ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐Ÿ†๐‘จ๐’๐’–๐’ˆ๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฉ๐’Š๐’๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ท๐’๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’“ ๐‘จ๐‘ฉ๐‘ท๐‘ฉ๐‘ฏ ๐Ÿ‘๐Ÿ”๐Ÿ† Tahniah AinaAbdul ! Nama yang sentiasa disebut sebut, terkenal dengan nyanyiannya yang hebat, personaliti yang lembut, dan sentiasa menjadi penyanyi kesayangan rakyat Malaysia. Love Aina Abdul! ๐Ÿ˜ #ABPBH36 #InspirasiKeyakinanmu #TeguhBersamaConboo

84,203 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

10 ๆก่ฏ„่ฎบ

ajiha juai kukisโ„ข ็š„ๅคดๅƒ
ajiha juai kukisโ„ข1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Tak sia sia datang naik bas, balik naik kereta. Congrats Aina

SukeDessert ็š„ๅคดๅƒ
SukeDessert1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Well deserved Aina Abdul. Syukur ๐Ÿคฒ๐Ÿป

wookyeon ็š„ๅคดๅƒ
wookyeon1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Dah blh ttup mlut2 yg berkata2 sebelum ni. We did it. Aina Abdul fly high

ahjumma kiah ็š„ๅคดๅƒ
ahjumma kiah1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Tahniah aina

Santai-stai ็š„ๅคดๅƒ
Santai-stai1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Tahniah Aina Abdul๐ŸŽ‰

Misz EvapearL ็š„ๅคดๅƒ
Misz EvapearL1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Congratssss queen ๐Ÿซถ๐Ÿป๐Ÿ’•

OfficialEridAmaro ็š„ๅคดๅƒ
OfficialEridAmaro1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Aina abdul perfect artis era kini .. semoga aina terus jadi pelapis anak seni yg terbaik

Klinik Dr Bazilah ็š„ๅคดๅƒ
Klinik Dr Bazilah1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Tahniah aina !!

โ“œโ“˜โ“ ใƒ„ #โ“’โ“žโ“จโ“– ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ็š„ๅคดๅƒ
โ“œโ“˜โ“ ใƒ„ #โ“’โ“žโ“จโ“– ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic Lahh, kenapa tak dapat kat KJ.. ๐Ÿ˜ก

kapakipi ็š„ๅคดๅƒ
kapakipi1 ๅนดๅ‰

@ainaabdulmusic #AinaAbdulDomination #TheOneAndOnlyAinaAbdul #BintangPalingPopular

