Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Trump ugut TSMC dengan cukai 100%!!

14,933 Aufrufe • vor 1 Jahr •via X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfügbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

Ähnliche Videos

Satu cara berkempen yang digunakan oleh PAS dan PN yang cukup berkesan ialah menuduh Kerajaan Persekutuan menganaktirikan mereka. Kononnya kutip cukai dari rakyat negeri-negeri yang ditadbir, contohnya Kelantan, tetapi tidak dikembalikan sebagai peruntukan untuk pembangunan. Teruknya Kerajaan Persekutuan sehinggakan Ahli Parlimen Pasir Putih mencabar agar PAS dibenarkan kutip sendiri cukai Kelantan yang kini dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Agak-agak, kalau Kelantan kutip cukai sendiri seperti yang diapi-apikan oleh PAS, adakah masalah pembangunan di Kelantan selesai? Stesen bas KB Sentral akan siap? Masalah air selesai? Berapa sebenarnya anggaran kutipan cukai dari Kelantan, jika Kelantan mengutip sendiri cukai-cukai yang kini dikutip oleh Kerajaan Persekutuan? Cukai-cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan adalah cukai perniagaan dan pendapatan individu; atau cukai jualan yang berkait dengan kerancakan perniagaan. Jika kerajaan negeri Kelantan tidak berjaya mewujudkan suasana perniagaan yang mesra pelaburan, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi, belum tentu kerajaan Kelantan dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat, kalau pun mereka mengutip sendiri cukai-cukai di bawah bidang kuasa Persekutuan, kerana cukai-cukai itu mungkin tidak mencukupi untuk menanggung keseluruhan belanja pembangunan di Kelantan yang kini ditampung oleh Kerajaan Persekutuan. Sebab itu, lebih baik kita bersaing dengan kepakaran kita merancakkan ekonomi, bukannya bermain sentimen dengan mengapi-apikan konon Kerajaan Persekutuan memangsakan negeri-negeri pembangkang.

Rafizi Ramli

75,842 Aufrufe • vor 1 Jahr