ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐‘๐„๐…๐Ž๐‘-๐Œ๐€๐“๐ˆ! - ๐ƒ๐„๐Œ๐Ž๐Š๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‘๐‹๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐ƒ๐ˆ๐‹๐ˆ๐–๐€๐“ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐๐‡ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ! Yang paling bebal pertahankan Speaker ialah ahli-ahli parlimen DAP - Bangi dan Jelutong dengan memberi hujah seolah-olah mereka itu ahli parti BERSATU! Mana kamu tahu pindaan Perlembagaan BERSATU sebagai Retrospektif? Kamu sudah lihatkah semua dokumen yang kami buktikan? Malah bukan tugas...

56,474 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

9 ๆก่ฏ„่ฎบ

MariaZam ็š„ๅคดๅƒ
MariaZam2 ๅนดๅ‰

PHBN dah settle ikat MP msg2, lps MP beralih skgn baru kelam kabut nak ubah perlembagaan parti. Ms korang liwat, rogol, khianat PH dulu, x de pun ko memekak mcm org hilang akal. Berbln sebut UG nak jatuh, tanpa rasa bersalah! Now just sit tight & watch kifarah fr the main box!

tide eliforp ็š„ๅคดๅƒ
tide eliforp2 ๅนดๅ‰

Kah kah kah... parti sendiri yg berserabut.. buat constructive dismissal .. lepas tu acah2 terpaling dianiaya. Kau ingat speaker buat keputusan tanpa merujuk the expert ke? Bebal

๐—ง๐—ผ๐˜†๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฑ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ็š„ๅคดๅƒ
๐—ง๐—ผ๐˜†๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฑ๐—ฟ๐˜‚๐˜€2 ๅนดๅ‰

Penat la Wan. Mana satu ni? Abah Midin cakap tak langgar akta lompat parti. Kenapa skrg lain pula?

Azlan Md Lajis ็š„ๅคดๅƒ
Azlan Md Lajis2 ๅนดๅ‰

Bro with due respect, kau put your self as bastard! Cuba jadi YB yang boleh jaga mulut dan mendidik masyarakat supaya jaga mulut dengan ayat yang bukan longkang macam kau. Tak habis2 naratif fitnah Liwat yang kau bawa! Disrespectful lah..! What a person are you!

Ganesh MN ็š„ๅคดๅƒ
Ganesh MN2 ๅนดๅ‰

Yang Meliwat, Yang Di Liwat, BERSATU Liwat BERSATU. Karma Is A Bitch, It Will Comeback To Bite, Now Karma Is Getting Back At BERSATU, Enjoy It ..... ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚

VitoCorleone ็š„ๅคดๅƒ
VitoCorleone2 ๅนดๅ‰

Kah kah kah

Sahabat-Gunung ็š„ๅคดๅƒ
Sahabat-Gunung2 ๅนดๅ‰

Dulu masa katak2 BN & PKR lompat-lompat masuk Bersatu โ€ฆ. Kenapa korang tak buat havoc mcm nie โ€ฆ sekarang dah kena batang hidung sendiri โ€ฆ. Ko kata dorang melompat plak

WTE FPL ็š„ๅคดๅƒ
WTE FPL2 ๅนดๅ‰

Kifarah hits hard eh? Dulu time masing2 lompat parti seronok, sekarang bila kena balik melolong terpekik terlolong. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

azman shah ็š„ๅคดๅƒ
azman shah2 ๅนดๅ‰

Korang semua dah gila babi dah kenapa? Larut, Beluran, Putrajaya, Kota Bharu meraung raung mcm kena sampuk puaka. PMX ckp Paguh baca Federal Constitution pun ยฝ masak sebab baca perkara 49A(1) tapi abaikan 49A(2)(c) perlembagaan (pindaan) (no.3) .Sendiri amended,sendiri belit.

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 11 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—ฌ๐—Ÿ๐—˜ ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—œ๐—ก ๐—๐—จ๐—š๐—”๐—ž Satu perkara yang membezakan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata โ€œhe wants to have a cake and eat it tooโ€. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang โ€œstrong, formidable and convincingโ€, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: โ€œbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutโ€. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoโ€™ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,847 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ, ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š-๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR. Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video. Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang. Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat. Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini? Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti. Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa? Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker. Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit. Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti. Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia. Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR. Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi. Tapi saya tenang dan gembira. Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat. Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati. Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun. Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan. Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me. Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan. BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk. Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat. Saya tahu saya bukan seorang yang waraโ€™ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya. Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati dan daftar jadi ahli. Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat. Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat. Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat. Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, thatโ€™s the least we owe them. Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di

