ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐—”๐—ธ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ท๐—ฎ ๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐— ๐—ซ Akhirnya ADUN Penaga (PAS) menarik balik kenyataannya mengatakan PMX pemimpin ke-17 terkaya didunia yang diambilnya dari portal Love Money dan beliau memohon maaf. "Asset sebegini, 11.2 ke atau 12 juta itu, saya kata di Penang pun tidak akan dapat duduk diranking terkaya, ataupun...

364,002 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

10 ๆก่ฏ„่ฎบ

#Anwar_My_PMX ็š„ๅคดๅƒ
#Anwar_My_PMX1 ๅนดๅ‰

Dia baru tahu fakta la tu ๐Ÿ˜‚

Call me Batman ็š„ๅคดๅƒ
Call me Batman1 ๅนดๅ‰

So....how la? Buat apa minta maaf. Kan kau hero.

Rosli Arif ็š„ๅคดๅƒ
Rosli Arif1 ๅนดๅ‰

Akibat nak cari salah kerajaan ,akhirnya setempek kena kat muka sendiri๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

City0101 ็š„ๅคดๅƒ
City01011 ๅนดๅ‰

MP2 atau Adun2 PAS ni di Parlimen atau DUN berebut2 nak jadi badut ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ Walaun pulak jenis walaq & percaya, laju buat posting & sebar merata2. DUN sebaiknya keutamaan fokus isu negeri. Tahan dulu nafsu membuak2 pas nak keji,kutuk PMX pada hal tak perlu.

Estadio Deportes ็š„ๅคดๅƒ
Estadio Deportes1 ๅนดๅ‰

A VER, A VER, ยฟQUร‰ PASO? ๐Ÿ˜… Un hombre anunciรณ que su Rolls Royce desapareciรณ tras enviarlo a reparaciรณn, y asegura que terminรณ en posesiรณn del boxeador @Canelo y del cantante Luis R. Conriquez. ๐Ÿคจ Entรฉrate de todo aquรญ. ๐Ÿ‘‡๐Ÿป #Canelo #Conriquez

SB ็š„ๅคดๅƒ
SB1 ๅนดๅ‰

bahaya betul. jenis bawak nama ustaz tapi kaki fitnah. pastu semua angkut sokong. rosak terus

Boy Chan ็š„ๅคดๅƒ
Boy Chan1 ๅนดๅ‰

Bkn teruja dia sje nak buat content utk puak2 tik toker mrk je sbb byk banggang2 di tik tok percaya bulat2 kata2 pemimpin2 bangsat PAS ni.

Jantzen ็š„ๅคดๅƒ
Jantzen1 ๅนดๅ‰

Pak Lebai PAS dan Walaun's samaยฒ bodoh...petik sumber dari portal yg bukanยฒ...

mohd adros ็š„ๅคดๅƒ
mohd adros1 ๅนดๅ‰

FITNAH keutamaan PAS

Dr. Saro ็š„ๅคดๅƒ
Dr. Saro1 ๅนดๅ‰

Masa adun ni mulakan ucapan fitnah, adun yang duduk dibelakang dia pun terus terangguk-angguk. Parah budaya ni sekiranya berterusan

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

KENISTAAN POLITIK LOKMAN ADAM Panglima siber utama PH-BN Lokman Adam menghina saya dengan gelaran budak hingusan setahun jagung dalam politik. Adakah itu merendahkan sedikit pun martabat dan darjat saya? Sama sekali tidak. Tapi saya nak ingatkan mulut lobak beliau bahawa hakikatnya beliau lebih hina di kaca mata penyokong PKR dan Anwar Ibrahim dengan kata-kata angkuh beliau ini berhubung tuduhan liwat dalam kempen-kempen politik sebelum ini. Jauh lebih hina dan nista berbanding apa yang YB Putrajaya ucapkan dalam Dewan Rakyat tempoh hari. Sudahkah Lokman Adam menarik balik dan memohon maaf kepada PMX? Di mana pergi panglima PKR seperti Shamsul Iskandar yang mendesak tindakan diambil ke atas Dr. Radzi Jidin untuk dikenakan ke atas Lokman Adam? Kenapa ada double standard dalam menghukum? Musuh politik kamu nak benam, yang membudayakan tuduhan liwat dikalangan Panglima UMNO-BN ke atas Anwar Ibrahim selama hari ini kamu bacul nak desak tarik balik dan mohon maaf dalam pertahankan maruah Presiden kamu. Ini antara contoh utama yang saya katakan semalam berkenaan kerjasama MUNAFIK POLITIK PH-BN. Semua nilai halal-haram, sakral-nista jadi tunggang terbalik dalam politik jenis luar tabii ini. Inikah budaya politik yang kamu nak wariskan kepada anak bangsa? Apa saja yang kamu jual janji kepada rakyat dan berpendirian sebelum ini semuanya telah dihalalkan demi KUASA dan KEDUDUKAN biarpun mengorbankan PRINSIP dan ASAS Perjuangan.

Wan Ahmad Fayhsal

31,974 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia โ€œabangโ€. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,441 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

