Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—๐—ข๐—  ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”๐—š๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—–๐—˜, ๐—๐—• ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง ๐Ÿด ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— 

11,833 views โ€ข 2 months ago โ€ขvia X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” 3 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฏ 2026 ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐——๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ Kami mengesahkan bahawa ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan menyertai Pilihanraya Negeri Johor 2026. Keputusan ini dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara. Perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dari Johor untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini. PRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu. Penyertaan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” membina jentera pilihanraya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihanraya- pilihanraya yang akan datang. Bertepatan dengan hasrat ini, siri jelajah ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ke negeri-negeri akan bermula di Johor pada 6 Jun 2026 (Sabtu) ini di Danga Bay Convention Centre jam 8 malam. Siri jelajah yang dinamakan ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—น ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda. ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—น akan melawati setiap negeri seperti berikut: Melaka ๐˜๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข, ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป Negeri Sembilan ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ, ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—ป Perak ๐˜๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฉ, ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—ป Kelantan/Terengganu Utara ๐˜’๐˜ฐ๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป Pahang/Terengganu Selatan ๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—ป Selangor Utara/Tengah, ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—ป Selangor Selatan, ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ Pulau Pinang, ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ Kedah/Perlis, ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ Kuala Lumpur ๐˜š๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ Selangor Barat ๐˜š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ, ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ Selangor Timur ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ Tarikh dan tempat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat terkini dan pendaftaran kehadiran boleh dibuat di pautan Kami berterima kasih kepada ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan rakyat Malaysia yang telah memberi dorongan yang memberangsangkan setakat ini. Insya-Allah, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan menggembleng usaha rakyat biasa untuk merintis kempen dalam PRN Johor 2026 yang positif, inovatif dan berfokus kepada masa depan. 3 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฏ 2026 Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—”๐—›๐— ๐—”๐——

Rafizi Ramli

20,858 views โ€ข 2 months ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” 25 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฏ 2026 ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—ก ๐—”๐—ž๐—จ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ 15 calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” yang akan bertanding di PRN Johor 2026 akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah. Selain dari pengisytiharan harta, pendapatan dan perbelanjaan, calon-calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan turut menandatangani 4 akujanji secara Akuan Bersumpah dan 1 surat peletakan jawatan secara bersyarat, seperti berikut: 1. Akujanji untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri apabila dipecat dan berhenti sebagai ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”; 2. Surat peletakan jawatan yang siap ditandatangani dan dipegang oleh ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” selaras dengan perkara-perkara di dalam akujanji (1); 3. Akujanji untuk memulangkan wang deposit yang dibayar kepada ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”; 4. Akuan calon yang beliau berkelayakan untuk menjadi calon di sisi undang-undang dan telah memberi maklumat yang tepat untuk menjadi calon; 5. Akuan bersumpah mengisytiharkan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; dan 6. Akuan bersumpah bersetuju dengan akujanji untuk tidak lompat parti, tidak mengosongkan kerusi, hadir ke mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan prestasi-prestasi lain, serta bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar akujanji. Draf enam akuan bersumpah dan pengisytiharan harta ini disertakan bersama kenyataan media ini untuk rujukan orang ramai. Pautan deraf boleh diakses di sini: Semua 15 calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” telah bersetuju menandatangani set akuan bersumpah ini. Akuan-akuan bersumpah dari setiap calon dijangka dikemukakan sepenuhnya kepada ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” sebelum jam 12 tengah hari, 26 Jun 2026 iaitu 6 jam sebelum calon-calon diumumkan. Pengisytiharan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman dan akses kepada orang ramai akan dibuka pada jam 10 malam, Jumaat 26 Jun 2026. Orang ramai dijemput untuk meneliti sendiri latar belakang kerjaya, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon BERSAMA bermula 10 malam esok di laman Calon-calon BERSAMA akan diumumkan malam esok (Jumaat, 26 Jun 2026) bermula 8 malam di ruang parkir, Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kampung Baru Majidee bersempena dengan pelancaran Trak Kancil yang akan digunakan sepanjang kempen PRN Johor 2026. Orang ramai dijemput hadir dan boleh mendaftar kehadiran di laman klik โ€˜Acaraโ€™. Majlis ini akan diturut disiarkan di platform-platform media sosial. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” berharap calon-calon dari parti-parti lain yang bertanding juga akan mengisytiharkan harta untuk mengukuhkan amalan berintegriti dalam politik. Selain pengisytiharan harta calon-calon, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah kempen berakhir dalam 2 minggu lagi. 25 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฏ 2026 Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—”๐—›๐— ๐—”๐——

