Dato’ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau. Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman. Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan. Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang. Jawapan kedua “nak suruh ambil perasuah jaga”. Tak de siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau. PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah. Apa punya konar macam ni. Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah. Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah. Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM.

Rafizi Ramli

76,705 views • 7 months ago

𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk “Sila Letak Jawatan”. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan. Dato’ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan. Kemudian dijawab Dato’ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak. Dato’ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja. Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali. Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab “prinsip saja tidak cukup, perlu kuasa”. Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela. Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara. Itu prinsip dan hala tuju kita. Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu. Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan. Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian. Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri. Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan? Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan. Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan. Di depan memuji, di belakang mencemuh. Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah. Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Dato’ Seri Anwar “Yes sir, you are right sir, you are great sir”. Dato’ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri. Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik. Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini. Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu. Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi. Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus. Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa. Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.

Rafizi Ramli

48,856 views • 2 months ago

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔 Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia “abang”. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,481 views • 7 months ago

"Serangan Jantung Punca Rempuhan? Netizen Pertikai Selepas Tonton Rakaman CCTV" KUALA LUMPUR, 2 Jun 2025 – Insiden melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina yang merempuh dua kenderaan lain di simpang lampu isyarat Jalan Ampang semalam kini mengundang pelbagai persoalan, termasuk dalam kalangan netizen yang mempersoalkan punca sebenar kejadian. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11 pagi dan berpunca daripada serangan jantung yang dialami pemandu Toyota Caldina terbabit, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun. “Kereta dipandu suspek datang dari arah hadapan dan melanggar bahagian hadapan sebuah SUV Jaecoo 7 yang dipandu wanita tempatan berusia 49 tahun. Akibat pelanggaran itu, SUV tersebut mengundur lalu melanggar sebuah lagi SUV jenis Lexus RX200T dipandu lelaki berusia 30 tahun,” katanya dalam kenyataan. Pemandu Caldina dilaporkan dalam keadaan stabil ketika memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, manakala pemandu Jaecoo 7 hanya mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun, satu rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menimbulkan tanda tanya orang ramai. Netizen mula mempersoalkan sama ada benar kejadian itu berpunca daripada serangan jantung. Antara komen yang dilontarkan termasuk: > "Kena serangan jantung boleh berdiri ambik2 barang lagi ye?kalau ade yg berpengalaman dlm ni bleh terangkan tak serangan jantung tu bleh lagi ke berdiri,berjalan dan ambik2 barang?" > “Kalau betul kena serangan jantung, macam mana boleh terus drive laju macam tu?” “Tengok CCTV, nampak macam dia lencong dengan sengaja je. Harap siasatan dibuat dengan telus.” Pihak polis mengesahkan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mynewshub akan terus mengikuti perkembangan kes ini dari semasa ke semasa. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