Rafizi Ramli

63,509 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—ฅ ๐—ฅ? ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐——๐—จ๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—ฅ๐— ๐Ÿต.๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ง๐—”? ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Petang tadi, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh memanggil satu sidang media. Ia ekoran spekulasi yang timbul setelah Victor Chin, salah seorang yang dinamakan di dalam laporan Bloomberg mengenai mafia korporat, mendakwa dia telah membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR untuk menyelesaikan kes itu. Sidang media itu lebih kurang 25 minit. 10 minit mengenai Victor Chin, yang selebihnya Ramanan maki saya. Antara lain, dia tuduh: 1 - Saya menggerakkan cyber trooper untuk mengaitkannya sebagai Mr R yang dirujuk oleh Victor Chin 2 - Saya seorang menteri yang gagal dan penakut Kalau nak tahu siapa Mr R, jangan skip content. Tunggu sampai habis sebab saya akan tunjukkan siapa Mr R. Kita mula dengan latar belakang drama politik terbaru ini. Semalam, 24 Mac, Victor Chin menghantar satu dokumen 40 mukasurat dan dokumen-dokumen sokongan. Dokumen itu memperincikan secara kronologi bagaimana krisis perebutan NexG bermula, nama-nama yang terlibat dan dakwaannya tentang bagaimana institusi penguatkuasaan iaitu PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah disalahgunakan untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dipanggil mafia korporat. Media tidak melaporkan secara terperinci apa yang didakwa, sebaliknya memberikan tumpuan kepada 2 isu: 1 - Seorang yang bernama Mr R yang sentiasa berhubung dengan Victor Chin bagi pihak โ€œbossโ€ nya di pihak mafia korporat, yang mengikut Victor Chin, menggunakan agensi penguatkuasa untuk menekan pemegang saham 2 - Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR dalam bulan Oktober 2025 kerana Ahli Parlimen itu berjanji boleh โ€œkawtimโ€ dan menyelesaikan masalahnya yang ditekan agensi penguatkuasa, termasuk akaun-akaun bank dan saham yang dibekukan Walau bagaimana pun, oleh kerana netizen tidak ada akses kepada dokumen 40 muka surat itu, ramai yang terkeliru bahawa Mr R itulah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima rasuah RM9.5 juta dari Victor Chin. Ada beberapa orang ahli parlimen PKR yang namanya bermula dengan R. Saya sendiri, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan sudah tentu Ramanan. Saya dan YB Rodziah hanya tweet secara berseloroh yang R itu bukan kami. Ramanan memangil sidang media terus dan kita lihat sendiri emosinya dalam sidang media, semua perkataan keluar - syaitan, fail, coward, Eskimo pun keluar. Padahal Mr R tidak pun merujuk kepada mana-mana ahli parlimen PKR kerana ia dua perkara yang berbeza. Saya boleh namakan terus siapa Mr R berdasarkan maklumat yang didakwa oleh Victor Chin, tapi tunggu di hujung video. Sebab bagi saya isu yang sama besar ialah dakwaan Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat ini bagi pihaknya. Bila ia telah dilaporkan, netizen akan berteka-teka. Sebab itu saya dan YB Rodziah awal-awal lagi menafikan. Tetapi netizen pun pandai buat siasatan ala CSI mereka sendiri. Untuk Victor Chin yakin dan membayar sehingga RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat ini kepadanya , ahli parlimen PKR ini mestilah memenuhi ciri-ciri berikut: Pertama, seorang yang kanan dalam PKR dan mempunyai pengaruh besar, akses terus kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kedua, dia mestilah rapat dan tidak bermusuh dengan Farhash, kerana Victor Chin mendakwa perebutan NexG itu melibatkan dia dan pemegang saham NexG sedia ada di satu pihak, dan satu kumpulan lawan yang melibatkan Farhash. Kalau ahli parlimen itu ada pengaruh untuk berunding dan menamatkan perebutan NexG ini, dia mestilah rapat dengan Farhash. Saya dan YB Rodziah, kedua-dua kami jauh panggang dari api ada dua ciri-ciri ini. Dalam PKR, semua orang boleh bersetuju yang ada ciri-ciri itu, dari kalangan ahli parlimen, adalah Ramanan. Tambah pula Ramanan pernah ada kes di Mahkamah Tinggi dalam tahun 2015 dahulu, yang dia diarahkan membayar balik RM5.5 juta kepada seorang pakar sakit jiwa untuk kawtim dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapat bayaran dari kerajaan. Kes tidak serupa, tapi reputasi kawtim itu telah lekat dengan sesetengah netizen. Terpulanglah kepada Ramanan dan PKR kalau dia masih mahu memaki hamun saya kononnya saya yang mengaitkan beliau dengan dakwaan Victor Chin itu. Sebenarnya dialah yang perlu meyakinkan netizen dan rakyat, bahawa di sebalik rekod mahkamah yang dia ada, dan kerjaya politiknya yang dibina dengan cepat disebabkan rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan Farhash, dia bukan ahli parlimen yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Victor Chin. Jadi siapa sebenarnya yang menerima rasuah dari kalangan ahli parlimen PKR ini? Bagi saya, mudah sahaja kerana ini hakikatnya - wang RM9.5 juta itu diberikan secara tunai. Si pelaku yang menerima rasuah itu mungkin boleh mendabik dada dan menafikan terlibat kerana yakin Victor Chin tidak ada bukti. Lagi-lagi, dia juga yakin tidak ada bukti kerana bukan dia sendiri yang sendiri yang mengambil duit tunai itu. Dia juga boleh memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah berjumpa Victor Chin. Tetapi kalau Victor Chin berani memberi ultimatum terbuka agar wang RM9.5 juta itu dipulangkan semula sebelum 30 Mac, jika tidak dia akan menamakan ahli parlimen itu, ia bermakna Victor Chin sudah simpan bukti. Bila berhubung dengan Victor Chin di telefon, percakapan itu mungkin direkod. Bila orang yang dipercayai ahli parlimen itu mengambil duit tersebut, bukti video dan gambar juga telah ada. Kalau tidak, Victor Chin tidak berani buat ultimatum sebegitu. Jadi kes ini akan hanya ada 2 pengakhiran - sama ada 30 Mac ini ahli parlimen itu dinamakan secara terbuka, atau ia mati begitu sahaja. Kalau mati begitu sahaja, kita tahu bahawa ahli parlimen itu telah memulangkan RM9.5 juta itu dengan membayar hutang Victor Chin kepada ah long, sebab Victor Chin ambil wang itu dari ah long untuk dibayar. Siapa yang ada kemampuan mencari RM9.5 juta dalam tempoh 5 hari? Kita tunggu la selepas ini. Saya dah jelaskan mengenai RM9.5 juta, seterusnya kepada teka teki nasional - siapa Mr R? Ha3 ingat ahli politik lain saja yang boleh scam orang, saya pun boleh juga. Cuma saya tak scam duit la. Saya scam content saja. Esok saya dedahkan siapa Mr R sebab saya masih dalam mood raya, kena balik beraya jap.