Oknum Guru di Jambi Adu Jotos dengan Siswa, Begini Pengakuannya Agus Saputra, guru SMK Negeri 3 Tanjung Jabung Timur (Tanjabtim), Jambi, dikeroyok oleh sejumlah siswanya. Pengeroyokan itu terjadi di lingkungan sekolah saat masih jam kegiatan belajar. Video sang guru dikeroyok oleh siswanya itu viral di media sosial. Bahkan, dalam video lain sang guru tersebut sempat membubarkan siswanya dengan mengacungkan celurit untuk membubarkan siswanya. Agus mengatakan kejadian itu terjadi pada Selasa (13/1/2026) pagi saat kegiatan belajar berlangsung. Ketika itu, kata Agus, dirinya sedang berjalan di depan kelas dan mendengar salah satunya siswanya menegurnya dengan kata-kata tidak pantas. "Kejadiannya berawal peneguran siswa di kelas di saat belajar ada guru, dia (siswa) menegur dengan tidak hormat dan tidak sopan kepada saya, dengan meneriakkan kata yang tidak pantas kepada saya saat belajar," kata Agus, Rabu (14/1/2026). Mendengar ucapan itu, Agus masuk ke dalam kelas. Dia meminta siswa di kelas tersebut untuk mengaku siapa yang mengucapkan kalimat tersebut. Salah satu siswanya pun mengaku. Menurut Agus, saat itu siswanya malah menantang dirinya. Sehingga, Agus mengakui melakukan tindakan menampar siswanya itu. "Saya masuk ke kelas memanggil siapa yang meneriakkan saya seperti itu. Dia langsung menantang saya, akhir saya refleks menampar muka dia," ujarnya. Menurut Agus, tindakan itu sebagai bentuk pendidikan moral. Namun, sang siswa bereaksi marah. Kejadian bergulir sampai dimediasi oleh guru-guru lainnya. Sementara itu, di sisi lain sejumlah siswa mengaku Agus telah menghina salah satu murid dengan perkataan 'miskin' yang memicu keributan tersebut. Namun, menurut Agus, perkataan itu konteks motivasi dan tidak bermaksud menghina. "Iya saya melontarkan sebagai motivasi, saya tidak bermaksud mengejek. Saya menceritakan secara umum. Saya mengatakan, 'kalau kita kurang mampu, kalau bisa jangan bertingkah macam-macam'. Itu secara motivasi pembicaraan," ungkapnya. Saat mediasi itu, Agus memberi pilihan kepada siswanya untuk membuat petisi jika tidak menginginkan dirinya mengajar lagi sana. Atau, kata dia, dia meminta siswanya berubah. Akan tetapi, di sisi lain, siswa meminta Agus meminta maaf. Mediasi itu pun menemui jalan buntu. Hingga akhirnya, ketika berjalan menuju ruang guru, Agus dikeroyok oleh sejumlah siswanya. "Setelah mediasi itu, saya diajak komite ke kantor. Di saat itulah terjadi pengeroyokan oleh saya," ujarnya. Keributan itu pun berlanjut hingga jam belajar selesai di sore hari. Para siswa yang tidak terima mengancam Agus hingga melemparinya dengan batu. Agus mengaku memang sempat bereaksi mengacungkan celurit sebagaimana videonya yang beredar. Namun, kata dia, hal itu sebagai gertakan agar para peserta didiknya itu membubarkan diri. "Kebetulan kami itu SMK pertanian, memang kayak cangkul dan celurit lainnya memang tersedia di kantor. Kenapa saya memakai itu? Agar mereka bubar, tidak ada niat lain saya untuk itu. Pada kenyataannya mereka juga tidak bubar, malah melempari saya dengan batu," terang Agus. Usai kejadian itu, Agus sendiri mengadukan persoalan itu ke Dinas Pendidikan Provinsi Jambi. Dia berharap pihak dinas bisa menengahkan kejadian ini. Dari pengeroyokan itu, Agus mengalami memar di badan dan pipinya. sc detiknews

b3'doel๎จ€

315,460 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

๐—™๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—• ๐—ฆ๐—ฃ๐—  Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan SPM. Ada yang gembira, ada yang sedih. Ada yang puas hati, ada yang kecewa. Adik-adik akan merasa begini buat beberapa ketika. Yang gembira, jangan gembira lama sangat. Yang sedih, jangan nangis sampai mata lebam. Sebab SPM, walaupun ia peperiksaan yang terbesar dalam hidup adik-adik, tetaplah hanya satu dari banyak peperiksaan. SPM bukan jaminan kejayaan atau kegagalan di masa hadapan. Saya nak kongsi pasal keputusan SPM adik bongsu saya. Ni cerita 90an, umur dia sekarang pun lebih kurang saya. Dari kecil, adik saya nampak tak minat belajar. Masa sekolah rendah, dia menghabiskan masa lapang melukis kartun. Dia dalam dunia dia, meniarap atas lantai, melukis kartun dengan segala sound effect perang dia. Habis buku sekolah dilukis kartunnya. Masa sekolah menengah, pun tak nampak dia minat sangat belajar. Dari minat lukis kartun, dia minat binatang pulak dah. Dia pelihara burung, arnab, ikan. Bila saya balik cuti sekolah (sebab saya duduk asrama), ada saja binatang baru. Mak ayah saya cakap biarlah dia minat binatang. Saya bimbang jugak sebab PMR makin dekat dan dia tidak ada minat, jadi PMR dia tidaklah seberapa. Masuk tingkatan empat, dia minat memancing pula. Macam-macam joran dia ada. Pun sama, dia tidak minat sangat belajar. Cuma selain memancing, dia juga mula ke masjid ketika itu, solat waktu di masjid. Kemudian dia mula pakai serban pergi solat waktu ke masjid. Mak ayah saya cakap nampak dia nak ke arah itu dan kami berlapang dada. Saya ingat mak ayah saya beritahu dia hanya ada tanda-tanda nak belajar beberapa bulan sebelum SPM. Alhamdulillah keputusan SPM dia cukup makan untuk ke universiti. Lepas graduate sebagai software engineer, dia kekal dalam bidang IT sehingga sekarang dan kerja dengan syarikat antarabangsa, bertanggungjawab untuk operasi antarabangsa dan gaji yang selesa. Sepanjang masa dia melukis kartun, memelihara binatang atau gila memancing, mak ayah saya sedikit pun tak marah. Mereka rasa rezeki itu di tangan Allah, hanya doa yang mereka iringi asalkan akhlaknya baik. Bila orang tanya mengenai keputusan SPM anak masing-masing, saya selalunya tidak ada komen. Kalau cemerlang saya cakap tahniah, kalau tidak semua A pun saya tahniah. Saya dah lihat macam mana SPM hanyalah satu batu tanda dalam kehidupan yang panjang. Kepada adik-adik, selepas dah habis bergembira atau berduka, jangan lupa untuk mula usaha balik untuk kitaran hidup yang seterusnya.

