Video yรผkleniyor...

Video Yรผklenemedi

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป "Sebab itu saya sebut, bahayanya, apabila Islam digunakan sebagai alat kepada parti politik". "Politik ada didalam Islam tetapi menggunakan Islam untuk parti Politik, tidak dibenarkan. Sebab apa, fatwa akan berubah". Sebahagian dari petikan kuliah Dato Dr. MAZA pada November 2022.

11,707 gรถrรผntรผleme โ€ข 25 gรผn รถnce โ€ขvia X (Twitter)

10 Yorum

Wi-ri Ham profil fotoฤŸrafฤฑ
Wi-ri Ham24 gรผn รถnce

Rasuah jadi sedekah, bohong jadi wajib, ponteng takpe asal bukan sekolah, dulu undi Umno haram sampai kiamat, la ni jadi halal, dulu mangsa Memali lawan Madey jadi syahid, la ni sape tanya. Jadi soalan setang. Macam2 fatwa dari Hj Hadi demi politik.

KAF profil fotoฤŸrafฤฑ
KAF25 gรผn รถnce

Semoga Allah memberkati ilmuwan2 yg berani bersuara mcm Dr Maza n Menteri Agama, Dr Zul

SU TOFF profil fotoฤŸrafฤฑ
SU TOFF24 gรผn รถnce

Think is rather late n somewhat impossible to change that. Islam is always part of Malay culture n inevitably it too deeply part of Malay political culture - so much so that the narrative of "Islam under threat'' is so popular among Malay politician playbook to harness for votes

Rahah Ghazali ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ profil fotoฤŸrafฤฑ
Rahah Ghazali ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ24 gรผn รถnce

So kenapa tiada tindakan diambil?

Just K profil fotoฤŸrafฤฑ
Just K24 gรผn รถnce

@tjerealjoker Kerajaan dah beri ruang meaning dibenarkan. Asyik mufti je yang bertegas. Itu kelakar

Ir.Kumar profil fotoฤŸrafฤฑ
Ir.Kumar23 gรผn รถnce

BAN @PASPusat for good

#Dead8ces profil fotoฤŸrafฤฑ
#Dead8ces24 gรผn รถnce

kalau betul betul hidup mati PAS TIKTOK confirmed depa komen pasal gigi tu kata: "Gigi pun tak reti jaga, nak sembang lebih"

aghiff profil fotoฤŸrafฤฑ
aghiff24 gรผn รถnce

Bagi ja puak2 tu jaga negara. Tengok apa depa nak buat dengan judi dan arak sembang pompang

Azurahabdaziz profil fotoฤŸrafฤฑ
Azurahabdaziz24 gรผn รถnce

Dgr tu @abdulhadiawang @PASPusat

Tuah Hang profil fotoฤŸrafฤฑ
Tuah Hang24 gรผn รถnce

Tepat dan padat. Arwah guru ู…ุนุฑูุช pernah bg tau pd 1986 dahulu. Ulama'ยฒ JGN masuk politik.

Benzer Videolar

Isu surat tunjuk sebab terbaru PKR terhadap saya dan apa yang bakal berlaku selepas ini saya ulas dalam Podcast YBM 43. Pada saya, arah dia sudah jelas. Bila pertuduhan rasmi sudah dikeluarkan begini, maknanya proses itu sudah sampai ke peringkat akhir untuk tindakan diambil. Sudah nampak juga gerakan itu disusun berperingkat. Bermula dari Ketua Cabang, kemudian pimpinan negeri, kemudian pimpinan yang lebih tinggi. Semua bawa mesej yang sama, iaitu saya perlu letak jawatan dan keluar parti. Bila susunan itu berlaku serentak, itu bukan kebetulan. Itu keputusan politik yang sedang disediakan. Kita pernah tengok pola yang sama sebelum ini. Sebab itu saya kata, ini budaya lama politik dalaman yang kini dibawa masuk semula ke dalam PKR. Daripada apa yang berlaku sekarang, saya jangka PKR tidak akan pecat saya secara langsung. Mereka akan ambil jalan mentafsir kenyataan dan pendirian saya sebagai saya telah keluar parti. Itu memang sudah pun dibayangkan dalam surat tunjuk sebab pertama oleh Setiausaha Agung PKR. Kenapa? Sebab kalau saya dipecat, saya kekal sebagai Ahli Parlimen. Tetapi kalau saya dianggap keluar parti, implikasinya lain. Sebab itu kehadiran Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ke Pandan semalam memberi isyarat politik yang cukup jelas. PKR sedang bersedia untuk segala kemungkinan, termasuk pilihan raya kecil. Jadi bagi saya, surat tunjuk sebab ini besar kemungkinan akan berakhir seperti yang disebut Fuziah Salleh sebelum ini. PKR akan mentafsir pendirian saya sebagai tindakan keluar parti. Terus terang, ini pelik. Saya tidak pernah lihat parti lain ambil jalan begini. Tafsir sendiri pendirian ahli sebagai keluar parti, hanya untuk elak memecat secara rasmi tetapi pada masa yang sama membuka jalan kepada kehilangan kerusi. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM 43 di YouTube saya:

