Video yรผkleniyor...

Video Yรผklenemedi

๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿต: ๐—จ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—บ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—น๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐— , ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ณ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐˜†๐—ถ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป. Sewaktu krisis hubungan Pak Lah dan Tun Mahathir, Muhyiddin dilihat berpihak kepada Mahathir untuk jatuhkan dan mendesak Pak Lah letak jawatan selaku Perdana Menteri dari dalam. Selain itu, beberapa hasil perbincangan...

442,889 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce โ€ขvia X (Twitter)

10 Yorum

Evenstar profil fotoฤŸrafฤฑ
Evenstar1 yฤฑl รถnce

Muhyiddin ni sejarah dia semua orang dia belot dan tikam belakang. Tak boleh dipercayai sejak azali lagi.

Mohd Nizamuddin profil fotoฤŸrafฤฑ
Mohd Nizamuddin1 yฤฑl รถnce

Muhyidin ni mmg kaki tikam belakang rupanya. Bahasa mudah kawan makan kawan.

Tan Lean Hin profil fotoฤŸrafฤฑ
Tan Lean Hin1 yฤฑl รถnce

UMNO adalah parti yg tak layak dpt pemimpin yg berjiwa besar, itu sebabnya mereka hilang pak lah, dpt penyakau terbesar Najib, hilang Anwar, dpt Mahathir yg maha hasut

Estadio Deportes profil fotoฤŸrafฤฑ
Estadio Deportes1 yฤฑl รถnce

DIGANME QUE NO ES CIERTO๐Ÿ˜ญ Lee Joo-Sil muriรณ despuรฉs de 3 meses luchando contra el cรกncer.๐Ÿ˜”La actriz es reconocida internacionalmente por su participaciรณn en โ€˜El Juego del Calamarโ€™.๐Ÿ˜ข Mรกs informaciรณn aquรญ. #LeeJooSil #ElJuegodelCalamar #DescanseenPaz

SAEDAH profil fotoฤŸrafฤฑ
SAEDAH1 yฤฑl รถnce

Abahcowโ€ฆ. Nampak aja pijak semut tak mati, tapiโ€ฆ.hati sangat busuk

MatButoh๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿด profil fotoฤŸrafฤฑ
MatButoh๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿด1 yฤฑl รถnce

Din cirit - buat keje malas, tau main golf je.

๐Ÿงœ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ profil fotoฤŸrafฤฑ
๐Ÿงœ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ1 yฤฑl รถnce

Ni la abah kesayangan yg digembar gemburkan tu.. pandai baca doa katanya. Hakkktuiih!

Pawang S00D๐Ÿ”— profil fotoฤŸrafฤฑ
Pawang S00D๐Ÿ”—1 yฤฑl รถnce

Setelah diserang bertubi2 oleh gerombolan umno dan saka, pada tahun yg sama najib diangkat sebagai Perdana Menteri..

๐ŸŒบ ุงุฑูŠุงู profil fotoฤŸrafฤฑ
๐ŸŒบ ุงุฑูŠุงู1 yฤฑl รถnce

Muhyiddin ni dari dulu suka belot orang, Tun M pulak dari dulu suka cari salah orang include Tunku Abdul Rahman sekalipun. Sedar tak sedar, agaknya mereka ni mmg kroni sejak zaman dinosaur lagi ๐Ÿ˜…

Laffing_Gor profil fotoฤŸrafฤฑ
Laffing_Gor1 yฤฑl รถnce

@tjerealjoker Keyword : TAK BAIK

Benzer Videolar

๐—ฃ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก๐—š ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก Minggu ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum PN bergabung dengan 12 parti politik lain yang diluar kerajaan untuk membentuk satu platform bersama. Perkara ini biasa berlaku. Semasa pembangkang pun, Pakatan Harapan cuba untuk membina gabungan yang besar dan menyatukan semua pihak. Ia respons biasa dalam sepak terajang politik, yang selalunya digunakan oleh pembangkang. Adakah ia akan berjaya menggembleng sokongan rakyat untuk menang dalam PRU16? Sukar untuk kita tentukan sekarang, terutamanya sebab sebahagian besar parti-parti yang bergabung itu, kecuali PAS, Bersatu dan Gerakan, tidak pernah bertapak di peringkat nasional. Ia juga bergantung kepada prestasi Kerajaan Madani dan populariti Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika beliau tidak berjaya menguruskan pelbagai kontroversi yang timbul saban hari dan tidak ada perubahan ketara dari pentadbiran beliau, jumlah pengundi yang mahu bertukar akan melebihi jumlah yang mahu mengekalkan kerajaan, maka kerajaan boleh bertukar tidak kira kecil mana pun parti-parti yang bergabung. Ujian sebenar kepada gabungan ini bukanlah untuk bersatu melawan Anwar Ibrahim. Ujian sebenar ialah jika mereka menang PRU16 dan membentuk kerajaan. Mereka perlu bersetuju dengan calon Perdana Menteri dan menteri-menteri. Juga untuk membahagikan jawatan dan lantikan penting sesama mereka. Kerana disebalik kesatuan yang ada sekarang, tidak banyak persamaan ideologi yang menyatukan perjuangan mereka. Mereka juga pernah menyerang sesama sendiri sebelum bersetuju untuk saling menunggang sekarang. Contoh yang baik ialah drama politik di antara Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Bersatu dan PAS. Mereka berkawan, kemudian berlawan sehingga Tun Mahathir menubuhkan parti sendiri, kemudian berlawan lagi sebelum berkawan balik. Tan Sri Muhyiddin pernah panggil PAS sebagai parti ajaran sesat. PAS pernah memaki Tun Mahathir kerana dituduh menzalimi rakyat Kelantan. Malah, PAS pernah menjadikan Waythamurthy sebagai musuh utama menyalakan api perkauman semasa bantahan terhadap ICERD, tetapi kini Takiyuddin berada di sebelah Waythamurthy kerana saling menunggang untuk melawan Anwar. Kerajaan yang datang dari gabungan parti-parti yang tidak sehaluan akhirnya tidak berjaya membangunkan dasar baru untuk membantu rakyat kerana setiap cadangan dibantah parti yang lain. Akhirnya, kerajaan itu meneruskan โ€œbusiness as usualโ€, asalkan pemimpin parti-parti dalam gabungan dapat habuan masing-masing. Begitulah resam politik di Malaysia kebelakangan ini dan saya bercakap dari pengalaman sendiri.

