Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Tutorial cara lock rate Wise. Boleh lock sampai 72 jam over weekend, atau pernah juga lock 90 jam sebab cuti.

45,876 Aufrufe • vor 27 Tagen •via X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfügbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

Ähnliche Videos

Sehingga jam 9:00 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 14.3%. Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 40% pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti berikut. Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Namun, jangan bimbang jika bekalan air yang anda mula terima adalah berwarna. Situasi sebegini lazimnya berlaku semasa bekalan air terputus disebabkan oleh gangguan bekalan air berjadual atau tidak berjadual. Bekalan air yang disambung semula boleh menyebabkan pemendapan sedimen dalam paip utama yang telah kosong terampai semula. Ini mengakibatkan bekalan air berubah warna. Pengguna yang mengalami bekalan air berwarna dinasihatkan supaya membiarkan paip air mengalir selama 5 hingga 10 minit sehingga ianya kembali jernih sebelum digunakan. Jika bekalan air masih berwarna, sila hubungi Air Selangor di 15300 atau 'Help Centre' untuk pemeriksaan dan tindakan susulan kami. Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai. Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari #AirSelangor #240723RPSSP123

Air Selangor

31,081 Aufrufe • vor 2 Jahren

Lelaki buat bising maut dibunuh SEGAMAT: Seorang lelaki yang dipercayai membuat bising maut dibunuh dalam satu pergaduhan di depan sebuah kediaman di Taman Sejati, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan pergaduhan itu melibatkan sekumpulan lelaki dan wanita India jam 9 malam. “Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan mangsa yang berusia 30 tahun. “Mangsa dipercayai telah membuat bising di hadapan rumah suspek. “Pergaduhan dipercayai tercetus bermula daripada pertengkaran sebelum berakhir dengan mangsa terbunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, siasatan mendapati mangsa terbunuh disebabkan libasan dan tetakan parang oleh suspek. Siasatan juga mendapati, beberapa rakan mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut mengalami beberapa kecederaan dan kini dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Segamat. Beilau memberitahu, dalam kejadian itu kenderaan milik keluarga suspek turut dirosakkan rakan-rakan mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek menyebabkan mangsa terbunuh. “Bertindak atas maklumat, pihak polis membuat tangkapan pada jam 12.30 tengah malam tadi. “Tangkapan melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan belasan tahun hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh untuk siasatan lanjut,” katanya. Tambah beliau, pihak polis turut menahan tiga lagi lelaki yang menyebabkan khianat dan rusuhan. Menurutya, kes disiasat bawah Seksyen 148/302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. “Kes juga disiasat bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. Selain itu katanya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek utama mempunyai tujuh rekod lampau. Ahmad Zamry meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan tersebut boleh berhubung di Ipd Segamat 07-9312222 atau mana-mana balai polis berhampiran. “Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini,” katanya. 01 November 2024, 8:02pm Artikel ➡️ Buletin TV3 **Lebih banyak di Channel Telegram Mynewshub Viral....tonton di sana