Rafizi Ramli

17,457 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

Monggo disimak video lengkap Gus Fuad Pleret dengan judul "Para "HABIB" berhentilah berdakwah di Indonesia, bikin "rusak". Banyak video yang beredar di medsos sudah diplintir yang akhirnya mengaburkan maksud dan tujuan Gus Fuad. Termasuk tagline yang ada di video ini yang diupload oleh akun แด˜แตƒแต–โฑ, taglinenya tidak sepeunuhnya mewakili statement Gus Fuad Pleret, justru tagline tersebut dapat menyulut kaum sumbu pendek menurut saya. Dan ada juga beberapa media abal-abal yang memelintir statement beliau. Saya sudah mendengarkan konten beliau keseluruhan dan sudah diulang-ulang dengan durasi 8 menit lebih. Tepatnya pada menit ke 7:00. Beliau menyarankan begini, "untuk sementara itu mungkin Habib-Habib itu berhentilah dakwah di Indonesia karna ngerusak aja itu". Pernyataan beliau ini ditujukan kepada Habaib yang memang punya kecenderungan intoleran, radikal dan keras dalam berdakwah. Beliau bicara soal fakta kekinian yang terjadi pada beberapa sebagian Habib yang punya metode dakwah kasar, ya itu memang dapat merusak menurut saya. Sementara kita ketahui sejarah Islam masuk ke Indonesia itu lewat pewayangan, sehingga bisa lebih mudah diterima oleh masyarakat, bukan dengan teriak-teriak diatas mimbar, mencaci maki serta fitnah terhadap kelompok tertentu. Metode dakwah yang dilakukan oleh para Ulama dan Habaib terdahulu lebih mudah diterima oleh masyarakat dan terbukti Indonesia saat ini menjadi negara mayoritas muslim terbesar di dunia, berkat siapa? Berkat Habib dan Ulama radikal itu? Absolutely not! Pun Rasulullah kemana beliau menginjakkan kakinya dalam metode dakwahnya tidak mencaci maki ataupun keras dalam berdakwah namun dengan akhlakul karimah, santun yang membuat orang terkesima saat menyampaikan pesan ilahi. Metode dakwah itu pula yang dilakukan oleh para ahlul bait dan sahabatnya. Prilaku Habaib yang kasar dalam berdakwah yang menjadi kekeasalan Gus Fuad dan juga saya tentunya. Sejak dulu saya sudah banyak mengecam "Habib gagal", gagal membawa Islam yang rahmah ke Indonesia. Sepenuhnya saya mendukung statment Gus Fuad untuk melarang "Habib-Habib itu" berdakwa di Indonesia, suru balik ke Yaman atau hijarah ke negara yang cocok dengan metode dakwahnya. Jangan sekali-kali merusak tatanan yang sudah dibangun oleh para ulama pendahulu di Nusantara. Untuk orang yang kurangajar sama Gus Fuad saya berharap dipolisikan orang tersebut biar gak ngelunjak. Gus Fuad ini keturunan Sunan Ampel, sudah tau trah Sunan Ampel dari mana? Habib-Habib di Sasak pasti tau trah Sunan Ampel. Satu kata untuk Gus Fuad, hajar Gus!!!

Husin Alwi

297,189 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ๅนดๅ‰

Ramai tanya, kenapa tak boleh balik PKR? Tak boleh reconcile ke? Bukan soal merajuk. Bukan soal jawatan. Keputusan saya dah buat seawal April. Dua bulan sebelum mengundi pun, saya dah nampak ke mana arah permainan itu. Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar umumkan โ€œberi laluan mudah kepada Rafiziโ€, saya dah baca permainan itu. Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: โ€œSaya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP, semua orang saya.โ€ Maksudnya apa? Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain. Saya tak masuk politik untuk menang. Tak masuk untuk jadi menteri. Tak masuk untuk pangkat. Saya masuk politik sebab saya rasa ada peranan untuk membetulkan keadaan. Dan bila parti itu sendiri dah sampai ke peringkat menipu anggota sendiri? Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan. Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak. Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah. Kepada yang kata โ€œ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏโ€, ingat Farhash dan Ramanan tak susun semuanya? Sistem yang ditipu sekali boleh ditipu lagi. Dah tak ada ruang. Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik. Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun. Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48:

Rafizi Ramli

85,136 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ไธชๆœˆๅ‰

๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—›, ๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”: ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐— ๐—”๐—–๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Hari ini, bekas pegawai dasar saya James Chai, pulang dari Cambridge untuk memberi keterangan kepada SPRM. SPRM menyiasat kononnya ada penyelewengan dalam usaha sama kerajaan dengan ARM, gergasi perisian semikonduktor dunia. Kalau ingat, Mac 2025, Perdana Menteri melancarkan usaha sama ini untuk membolehkan Malaysia berubah dari menjadi pengilang yang memasang cip semikonduktor kepada pencipta yang mereka bentuk cip semikonduktor. Saya tahu siasatan itu tidak ada kena mengena dengan wang yang hilang. Kalau tidak dah lama saya ditahan dan berpuluh juta wang dipamerkan kepada orang ramai, seperti yang pernah berlaku dalam kes ahli politik lain. Siasatan menjurus kononnya saya mendesak kerajaan untuk menandatangani usaha sama itu secara tergesa-gesa. Macam perjanjian ART yang sesetengah pihak kata tergesa-gesa lah. Cuma yang saya disiasat besar-besaran, yang ART itu langsung tidak disentuh. Pun begitu, saya berbesar hati untuk membantu siasatan SPRM. Kemungkinannya begini: James adalah saksi terakhir yang SPRM ingin ambil keterangan. Selepas James, tinggal saya. Maka saya mungkin dipanggil, seterusnya ditahan dan didakwa dalam tempoh seminggu, dua minggu atau tiga minggu dari sekarang. Masalahnya saya tidak ada Whatsapp dan saya tidak angkat telefon yang saya tidak kenali. Banyak scammer sekarang ni. Jadi saya mohon kepada SPRM untuk menghantar notis memanggil saya memberi keterangan, atau kalau nak tangkap hantar notis siap-siap, ke email saya [email protected] Jangan bimbang, saya tidak pernah lari ke mana. Dah berpuluh kali saya kena tahan pihak berkuasa dari 2010 lagi, tidak pernah sekali pun saya lari. Insya Allah kita jumpa di ibu pejabat SPRM Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.