Rafizi Ramli

23,733 gรถrรผntรผleme โ€ข 5 ay รถnce

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก Salah satu budaya baru yang dibawa ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata. Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan. Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama. Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi. Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar. Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas). Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung. Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri. Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang. Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya. Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya. Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat. Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak. Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini. Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan. Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan. Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela. Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam PRN Johor yang lepas. Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai: 1)Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli 2)Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor 3)Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi Hari ini, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A. Pautan Lampiran A: Amalan ini akan menjadi disiplin ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang. Saya berharap sumbangan kecil ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang. ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

13,933 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 ay รถnce

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—ฌ๐—Ÿ๐—˜ ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—œ๐—ก ๐—๐—จ๐—š๐—”๐—ž Satu perkara yang membezakan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata โ€œhe wants to have a cake and eat it tooโ€. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang โ€œstrong, formidable and convincingโ€, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: โ€œbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutโ€. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoโ€™ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,879 gรถrรผntรผleme โ€ข 7 ay รถnce

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: โ€œRafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia โ€“ Ahli Majlis MPPNโ€ โ€œDaripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.โ€ Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 gรถrรผntรผleme โ€ข 6 ay รถnce

โ€œsayang, Gibran terima mahasiswa yang aksi buat diskusi, kayaknya pengetahuan politiknya tinggi, ya?โ€ demikian pertanyaan istri ke saya. Sebagai seorang dosen, saya perlu mencari jawaban ilmiah. soal โ€œpengetahuanโ€ dan โ€œkesadaranโ€ politik, saya jelaskan ke istri, dengan mengulangi persis kalimat-kalimat dari Eep Saefulloh Fatah, sebagai berikut: โ€œdalam politik, kesadaran itu terbentuk oleh tiga hal: satu tahu, dua berempati, dan yang ketiga teraktivasi, terdorong untuk berbuat. jadi kalau saya tahu terjadi banjir karena menonton TV, tetapi saya tidak punya empati terhadap korban, saya bisa menonton sambil tidak terlalu peduli. saya bahkan mungkin tertawa ketika melihat peristiwa yang lucu, video-video pendek yang lucu di tengah banjir. Tampak saya merasa perlu bersedih, padahal mereka sebenarnya sedang dalam kondisi sangat susah. ketika kita melihat sesuatu yang lucu dalam keadaan sangat susah, dan tidak teraktivasi untuk melakukan apa pun pada peristiwa bencana alam itu, maka saya tidak sadar. Saya tidak punya kesadaran tentang bencana alam itu, tetapi saya sekadar tahu. bayangkan pemimpin yang sekadar tahu tetapi tidak punya kesadaran. Itu akan berujung pada pengetahuannya sendiri menjadi tidak penting. tidak penting dia tahu bahwa lima tahun harus ada pemilu lagi yang demokratis, tidak penting dibatasi sepuluh tahun, karena dia tidak punya empati. *** lalu saya katakan ke istri, โ€œBun, dari tiga faktor kesadaran politik itu, kira-kira Gibran ada di mana?โ€ ๐Ÿ˜Š

Catatan Dosen Hukum

32,331 gรถrรผntรผleme โ€ข 3 ay รถnce

"Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama" - Siti Kasim Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi masih sama. Beliau mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) Johor menunjukkan pengundi masih mengundi disebabkan oleh parti, bukan disebabkan prestasi. "Apa yang keputusan Johor beritahu tentang pengundi sendiri.. bukan BN yang paling hebat, tetapi mentaliti pengundi masih sama. "Mentaliti yang pertama saya undi sebab parti. Bukan sebab prestasi, bukan sebab integriti, bukan sebab polisi. "Mentaliti yang kedua pula oohh datuk saya undi biru, ayah saya pun undi biru.. mati pun saya akan undi biru. "Demokrasi sudah berubah menjadi macam satu agama," dakwanya menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial. Siti mendakwa mentaliti yang ketiga adalah tidak kisah pemimpin buat salah asalkan parti sendiri, tetapi jika parti lawan buat salah, mereka akan 'menyalak 24 jam' "Kalau parti dia sendiri buat (salah)... diam. Itulah dia masalah mentaliti pengundi-pengundi kita," dakwanya lagi. Terdahulu, Siti mempersoalkan BN Johor memperoleh kemenangan besar, tetapi apa sebenarnya yang rakyat Johor menang. "Adakah kos sara hidup kamu turun? Adakah rasuah telah hilang? Adakah kronisme sudah berakhir? Adakah peluang pekerjaan bertambah? "Adakah pendidikan semakin baik? Adakah hospital kamu semakin baik? Atau yang berubah cuma logo atau orang yang memerintah? "Saya bukan kecewa BN menang sebenarnya, tetapi saya kecewa rakyat masih mengundi tanpa menghukum kegagalan. Itulah masalah yang sebenarnya," dakwanya lagi. Dalam pada itu, Siti mendakwa politik Malaysia tidak berubah kerana rakyat tidak menghukum seperti di negara maju yang menyebabkan pemimpin takut dengan rakyat. 'Di Malaysia, rakyat takut dengan pemimpin atau parti. Kalau kerajaan gagal, undi keluar. Malaysia gagal berkali-kali, berpuluh kali, bertahun-tahun. Tapi mereka masih menang. "Jadi apa mesej yang kita sebagai pengundi hantar kepada pemimpin-pemimpin ini atau parti-parti sebegini? Buatlah apa sahaja, rakyat tetap akan undi. Itulah sebab rasuah terus hidup," dakwanya lagi. - MYNEWSHUB Sumber Info/Foto/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Siti Kasim