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ช๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia, apatah lagi kita di Malaysia yang serumpun dengan saudara-saudara di Indonesia. Reaksi rakyat Malaysia rata-ratanya baik dan juga disambut baik oleh netizen Indonesia. Banyak kandungan yang saling mendoakan. Sudah tentu ada satu dua kerat yang ingin mempolitikkan semuanya. Ini salah satu contoh - yang mendoakan supaya perkara yang sama berlaku di Malaysia dengan memberi konotasi agar kerajaan bertukar. Ada yang menambah lebih baik tentera mengambil alih. Tidak guna kita berhujah dengan dua tiga kerat begini, tetapi kita juga wajar bermuhasabah tentang apa yang berlaku di Indonesia, terutamanya orang-orang politik seperti saya, pimpinan kerajaan dan pembuat dasar. Kesimpulan awal yang diterima umum ialah kejadian tunjuk perasaan dicetuskan oleh kemarahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi dan ledakan berlaku melihatkan kemewahan hidup ahli-ahli politik. Sebelum kita buat kesimpulan rambang, kita wajar semak prestasi ekonomi Indonesia selama dua dekad. Sebenarnya, secara makroekonomi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dari 2004 hingga 2024 adalah setara dengan Malaysia, kalau tidak lebih baik. Semua petunjuk ekonomi menunjukkan pencapaian ekonomi yang baik. Secara purata, ekonomi Indonesia tumbuh lebih baik sedikit dari Malaysia dalam tempoh ini. Hanya ada beberapa tahun yang pertumbuhan ekonomi Indonesia tidak setanding dengan Malaysia, itu pun kerana pertumbuhan Malaysia dalam tahun 2010 dan 2022 melonjak selepas menguncup, sedangkan Indonesia tidak mengalami kemelesetan dalam 2009 seperti Malaysia; dan penguncupan akibat COVID adalah lebih sederhana berbanding Malaysia. Begitu juga petunjuk lain seperti kadar inflasi. Kadar inflasi Indonesia lebih kurang seperti Malaysia. Bagi tahun 2024, inflasi Indonesia 2.9% berbanding Malaysia 1.8%. Kadar pengangguran Indonesia adalah 3.3% berbanding Malaysia 3.8% bagi tahun 2024. Malah, kedudukan kewangan kerajaan Indonesia adalah jauh lebih stabil, dengan kadar hutang kerajaan sekitar 40% dari saiz ekonomi, berbanding 65-66% bagi Malaysia. Jadi bagaimana ekonomi Indonesia, yang pada pengamatan biasa ahli ekonomi berada dalam keadaan memberangsangkan, menghasilkan rasa tidak puas hati yang begitu tinggi di kalangan rakyatnya? Ini adalah muhasabah yang ahli politik dan pembuat dasar Malaysia perlu ingat. Angka-angka makro itu penting. Ekonomi mesti berkembang pesat, inflasi dikekang supaya tidak menghakis kuasa beli, rakyat mesti ada pekerjaan. Tetapi angka makro tidak memberi gambaran keseluruhan, sekiranya laba dari perkembangan ekonomi itu tidak sampai kepada rakyat dengan cepat. Apa pertalian di antara angka makro dengan kedudukan sosio ekonomi rakyat, yang selalu disebut sebagai ekonomi mikro? Pertumbuhan ekonomi di peringkat makro perlu diterjemahkan kepada kenaikan gaji yang setimpal kepada rakyat. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah pelaporan gaji rakyat. Kadar inflasi di peringkat makro mesti dibandingkan dengan beban kos sara hidup bulanan isi rumah. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah statistik pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) yang mengukur lebihan gaji setelah ditolak perbelanjaan utama. Inflasi yang kekal perlahan adalah baik, tetapi harga tinggi yang kekal ditakuk lama, kalau gaji tidak naik dengan lebih cepat, akan tetap menekan rakyat. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Kadar pengangguran yang rendah tidak bermakna rakyat melakukan kerja yang setimpal dengan kelayakan, atau mendapat gaji yang setimpal. Sekali lagi, laporan gaji rakyat adalah angka ekonomi lapisan kedua yang penting untuk memahami perkara-perkara ini. Dari sini, kita boleh tahu sama ada pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kenaikan gaji dan kerja sepadan yang setara kepada rakyat. Sudah tentu realitinya lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku di Indonesia, tidak semestinya diterjemahkan menjadi laba kepada rakyat dengan segera. Sebab itu setiap kenaikan cukai atau kos, walaupun ia berkadar dengan kenaikan kos pengeluaran yang perlu ditanggung, ditentang oleh rakyat. Di sinilah pentingnya dasar dan program ekonomi yang mengubah struktur ekonomi, agar pertumbuhan bukan sahaja lebih mampan, laba ekonomi juga dapat dirasai pada kadar yang berpatutan oleh rakyat. Bentuk-bentuk dasar yang penting ini termasuklah reformasi pasaran kerja berkaitan pergantungan kepada pekerja asing, program sokongan kenaikan gaji dan peningkatan kemahiran untuk pekerjaan bernilai tinggi. Selain itu, negara memerlukan tambah baik segera kepada sistem perlindungan sosial dan agihan bantuan yang lebih cekap. Tetapi muhasabah paling besar dari insiden di Indonesia adalah kepada ahli politik dan golongan elit. Jika rakyat melihat ahli politik, yang dari segi pendidikan atau kemahiran tidaklah banyak berbeza dari mereka, tiba-tiba boleh hidup mewah hasil dari kedudukan mereka, maka rakyat akan rasa mual dan marah. Begitu juga kepada tokoh-tokoh yang dilihat sebagai rapat dengan pemerintah atau pun dianggap kroni mereka yang berkuasa. Jika kemahiran dan usaha mereka tidak seberapa tetapi dilihat kaya serta merta dan mewah melampaui batas, rakyat akan benci dan golongan elit pemerintah juga akan terpalit. Jadi jangan marah saya jika saya terus bersuara memberi peringatan mengenai beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini, kerana rakyat kita pun sentiasa memerhati golongan elit di kalangan ahli-ahli politik, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Rafizi Ramli