Rafizi Ramli

46,043 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—จ๐—ฆ ๐—จ๐— ๐—จ๐—  ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—™ ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐— ๐—ฃ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—›: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐— ๐—ซ & ๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ฆ๐—”-๐—š๐—˜๐—ฆ๐—”? Terkini dari USA - Mahkamah Agung USA mengumumkan bahawa tarif yang dikenakan oleh Presiden Trump ke atas import dari negara lain adalah tidak sah disisi undang-undang. Oleh kerana tarif yang diumumkan sebelum ini tidak sah, Trump baru mengumumkan tarif yang sama kepada semua barang import pada kadar 10%. Saya sengih saja. Orang dah kata jangan tergesa-gesa nak tandatangan perjanjian tarif dengan USA, terutamanya kalau persetujuan Malaysia itu dipakejkan sebagai syarat kehadiran Trump ke Malaysia. Susah payah Zafrul cuba yakinkan rakyat bahawa tarif 19% yang Malaysia kena bayar, termasuk dengan segala perkara yang kita kena rujuk dengan US sebelum buat keputusan - itu adalah hasil rundingan terbaik untuk rakyat Malaysia. Kini, negara-negara lain di Asia Tenggara gelakkan kita. Mereka tidak perlu bersetuju apa-apa, kedaulatan negara mereka tidak disentuh lagi, mereka belum tandatangan apa-apa. Dan tarif yang mereka perlu bayar hanyalah 10%, jauh lebih rendah dari tarif 19% yang dirundingkan PMX dan Zafrul. Yang lawaknya, mana Azam Baki dalam hal ini? SPRM kini menyiasat saya atas tuduhan kononnya saya mengetuai rundingan perjanjian dengan syarikat gergasi cip dunia ARM dengan tergesa-gesa hingga merugikan negara. Gajah depan mata, Azam Baki tidak nampak. Kalau nak siasat bagaimana perjanjian dibuat tergesa-gesa hingga merugikan negara, siasat PMX dan Zafrul dalam perjanjian ART ni. Sekarang pun dah jelas kita kena bayar tarif yang hampir dua kali ganda dari negara-negara lain, gara-gara nak cepat sambut Trump hari itu.

Rafizi Ramli

135,428 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก Semua tak puas hati dengan saya sekarang. Yang dalam kepimpinan PKR, bila saya bagi pandangan, ramai yang kepanasan. Setiausaha Agung, Fuziah Salleh siap keluar memo lagi konon bila kami bangkit isu badan kehakiman, itu sama macam hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri. Yang dalam PAS, bila saya usik pendirian mereka yang berubah-ubah, pun pakat serang ramai-ramai. Tapi dalam bab ini yang dalam PKR dan PAS sebenarnya ada satu persamaan. Mereka akan ungkit kenapa tidak membantah semasa kamu dalam kerajaan. Saya pasti pimpinan PAS ada jawapan yang sama dengan saya. Sebab mereka pernah berdepan dengan keadaan yang sama semasa dalam kerajaan dulu. Dulu, kerajaan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri telah menaikkan cabutan loteri kepada 22 kali setahun berbanding 8 kali sebelum itu. Kecoh satu negara. Macam mana kerajaan yang ada parti Islam tetapi menaikkan cabutan loteri. Saya pasti PAS dah berbincang dalaman, dah suarakan dan dah bantah dalam Kabinet Muhyiddin Yassin. Samalah bila ada isu yang saya tidak bersetuju, sudah tentu saya nyatakan kepada Perdana Menteri atau suarakan dalam Kabinet. Tapi akhirnya Menteri tertakluk kepada keputusan akhir PM ataupun Jemaah Menteri. Bezanya saya dengan PAS begini; walaupun saya diminta kekal dalam Kabinet, bila saya rasa sudah tidak serasi atau pandangan saya tidak boleh dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, maka saya letak jawatanlah. PAS lain sedikit. Walaupun di luar menjerit anti-judi dan mahu mengangkat syiar Islam, selepas di dalam bersuara masih lagi kekal sampai ke sudah. Loteri naik 3 kali ganda pun tak apalah asalkan ana kekal jadi Menteri. Sebab itu bagi saya, ujian sebenar seorang pemimpin bukanlah lantangnya dia semasa berhadapan dengan lawan. Ujian sebenar ialah istiqamahnya menegur kawan dalam parti dan kerajaan. Kerana menegur kawan itu lebih susah dari menegur lawan.

