Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐍𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐑 𝐌𝐈𝐍𝐆 SiswaPAS telah mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis terhadap kenyataan yang tidak berasas oleh Nga Kor Ming terhadap PAS berhubung isu sambutan krismas di KPKT.

11,230 views • 1 year ago •via X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

Takkan la sebuah hospital swasta ternama nak buat macam ni.......harap diaorang ni semua disaman la..... PETALING JAYA – Sunway Medical Centre, Sunway City tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tular di media sosial mengenai rawatan yang diberikan kepada seorang pesakit dari Indonesia. Dalam kenyataan bertarikh 16 Januari 2026, pihak hospital memaklumkan mereka sedar akan tuntutan dan dakwaan yang sedang beredar, namun menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu yang dibuat terhadap doktor dan institusi berkenaan. “Sunway Medical Centre, Sunway City sedar akan dakwaan yang tular di media sosial berkaitan penjagaan terhadap seorang pesakit dari Indonesia. "Kami kesal dengan tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap doktor dan hospital kami,” menurut kenyataan itu. Menurut pihak hospital, semua siasatan telah dijalankan dan diselesaikan selepas pesakit berkenaan discaj, dengan berpandukan bukti klinikal. Selain itu, Sunway Medical Centre turut memaklumkan pihaknya telah dan masih berhubung secara konstruktif dengan wakil perundangan yang dilantik oleh pesakit. Bagaimanapun, hospital menegaskan mereka tidak akan mengulas secara terperinci mengenai kes tersebut berikutan komitmen terhadap kerahsiaan pesakit, selain proses yang masih berlangsung. “Kami tidak akan mengulas sebarang butiran khusus ketika proses ini berjalan. "Hospital dan doktor juga berhak mengambil sebarang tindakan yang wajar bagi melindungi kepentingan masing-masing,” tambah kenyataan itu. Dalam pada itu, Sunway Medical Centre menegaskan komitmen mereka untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit dengan penuh profesionalisme, belas ihsan dan integriti. -Agensi/Mynewshub

MYNEWSHUB

234,499 views • 8 months ago

Ajk Surau Buat 10 Laporan Polis, Dakwa Diganggu Isu Azan Dan Aktiviti Ibadah AMPANG – Isu melibatkan sebuah surau di Taman Seraya semakin tegang apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) surau terbabit membuat sebanyak 10 laporan polis berhubung dakwaan gangguan oleh seorang penduduk tempatan. Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman berkata, tindakan itu diambil bukan untuk mencetuskan konflik, sebaliknya bagi mempertahankan institusi surau daripada dakwaan tidak berasas yang tular. Menurut beliau, gangguan tersebut didakwa mempunyai unsur sensitif melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R), sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengurusan surau. “Beberapa mesej WhatsApp telah dihantar secara peribadi kepada AJK, yang dilihat sebagai tekanan berterusan terhadap kami,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, pada Jumaat. Lebih mengejutkan, individu berkenaan didakwa mempertikaikan laungan azan yang dianggap mengganggu, selain meminta agar solat berjemaah dihentikan atas alasan kesesakan trafik. Tidak terhenti di situ, individu sama turut mempersoalkan penggunaan lampu di kawasan surau, yang didakwa mengganggu persekitaran. Abdullah menjelaskan, isu tersebut sebenarnya telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu, namun kembali memuncak apabila tuntutan baharu dikemukakan baru-baru ini. Susulan itu, satu sesi dialog akan diadakan pada jam 10 pagi di Pejabat ADUN Teratai bagi mencari jalan penyelesaian secara harmoni. Sesi tersebut akan melibatkan pihak AJK surau, agensi berkaitan termasuk polis serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan. Perkembangan isu ini dijangka terus menjadi perhatian, khususnya membabitkan sensitiviti masyarakat setempat serta keharmonian antara penduduk.

MYNEWSHUB

14,645 views • 5 months ago

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM - Asyraf Wajdi Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor bakal berdepan tindakan disingkirkan sekiranya didapati bersalah. Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau amat berdukacita, kesal dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu yang hanya diketahui selepas ibu bapa mangsa membuat hantaran di media sosial selepas anak mereka memohon untuk keluar daripada MRSM kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan akibat dibuli. "Berdasarkan maklumat yang saya terima, perbuatan ini disyaki melibatkan enam orang pelajar Tingkatan 5. Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa, khususnya PDRM dan saya dimaklumkan keenam-enam pelajar terbabit telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Asyraf, sejurus menerima laporan itu, beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) dan pihak pentadbiran MRSM supaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pelajar yang didapati terlibat. "Jika terbukti bersalah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM. Walau apa juga alasan yang diberikan, perbuatan membuli atau mengambil tindakan sendiri atas alasan mahu 'mendisiplinkan' pelajar junior adalah sama sekali tidak boleh diterima dan tidak akan dikompromikan," tegasnya. Beliau turut mengulangi pendirian MARA bahawa sesiapa yang terbukti melakukan perbuatan buli tidak lagi mempunyai tempat di MRSM, selain menggesa semua pelajar supaya tidak takut melaporkan sebarang kejadian buli kepada guru, warden atau pihak pentadbiran. Pada masa sama, beliau memberi amaran bahawa MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan atau melindungi perbuatan buli, sambil menegaskan tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli di MRSM. - MYNEWSHUB Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

MYNEWSHUB

83,432 views • 3 months ago