Rafizi Ramli

58,611 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐ˆ๐Š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐ ๐ฏ๐ฌ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐ˆ๐Š ๐“๐Ž๐๐† ๐๐€๐๐ˆ ๐๐‡ Lain yang diminta, lain yang diberi; lain yang dijanji, lain pula yang dinyanyi! Agenda Reformasi 20 tahun dibakul sampahkan kerana takutkan bayang-bayang: kamu sudah memiliki 2/3 sokongan ahli parlimen, apa keperluan MOU untuk dirundingkan? Jelas MOU ini adalah perangkap untuk memandulkan pembangkang. Satu bentuk muslihat demi mengekang kemaraan PN yang mendapat sokongan rakyat dalam menentang petualang dan pengkhianat agama, bangsa dan tanah air. Sebab itu kamu takut kami bercakap soal Melayu, Islam atas alasan ianya hasutan walhal ancaman-ancaman ini adalah kebenaran!!! Dana Peruntukan Pembangunan Parlimen bukan duit kamu, ianya duit pembayar cukai rakyat Malaysia yang perlu diagih secara adil dan saksama! Semua negeri pembangkang tidak letakkan sebarang syarat, rundingan apatah lagi MOU untuk wakil rakyat pembangkang terima peruntukan. Kenapa PN boleh buat, PH tidak boleh??? Jawapannya ialah pada makna POLITIK/POLITICS: WHO gets WHAT, HOW and WHEN! Politik PN: Politik Adil dan Madani (Sebenar): peruntukan diberikan TERUS: tak perlu โŒ rundingan, MOU! Politik PH: Politik Tong Babi (Pork Barrel Politics): rundingan, MOU matikan, mandulkan demokrasi; kalau sokong PMX dapat peruntukan, tak sokong pergi mati rakyat kamu: sifat zalim, jahat: check!โœ… ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐“๐€๐Š ๐๐€๐Š ๐Œ๐Ž๐”, ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐๐€๐Š ๐‘๐”๐” ๐ƒ๐€๐๐€ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐‘๐‹๐ˆ๐Œ๐„๐! #HarapanPalsu #MadaniZalim #HakRakyat #WangRakyat #TolakRasuahPolitik #PeruntukanParlimen

Wan Ahmad Fayhsal

415,389 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐…๐€๐Š๐“๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐”๐“๐€: ๐€๐‹๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Œ๐Ž๐ƒ๐€๐‹ ๐€๐’๐ˆ๐๐† ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐”๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐„๐‘๐“๐”๐‘๐”๐“-๐“๐”๐‘๐”๐“ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐€๐๐–๐€๐‘ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ Antara kehebatan #MalaysiaMadani ialah mereka cukup hebat bersilat menggunakan data dan statistik dengan buat kesimpulan separa benar bagi menggambarkan โ€œkeindahanโ€ nombor-nombor yang cuba menutup kelemahan kerajaan ini. Apa yang dibangkitkan dan ditegur oleh saya dan pembangkang hari ini ialah FAKTA yang tak boleh disangkal: Kelemahan tatakekola memerangi rasuah (sembang tak serupa bikin; selective prosecution) membuatkan pelabur asing tidak yakin dengan pasaran Bursa Saham negara. Baru-baru ini saja selama 16 MINGGU BERTURUT-TURUT aliran modal asing keluar bersih (debt dan equity market) lebih banyak yang telah mencecah RM 8.5 BILION. Tahun lepas saja aliran modal asing keluar bersih ialah RM 4.2 BILION dan 2023 berjumlah RM 2.3 BILION. Tak payah sembang ketimbang dengan negara lain serantau kerana seperti jelas Ketua Pembangkang, nilai kecairan pasaran saham mereka jauh lebih tinggi berbanding kita. Kami tegur bukan dengan memfitnah, kami bangkitkan skandal, tatakelola flip-flop, umum dulu baru kaji agar kerajaan dapat baiki supaya negara jadi lebih baik. Ketika kamu (yakni PH) jadi pembangkang apa saja yang kamu tak taji dan fitnah kerajaan terdahulu???? Tapi lihat cara Perdana Menteri jawab: boleh dia perleceh kawasan saya iaitu jajahan parlimen Machang sebagai tak membangun. Itu salah siapa? Salah ahli-ahli parlimen terdahulu khususnya yang memang mahu dan suka Machang kekal mundur agar mereka boleh terus amalkan politik naungan (patronage politics). Sekarang kamu Anwar Ibrahim teruskan budaya politik lapuk ini dengan menafikan peruntukan kepada pembangkang. Konon salur terus kepada rakyat tanpa melalui kerajaan negeri dan ahli parlimen yang menang undi pilihan raya dengan SAH. Rakyat tidak bodoh dan buta menilai. Kamu jangan jadi angkuh kelak tersadung menyembah bumi! #BinaMachang #Machang #MembangunBersamaIslam #TeamWAF #WanFayhsal #Machester #DewanRakyat #AnwarIbrahim #HamzahZainuddin