Rafizi Ramli

58,645 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Presiden terpilih Prabowo Subianto memberikan peringatan kepada sejumlah pihak yang tidak mau diajak kerja sama dalam pemerintahan. Menurut Prabowo, mereka yang tidak mau diajak kerja sama jangan sampai mengganggu jalannya pemerintahan lima tahun ke depan. "Kalau sudah tidak mau diajak kerja sama, ya jangan mengganggu," kata Prabowo saat menghadiri acara Bimtek dan Rakornas PAN di Hotel JS Luwansa, Kuningan, Jakarta, Kamis (9/5/2024). Ketua Umum Partai Gerindra itu mengatakan, dirinya akan fokus bekerja untuk menyejahterakan rakyat. Untuk itu, kata Prabowo, jangan sampai ada pihak-pihak yang mengganggu kerja-kerja pemerintahan ke depan. "Orang lagi pada mau kerja kok. Kita mau kerja, kita mau kerja, kita mau amankan kekayaan bangsa Indonesia," tegas Prabowo. Ia mempersilakan bila ada pihak yang hanya ingin menonton dari luar. Namun, ia meminta pihak tersebut menghormati dan memberikan kesempatan dirinya bersama wakil presiden terpilih Gibran Rakabuming Raka untuk memimpin Indonesia di periode 2024-2029. "Kalau ada yang mau nonton di pinggir jalan, silakan jadi penonton yang baik," ucap Prabowo. Prabowo menilai, kunci kemajuan Indonesia ke depan adalah persatuan dan kerja sama dari para elite. Ia pun mengaku akan berjuang bersama para elite yang mau diajak kerja sama dalam membangun Indonesia. "Indonesia tidak bisa dibendung. Kecuali elite Indonesia tidak bisa atau tidak mau kerja sama. Kuncinya itu. Dengan demikian, saya akan berjuang terus bersama semua kekuatan yang mau diajak kerja sama. Yang tidak mau diajak kerja sama tidak apa-apa," ujarnya. Prabowo mengaku tidak ingin melihat lagi ada rakyat yang kesulitan dalam hidupnya, apalagi sampai kelaparan. Karena, menurutnya, dirinya menjadi pemimpin adalah untuk menghilangkan kelaparan di Indonesia. "Kita mau hilangkan kelaparan. Tidak boleh ada orang Indonesia yang lapar, tidak boleh ada anak-anak yang menangis karena tidak makan," tandasnya. #prabowo #gibran #komitmen #kerjasama #prabowopresiden #indonesiamaju #bersamaindonesiamaju #dekade08 #mendingprabowo #terusmajubersamaprabowo

DEKADE 08

11,246 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

KASAT NARKOBA NYANYI, SEBUT KAPOLRES BIMA KOTA TERIMA RP 1 MILIAR DARI BANDAR NARKOBA. Mantan Kasatresnarkoba Polres Bima Kota AKP Malaungi mulai bernyanyi. Dia tidak ingin dirinya sendiri yang terseret dalam peredaran kasus narkoba. Dia membongkar peran Kapolres Bima Kota AKBP Didik Putra Kuncoro dalam kasus yang menjeratnya. AKBP Didik meminta Alphard sampai akhirnya uang cash Rp 1 miliar diserahkan ke AKBP Didik. Kuasa Hukum AKP Malaungi, Asmuni mengatakan, awal mula kapolres meminta dibelikan Alphard dengan harga Rp 1,8 miliar. Jika tidak dibelikan, AKP Malaungi akan dicopot dari jabatannya. Tekanan dari kapolres ini membuat AKP Malaungi harus mencari cara untuk memenuhi permintaan kapolres. Untuk melancarkan permintaan itu, AKP Malaungi menghubungi Koko Erwin terduga bandar narkoba yang akan mengedarkan sabu di wilayah hukum Polres Bima Kota. Bandar akan menyerahkan uang asalkan barang yang diedarkan tidak tersentuh. Sempat ada negosiasi harga hingga ditetapkanlah Rp 1,8 miliar,โ€ jelasnya. Namun, sang Bandar belum bisa menyanggupi keseluruhan harus dibayarkan langsung. โ€Diberikan DP Rp 1 miliar dulu. Pembayaran DP itu ditransfer secara bertahap. Tidak langsung ditransfer ke rekening AKP Malaungi, melainkan melalui rekening orang lain bernama Dewi Purnamasari. โ€œAwalnya di transfer Rp 200 juta, lalu sisanya Rp 800 juta, Setelah uang Rp 1 miliar terkumpul, AKP Malaungi melapor ke AKBP Didik terkait perintah misi yang dijalankan melalui via chat Whatsapp berjalan sukses. โ€Klien saya ini memberikan kata sandi โ€˜BBM Sudah fullโ€™ yang maksudnya adalah uang Rp 1 miliar sudah terkumpul,โ€ ujarnya. โ€Chat itu pun dibalas kapolres. Oke, nanti Ria yang ambil,โ€ tuturnya. Selanjutnya, AKP Malaungi pun menarik uang tersebut secara tunai ke bank. JADI SELAMA INI BANDAR NARKOBA DAN OKNUM POLISI SESUNGGUHNYA SALING KENAL? ARTINYA TIDAK SULIT BAGI NEGARA UNTUK MEMBERANTAS NARKOBA JIKA NIAT !!

Miss Tweet |

117,414 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—œ, ๐—ฌ๐—• ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—จ๐—ž, ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก Saya dapat mesej ini. Ada yang tag di X, pembangkang pun ada perli, ada yang tanya. Ringkasannya: sekumpulan penduduk di Kampung Tasik Permai, Ampang memanggil sidang media mengenai tapak pembuangan sampah haram di situ. Ia dilaporkan oleh Malaysia Gazette. Menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan tindakan yang telah diambil. 1) Surat aduan dari penduduk dihantar kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan disalinkan ke Pusat Khidmat Pandan. Kami baca dan sedia maklum mengenai aduan itu. 2) Ia telah dibawa ke beberapa mesyuarat JK MPAJ yang tertentu. 3) Kami sedia maklum bahawa perkara ini diambil perhatian oleh ADUN Teratai dan Ahli Majlis kawasan 4) Tindakan pembersihan telah dilakukan oleh MPAJ beberapa kali. Lepas ini saya tunjukkan gambar-gambar pembersihan dan tindakan yang diambil. Masalahnya selepas dibersihkan, akan ada pihak tidak bertanggungjawab yang buang lagi, semasa orang tak tengok. 5) Perbincangan mengenai cerun dan tindakan untuk mengatasi pembuang sampah haram ini juga telah dibawa ke Pejabat Daerah Hulu Langat. 6) Di akhir video ini, saya sertakan maklumbalas dari Ahli Majlis dan gambar-gambar pembersihan yang telah dibuat. Perkara seperti ini, iaitu pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab, adalah masalah utama di kawasan seperti Pandan. Kita tidak boleh letakkan pegawai-pegawai MPAJ atau polis sepanjang masa di situ. Seperti di tempat lain, letak papan tanda amaran pun selalunya tidak dihiraukan. Tetapi Insya Allah kita akan terus cari jalan. Terima kasih kepada penduduk yang membawa perkara ini, serta pihak-pihak yang berterusan berusaha menguruskannya, termasuk ADUN Teratai, ahli majlis, MPAJ dan Pejabat Daerah Hulu Langat.

