
SinarHarian
@SinarOnline • 1,106,498 subscribers
Jom ikuti juga berita-berita terkini di: https://t.co/i9Im6JUpY1 https://t.co/ohytDAiRye https://t.co/XOPkhPbd8j
Shorts
Videos

Papan tanda Network School sudah tiada, premis lengang Premis Network School di Forest City kini lengang dan tidak lagi beroperasi susulan pembatalan lesen perniagaannya oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang berkuat kuasa pada Rabu. Tinjauan di lokasi mendapati satu notis pemberitahuan penutupan sementara ditampal pada pintu masuk utama premis, manakala papan tanda yang sebelum ini memaparkan nama Network School turut didapati telah diturunkan. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #60saat #NetworkSchool #ForestCity
SinarHarian264,625 次观看 • 5 天前

BN lebih mudah jelas kerjasama dengan PN berbanding PH - Tok Mat Barisan Nasional (BN) mengakui lebih mudah menjelaskan kepada pengundi mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya kali ini berbanding Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penerimaan pengundi terhadap kerjasama berkenaan juga amat baik sepanjang tempoh berkempen. Artikel: Muzik: Elevate dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PRNNegeriSembilan
SinarHarian30,781 次观看 • 1 天前

Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat. Artikel: opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz
SinarHarian115,145 次观看 • 4 天前

Nurulhidayah Ahmad Zahid nyanyi lagu 'khas'untuk PH Exco Wanita UMNO, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid menyanyikan sebuah lagu ditujukan khas kepada Pakatan Harapan (PH) ketika hadir program sarapan pagi bersama bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin pada Jumaat. #sinarharian #beritaterkini #PRNNegeriSembilan #NurulHidayah #BN #lagu #lenggeng #seremban
SinarHarian64,096 次观看 • 3 天前

Jangan cuba pesongkan fakta sejarah, sedia saman - Sanusi Tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman akan dilakukan terhadap mana-mana pihak cuba memanipulasi kenyataan berkaitan sejarah untuk kepentingan politik, tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap pihak yang cuba memutar belit kenyataan beliau ketika menyampaikan ceramah di Negeri Sembilan baru-baru ini. Artikel:' Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Sanusimdnor #mbKedah
SinarHarian37,560 次观看 • 1 天前

'Anak saya bukan pembuli' - Bapa pelajar kes tikam tepis dakwaan tular "Anak saya bukan pembuli.” Demikian tegas Mohd Firuz Ibrahim, 43, bapa kepada pelajar yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting pada Isnin. Menurut Mohd Firuz, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes berkenaan kepada pihak polis. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar
SinarHarian365,769 次观看 • 20 天前

'Ucapan Sanusi mungkin sesuai di Kedah saja, bukan di Negeri Sembilan' - Ahmad Zahid Semua pemimpin parti politik diingatkan supaya tidak menyentuh soal etnik, agama, budaya dan latar belakang kaum lain bagi mengelakkan salah faham serta menjejaskan keharmonian masyarakat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia dibina atas kepelbagaian kaum dan budaya, justeru setiap pihak perlu saling menghormati. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNN9 #AhmadZahidHamidi #BN
SinarHarian29,596 次观看 • 2 天前

'Bergurau Anthony calon menteri besar adalah biadab'- Aminuddin Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menganggap kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon menteri besar adalah biadab. Menurut beliau, seorang pemimpin tidak sepatutnya membuat gurauan sedemikian kerana umum mengetahui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) memperuntukkan bahawa jawatan menteri besar disandang oleh orang Melayu. Artikel: Muzik: Elevate dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #AminuddinHarun
SinarHarian34,312 次观看 • 2 天前

Pemandu Honda Jazz sebab kematian tiga remaja diperintah ke Henry Gurney, bayar pampasan RM2,000 Selepas setahun tragedi tiga remaja maut dirempuh pemandu Honda Jazz bawah umur dalam kejadian di Senawang tahun lalu, Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu memerintahkan pesalah muda tersebut dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tempoh tiga tahun. Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman berkenaan selepas remaja lelaki yang kini berusia 18 tahun sembilan bulan itu membuat pengakuan bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Kanun Keseksaan. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kemalangan
SinarHarian346,687 次观看 • 1 个月前

BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal - Ahmad Zahid Barisan Nasional (BN) kekal komited untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15 sekali gus menepis dakwaan wujud usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak pernah berniat untuk terlibat dalam sebarang gerakan bagi menjatuhkan kerajaan termasuk dakwaan mengenai ‘Langkah Dubai’ atau mana-mana percaturan politik lain. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan #ZahidHamidi #AnwarIbrahim
SinarHarian34,734 次观看 • 3 天前