Wan Ahmad Fayhsal

23,216 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐Ÿฑ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ: ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐—š๐—˜๐—ง๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ BERSAMA berusia 3 bulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lepas. Keahlian BERSAMA telah melepasi 30,000 ahli dalam tempoh 3 bulan itu, yang saya kira satu perkembangan yang memberangsangkan. Setiap ahli membayar RM20 yang membantu membiayai BERSAMA setakat ini. Selain itu, berikut adalah beberapa statistik lain sejak 3 bulan lalu: 4,052 ahli BERSAMA telah menyumbang secara crowdfunding sejumlah RM468,594, bersamaan purata RM115.65 setiap sumbangan. 2,165 ahli BERSAMA telah membeli merchandise dari online shop rasmi BERSAMA, jualan keseluruhan RM91,097. Secara keseluruhan, sejumlah RM1,009,641 telah disumbangkan oleh ahli BERSAMA sebagai yuran, sumbangan crowdfunding, jualan tiket #WeFund dan jualan merchandise. Untuk mengekalkan momentum ini, ahli-ahli BERSAMA perlu terus membantu meyakinkan orang di sekeliling kita untuk menyertai BERSAMA. Secara purata, setiap hari ada antara 100 hingga 200 orang ahli baru menyertai BERSAMA. Pada hari yang baik, mencecah 200 orang dan bila perlahan, sekitar 100 orang sahaja. Penyertaan ahli baru ini berlaku secara organik oleh individu perseorangan. Ada beberapa saluran mereka mendapat tahu mengenai BERSAMA dan mendaftar menjadi ahli BERSAMA. Dari pembacaan, baik di media atau kandungan berita dari orang-orang di sekeliling mereka. Dari rakan-rakan atau ahli keluarga mereka, yang memberi kod rujukan (referral code) dan pautan di untuk menjadi ahli. Dari kandungan digital atau podcast, yang ada kod rujukan dan pautan untuk menjadi ahli. Dari Kaunter BERSAMA yang dibuka oleh ahli-ahli BERSAMA, atau di program-program yang dianjurkan BERSAMA. Dalam tempoh 3 bulan dari sekarang, keahlian BERSAMA perlu mencecah 50,000 orang supaya kita menutup 6 bulan pertama dengan keahlian 50,000 orang. Sebab itu, infrastruktur digital BERSAMA dibina untuk memberi mata kepada ahli-ahli yang berusaha membawa masuk ahli baru. Setiap hari, ranking terkini ahli-ahli BERSAMA dipaparkan di aplikasi Kancil. Pendahulu ranking terkini ialah Balamurali Govindaraju dari Selangor dengan 14,680 mata, Iswardy Morni dari Sarawak dengan 10,161 mata dan Mustadalipa binti Apo dari Sabah dengan 5,300 mata. Cara paling senang untuk menambah mata ialah dengan membawa masuk ahli baru, iaitu 100 mata untuk setiap ahli baru. Maksudnya, secara kasar - Balamurali telah membawa masuk lebih 140 orang, Iswardy lebih 100 orang dan Mustadalipa lebih 50 orang ahli baru. Bila ada ahli-ahli BERSAMA yang tangkas berlari di lapangan, saya semak bagaimana mereka bekerja. Balamurali memberi tumpuan kepada Kaunter BERSAMA. Setiap hujung minggu, beliau membuka Kaunter BERSAMA di pasar-pasar dan kawasan strategik untuk memudahkan orang ramai mendaftar. Iswardy beri tumpuan kepada podcast dan mendaftar ahli secara digital. Untuk mencecah keahlian 50,000 menjelang akhir Oktober, jumlah ahli baru harian mesti mencecah ke lingkungan 200 ke 300 sehari. Ini boleh dicapai sekiranya setiap ahli membawa masuk seorang ahli baru sahaja. Oleh itu, saya ingin mengumumkan program Pingat Kancil yang akan diberikan kepada ahli-ahli BERSAMA yang membantu meningkatkan keahlian BERSAMA melepasi 50,000 orang menjelang akhir Oktober 2026, disahkan melalui kod rujukan (referral code) setiap ahli. Kategori pingat adalah: Pingat Kancil Emas - ahli yang membawa masuk lebih 500 orang ahli Pingat Kancil Perak - 250 hingga 499 orang ahli Pingat Gangsa Perak - 100 hingga 199 orang ahli Satu majlis pemberian Pingat Kancil akan diadakan bersempena dengan 6 bulan pelancaran semula BERSAMA. Oleh itu, berikut ialah tindakan-tindakan yang kita boleh buat untuk sahut seruan Pingat Kancil ini: 1) Dapatkan sekurang-kurangnya seorang ahli dari kalangan keluarga atau rakan kita 2) Buat kandungan di media sosial secara berterusan dengan mempromosikan kod rujukan keahlian BERSAMA masing-masing 3) Kalau ada podcast, saluran digital, gunakan saluran digital itu dengan memaparkan QR code dari app Kancil untuk dapat ahli baru 4) Buka Kaunter BERSAMA setiap minggu di lokasi-lokasi strategik. Bagi ahli yang ingin membuka Kaunter BERSAMA, ikuti langkah-langkah berikut: a. Jika anda mampu berbelanja RM300, anda boleh membeli kaunter tersebut dari HQ BERSAMA. Laman untuk membuat tempahan dan membayar kaunter secara online akan dilancarkan dalam tempoh terdekat di b. Buat masa sekarang, anda boleh membuat tempahan secara manual. Hantar email ke [email protected] atau hubungi Afiq di nombor 016 922 7056 untuk membuat tempahan. c. Jika anda hanya mahu meminjam kaunter dari HQ BERSAMA, anda perlu membayar deposit RM250. Deposit akan dipulangkan selepas kaunter dipulangkan ke HQ. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email atau menghubungi Afiq seperti di atas. Saya berharap sekawan Kancil kita akan menjadi lebih besar dan mencecah 50,000 menjelang akhir Oktober. Jangan lupa semak ranking di app Kancil.