Rafizi Ramli

19,232 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐—ฅ - ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก, ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š Selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, Jelajah Kancil akan berkunjung ke Pantai Timur untuk bertemu ahli dan rakyat biasa yang mahu tahu mengenai BERSAMA. Saya sebenarnya takut sikit bila ke Pantai Timur sebab selera politik pengundi yang berbeza. Pun begitu, sambutan kepada BERSAMA, bila dilihat kepada keahlian, majoriti datang dari pengundi Melayu. 60% ahli BERSAMA adalah pengundi Melayu. Saya dan Nik Nazmi berasal dari Pantai Timur juga, jadi kalau kita nak kata pengundi Pantai Timur tidak suka politik yang progresif pun tidak betul juga. Saya minta maaf kerana program untuk Terengganu digabungkan dengan Kelantan di Kota Bharu bagi kawasan utara Terengganu (terutamanya bagi Setiu, Besut ke atas) dan digabungkan dengan Pahang di Kuantan bagi kawasan selatan (dari Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman). Untuk membantu kami sediakan dewan yang memadai - kalau ramai kita tambah kerusi, kalau sikit kita buat ala kedai kopi - saya mohon ahli BERSAMA dan penduduk sekitar yang ingin hadir supaya mendaftar di laman Atau imbas kod QR untuk mengesahkan kehadiran. Sama-sama kita BERSAMA di: ๐Ÿ“ Kelantan ๐Ÿ“… 20 Jun 2026 (Sabtu), 8 malam PCB Beach Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kota Bharu ๐Ÿ“ Pahang ๐Ÿ“… 21 Jun 2026 (Ahad), 8 malam BCIC Lodge, Kompleks Dagangan Mahkota,Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan BERSAMA ini masih di peringkat benih. Kita nak tanam benih ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pokok yang baru di peringkat benih, tapi kalau baka lebih baik dan dijaga dengan lebih rapi, Insya-Allah benih itu akan tumbuh jadi pokok yang lebih segar dan lagi cepat dari pokok-pokok yang ditanam lebih awal.

Rafizi Ramli

14,868 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ไธชๆœˆๅ‰

Baru-baru ini, nama saya diseru di DUN Kedah. Saya dituduh sengaja memangsakan rakyat Kedah dengan tidak meluluskan permohonan projek di Kedah. Tuduhan ini tidak beri gambaran yang penuh. Cerita sebenarnya adalah begini. Kerajaan Kedah minta pinjaman dari Kerajaan Persekutuan untuk bangunkan Fasa 5 Kulim Hi-Tech Park atau KHTP. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi sebenarnya telah pun meluluskan RM195 juta kepada Kerajaan Kedah. Masalahnya setelah diluluskan, projek masih belum boleh berjalan kerana tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan. Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan. Memang syarat, mana-mana peruntukan Kerajaan Persekutuan ialah, hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum peruntukan diluluskan semula. Kerajaan Kedah sekarang mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli dan menuntut supaya Kementerian Ekonomi meluluskan juga pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan. Kita ada banyak pengalaman yang projek diumumkan dahulu dan peruntukan telah disediakan tetapi projek itu tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak. Sedangkan Kerajaan Persekutuan perlu meminjam wang untuk menyediakan RM195 juta itu dan membayar faedah pinjaman. Kalau projek ini tergendala, rakyat Malaysia kena menanggung faedah pinjaman selama mana Kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek itu. Kita semua sedia maklum rekod pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca je ataupun itu projek swasta bukan projek saya. Lain kali sebelum seru nama saya untuk kandungan TikTok, semaklah dulu keseluruhan fakta isu itu.

Rafizi Ramli

140,565 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Soal saya kononnya merajuk ditanyakan di Podcast YBM Episod 26. Saya perhati satu penyakit lama yang tak pernah baik: bila parti jadi kerajaan, kita pakai โ€œtopi pemerintahโ€ sahja. Kita tengok semua benda dari lensa kita. Lepas tu kita hairan kenapa rakyat tak ikut cara kita fikir. Hakikatnya, rakyat tak ambil port pun drama dalaman kita. Rakyat bukan duduk kira โ€œsiapa merajukโ€, โ€œsiapa narsisisโ€, โ€œsiapa betulโ€. Rakyat fikir satu benda: hidup dia makin senang ke makin sempit? Institusi negara makin elok ke makin rosak? Sebab tu saya kata โ€œsurveyโ€ dan data tu penting. Mustahil kita nak teka apa dalam kepala 30 juta rakyat. Data sama ada โ€œnationwide surveyโ€, atau โ€œbig data sentimentโ€dia tolong kita keluar dari gelembung sendiri. Satu lagi, tolonglah jangan main serangan peribadi macam โ€œmerajukโ€ ni sembarangan. Golongan muda yang tak melalui peristiwa 1998 mungkin tak nampak implikasinya. Kalau naratif โ€œmerajuk-narsisisโ€ tu kita pakai balik kepada Anwar pada tahun 1998, lagi sedap orang tembak. โ€œ16 tahun dalam kerajaan, tak pernah bangkangโ€ฆ tiba-tiba reformasi?โ€ Itu dialog yang saya dengar masa muda dulu. Sebab jawapan saya dari dulu sampai sekarang sama: "this is not about Anwar Ibrahim the person". Ini pasal keruntuhan kredibiliti institusi bila kuasa digunakan untuk selesaikan saingan politik. Kalau benda itu boleh dibuat pada seorang TPM, tidak ada seorang pun selamat. Sekarang Anwar jadi PM, lagi besar tanggungjawab dia untuk dengar teguran supaya reformasi yang kita jerit sejak 98 tu bukan tinggal slogan. Kalau PKR/PH pilih budaya defensif, tak jawab isu, tak betulkan kelemahan, pergi serang orang, itu jalan Najib dulu. Cybertrooper, tangkap, saman, akhirnya? Kita tahu hujung cerita. Malah, jangan juga silap, sesuatu isu jadi besar bukan sebab saya. Dia jadi besar sebab isu itu dekat dengan rakyat, sebab ada rakyat yang memang fikir benda sama, cuma tak ada medium. Jadi ini bukan soal โ€œRafizi merajuk tak merajukโ€. Ini soal kerajaan dan kalau terus lari dari masalah, malapetaka lain pula akan datang. Dua tahun sebelum Parlimen bubar pun boleh hangus kalau strategi politik masih โ€œsangat-sangat ke lautโ€.

