
Aliff Ahmad
@Alturkistiano • 10,512 subscribers
I read https://t.co/6moAhKuI8Q everyday | shop at https://t.co/IyHv7dntM0 | fly with https://t.co/E9X3glxoi7 | financed by https://t.co/snpWY96Oz1 |
Shorts
Videos

10 SEBAB AKU TAK PERLU BUSUK HATI DENGAN SEORANG PELAWAK Aku baru perasan pelawak ini ada menyeru nama aku setelah seorang teman mengerat video di bawah ini. Katanya aku busuk hati dengan dia. Aku rasa kelakar apabila seorang pelawak nak kata aku busuk hati dengannya. Aku tak tahu pula yang seorang pelawak tidak boleh dikritik dan masyarakat tidak boleh memberikan pandangan terhadap tindakan pelawak. Sebelum aku senaraikan 10 sebab aku tak perlu busuk hati dengan pelawak, aku nak kasitahu. Kalau aku berada di tempat yang sama, aku akan simpan kenangan aku dan terus menerus mendoakan arwah. Tidak sesekali aku akan tunggang arwah yang sudah pergi. Yang sudah pergi, tak perlulah bekerja lagi. Yang sudah pergi, biarkan pergi. Aku telah berikan contoh terbaik sebelum ini iaitu Rasulullah SAW dan Khadijah RA. Berapa kali Rasulullah menceritakan tentang Khadijah? Jasa Khadijah jauh lebih besar bukan sahaja kepada Nabi SAW tetapi kepada agama Islam. Tidak pula Nabi berulang-ulang bercerita tentang Khadijah setelah kewafatannya. Apa pun, mari sini aku nak kasitau 8 sebab aku tak perlu busuk hati dengan seorang pelawak.. 1. Aku bukan seorang pelawak atau selebriti yang memerlukan publisiti untuk kekal relevan. Aku boleh hidup dan kekal relevan tanpa perlukan publisiti murahan. 2. Isteri aku bukan artis, selebriti atau “instafamous” yang hidupnya telah diketahui dan dirinya juga sudah dikenali masyarakat. 3. Aku tidak perlu menunggang cerita keluarga dan kisah anak-anak aku untuk mengemis secebis capaian untuk tujuan pemasaran. 4. Aku tidak perlu menjaja dosa-dosa silam dan peribadi aku untuk meraih tontonan ramai. 5. Aku tidak perlu menjadi “papan dart” untuk meraih gelak ketawa masyarakat. 6. Aku tak perlu menggadaikan maruah aku untuk memakai pakaian wanita atau menjadi badut untuk mencari pendapatan. 7. Aku masih membayar gaji-gaji para pekerja aku, KWSP dan PERKESO tanpa culas walaupun aku tidak kaya, tengah kesempitan dan bukan seorang artis atau selebriti. 8. Aku ada pendidikan dan pengalaman kerja yang boleh dijual untuk mencari pendapatan yang baik tanpa perlu berjudi mesin. 9. Aku tak perlu buat pembedahan plastik untuk tunjuk cantik. 10. Aku tak main judi. — Dengan 10 alasan ini, aku rasa aku takda keperluan untuk ada rasa busuk hati, perasaan iri atau hasad terhadap seorang pelawak. Aku bahagia dengan pilihan hidup aku, cara aku, dan kerjaya aku. Kalau ada pelawak yang rasa aku dengki atau busuk hati dengan dengan dia, aku beranggapan dia sedang buat lawak. Itulah kerja hakikinya selama ini. Aku boleh meraikan lawak tersebut dengan ketawa. ;p
Aliff Ahmad3,053,418 просмотров • 1 год назад