72,996 views • 1 year ago

𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗣𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞, 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛? Saya ada satu plot twist yang saya nak ajukan kepada pimpinan negara, terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan skandal rasuah bersabit perolehan angkatan tentera. Beberapa orang pimpinan terkanan Angkatan Tentera Malaysia ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Tapi ada satu plot twist yang saya masih belum ada jawapan. Masa saya jadi menteri dahulu, setiap lantikan yang melibatkan pegawai kerajaan perlu ditapis terlebih dahulu oleh SPRM. Ini bukan untuk lantikan kanan pun, lantikan yang melibatkan gred 52, 54 pun kena ditapis oleh SPRM. Tapisan SPRM ini memang syarat untuk kenaikan pangkat pun. Ini kenyataan media dari JPA sendiri dalam tahun 2017 mengesahkan perkara ini: Ini pula adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 mengenai syarat pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, yang secara khusus menyebut sebarang kenaikan pangkat bukan sahaja perlu melepasi tapisan SPRM, tetapi perlu mengisytiharkan harta. Nampak tak plot twist? Saya ambil contoh dua kes yang telah dibawa ke mahkamah. Kes terhadap Tan Sri Hafizuddeain Jantan. Beliau dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 23 Mac 2023, kemudian dilantik Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023. Mengikut laporan berita semasa beliau didakwa, kes rasuah beliau adalah berhubung dengan kontrak-kontrak perolehan sejak 2023. Masa dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat dalam Mac 2023 - SPRM luluskan tapisan. Masa dilantik Panglima Tentera Darat dalam September 2023 - SPRM luluskan tapisan. Sedangkan kes yang beliau kena dakwa adalah bersabit kontrak sejak 2023 lagi - sebenarnya apa bentuk tapisan yang SPRM buat ni? Bukan ke perlu semak pengisytiharan harta? Kalau beliau dah ada kes berhubung kontrak perolehan sejak 2023, macam mana SPRM boleh luluskan tapisan beliau? Begitu juga dengan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Nizam Jaffar. Dilantik pada 31 Januari 2025, maksudnya selepas tapisan diluluskan oleh SPRM. Salah satu dakwaan rasuah adalah perolehan sebanyak RM1.725 juta kepada Helmee Resources pada 24 Jun 2024; iaitu sebelum beliau dinaikkan pangkat. Bila beliau nak dinaikkan pangkat, SPRM yang bertanggungjawab semak dan buat tapisan. Tapi bolos. Tapisan yang bolos. Pengisytiharan harta yang bolos. Yang ini Tan Sri Azam Baki tak pernah jawab atau komen. Bukan ke kalau SPRM buat tapisan betul-betul, semua ini telah dikenal pasti awal-awal? Ini bukan kes 1MDB atau Jho Low yang melibatkan wang di seluruh dunia. Ini kes beli hamper raya je pun. Tan Sri Azam Baki dengan gah keliling podcast tunjukkan dia berani lawan rasuah - tetapi prevention is better than cure. Ada benda yang tak kena ni sehingga tapisan SPRM tidak berkesan untuk menyekat mereka yang ada kes dari dinaikkan pangkat. Bila jadi macam ni, jangan salahkan rakyat kalau rakyat sinis. Masa nak dinaikkan pangkat semua cantik, SPRM lulus semua. Bila ada yang tak berkenan atau tak kena, korek balik semua yang dulu-dulu. Kami bukan cerdik atau hebat atau berani macam Tan Sri Azam Baki. Bila dah jadi macam ni dan tapisan SPRM macam mencukupkan syarat, rakyat fikir macam tu la. Jadi apa jaminan yang tapisan SPRM atau pengisytiharan harta tu sebenarnya ada makna untuk memastikan sesiapa yang ada kes tidak dinaikkan pangkat?

Rafizi Ramli

44,193 views • 7 months ago

𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 𝗧𝗨 𝗣𝗠𝗫, 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya. Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus. Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi. Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim. Dan saya menjadi saksi kepada semua itu. Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Dato’ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh. Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek. Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta. Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam. Dalam bilik Dato’ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Dato’ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari. Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim. Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. Akhirnya, Dato’ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: “You ada the final say. I’ve done everything I can, tapi kalau you berkeras, that’s your decision. You don’t have to plead macam ni” Jawapan Dato’ Seri Anwar: “Saya tak mahulah nanti you buat kecoh” Saya jawab balik: “Akhirnya it’s your decision. Saya hanya minta Dato’ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.” Dato’ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu. Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa. Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir. Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri. Itu sekitar akhir 2023. Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Dato’ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua. Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran. Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya. Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Dato’ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.