Rafizi Ramli

11,261 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 20 ๅคฉๅ‰

KENYATAAN MEDIA BERSAMA Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP *Sheikh Umar Bagharib Ali* *Syahredzan Johan* *Young Syefura Othman* 9 Ogos 2024 ---------- CERAMAH KEBENCIAN PAS/PN DI NENGGIRI - MENUDUH DAP SEBAGAI 'KAFIR HARBI' 1. Kami merujuk kenyataan dalam sebuah rakaman video yang tular yang memaparkan program ceramah PAS / Perikatan Nasional semasa Pilihan Raya Kecil Nenggiri. Ceramah tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok, YB Syahir Sulaiman dan juga Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa. 2. โ Dalam ceramah tersebut, seorang individu yang kami percaya mempengerusikan majlis telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah 'kafir harbi di Malaysia'. 3. โ Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan ini. DAP adalah sebuah parti politik yang sah dan mempunyai keanggotaan daripada pelbagai kaum. Ini termasuk anggota parti yang beragama Islam. 4. Adapun istilah โ€˜kafir harbiโ€™ merupakan istilah fiqah klasik yang muncul dalam konteks zaman wujudnya ancaman perang dan bunuh dari negara orang kafir (darul harb) keatas negara umat Islam (darul Islam). Golongan kafir ini diklasifikasikan sebagai 'kafir harbi' dan halal darahnya untuk diperangi demi mempertahankan kedaulatan diri dan tanah air umat Islam. 5. โ Justeru, kenyataan melampau yang muncul menerusi rakaman video ceramah PAS di Nenggiri itu adalah sesuatu perbuatan takfiri terhadap ahli-ahli parti DAP yang beragama Islam yang langsung tidak boleh diterima. 6. โ Kami dengan ini menuntut supaya individu dalam rakaman video tersebut meminta maaf terhadap semua ahli parti DAP yang beragama Islam yang telah dihukum sebagai kafir oleh beliau. Pada masa yang sama, kami menuntut supaya kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional supaya menyatakan pendirian mereka sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan melampau individu tersebut. Sekiranya tidak, PAS dan Perikatan Nasional turut digesa untuk mengecam kenyataan tersebut. 7. โ Kami juga menggesa supaya pihak Perikatan Nasional berkempen dengan matang dan sejahtera, dan bukannya memainkan politik kebencian seperti ini. TAMAT Rara โœจ Sheikh Omar Ali

Syahredzan Johan

77,897 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐“๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐๐˜๐€ ๐Œ๐€๐•๐‚๐Ž๐Œ - ๐๐„๐๐“๐„๐๐† ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐’๐€๐‡๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐‹๐€๐‚๐Š๐‘๐Ž๐‚๐Š! Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional telah berjuang bermati-matian menggunakan segala jenis saluran perundangan, dan politik untuk menangguhkan/membatalkan penjualan saham aset strategik negara yang diuruskan MAHB kepada GIP milik BlackRock Inc. yang menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Hari ini satu lagi berita duka bilamana benteng terakhir kita iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang merupakan pemantau dan penyelia hal ehwal ekonomi sektor penerbangan negara telah dibubarkan untuk diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Semua ahli parlimen PN membantah Rang Undang-Undang ini kerana kami mahu ianya diteliti semula dalam Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen melibatkan Pengangkutan. Tindakan terburu-buru kerajaan Madani ini jelas menunjukkan ada udang disebalik batu: persetankan apa jua rakyat kata dan tegur yang penting saham MAHB perlu dijual dengan harga murah RM 11 per saham kepada GIP-BlackRock. Kesan daripada pembubaran MAVCOM yang akan diserap masuk ke dalam CAAM ini akan memberi kuasa yang besar kepada Menteri DAP yang jaga MAHB melebihi daripada apa yang ada sebelum ini. MAVCOM adalah sebuah badan bebas dan mandiri yang menjaga kepentingan negara dan orang ramai. Biarpun Menteri DAP Anthony Loke memberi jaminan kononnya MAVCOM masih boleh berfungsi walaupun pembubaran sedang berjalan, kami khuatir kuku dan taring MAVCOM akan dipotong untuk menegur pihak kerajaan Madani yang begitu rakus ingin percepatkan penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock Inc. Kerisauan ini turut dikongsi bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan yang diketahui ramai berpengalaman dalam dunia koperat. Suara beliau yang tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB ini ada asasnya - sama seperti yang kami dan ramai lagi telah tegaskan. Kami kalah dalam undian di Dewan Rakyat tadi tapi Perikatan Nasional tidak akan sesekali menjual maruah dan prinsip kami demi kemewahan ekonomi semata-mata seperti dihujahkan oleh Menteri-Menteri kerajaan Madani. Nampaknya ada satu sahaja bahasa yang Anwar Ibrahim akan faham: kita akan protes di JALANAN! ๐˜๐ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐…๐€๐˜๐‡๐’๐€๐‹ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐€๐‹ Ahli Parlimen Machang, Ketua Porfolio Hubungan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional. #MAHB #BlackRock #DewanRakyat #klia #WanFayhsal #AnthonyLoke #AnwarIbrahim #Khazanah #KWSP