MYNEWSHUB

216,740 Aufrufe • vor 1 Jahr

Soal saya kononnya merajuk ditanyakan di Podcast YBM Episod 26. Saya perhati satu penyakit lama yang tak pernah baik: bila parti jadi kerajaan, kita pakai “topi pemerintah” sahja. Kita tengok semua benda dari lensa kita. Lepas tu kita hairan kenapa rakyat tak ikut cara kita fikir. Hakikatnya, rakyat tak ambil port pun drama dalaman kita. Rakyat bukan duduk kira “siapa merajuk”, “siapa narsisis”, “siapa betul”. Rakyat fikir satu benda: hidup dia makin senang ke makin sempit? Institusi negara makin elok ke makin rosak? Sebab tu saya kata “survey” dan data tu penting. Mustahil kita nak teka apa dalam kepala 30 juta rakyat. Data sama ada “nationwide survey”, atau “big data sentiment”dia tolong kita keluar dari gelembung sendiri. Satu lagi, tolonglah jangan main serangan peribadi macam “merajuk” ni sembarangan. Golongan muda yang tak melalui peristiwa 1998 mungkin tak nampak implikasinya. Kalau naratif “merajuk-narsisis” tu kita pakai balik kepada Anwar pada tahun 1998, lagi sedap orang tembak. “16 tahun dalam kerajaan, tak pernah bangkang… tiba-tiba reformasi?” Itu dialog yang saya dengar masa muda dulu. Sebab jawapan saya dari dulu sampai sekarang sama: "this is not about Anwar Ibrahim the person". Ini pasal keruntuhan kredibiliti institusi bila kuasa digunakan untuk selesaikan saingan politik. Kalau benda itu boleh dibuat pada seorang TPM, tidak ada seorang pun selamat. Sekarang Anwar jadi PM, lagi besar tanggungjawab dia untuk dengar teguran supaya reformasi yang kita jerit sejak 98 tu bukan tinggal slogan. Kalau PKR/PH pilih budaya defensif, tak jawab isu, tak betulkan kelemahan, pergi serang orang, itu jalan Najib dulu. Cybertrooper, tangkap, saman, akhirnya? Kita tahu hujung cerita. Malah, jangan juga silap, sesuatu isu jadi besar bukan sebab saya. Dia jadi besar sebab isu itu dekat dengan rakyat, sebab ada rakyat yang memang fikir benda sama, cuma tak ada medium. Jadi ini bukan soal “Rafizi merajuk tak merajuk”. Ini soal kerajaan dan kalau terus lari dari masalah, malapetaka lain pula akan datang. Dua tahun sebelum Parlimen bubar pun boleh hangus kalau strategi politik masih “sangat-sangat ke laut”.

Rafizi Ramli

31,330 Aufrufe • vor 7 Monaten

Warga Mengadu Gangguan Bunyi Daripada Jiran Mabuk Pada Pukul 2 Pagi Seorang pengguna media sosial, ddan.420_, meluahkan kekesalannya di platform Threads terhadap jiran yang mabuk dan mengganggu ketenteraman awam dengan bising bermain lagu pada waktu awal pagi. Dalam postingannya, lelaki itu bertanya sama ada patut dia menegur atau menghubungi polis kerana bunyi bising dari rumah jiran bersebelahan. "Diorang ni mabok. Bukan lagu bebual sampai dengar satu lorong rumah ni. Ada jiran yang kerja awal pagi esok, ada jugak jiran yang masih ada baby. Sekarang almost pukul 1 pagi," tulisnya. Beliau turut menceritakan pengalaman pahit sebelum ini apabila cuba menegur, malah pernah dipukul oleh enam orang kerana cuba menyelesaikan masalah itu. "Bukan aku taknak tegur. Dah pernah tegur banyak kali... pernah sampai aku kena kepong 6 orang sebab tegur diorang ni," katanya. Lelaki itu yang bekerja shift 14 jam menyatakan dia penat dan tiada tenaga untuk bergaduh, terutamanya kerana esoknya dia perlu bekerja awal pagi. Dalam video yang dikongsikan, bunyi bising daripada rumah jiran masih kedengaran walaupun sudah hampir pukul 2 pagi. Turut mendengar kedengaran bahasa Tamil dalam rakaman tersebut. Postingan tersebut menerima 70 suka, 80 komen dan 12 repost, menunjukkan ramai yang turut bersimpati dengan masalah gangguan bunyi jiran yang kerap berlaku di kawasan perumahan. Masalah sebegini sering menjadi isu di kalangan penduduk, terutama apabila melibatkan alkohol dan bunyi bising pada waktu rehat. #PariahWatch