26,788 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

BUKTI-BUKTI ORANG KITA MASIH DIJAJAH MINDA MEREKA DENGAN KETUANAN PUTIH (WHITE SUPREMACY) Apabila kau berjaya kahwin dengan orang putih, ibu ayah, keluarga, dan diri sendiri berasa bangga macam menang trofi. Walhal orang putih tu hanyalah โ€œloserโ€, โ€œnerdโ€ atau โ€œbrokeโ€ di negaranya. Bukan yang โ€œawesomeโ€. Macam biasa, yang โ€œawesomeโ€ biasanya dah dimiliki awal. Bila orang putih datang bagi pembentangan (presentation), terdiam dan ternganga orang kita. Itu yang sampai ada syarikat sampai mengupah orang putih untuk buat โ€œpresentationโ€. Itu yang ramai penipu (scammer) menggunakan nama-nama dan watak-watak orang putih dalam barisan (line up) carta orgnisasi mereka. Masih ingat Bitclub Network? Uinvest? Geneva Gold? Kalau orang putih pandai cakap Bahasa Melayu pula, terus diangkat, dijulang, dilambung, diberi ruang dan peluang. Bila orang Melayu fasih berbahasa Inggeris, orang putih tak pernah kisah pun. Kan? Korang masih ingat Mat Dan? Ketika Mat Dan tinggal di Malaysia selama 7 tahun, dia pakai visa apa? Permit apa? Kalau ikut cerita dia, dia hanyalah โ€œbackpackersโ€ yang nak pergi kerja di Australia. Kisahnya, dia habis sekolah (A-Level/ Year 12) terus dia mengembara dan tinggal di Malaysia. Kelulusan pendidikan pun rasanya tiada ijazah atau sijil profesional yang membenarkan dia tinggal dan bekerja di Malaysia. Aku tak nampak apa visa atau permit yang membolehkan dia bekerja di Malaysia. Sampai dia dilantik menjadi duta dan ada rancangan sendiri di kaca tv. Berapa ramai orang Bangladesh yang lancar dan fasih berbahasa Melayu, ada mendapat tempat di hati kita? Aku bukan cemburu atau apa pun tentang Mat Dan ni, aku tak kisah pun. Alhamdulillah, dia dah masuk Islam, berkahwin dan dapat PR. Cuma Mat Dan merupakan salah satu bukti-bukti yang betapa kuatnya jiwa dan minda kita dijajah dengan ketuanan putih bangsa kita ini. Ya, aku tau ada lagi beberapa orang putih yang berjaya menjadi pencipta kandungan (content creator) atau pempengaruh (influencer) yang mencari makan dan tinggal di Malaysia. Apa permit atau visa yang mereka pakai, aku pun tak pasti. Demikianlah bangsa kita yang sentiasa memandang tinggi bangsa orang putih ini, walhal mereka hanyalah โ€œnobodyโ€ sahaja yang datang ke Malaysia. Korang ada jawapan tak kenapa orang kita jadi begini? ;)

Aliff Ahmad

1,372,832 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

Isu kuasa dan keyakinan rakyat kepada reformasi institusi antara tajuk yang dibincangkan pada Podcast YBM Episod 29. Bagi saya, perkara ini sebenarnya mudah. Selagi Dato' Seri Anwar Ibrahim mengekalkan Tan Sri Azam Baki, kredibiliti Pakatan Harapan dalam isu antirasuah akan terus terhakis. Ini bukan soal suka atau benci, tetapi soal rekod dan persepsi yang sukar dipadam dalam fikiran rakyat. Menarik bila kita sentuh tentang โ€œindeks jarak kuasaโ€. Ringkasnya, ia merujuk kepada jurang kuasa antara orang atasan dan bawahan dalam budaya kita. Malaysia memang negara yang kuat budaya hierarki. Orang di atas susah dipersoalkan, orang di bawah pula dibiasakan untuk patuh. Sebab itu โ€œkoridor kuasaโ€ di Malaysia memang sentiasa wujud. Dalam konteks ini, bila Tan Sri Azam Baki mengucapkan tahniah dengan menyebut โ€œpenat lelah sejak 2015โ€ berkenaan kes 1DMB, ia menimbulkan persoalan. Tahun 2015 juga dikaitkan dengan kenyataan yang mengesahkan naratif derma dari Saudi, dan isu itu sampai hari ini masih menggugat keyakinan rakyat. Sebab itu, apabila rakyat ragu terhadap kebebasan SPRM, kita tidak boleh menyalahkan rakyat semata-mata. Kesimpulannya, kalau benar mahu membina keyakinan bahawa SPRM itu bebas, beban lama ini tidak sepatutnya dikekalkan. Jika tidak, setiap kali bercakap soal antirasuah, yang bocor dahulu ialah kredibiliti. Tonton kupasan penuh dalam Podcast YBM Episod 29 di sini:

Rafizi Ramli

10,560 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 8 ไธชๆœˆๅ‰

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 11 ไธชๆœˆๅ‰