Wan Ahmad Fayhsal

91,878 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

Isu surat tunjuk sebab terbaru PKR terhadap saya dan apa yang bakal berlaku selepas ini saya ulas dalam Podcast YBM 43. Pada saya, arah dia sudah jelas. Bila pertuduhan rasmi sudah dikeluarkan begini, maknanya proses itu sudah sampai ke peringkat akhir untuk tindakan diambil. Sudah nampak juga gerakan itu disusun berperingkat. Bermula dari Ketua Cabang, kemudian pimpinan negeri, kemudian pimpinan yang lebih tinggi. Semua bawa mesej yang sama, iaitu saya perlu letak jawatan dan keluar parti. Bila susunan itu berlaku serentak, itu bukan kebetulan. Itu keputusan politik yang sedang disediakan. Kita pernah tengok pola yang sama sebelum ini. Sebab itu saya kata, ini budaya lama politik dalaman yang kini dibawa masuk semula ke dalam PKR. Daripada apa yang berlaku sekarang, saya jangka PKR tidak akan pecat saya secara langsung. Mereka akan ambil jalan mentafsir kenyataan dan pendirian saya sebagai saya telah keluar parti. Itu memang sudah pun dibayangkan dalam surat tunjuk sebab pertama oleh Setiausaha Agung PKR. Kenapa? Sebab kalau saya dipecat, saya kekal sebagai Ahli Parlimen. Tetapi kalau saya dianggap keluar parti, implikasinya lain. Sebab itu kehadiran Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ke Pandan semalam memberi isyarat politik yang cukup jelas. PKR sedang bersedia untuk segala kemungkinan, termasuk pilihan raya kecil. Jadi bagi saya, surat tunjuk sebab ini besar kemungkinan akan berakhir seperti yang disebut Fuziah Salleh sebelum ini. PKR akan mentafsir pendirian saya sebagai tindakan keluar parti. Terus terang, ini pelik. Saya tidak pernah lihat parti lain ambil jalan begini. Tafsir sendiri pendirian ahli sebagai keluar parti, hanya untuk elak memecat secara rasmi tetapi pada masa yang sama membuka jalan kepada kehilangan kerusi. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM 43 di YouTube saya:

Rafizi Ramli

23,733 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

KAMI KECEWA.. HARI ini di Parlimen bila Wan Jana bawah meja yang memfitnah telah dimaafkan dan apabila beliau mengakui kesalahan beliau jelas sebelum ini beliau ada niat untuk menfitnah. ADAKAH ini akan jadi satu normalisasi kepada Pembangkang sekarang? Mereka timbulkan persepsi serta fitnah di DEWAN YANG MULIA, selepas itu mereka tarik balik dan minta maaf. Gambar ke 2 di bawah jelas beliau selepas menfitnah PMX dia yakin bahawa pendedahan beliau adalah benar. Dan sejurus selepas itu Wan jana bawah meja ini membuat fitnah ke dua pula kepada SPRM. Dasyat sungguh persepsi jahat pembangkang. They spread the lies then they apologize? Macam dah agak beliau boleh touch N go macam tu aje? fitnah dah bertebaran masalahnya.. Bukankah sepatutnya di Dewan Parlimen Ahli Parlimen ptut lebih professional? Tolong Lah Speaker Dewan yang Mulia, tolong lah tegas. Mereka ini cuba menjadikan Parlimen ini medan menyebarkan fitnah, baik KETUA PEMBANGKANG, sampai la AP Muslimat PAS. Semua pakar fitnah. Kami yang meyokong dan mendokong penuh kerajaan madani ini rasa KECEWA satu tindakan tegas tidak dikenakan pada Wan Saiful Jana Bawah Meja ini. Sebelum terlupa Alice Lau minta tolong tukar kerana beliau bkan lah susuk yang sesuai untuk handle persidangan di Parlimen yang dah macam sarkas. Maklumlah Ahli Parlimen PAS ini dia latih oleh Zoologist. Jadi minta sangat Anwar Ibrahim tolong pertimbangkan jika ada calon yang lebih sesuai untuk menggantikan beliau. sekian; #ladybug