Rafizi Ramli

20,534 views โ€ข 2 months ago

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐——๐—”๐—› ๐—ก๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—˜๐—๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ฅ๐—” ๐—จ๐—ก๐——๐—œ (๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ง & ๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ง - ๐—ฃ๐—”๐—–๐—”) Kempen PRN Johor sudah berlangsung hampir seminggu. Sepanjang minggu ini, calon-calon dan sukarelawan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” turun bertemu seramai mungkin pengundi di 15 kerusi DUN yang ditandingi. Kini tumpuan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” beralih kepada satu perkara yang tidak kurang pentingnya. Memastikan setiap undi dikira dengan telus. Sebab itu ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” sedang menggerakkan seramai mungkin ejen mengundi dan ejen mengira undi (PACA). Untuk melengkapkan semua saluran mengundi di 15 DUN, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 sukarelawan PACA. Setakat ini, jumlah pendaftaran masih agak perlahan. Kalau setiap orang yang menonton video ini dapat membantu mendapatkan seorang lagi sukarelawan, insya-Allah sasaran itu boleh dicapai sebelum hari mengundi. Untuk menjadi sukarelawan PACA ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” - boleh ikuti langkah-langkah ini: 1๏ธโƒฃ Pergi ke laman web 2๏ธโƒฃ Klik "Sertai Kempenโ€ 3๏ธโƒฃ Anda akan dibawa ke 4๏ธโƒฃ Pilih sama ada Ahli BERSAMA atau Sukarelawan 5๏ธโƒฃ Pergi ke bahagian PACA dan klik "Mohon Sekarang" 6๏ธโƒฃ Klik "Saya ingin menjadi PACA di PRN Johor 2026" dan pilih salah satu daripada 15 DUN yang ditandingi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”. Setiap undi hanya dikira sekali. Tetapi setiap undi perlu ada rakyat yang sanggup menjaganya. Kalau yang menonton video ini tidak dapat membantu sebagai PACA, bantu ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dengan satu perkara yang sangat mudah. Forward video ini kepada keluarga, rakan-rakan dan semua kumpulan WhatsApp yang anda sertai. Mungkin daripada satu perkongsian itu, akan ada seorang sukarelawan PACA ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” yang akan memastikan setiap undi rakyat dikira dengan telus.

Rafizi Ramli

21,211 views โ€ข 1 month ago

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Hari ini, saya dan Nik Nazmi mengumumkan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026. Ada macam-macam pandangan. Ada kata jumlah kerusi itu terlalu banyak. Ada kata terlalu sedikit, minta bertanding sampai boleh bentuk kerajaan negeri. Sementara semua pandangan ini ada merit masing-masing, kami sedar bahawa Kancil baru berusia sebulan. Maka keputusan berapa kerusi bertanding dan dimana mestilah mengambil kira pelbagai sudut pandang. Kerusi-kerusi 15 yang ditandingi ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut: 1) Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas; 2) Sambutan terhadap ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit; 3) Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut; 4) Kemampuan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut. Maka, berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di PRN Johor 2026: 1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO) 2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO) 3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO) 4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA) 5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP) 6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO) 7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO) 8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP) 9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP) 10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO) 11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP) 12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO) 13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO) 14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR) 15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP) Calon-calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak. Saya, Nik dan Syukri Razab, presiden BERSAMA telah selesai menemu duga kesemua 15 calon yang akan bertanding. Proses tapisan ini berlaku sebanyak tiga lapis - dari permohonan, kepada saringan awal, kemudian semakan digital untuk mengesahkan latar belakang. Selepas itu, senarai pendek calon-calon dibawa ke satu mesyuarat Jawatankuasa Calon yang dianggotai perintis BERSAMA dari Johor untuk mendapat maklum balas setempat dan tokoh-tokoh yang menggerakkan BERSAMA di peringkat nasional. Peringkat akhir tapisan ialah temu duga terakhir di antara setiap calon dengan saya, Nik dan Syukri Razab untuk mengenali peribadi dan motivasi setiap calon dengan dekat. Insya Allah, calon-calon yang dikemukakan BERSAMA adalah gabungan tua muda, wanita dan lelaki, Melayu, Cina, India, latar belakang professional, korporat dan penggerak masyarakat. Tugas kita, ahli-ahli BERSAMA dan orang ramai yang mahu melihat budaya politik baru yang lebih segar, ialah untuk membantu calon-calon ini meyakinkan pengundi. Oleh itu, saya menyeru dan menjemput seberapa ramai ahli BERSAMA dan orang ramai dari seluruh negara untuk tampil menjadi jentera BERSAMA di PRN Johor ini. Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran. Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati dan klik โ€œ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ปโ€. Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan. Sistem kempen bersepadu ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di 15 kerusi ini secara sukarela. Bagi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik. Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat. Kita berkampung di 15 kerusi-kerusi DUN Johor ini bermula hari Jumaat ini. Jumpa saya, Nik, Syukri dan kancil-kancil dari seluruh negara yang akan masuk kampung dan bandar di Johor.

Rafizi Ramli

17,094 views โ€ข 2 months ago