MYNEWSHUB

23,512 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 ay รถnce

Ramai tanya, kenapa tak boleh balik PKR? Tak boleh reconcile ke? Bukan soal merajuk. Bukan soal jawatan. Keputusan saya dah buat seawal April. Dua bulan sebelum mengundi pun, saya dah nampak ke mana arah permainan itu. Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar umumkan โ€œberi laluan mudah kepada Rafiziโ€, saya dah baca permainan itu. Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: โ€œSaya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP, semua orang saya.โ€ Maksudnya apa? Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain. Saya tak masuk politik untuk menang. Tak masuk untuk jadi menteri. Tak masuk untuk pangkat. Saya masuk politik sebab saya rasa ada peranan untuk membetulkan keadaan. Dan bila parti itu sendiri dah sampai ke peringkat menipu anggota sendiri? Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan. Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak. Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah. Kepada yang kata โ€œ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏโ€, ingat Farhash dan Ramanan tak susun semuanya? Sistem yang ditipu sekali boleh ditipu lagi. Dah tak ada ruang. Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik. Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun. Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48:

Rafizi Ramli

85,399 gรถrรผntรผleme โ€ข 4 ay รถnce

Politik negara mesti beralih daripada politik identiti kepada politik prestasi. Ini antara mesej yang saya tekankan dalam ucapan saya di hari penutup Kongres KEADILAN di Melaka hari ini. Tugas kita bukan membesarkan perbezaan, tetapi membesarkan talam rezeki negara supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati hasilnya. Ekonomi mesti terus berkembang, peluang mesti diperluas dan bantuan kerajaan mesti sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan โ€” on a need basis, bukan semata-mata berdasarkan kaum. Hari ini, prestasi ekonomi negara terus menunjukkan perkembangan yang meyakinkan dan Malaysia mempunyai potensi untuk melangkah menjadi negara berpendapatan tinggi. Yang penting, perjalanan ke arah itu sedang berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Apabila ekonomi semakin kukuh dan hasil negara bertambah, manfaatnya mesti dikembalikan kepada rakyat. Sebab itu dalam penyasaran subsidi RON95, kepentingan rakyat Malaysia tetap menjadi keutamaan. Orang Melayu tidak akan menjadi lemah atau terancam hanya kerana kaum lain turut maju. Kemajuan satu kaum tidak perlu datang dengan mengorbankan kaum yang lain. Kita sudah terlalu lama dibelenggu politik yang menakut-nakutkan rakyat dengan perbezaan kaum dan identiti. Sudah tiba masanya politik kita dinilai berdasarkan prestasi โ€” apa yang kita kerjakan, apa yang kita selesaikan dan apa hasilnya kepada rakyat. Alih politik identiti kepada politik prestasi. Besarkan talam rezeki negara dan pastikan manfaatnya dapat dinikmati bersama. Itulah jalan ke hadapan untuk Malaysia. #KitaKEADILAN #MalaysiaMadani #YakinMadani

Saifuddin Nasution Ismail

15,735 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 ay รถnce

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar โ€œisu media sosialโ€. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang โ€œmakanโ€. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah โ€œredhaโ€ wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, โ€œdia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.โ€ Macam โ€œlambai dapat 100โ€, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu โ€œhal diaโ€. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: โ€œpendakwaan terpilihโ€. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab โ€œalah, game politik je.โ€ Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif โ€œterpilihโ€ tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, โ€œtak ada apa pun.โ€ Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada โ€œpersonalโ€ dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua โ€œberteras rasuahโ€ yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,071 gรถrรผntรผleme โ€ข 9 ay รถnce

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,439 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 ay รถnce