
SinarHarian
@SinarOnline • 1,103,783 subscribers
Jom ikuti juga berita-berita terkini di: https://t.co/i9Im6JUpY1 https://t.co/ohytDAiRye https://t.co/XOPkhPbd8j
Shorts
Videos
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Tok siak dan ‘cleaner’ mengaku salah cuba berzina dalam bilik jenazah Tok siak dan seorang pekerja pembersihan atau 'cleaner' yang pernah tular berhubung dakwaan rogol di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu, Melaka Jun lalu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Khamis atas pertuduhan percubaan persetubuhan haram. Tok siak yang berusia 48 tahun dan 'cleaner' berusia 51 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mawardi Che Man. Artikel: Muzik: Elevate dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #toksiak
SinarHarian239,619 views • 19 days ago

Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah Pergaduhan antara dua keluarga berjiran dipercayai berpunca daripada isu sampah membawa padah selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Khamis atas pertuduhan gaduh gempar, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Tiga beranak iaitu W Norizan W Husain, 50, bersama anaknya, Nurathirah Natashha Kamarul Zaman, 28, dan Muhammad Alif Najmi Kamarul Zaman, 21, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesgadugempar
SinarHarian60,956 views • 5 days ago

Amat ‘pelik’ dakwa Ismail Sabri tidak isytihar harta- Peguam Peguam kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pertuduhan tidak mengisytiharkan harta, termasuk wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu sebagai pelik dan janggal, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. Mata wang asing terbabit terdiri daripada SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, €12.16 juta, ¥363 juta, £50,250, NZD44,600, AED34.7 juta dan AUD$352,850. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #ismailsabriyaakob #kespengisthiharta
SinarHarian40,508 views • 6 days ago

'Anak saya bukan pembuli' - Bapa pelajar kes tikam tepis dakwaan tular "Anak saya bukan pembuli.” Demikian tegas Mohd Firuz Ibrahim, 43, bapa kepada pelajar yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting pada Isnin. Menurut Mohd Firuz, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes berkenaan kepada pihak polis. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar
SinarHarian367,282 views • 1 month ago

Papan tanda Network School sudah tiada, premis lengang Premis Network School di Forest City kini lengang dan tidak lagi beroperasi susulan pembatalan lesen perniagaannya oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang berkuat kuasa pada Rabu. Tinjauan di lokasi mendapati satu notis pemberitahuan penutupan sementara ditampal pada pintu masuk utama premis, manakala papan tanda yang sebelum ini memaparkan nama Network School turut didapati telah diturunkan. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #60saat #NetworkSchool #ForestCity
SinarHarian267,642 views • 1 month ago

Ain Husniza Saiful Nizam sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan dakwaan mengenai gurauan keterlaluan oleh gurunya di dalam kelas. Kini, sebagai wakil Sekretariat Sekolah Selamat, Ain Husniza terus memperjuangkan agar setiap murid di Malaysia dapat ke sekolah tanpa rasa takut, trauma atau kehilangan nyawa. Jom kita dengar jawapan kepada lima soalan yang diajukan oleh Sinar Harian kepada Ain Husniza. #sinarharian #beritaterkini #ainhusniza #sekolahselamat #sekolah
SinarHarian2,062,061 views • 10 months ago

Pinjam RM100,000, sudah bayar RM140,000 tetapi masih dituntut RM162,000 Seorang wanita mendakwa terus dibelenggu tuntutan hutang RM162,000 walaupun telah membayar kira-kira RM140,000 bagi pinjaman asal RM100,000 daripada sebuah syarikat kredit komuniti berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Wanita dikenali sebagai Fina, 36, berkata, beliau bukan enggan melunaskan hutang, sebaliknya hanya mahu penyelesaian yang adil selepas mendakwa berdepan tuntutan yang disifatkan tidak munasabah sehingga menjejaskan kehidupan keluarganya dan berlarutan ke peringkat mahkamah. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #PinjamanBerlesen #KPKT
SinarHarian201,076 views • 1 month ago

Saravanan tiba di mahkamah disambut laungan penyokong Kehadiran bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur disambut dengan laungan puluhan penyokongnya pada Jumaat. Saravanan sebelum itu tiba menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira jam 8.24 pagi. Artikel: #SinarHarian #60saat #KesMahkamahSaravanan
SinarHarian30,787 views • 5 days ago

'Jangan guna taktik seperti ini jatuhkan ahli politik' - Saravanan "Jangan gunakan taktik seperti ini untuk menjatuhkan seorang ahli politik, saya pun ada keluarga dan saya langsung tidak berasa malu.” Demikian kenyataan tegas bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkaitan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Saravanan #Mahkamah
SinarHarian28,536 views • 5 days ago