CIKYANie

53,891 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

KENISTAAN POLITIK LOKMAN ADAM Panglima siber utama PH-BN Lokman Adam menghina saya dengan gelaran budak hingusan setahun jagung dalam politik. Adakah itu merendahkan sedikit pun martabat dan darjat saya? Sama sekali tidak. Tapi saya nak ingatkan mulut lobak beliau bahawa hakikatnya beliau lebih hina di kaca mata penyokong PKR dan Anwar Ibrahim dengan kata-kata angkuh beliau ini berhubung tuduhan liwat dalam kempen-kempen politik sebelum ini. Jauh lebih hina dan nista berbanding apa yang YB Putrajaya ucapkan dalam Dewan Rakyat tempoh hari. Sudahkah Lokman Adam menarik balik dan memohon maaf kepada PMX? Di mana pergi panglima PKR seperti Shamsul Iskandar yang mendesak tindakan diambil ke atas Dr. Radzi Jidin untuk dikenakan ke atas Lokman Adam? Kenapa ada double standard dalam menghukum? Musuh politik kamu nak benam, yang membudayakan tuduhan liwat dikalangan Panglima UMNO-BN ke atas Anwar Ibrahim selama hari ini kamu bacul nak desak tarik balik dan mohon maaf dalam pertahankan maruah Presiden kamu. Ini antara contoh utama yang saya katakan semalam berkenaan kerjasama MUNAFIK POLITIK PH-BN. Semua nilai halal-haram, sakral-nista jadi tunggang terbalik dalam politik jenis luar tabii ini. Inikah budaya politik yang kamu nak wariskan kepada anak bangsa? Apa saja yang kamu jual janji kepada rakyat dan berpendirian sebelum ini semuanya telah dihalalkan demi KUASA dan KEDUDUKAN biarpun mengorbankan PRINSIP dan ASAS Perjuangan.

Wan Ahmad Fayhsal

31,988 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ๅนดๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi. Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015. Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ€™ Seri Najib Razak dahulu. Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji. Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad. Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun. Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji. Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok: i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit; ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โ€˜bail-outโ€™ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun); iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain); iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan v. โ€˜Bail outโ€™ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โ€˜bail outโ€™ itu pada tarikh matang. Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah: a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan; b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji. Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras. Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu. Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji. Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini. Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji. Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam. ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

36,463 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—™, ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ข๐—ž ๐—ž๐—˜๐—–๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ? Saya dan 2 lagi ahli parlimen PKR, YB Setiawangsa Nik Nazmi dan YB Subang Wong Chen dikecam teruk oleh penyokong kerajaan apabila kami memberikan beberapa saranan untuk melindungi kedaulatan negara akibat dari kesan buruk perjanjian tarif dengan Amerika Syarikat. Ada yang suruh keluar parti, ada yang kata kami meroyan sebab kalah pemilihan, ada yang suruh saya jual nasi lemak saja. Baru-baru ini, Menteri MITI Senator Tengku Zafrul yang bertanggungjawab merundingkan perjanjian ini, mengakui dalam podcast Keluar Sekejap, yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali perjanjian itu. Ini termasuk klausa yang kontroversi seperti klausa 5.1 berbanding klausa sama dengan Cambodia yang secara jelas melindungi kedaulatan negara itu. Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat. Ini termasuk persoalan kenapa perlu tergesa-gesa untuk menandatangani, yang diakui oleh Zafrul sebagai satu keputusan politik yang ada risiko tersendiri. Begitu juga dengan saranan yang kita perlu semak dengan negara-negara serantau supaya perjanjian kita setara, supaya jangan sampai keadaan yang perjanjian Malaysia nampak terlalu memihak kepada Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain. Pengakuan Zafrul yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan kami ada asasnya. Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan? Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat. Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu. Semangat inilah yang meletakkan PKR di depan membela rakyat dalam isu-isu besar negara seperti membongkarkan skandal-skandal seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda, MARA dan LCS. Semangat itu juga yang mendapat sokongan rakyat sehingga menjadikan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kalau semangat ini luntur dalam PKR, terutamanya bila ada geng-geng lompat masuk parti yang beriya-iya membodek sehingga isu rakyat tidak boleh dibawa atas alasan jangan kritik kerajaan, lepas ini geng-geng ini kena cari parti baru sebab tak lamalah PKR akan jadi kerajaan.