Pemilik kedai runcit, warga Bangladesh mengaku bersalah jual beli minyak masak peket Seorang pemilik kedai runcit mengaku bersalah menjual minyak masak peket kepada seorang lelaki warga asing di premisnya pada minggu lalu. Muhammad Anwar Karthiban, 30, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Roslan Hamid di Mahkamah Sesyen 2, di Butterworth pada pagi Rabu. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #beritaSemasa #Jualminyakmasakpaket #wargaasing
SinarHarian43,452 次观看 • 5 天前

PH wajar kaji semula kerjasama BN dalam Kerajaan Perpaduan - AMK Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpandangan Pakatan Harapan (PH) wajar mengkaji semula kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan susulan wujud percaturan politik yang boleh menggugat kestabilan negara. Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan BN secara terbuka menjalinkan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan mencetuskan persoalan terhadap keikhlasan hubungan antara PH dan BN. Artikel: Muzik: Elevate dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan
SinarHarian74,945 次观看 • 9 天前
0:49
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Hotel tiga bintang jadi sarang persundalan warga asing diserbu Aktiviti persundalan dengan menawarkan menawarkan khidmat wanita warga asing di sebalik hotel tiga bintang di Jalan Cheras, Kuala Lumpur dibongkar, pada Sabtu. Serbuan kira-kira jam 1.05 pagi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #60saat #Persundalan #wargaasing
SinarHarian109,423 次观看 • 16 天前

Ain Husniza Saiful Nizam sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan dakwaan mengenai gurauan keterlaluan oleh gurunya di dalam kelas. Kini, sebagai wakil Sekretariat Sekolah Selamat, Ain Husniza terus memperjuangkan agar setiap murid di Malaysia dapat ke sekolah tanpa rasa takut, trauma atau kehilangan nyawa. Jom kita dengar jawapan kepada lima soalan yang diajukan oleh Sinar Harian kepada Ain Husniza. #sinarharian #beritaterkini #ainhusniza #sekolahselamat #sekolah
SinarHarian2,061,558 次观看 • 9 个月前

[AMARAN] Video ini mungkin mengandungi kandungan berbahaya atau sensitif bagi sesetengah pihak. Budi bicara diperlukan. Remaja putus kepala, dua cedera ringan dalam nahas dua kenderaan Seorang remaja dipercayai putus kepala manakala dua individu lain cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, penumpang hadapan van, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Artikel penuh: #SinarHarian #60Saat #NahasNgeri #DuaKenderaan
SinarHarian461,301 次观看 • 2 个月前
0:48
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Sindiket pelacuran persendirian tumpas, guna media sosial cari pelanggan Kegiatan pelacuran yang dijalankan secara persendirian dengan menjadikan unit hotel dan kondominium sebagai tempat persundalan digempur polis pada Sabtu. Op Noda itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sekitar Cyberjaya, Damansara dan Puchong hasil maklumat serta risikan. Artikel: #Sinarharian #60saat #Pelacuran #tumpas
SinarHarian92,081 次观看 • 15 天前

Pekerja penyelenggaraan lemas dalam tangki air Seorang lelaki lemas selepas dipercayai tersedut ke dalam tangki air ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kolam menara di Bandar Saujana Perdana, Sungai Buloh pada Selasa. #sinarharian #beritaterkini #lemas #tangkiair #sungaibuloh #bandarsaujanaperdana
SinarHarian236,785 次观看 • 1 个月前

Calon Bebas DUN Sri Tanjung mahu tukar nama Port Dickson Calon Bebas DUN Sri Tanjung, Islah Wahyudi menjadikan perjuangan menukar nama Port Dickson kepada Tanjong Kemuning sebagai kempen beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 kali ini, lapor wartawan Sinar Harian, Haizir Othman dan juruvideo Syafiq Raduwan. Beliau berkata, sekian banyak nama penjajah pada tempat-tempat di negara ini sudah ditukar kepada nama tempatan selepas merdeka, namun nama Port Dickson masih belum ditukar. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PRNN9 #calonbebas #DunSriTanjung
SinarHarian51,806 次观看 • 9 天前

Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah. Artikel: Muzik: Elevate dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah
SinarHarian34,501 次观看 • 6 天前

Lans Koperal Mohammad Aizat didakwa masukkan dadah dalam badan Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan di sebuah premis hiburan, April lalu. Tertuduh, Mohammad Aizat Zamli, 26, bertugas di Balai Polis Segamat, Johor bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #MohammadAizatZamli #Dadah #LansKoperal
SinarHarian56,268 次观看 • 11 天前