Fendi #RobohKuilHaram

21,972 Aufrufe • vor 3 Monaten

🚨 Poin pertama adalah valid dan benar. Ini juga merupakan sebuah pernyataan sikap kami. Implementasi MBG seharusnya tidak boleh mengganggu dan membebani guru atau rekan-rekan di satuan pendidikan. Perhatikan 2 video di bawah. Terus terang saja, kami amat sangat membenci pemandangan seperti ini. Semenjak ada embege, ini adalah fenomena umum yang terjadi di sekolah-sekolah ketika menjelang pulang dan/atau selesai jam makan siang. Guru-guru dibebani pembagian ompreng, mengurus ompreng kosong, menghitung totebag agar jumlahnya genap demi menghindari denda kehilangan. Bahkan BGN sengaja menaruh daftar upah di juknis mereka untuk rekan-rekan / guru dari satuan pendidikan dan itu didasari dari jumlah porsi yang dibagikan. Kami sangat yakin, menurut BGN angka itu pasti sudah cukup adil dan sepadan. Dasar otak pesuruh jancok. Begitupula juga SPPG. Sehingga jika ada kehilangan atau jumlah ompreng kembali yang tak genap, sebagai kaki tangan BGN, SPPG akan dengan senang hati menegur dan memarahi guru yang bertanggungjawab. Jabingan. Rp20.000 untuk <100 penerima manfaat. Itu berarti kalo <90 ga ada upah sama sekali gitu?? Guru tuh punya mental tanpa pamrih sebenernya. Gemar membantu apalagi kalau memang itu disukai murid-muridnya. Makanya kalo SPPG nyuruh ini-itu ya mereka mau-mau aja sebetulnya. Tapi sekali mereka mendengar mayoritas muridnya menolak, maka mereka juga akan menolak dengan tegas. Mereka naruh murid-muridnya sebagai top priority mereka. Kalau toh ada murid nolak tapi guru tetep maksa nerima dan maksa ngebagiin, itu biasanya oknum. Tapi cukup realistis juga, di tengah himpitan upah guru yang kecil, ada tawaran beberapa rupiah dari eksternal sekolah, maka ya pasti ada tuh yang maksa ngembat, seperti beberapa kasus yang pernah kami singgung. Ini relasi antar satuan pelayanan yang gak sehat. Dampak buruknya yang nanggung siswa sebagai penerima manfaat. Nah, pertanyaannya, dengan insentif pasti 6jt/hari, kenapa BGN atau SPPG gak putar otak aja gimana caranya supaya ompreng dan totebag bisa terdistribusi dengan rapih ke satu per satu penerima manfaat, dan kembali dalam jumlah yang genap, tanpa harus membebani guru? Kenapa harus melibatkan rekan-rekan satuan pendidikan dengan teknis / mekanisme yang jauh dari kata ringan?

MBG Jelek

731,556 Aufrufe • vor 4 Monaten

Bila bercakap tentang masyarakat India, kebiasaannya perbincangan akan tertumpu kepada berapa banyak program khas yang diumumkan, berapa ramai menteri India yang dilantik, atau agensi mana yang diwujudkan untuk menjaga kepentingan komuniti itu. Saya faham kenapa pendekatan itu popular. Tetapi saya juga rasa sudah sampai masanya kita bercakap secara jujur tentang sama ada pendekatan itu benar-benar menyelesaikan masalah. Pandangan saya mungkin tidak disenangi semua pihak. Kita kena ubah budaya yang menyebabkan rakyat terpaksa "memohon". Sepatutnya, kalau dah benar-benar susah, golongan ini patut secara automatik mendapat bantuan. Seorang keluarga India yang miskin tidak sepatutnya memerlukan program khas untuk membuktikan mereka layak dibantu. Begitu juga keluarga Cina yang miskin, keluarga Melayu yang miskin, atau mana-mana rakyat yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Fokus kerajaan sepatutnya bukan kepada siapa yang paling kuat mendakwa mewakili sesuatu kaum. Fokus kerajaan mesti kepada siapa yang memerlukan bantuan dan memastikan mereka benar-benar menerima bantuan itu. Mudah untuk mengatakan dasar perlu berasaskan keperluan. Ramai yang pernah mengatakannya. Cabaran sebenar ialah pelaksanaannya. Sebab itu saya percaya kerajaan perlu berani menjawab satu soalan yang sering dielakkan: apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "berasaskan keperluan"? Apakah ukurannya? Siapa yang layak? Bagaimana kita memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira kaum? Kita perlu berani mengadakan perbincangan ini secara terbuka dan jujur dan mencari cara baru untuk memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan menerima bantuan. Pada akhirnya, rakyat tidak peduli siapa mendapat kredit politik kerana mereka mahu tahu sama ada kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Rafizi Ramli