Rafizi Ramli

45,271 gรถrรผntรผleme โ€ข 11 ay รถnce

Siapa akan ganti Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi PN? Ini antara topik yang dibincang di Podcast YBM Episod 29. Dalam PAS sendiri pun sudah mula timbul beberapa nama: Hadi, Sanusi, dan ada juga Hamzah. Tetapi isu sebenar bukan soal siapa namanya. Isu sebenar ialah Perikatan Nasional perlu memilih pengerusi dan jawatan penting melalui majlis pimpinan yang diwakili semua parti. Masalahnya, bila PAS bawa calon, Bersatu tidak setuju. Bila Bersatu pula bawa calon, PAS tidak setuju. Akhirnya semua jadi tersekat. Sebab itu saya kata PN sedang mengalami kebuntuan. Kalau letak Hadi sebagai pengerusi, PN akan bayar harga dalam pilihan raya. Populariti Muhyiddin Yassin dalam kalangan pengundi Melayu jauh lebih tinggi dan lebih konsisten sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Dalam PN, sosok yang paling mudah โ€œdijualโ€ sebagai calon Perdana Menteri untuk undi teras Melayu ialah Muhyiddin. Apabila PN sendiri buntu seperti ini, mungkin sebab itu UMNO mula kembali bercakap tentang Muafakat Nasional. Semua pihak sedang mencari susunan yang nampak kuat. Tetapi jika keputusan dibuat berdasarkan emosi dan ego, akhirnya undi yang bocor ialah undi blok sendiri. Jadi kalau PAS buat keputusan ikut emosi untuk ganti Muhyiddin, PN akan hilang beberapa mata peratus. Lepas tu kalau mereka patah balik dan akui Muhyiddin masih yang terbaik, Muhyiddin dapat moral victory dan PAS yang kena gelak. Mereka gali lubang, dan jatuh dalam lubang sendiri. Tonton kupasan penuh dalam Podcast YBM Episod 29 di sini:

Rafizi Ramli

10,299 gรถrรผntรผleme โ€ข 6 ay รถnce

๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—™, ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ข๐—ž ๐—ž๐—˜๐—–๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ? Saya dan 2 lagi ahli parlimen PKR, YB Setiawangsa Nik Nazmi dan YB Subang Wong Chen dikecam teruk oleh penyokong kerajaan apabila kami memberikan beberapa saranan untuk melindungi kedaulatan negara akibat dari kesan buruk perjanjian tarif dengan Amerika Syarikat. Ada yang suruh keluar parti, ada yang kata kami meroyan sebab kalah pemilihan, ada yang suruh saya jual nasi lemak saja. Baru-baru ini, Menteri MITI Senator Tengku Zafrul yang bertanggungjawab merundingkan perjanjian ini, mengakui dalam podcast Keluar Sekejap, yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali perjanjian itu. Ini termasuk klausa yang kontroversi seperti klausa 5.1 berbanding klausa sama dengan Cambodia yang secara jelas melindungi kedaulatan negara itu. Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat. Ini termasuk persoalan kenapa perlu tergesa-gesa untuk menandatangani, yang diakui oleh Zafrul sebagai satu keputusan politik yang ada risiko tersendiri. Begitu juga dengan saranan yang kita perlu semak dengan negara-negara serantau supaya perjanjian kita setara, supaya jangan sampai keadaan yang perjanjian Malaysia nampak terlalu memihak kepada Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain. Pengakuan Zafrul yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan kami ada asasnya. Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan? Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat. Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu. Semangat inilah yang meletakkan PKR di depan membela rakyat dalam isu-isu besar negara seperti membongkarkan skandal-skandal seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda, MARA dan LCS. Semangat itu juga yang mendapat sokongan rakyat sehingga menjadikan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kalau semangat ini luntur dalam PKR, terutamanya bila ada geng-geng lompat masuk parti yang beriya-iya membodek sehingga isu rakyat tidak boleh dibawa atas alasan jangan kritik kerajaan, lepas ini geng-geng ini kena cari parti baru sebab tak lamalah PKR akan jadi kerajaan.

Rafizi Ramli

126,309 gรถrรผntรผleme โ€ข 7 ay รถnce