Sensitive content

This media may contain sensitive content.

Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

Vc5 Demi uang Ringgit. Sultan Malaysia🤤 BUANG DALAM @B

82,281 просмотров • 11 месяцев назад •via X (Twitter)

Комментарии: 0

Нет доступных комментариев

Здесь появятся комментарии из оригинального поста

Похожие видео

Tuduhan bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia–Amerika Syarikat (ART) mengikat atau menggadaikan negara tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, kita kekal bebas menentukan hala tuju perdagangan dan hubungan luar, termasuk dalam sektor nadir bumi, semikonduktor, mata wang dan dasar strategik lain. Tidak benar dakwaan kononnya perdagangan nadir bumi kita terbatas kepada Amerika Syarikat. Kita baru saja memeterai kerjasama super magnet dengan Korea, manakala PETRONAS–Khazanah sedang memuktamadkan usaha sama nadir bumi dengan China. Jika benar kita “terikat”, semua ini pastinya terhenti. Dalam semikonduktor, Malaysia kekal menentukan dasar sendiri. Pelaburan Jerman dan China bebas mengeksport cip ke China tanpa sebarang sekatan. Jika Malaysia benar-benar “menggadai” kedaulatan, keputusan ini mustahil berlaku. Isu mata wang juga jelas apabila ringgit–yuan, ringgit–baht, ringgit–rupiah dan lain-lain tetap diteruskan tanpa halangan. Tidak ada satu pun dasar perdagangan kita yang terhenti akibat ART. Malah meskipun Amerika Syarikat tidak bersetuju dan mengambil pendirian keras terhadap BRICS, Malaysia tetap hadir dan terlibat. Bahkan saya sendiri akan ke sidang G20 di Afrika Selatan walaupun Amerika memboikot. Ini bukti pendirian kita tidak ditentukan oleh mana-mana kuasa besar. Saya tegaskan buat kesekian lagi: ART tidak mengekang, mengikat, atau memaksa Malaysia tunduk kepada Amerika Syarikat. Malaysia kekal merdeka, bebas dan berdaulat. Dasar negara kekal ditentukan oleh kita sendiri! #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI

Anwar Ibrahim

10,102 просмотров • 8 месяцев назад