18,088 Aufrufe • vor 1 Monat

Mau punya Pacar atau Suami seperti Perth Tanapon udah seperti Santa Pongsapak belum? kalau aku mau Perth buat Santa banget! orang baik deserve untuk orang baik, manusia penuh effort juga deserve untuk manusia penuh effort 🖤🤍 Beberapa contoh aja nih kenapa Santa emang deserve banget buat dapetin Perth, usaha yang dilakukan Santa bikin Perth benar-benar penuh effort juga ke Santa 💖Santa orang pertama yang ngasih bunga duluan saat valentine untuk Perth (diluar event valentine dari brand) jadi beneran buat merayakan valentine berdua, Santa sudah tau kalau Perth alergi serbuk sari (pollen) pada bunga, jadi Santa pilihin bunga yang tidak membuat alegrinya kambuh 💖Santa orang pertama yang memberikan surprise dengan membawakan kue saat Birthday di rumah Perth, padahal dihari itu Santa ada event solo dan ada take video cover juga bareng member Felizz, jadi setelah kerja sendirian, Santa juga nyetir sendiri ke rumah Perth dan sampai di rumah Perth jam 23.59 💖Waktu awal mereka pairing, setelah kerja bareng Santa selalu duluan telfon Perth buat say thank you, kalau sekarang udah gantian, mau event bersama atau event solo selalu gantian buat telfon, dan lebih banyak hal yang mereka omongin "hari ini gimana?" "Hari ini capek enggak?" 💖Udah diakuin sama Perth kalau Santa itu selfless, orangnya tidak pernah egois, Santa janji buat selalu temenin Perth dalam hal apapun, ketika Santa sakit waktu itu dia batalin event solo, tapi hari berikutnya masih sakit dia belain datang buat event couple, Santa bener-bener gamau P'Perthnya sendirian PERTHSANTA LOVE ADDICT #เพิร์ธแซนต้ารักกันเดวิลสุขใจ

chocoeclairsoes

17,026 Aufrufe • vor 2 Monaten

Dilema ibu bapa dan pelajar ialah jurusan apa nak ambil selepas SPM. Banyak yang kata akan pilih ikut minat. Nasihat saya kena imbangkan antara minat dengan peluang kerjaya baik masa hadapan. Sebab itu saya syorkan jadi akauntan bertauliah, macam saya! Saya dulu pelajar sains tulen. Habis SPM, buat A-Levels pun sains tulen. Ijazah pun buat kejuruteraan elektrik dan elektronik. Habis universiti, saya kerja sebagai auditor dan akauntan bertauliah. Eyh, macam mana pulak? Sebab kerjaya akauntan tidak memerlukan kita belajar akaun di sekolah atau universiti. Malah, untuk jadi akauntan bertauliah tak perlukan ijazah perakaunan pun. Hanya perlu lulus peperiksaan dari institut akauntan bertauliah seperti ICAEW atau ACCA. Industri kewangan dan perakaunan sangat mengutamakan kelayakan akaun bertauliah seperti ini. Yayasan Peneraju, sebuah agensi Bumiputra di bawah Kementerian Ekonomi diamanahkan melahirkan profesional bumiputra. Salah satu fokus utama ialah menggandakan jumlah akauntan bertauliah Bumiputra. Sebab itu, bermula 2025, jumlah pengambilan pelajar lepasan SPM untuk menjadi akauntan bertauliah ditingkatkan dari 500 orang setahun kepada 1,500 orang setahun, naik 2 kali ganda. Pelajar yang berjaya akan diberi pembiayaan mengikut kesesuaian dan ditempatkan di kolej-kolej profesional seperti Sunway University, INTEC Shah Alam, Tymba dan lain-lain. Jika adik berjaya lulus semua peperiksaan tanpa gagal, pada umur 21 tahun adik sudah boleh mula bekerja sebagai akauntan bertauliah di firma-firma besar. Proses permohonan seperti berikut: 1. Isi borang di laman dengan keputusan SPM 2. Hadir bersama ibu bapa ke taklimat dan temuduga di bandar-bandar terpilih seperti berikut: 27 April - Shah Alam di Auditorium MBSA, Shah Alam dari jam 10 pagi - 4 petang. 10 Mei - Port Dickson, Ipoh, Kuantan, Kuching. 11 Mei - Mukah, Betong, Muar, Sungai Petani. 17 Mei - Kuala Terengganu, Sandakan, Tawau. 18 Mei - Tuaran. Sebarkan maklumat ini. Semak maklumat yang dikemaskini di Antara keputusan terbaik saya pernah buat ialah menjadi akauntan bertauliah di bawah ICAEW. Saya harap lebih ramai yang memilih jalan ini.

Rafizi Ramli

48,359 Aufrufe • vor 1 Jahr