Rafizi Ramli

107,742 views • 5 months ago

𝗦𝗘𝗠𝗕𝗢𝗬𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗚𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗡𝗡𝗘𝗥 Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Satu, kita perlu mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Ada 15 calon di 15 pusat penamaan calon. 2 calon di Johor Bahru, 2 di Pulai, 2 di Tebrau, 2 di Pasir Gudang, 2 di Iskandar Puteri, 3 di Kulai, 1 di Kluang dan 1 di Muar. Dua, kita kena pasang bendera cepat-cepat di semua kerusi yang kita bertanding. Setiap satu DUN dalam 8,000 bendera - pusingan pertama pasang bendera mesti bermula sebaik selesai penamaan calon, kemudian pusingan kedua dalam beberapa hari selepas itu. Jadi rancangannya begini: Saya mohon bantuan masa, tenaga dan wang (sebab kena bayar sendiri) ahli-ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara untuk hadir ramai-ramai di majlis pelancaran Trak Kancil dan pengumuman calon pada Jumaat malam, 26 Jun di Paragon Market Place, Kampung Baru Majidee, JB. Daftar kehadiran anda dengan imbas kod QR ini atau lawati klik “Acara”. Esoknya, kita akan sama-sama iringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Untuk memastikan agihan yang baik di setiap pusat penamaan calon, anda boleh pilih pusat penamaan calon mana yang anda akan hadir. Kita susun semua ini melalui sistem Kancil yang sekarang ini beroperasi secara web sementara menunggu Apple dan Android Store meluluskan permohonan aplikasi. Ikut langkah-langkah ini. 1. Klik 2. Klik “Sertai Kempen” 3. Anda akan lihat laman log masuk ke Komuniti BERSAMA. Jika anda sudah menjadi ahli, klik Ahli. Jika mahu membantu tanpa menjadi ahli BERSAMA, klik Sukarelawan. 4. Masukkan nombor kad pengenalan. Anda akan mendapat OTP di email yang didaftarkan. Jika anda mahu mendapat OTP di telefon pintar, klik “Hantar kod melalui SMS” 5. Selepas itu anda akan log masuk ke sistem kempen bersepadu Kancil dan landing page adalah untuk menjadi ejen kira undi atau PACA. Jika anda mahu menjadi PACA, daftar di sini. Semua sumber mengenai PACA ada di sini - video latihan, undang-undang, borang-borang dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kami daftarkan nama anda dengan SPR. 6. Klik “Aktiviti” dan anda akan dapat lihat senarai aktiviti kempen pilihanraya. 7. HQ BERSAMA telah senaraikan setiap penamaan calon sebagai satu aktiviti. Anda boleh pilih yang mana anda ingin sertai. Bila kami sudah dapat maklumat di mana pusat penamaan calon bagi setiap kerusi DUN, maklumat ini akan dikemaskini dan anda akan tahu butirannya. Sila sentiasa semak sistem Kancil untuk maklumat terkini. Selepas kita mengiringi calon-calon BERSAMA untuk penamaan calon, aktiviti kempen seterusnya ialah taklimat dan susunan memasang bendera dan bahan kempen untuk DUN itu. Sama juga - setiap aktiviti ini akan terpampang di skrin sistem kempen bersepadu Kancil. Anda boleh pilih untuk sertai dan maklumat - di mana, siapa yang bertanggungjawab dan lain-lain - ada di situ. Setiap sumbangan masa dan tenaga anda akan direkod dan diberikan mata. Setiap bulan, ahli BERSAMA yang paling tinggi mata aktiviti, Insya-Allah saya dan Nik akan raikan. Bila sampai untuk mengundi pimpinan BERSAMA selepas ini, setiap ahli boleh lihat rekod khidmat - baik dari segi aktiviti kempen, jumlah ahli baru yang didaftarkan, capaian content di media sosial dan lain-lain - untuk setiap calon yang bertanding. Dengan cara ini, ahli-ahli BERSAMA ada maklumat yang telus siapa di kalangan kita yang benar-benar bekerja, bukan lagi budaya membodek ketua dan memetik nama ketua untuk naik dalam parti politik. Tapi semua ini yang kita bangunkan untuk melawan budaya rasuah dalam politik, hanya berkesan bila kita dapat buktikannya di PRN Johor. Jadi kita mulakan dengan tiga langkah berikut: 1. Daftar untuk hadir di pelancaran Trak Kancil di Paragon Market Place, Jumaat ini. Jangan daftar saja, make sure hadir juga. 2. Daftar di Komuniti Kancil untuk hadir ke penamaan calon, pilih DUN yang anda akan hadir. 3. Daftar untuk memasang bendera selepas itu. Jika kita berjaya laksanakan perkara ini walaupun BERSAMA tidak ada bahagian atau cawangan, itu petanda awal struktur BERSAMA yang tidak berlapis mampu mencabar struktur warlord parti-parti lain. Insya-Allah, itu sudah jadi satu kejayaan kecil dalam usaha membawa politik yang bersih dari rasuah.

Rafizi Ramli

27,048 views • 3 months ago