Rafizi Ramli

31,330 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐— ๐—”๐—Ÿ, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  Selepas saya sembang mengenai YB Akmal yang dilantik menjadi Menteri Ekonomi, saya juga janji untuk cerita pasal YB Syed Ibrahim Syed Noh, yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Syed Ibrahim ni quite rare dalam banyak-banyak ahli parlimen yang ada sebab latar belakang dia. Boleh kata dia all rounder, yang pada penilaian saya, negara perlu lebih ramai orang all rounder macam ini dalam politik. All rounder macam mana? For a start, dia lulusan ijazah dan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dari USA. Berkhidmat lebih 25 tahun dengan Telekom Malaysia ke jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengurus Besar Telekom Malaysia. Beliau juga seorang aktivis sejak dari universiti di US. Aktif di dalam gerakan Islam di kampus dan bila balik, terus bergiat di dalam IKRAM sehingga jawatan terakhir sebagai Naib Presiden IKRAM. Ramai ceplos-ceplos dalam parti yang suka mengherdik Syed Ibrahim kerana wataknya yang lembut dan bersopan santun. Tidak pernah marah, senyum sentiasa. Budi bahasa Syed Ibrahim sering disalah erti sebagai tanda Syed Ibrahim ini bukan tokoh politik yang sesuai dengan sepak terajang politik PKR. Sedangkan Syed Ibrahim ke depan melawan akta-akta zalim jauh lebih awal dari hampir semua Ahli Parlimen PKR, apatah lagi pimpinan-pimpinan PKR yang ada sekarang. Dari zaman reformasi, Syed Ibrahim adalah Pengerusi Gabungan Mansuh ISA (GMI), iaitu gabungan 80 NGO yang berkempen memansuhkan ISA. Beliau pernah kena gam dari masuk ke Sarawak, sebelum pun PKR pernah menang kerusi di Sarawak akibat penglibatan beliau menghapuskan ISA. Beliau menjadi Pengerusi GMI hinggalah ISA dimansuhkan dalam tahun 2011. Beliau juga adalah salah seorang pemimpin MAFREL, iaitu gabungan NGO menuntut pilihanraya bebas sebelum pun wujud BERSIH. Apabila BERSIH2.0 ditubuhkan, beliau adalah Timbalan Pengerusi BERSIH sehinggalah beliau meletakkan jawatan untuk menyertai PKR dalam tahun 2014. Semua ini beliau perjuangkan semasa beliau masih berkhidmat di dalam Telekom Malaysia, jadi kita boleh bayangkan kepayahan beliau mengimbangi tugas profesional di GLC dan aktivisme beliau lantang bersuara di luar. Selepas PRU 2013, sebagai Pengarah Strategi PKR pada ketika itu, saya bawa satu agenda kepada pimpinan parti, iaitu keperluan membawa tokoh-tokoh aktivis yang cukup syarat untuk menjadi generasi pimpinan PKR yang seterusnya. Salah seorang yang dikenal pasti cukup syaratnya ialah Syed Ibrahim - sejarah aktivisme yang panjang bukan sahaja dalam gerakan dakwah tetapi memimpin gerakan demokratik seperti GMI dan BERSIH. Beliau juga adalah seorang yang terpelajar dengan kerjaya profesional yang panjang. Alhamdulillah parti bersetuju dan Syed Ibrahim pun bersetuju. Dengan sekelip mata, sama juga dengan pengalaman saya sebelum itu, beliau hilang pekerjaan dan tiada gaji tetap. Syed Ibrahim dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR selepas pemilihan 2014. Ketika itu saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung parti. Apabila Datoโ€™ Seri Anwar dipenjarakan semula dalam tahun 2015, kepimpinan parti dimonopoli oleh geng Azmin Ali, yang dipanggil Kartel pada ketika itu. Apatah lagi mereka mempunya kuasa, wang dan jawatan dengan menguasai sepenuhnya kerajaan Selangor. Saya harap Kak Wan tidak lupa sepanjang tempoh itu, hanya ada beberapa orang dari kami yang terpaksa bertekak sepanjang masa mempertahankan beliau sebagai presiden parti. Salah seorang dari anggota Biro Politik yang secara berterusan mempertahankan Kak Wan dan Anwar Ibrahim, semasa diasak berterusan dari dalam, adalah Syed Ibrahim Syed Noh. Dari situ kami jadi rapat. Beliau tanya saya mengenai persediaan PRU 2018, sekiranya beliau perlu bertanding. Jawapan saya ketika itu bukanlah berita baik kepada beliau. Sementara ramai pimpinan parti cuba merebut kerusi yang dilihat mudah seperti Bandar Tun Razak, saya mencadangkan beliau menumpukan usaha kepada kerusi Ledang. Atas kertas, Ledang adalah kerusi mustahil untuk PKR. Dengan pengundi Melayu melebihi 70% dan dalam kategori Melayu luar bandar, saya tidak salahkan Syed Ibrahim jika dia rasa itu idea gila. Tetapi kami teliti angka dan Ledang ada potensi untuk menang sekiranya pertandingan 3 penjuru berlaku. Dari situ, banyak kempen trak INVOKE sering singgah ke Ledang sejak 2016. Syed Ibrahim menang Ledang dalam tahun 2018 dan berjaya dipertahankan dalam tahun 2022, walaupun PKR kalah besar dalam PRN Johor 6 bulan sebelum itu. Saya faham kalau ada pimpinan PKR yang tidak menghargai ketokohan beliau, sebab dia tidak ada gaya orang politik. Dia tidak meminta jawatan, mulutnya sangat berat untuk memuji sesiapa. Dengan saya, dia lebih banyak tidak bersetuju dari bersetuju. Yang dia ada, hanyalah budi bahasa dan muka yang selalu tersenyum. Cakap yang sangat berlembut. Dan seorang penyabar tahap tinggi, walaupun dia sering ada pandangan yang berbeza dan tak semestinya mengikut arus. Dari segi ibadah, dia jauh lebih warak dari sebahagian besar kami. Saya kira peribadi itu terbentuk dari perjuangan yang lama sebagai aktivis bukan politik - dari gerakan dakwah, kepada kempen mansuh ISA sehinggalah BERSIH, selain dari kerjaya profesional di sektor swasta. Saya memilih untuk berkongsi cerita seperti ini kerana reformasi yang sampai ke peringkat hingga Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, banyak menelan keringat dan air mata orang-orang terdahulu yang jauh lebih tinggi sumbangan mereka. Moga ia menjadi pengajaran, terutama kepada ceplos-ceplos yang beriya-iya menghalau pimpinan PKR yang tidak membayar atau memanjakan mereka, bahawa parti ini dibina kekuatannya oleh ramai orang yang tidak bernama, tidak kaya tetapi ada maruah tersendiri. Selamat memikul amanah di dalam kerajaan kepada Syed Ibrahim Syed Noh.