Rafizi Ramli

126,389 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ž๐—˜ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก, ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—” PKR telah mengumumkan 10 calon untuk pilihan raya negeri Sabah. Dari 10 calon ini, 4 adalah calon payung terjun, iaitu calon-calon yang lompat dari parti lain atau calon yang baru masuk parti. Calon yang baru masuk parti iaitu Datuk Ruji bagi kerusi Merotai, lebih mudah untuk kita fahami kerana PKR perlu menampilkan calon-calon berprofil tinggi. Datuk Ruji adalah bekas pegawai kanan kerajaan dan kehadiran beliau boleh menambah nilai PKR di mata rakyat. Calon yang tiga orang lagi boleh ada kesan yang sebaliknya kerana rekod mereka yang suka melompat parti. Datuk Yamani Hafez Tun Musa Aman adalah anak kepada TYT Sabah sekarang. Sebelum ini menganggotai Umno, kemudian Bersatu dan kini PKR. Maksudnya parti yang berkuasa di Persekutuan, parti itulah jadi platform politik beliau. Begitu juga calon Melalap, Datuk Jamawi Jaafar. Sebelum ini dalam Umno, bila Warisan berkuasa, beliau masuk Warisan. Tahun 2020 Warisan jatuh, beliau kembali kepada Umno. Bila Umno tidak sebulu dengan GRS tahun 2023, beliau masuk GRS. Kini masuk PKR. Seorang lagi calon ialah George Hiew. Asalnya DAP, kemudian masuk Warisan dan sempat jadi pembantu menteri. Bila Warisan jatuh, masuk GRS, dan kini PKR. Dalam PKR, dari dulu lagi, ada pandangan berbeza mengenai calon lompat. Satu pandangan merasakan calon lompat adalah seperti durian runtuh kerana yang melompat itu selalunya sudah ada nama, ada pangkat dan mereka ada pengaruh. Kalau yang melompat itu adalah bekas wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini, peluang menang mungkin lebih tinggi. Satu lagi pandangan berpendapat ia tidak serasi dengan jiwa reformasi yang mahu melihat ahli politik yang berprinsip. Jika calon yang melompat itu benar-benar berjiwa reformasi, kita tidak perlulah lawan dia sebelum ini - sama ada memang dia sudah berada dalam PKR dari awal, atau dia seorang wakil rakyat yang baik. Bagi saya, strategi parti mestilah tepat dengan kehendak rakyat. PKR tampil di persada politik negara dengan janji untuk membawa politik baru dan membuang budaya lama yang menjadikan mandat rakyat sebagai percaturan tawar menawar. PKR pernah ada pengalaman masuk pilihan raya dengan menampilkan bekas wakil rakyat yang lompat parti, iaitu semasa pilihan raya negeri Melaka yang lepas. Keputusannya tidak baik. PKR kalah semua kerusi walaupun dalam PRU 2018 PKR mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah di Melaka. Setiap dari kita, apatah lagi yang memimpin parti politik, akan terus berdepan dengan dua pilihan dalam setiap keputusan: sama ada kita memilih jalan pintas untuk menang (contohnya mengambil calon lompat yang pasang siap); atau kita memilih untuk menang atas usaha melahirkan calon-calon yang kita didik sendiri. Saya akan ulas dinamik politik dan pilihan raya Sabah dalam podcast YBM minggu ini, hari Jumaat 14 November jam 9 malam.

Rafizi Ramli

34,866 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž, ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š Perhimpunan Agung BERSATU kecoh baru-baru ini, bermula dengan satu surat layang yang menuduh ada cubaan untuk mengumpul sokongan memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi laluan kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin. Isu surat layang ini berlanjutan ke perhimpunan agung apabila ada insiden jerit menjerit semasa Tan Sri Muhyiddin berucap. Memandangkan PRU16 boleh dipanggil dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, musim pilihanraya datang lagi. Musim pilihanraya bermakna ramai yang boleh jadi calon. Calon ahli parlimen, calon menteri besar, calon menteri dan yang paling hebat, calon Perdana Menteri. Jadi, ini musim yang calon-calon akan tumbuh seperti cendawan. Setiap parti utama di negara ini sebenarnya ada pergolakan masing-masing. PKR telah selesai. Walaupun nampak damai di luar, tetapi luka dari pemilihan yang lepas adalah sukar untuk dipulihkan, baik di dalam parti atau di mata pengundi. DAP juga akan terus berhadapan dengan pertembungan kumpulan-kumpulan dan sentimen bahawa veteran parti diketepikan kerana ramai orang baru yang masuk. UMNO akan terus dibayangi oleh kumpulan Datoโ€™ Seri Najib yang tidak walaโ€™ sepenuhnya kepada presiden Datoโ€™ Seri Zahid Hamidi. PAS nampak tenang dari luar, tetapi tokoh-tokoh utama menyusun strategi untuk menjadi pemimpin selepas zaman Datoโ€™ Seri Hadi Awang, memandangkan keadaan kesihatan yang semakin uzur. Kemudian ada pertembungan golongan ustaz melawan yang bukan ustaz. Kemudian kita ada BERSATU. Saya dimaklumkan keadaannya sudah sampai ke peringkat mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin. Itu belum lagi ura-ura usaha untuk mengumpul ahli-ahli parlimen untuk tebuk atap sekali lagi. Jadi, negara kita tidak pernah ketandusan ahli-ahli politik yang mahu menjadi calon, terutamanya untuk menjadi Perdana Menteri. Calonnya banyak, cuma jumloh belum cukop. Belum cukop jumloh untuk menggulingkan Muhyiddin, belum cukop jumloh untuk tebuk atap. Semua ini terus berlaku dalam keadaan penyokong-penyokong yang walaโ€™ di bawah saling memaki hamun dan menanggung risiko dosa fitnah setiap hari. Budaya penyokong-penyokong walaโ€™ yang memaki hamun di media sosial dan menjadi pembuli siber ini juga yang sedikit sebanyak menjadi teladan kepada anak-anak kita, kerana pewalaโ€™ yang memaki hamun ini juga ibu bapa kepada anak-anak. Akhirnya, bila ada pemimpin baru yang naik, masalah tidak selesai. Maki hamun berterusan dan kitaran itu berterusan. Sebabnya ialah budaya masyarakat kita yang menilai seorang calon pemimpin berdasarkan sentimen dan personaliti, bukannya kebolehan dan ilmu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Sedangkan pemimpin politik, baik Perdana Menteri, menteri, menteri-menteri besar itu digaji oleh rakyat untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Itulah punca kepada penyakit masyarakat kita, iaitu calon Perdana Menteri banyak tetapi formula untuk selesai masalahnya kurang. Sebab kita tidak beri perhatian pun kepada idea yang dibawa, sebaliknya kita agung-agungkan sentimen dan personaliti. Kitaran ini akan berterusan, masalah akan dipanjangkan dan sebenarnya yang menanggung beban adalah tukang walaโ€™ politik tidak bergaji juga.

Rafizi Ramli

16,652 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