Pemandu Honda Jazz sebab kematian tiga remaja diperintah ke Henry Gurney, bayar pampasan RM2,000 Selepas setahun tragedi tiga remaja maut dirempuh pemandu Honda Jazz bawah umur dalam kejadian di Senawang tahun lalu, Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu memerintahkan pesalah muda tersebut dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tempoh tiga tahun. Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman berkenaan selepas remaja lelaki yang kini berusia 18 tahun sembilan bulan itu membuat pengakuan bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Kanun Keseksaan. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kemalangan
SinarHarian347,146 views • 2 months ago

Sejarah PH kalah dulu, menang besar kemudian - Adam Adli Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak boleh dilihat sebagai pengakhiran perjuangan parti itu, kata Adam Adli Abdul Halim, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. Sebaliknya, Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka itu berkata, perkara tersebut adalah pembakar semangat untuk bangkit mencatat kemenangan lebih besar. Artikel: Muzik: Elevate dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #Melaka #Politik #PH #PRN #AdamAdli
SinarHarian16,136 views • 2 days ago

[AMARAN] Video ini mungkin mengandungi kandungan berbahaya atau sensitif bagi sesetengah pihak. Budi bicara diperlukan. Remaja putus kepala, dua cedera ringan dalam nahas dua kenderaan Seorang remaja dipercayai putus kepala manakala dua individu lain cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, penumpang hadapan van, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Artikel penuh: #SinarHarian #60Saat #NahasNgeri #DuaKenderaan
SinarHarian462,208 views • 3 months ago

Kerabat Pahang antara lima didakwa cederakan lelaki guna pisau Lima termasuk seorang kerabat Pahang didakwa di Mahkamah Majistret di Kuantan pada Khamis atas tuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nik Amirulmumin Nik Min. Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Artikel: Muzik: Elevate dari #SinarHarian #BeritaSemasa #KerabatPahangDidakwa #Mahkamah
SinarHarian2,764,374 views • 1 year ago

KPM minta SKMM sekat penularan video kes rogol pelajar sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penularan video berkaitan kes rogol membabitkan pelajar yang disyaki berlaku di sebuah sekolah di Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan video berkenaan tidak terus disebarkan kerana membabitkan aib pelajar terbabit. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #SKMM #kesrofolpelajarsekolah #FadhlinaSidek
SinarHarian1,229,691 views • 10 months ago

'Pilu dengar mangsa meronta minta tolong' Salah seorang pelajar UPSI, Aleeya Maisarah Azizzani, 21, yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada Isnin sempat menceritakan keadaan ketika kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Artikel: Muzik: Anotherchance dari --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #beritasemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam
SinarHarian1,689,853 views • 1 year ago

Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCR Kawasan hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur dipenuhi lebih 100 pelarian etnik Rohingya pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli. Kesemua mereka berada di lokasi terbabit selepas dikatakan dihalau penduduk tempatan di Kampung Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. Artikel: Muzik: Tomasnovoa - riot dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #UNHCR #Rohingya #KualaLumpur
SinarHarian129,791 views • 1 month ago

Pekerja penyelenggaraan lemas dalam tangki air Seorang lelaki lemas selepas dipercayai tersedut ke dalam tangki air ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kolam menara di Bandar Saujana Perdana, Sungai Buloh pada Selasa. #sinarharian #beritaterkini #lemas #tangkiair #sungaibuloh #bandarsaujanaperdana
SinarHarian237,166 views • 2 months ago

'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan "Saya dianiaya, ini semua fitnah," kata bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret di Petaling pada Jumaat. Ia mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah. Artikel: Muzik: Elevate dari #SinarHarian #BeritaSemasa #60saat #ZaynRayyan #BapaZaynRayyan #Mahkamah
SinarHarian2,418,010 views • 2 years ago

'Rasa kosong sekarang, tengah nak kumpul jiwa balik' “Rasa kosong sekarang ini. Tengah nak kumpul jiwa balik.” Demikian kata Saifulnizam Sulaiman, 39, suami kepada Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan bapa kepada Muhammad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, yang maut dalam tragedi lori tangki menghempap kereta sebelum terbakar di Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat lalu. Artikel: Muzik: Lightness - Veance D dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Nahas #Keretaterbakar #hempaploritangki
SinarHarian51,534 views • 15 days ago
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Da'i Syed dijel 10 tahun, 3 sebatan Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu. Muzik: Edrecords dari #SinarHarian #60Saat #Mahkamah #DaiSyed #Penjara
SinarHarian1,902,964 views • 2 years ago