Rafizi Ramli

25,528 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

Dilema ibu bapa dan pelajar ialah jurusan apa nak ambil selepas SPM. Banyak yang kata akan pilih ikut minat. Nasihat saya kena imbangkan antara minat dengan peluang kerjaya baik masa hadapan. Sebab itu saya syorkan jadi akauntan bertauliah, macam saya! Saya dulu pelajar sains tulen. Habis SPM, buat A-Levels pun sains tulen. Ijazah pun buat kejuruteraan elektrik dan elektronik. Habis universiti, saya kerja sebagai auditor dan akauntan bertauliah. Eyh, macam mana pulak? Sebab kerjaya akauntan tidak memerlukan kita belajar akaun di sekolah atau universiti. Malah, untuk jadi akauntan bertauliah tak perlukan ijazah perakaunan pun. Hanya perlu lulus peperiksaan dari institut akauntan bertauliah seperti ICAEW atau ACCA. Industri kewangan dan perakaunan sangat mengutamakan kelayakan akaun bertauliah seperti ini. Yayasan Peneraju, sebuah agensi Bumiputra di bawah Kementerian Ekonomi diamanahkan melahirkan profesional bumiputra. Salah satu fokus utama ialah menggandakan jumlah akauntan bertauliah Bumiputra. Sebab itu, bermula 2025, jumlah pengambilan pelajar lepasan SPM untuk menjadi akauntan bertauliah ditingkatkan dari 500 orang setahun kepada 1,500 orang setahun, naik 2 kali ganda. Pelajar yang berjaya akan diberi pembiayaan mengikut kesesuaian dan ditempatkan di kolej-kolej profesional seperti Sunway University, INTEC Shah Alam, Tymba dan lain-lain. Jika adik berjaya lulus semua peperiksaan tanpa gagal, pada umur 21 tahun adik sudah boleh mula bekerja sebagai akauntan bertauliah di firma-firma besar. Proses permohonan seperti berikut: 1. Isi borang di laman dengan keputusan SPM 2. Hadir bersama ibu bapa ke taklimat dan temuduga di bandar-bandar terpilih seperti berikut: 27 April - Shah Alam di Auditorium MBSA, Shah Alam dari jam 10 pagi - 4 petang. 10 Mei - Port Dickson, Ipoh, Kuantan, Kuching. 11 Mei - Mukah, Betong, Muar, Sungai Petani. 17 Mei - Kuala Terengganu, Sandakan, Tawau. 18 Mei - Tuaran. Sebarkan maklumat ini. Semak maklumat yang dikemaskini di Antara keputusan terbaik saya pernah buat ialah menjadi akauntan bertauliah di bawah ICAEW. Saya harap lebih ramai yang memilih jalan ini.

Rafizi Ramli

48,351 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Saya faham niat setiap calon adalah untuk menang. Tetapi, warga emas yang sedang terbaring uzur dan bertarung dengan kesakitan di atas katil bukanlah audiens untuk kita menjaja manifesto, menabur janji politik, apatah lagi meminta mereka mendoakan kemenangan parti kita. Waktu itu adalah waktu mereka paling rapuh, dan apa yang mereka perlukan hanyalah doa, ketenangan, dan sokongan moral, bukan bebanan kempen politik. Di sinilah kita dapat melihat perbezaan nilai yang sangat jelas. Perhatikan bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra disapa Tok Min, menyantuni pesakit. Beliau melangkah masuk ke ruang ziarah itu bukan dengan 'baju politik', sebaliknya beliau hadir sebagai seorang manusia biasa yang penuh rasa empati. Tiada laungan kempen, tiada permintaan untuk dipangkah pada kertas undi. Yang ada hanyalah kata-kata semangat, permohonan maaf yang sangat merendah diri sebagai seorang pemimpin, dan doa yang ikhlas agar pesakit diberi kesembuhan. Tok Min mengingatkan kita bahawa katil pesakit itu adalah cerminan masa depan kita semua. Kesantunan, keikhlasan, dan sifat tawaduk ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat di hadapan kamera; ia lahir dari hati nurani seorang pemimpin yang benar-benar menghormati rakyatnya. Ketenangan dan jiwa besar Tok Min inilah yang sebenarnya menjadi paksi kepada kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan. Pemimpin yang tidak ego dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan amat mudah membina keserasian. Nismilan Elok Dah, Kekal Tok Min #KekalHarapan #NegeriSembilan

Jason Yew

15,408 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅคฉๅ‰