APA YANG FASHION VALET PANCING PELABUR AWALNYA? 1. Dia dah “sign” eksklusiviti dengan banyak “designer” termasuk di Indonesia. 2. Fashion Valet akan menjadi platform digital fashion utama di Asia Tenggara. 3. Kehebatan mereka hanya belanja RM14,000 tapi berjaya dapatkan jualan sebanyak RM700,000. Hanya 2% sahaja kos pemasaran. 4. Kesemua produk yang disenaraikan di platform mereka adalah “consignment basis”. Terjual, baru bayar. Fashion Valet hanya ambil komisen. 5. Trafik ke platform mereka meningkat saban hari. —- Jika berdasarkan pancingan ini, model perniagaan Fashion Valet sangat berisiko rendah dan hanya memerlukan kos operasi yang rendah untuk mendapatkan pulangan tinggi. Betul tak? Jadi, tak peliklah pelabur boleh berwap (steam) untuk melabur dekat produk mereka. Kan? —- Kalau model perniagaan ini diteruskan, dana yang dapat, dikembangkan untuk menjadi platform fashion no 1 di Asia Tenggara, aku rasa ia sangat kurang risiko. Aku mungkin melabur juga. Cumanya, kena bersaing dengan Zalora lah. Itu takpa. Lain orang, lain cara pemasarannya, lain cara pengurusannya, lain filosofi perniagaannya. Ibarat Henry Ford buat kereta, Karl Benz juga buat kereta. Lain model keluar, lain rasa kereta mereka. —- Aku mula mempersoalkan pelaburan Khazanah-PNB apabila aku melihat mereka membuka butik fizikal, melihat mereka berbelanja mewah, mengambil datoship dan kerugian mencecah RM10 juta. Aku meramalkan, duit PNB-Khazanah akan hangus. Dan ramalan aku tepat. —- Ada orang ingat aku bomoh. Aku bukan bomoh. Aku cuma tak bodoh dan tak telan segala kebodohan. Aku kan ber#MindaSkeptikal. Itu saja.. —- Yang lebih kelakar, ada sibodo-sibodo nak samakan Fashion Valet dengan Grab. Memang membodokan ummah punya manusia. ;) #mindaskeptikal
Aliff Ahmad1,300,441 просмотров • 1 год назад

BUKTI-BUKTI ORANG KITA MASIH DIJAJAH MINDA MEREKA DENGAN KETUANAN PUTIH (WHITE SUPREMACY) Apabila kau berjaya kahwin dengan orang putih, ibu ayah, keluarga, dan diri sendiri berasa bangga macam menang trofi. Walhal orang putih tu hanyalah “loser”, “nerd” atau “broke” di negaranya. Bukan yang “awesome”. Macam biasa, yang “awesome” biasanya dah dimiliki awal. Bila orang putih datang bagi pembentangan (presentation), terdiam dan ternganga orang kita. Itu yang sampai ada syarikat sampai mengupah orang putih untuk buat “presentation”. Itu yang ramai penipu (scammer) menggunakan nama-nama dan watak-watak orang putih dalam barisan (line up) carta orgnisasi mereka. Masih ingat Bitclub Network? Uinvest? Geneva Gold? Kalau orang putih pandai cakap Bahasa Melayu pula, terus diangkat, dijulang, dilambung, diberi ruang dan peluang. Bila orang Melayu fasih berbahasa Inggeris, orang putih tak pernah kisah pun. Kan? Korang masih ingat Mat Dan? Ketika Mat Dan tinggal di Malaysia selama 7 tahun, dia pakai visa apa? Permit apa? Kalau ikut cerita dia, dia hanyalah “backpackers” yang nak pergi kerja di Australia. Kisahnya, dia habis sekolah (A-Level/ Year 12) terus dia mengembara dan tinggal di Malaysia. Kelulusan pendidikan pun rasanya tiada ijazah atau sijil profesional yang membenarkan dia tinggal dan bekerja di Malaysia. Aku tak nampak apa visa atau permit yang membolehkan dia bekerja di Malaysia. Sampai dia dilantik menjadi duta dan ada rancangan sendiri di kaca tv. Berapa ramai orang Bangladesh yang lancar dan fasih berbahasa Melayu, ada mendapat tempat di hati kita? Aku bukan cemburu atau apa pun tentang Mat Dan ni, aku tak kisah pun. Alhamdulillah, dia dah masuk Islam, berkahwin dan dapat PR. Cuma Mat Dan merupakan salah satu bukti-bukti yang betapa kuatnya jiwa dan minda kita dijajah dengan ketuanan putih bangsa kita ini. Ya, aku tau ada lagi beberapa orang putih yang berjaya menjadi pencipta kandungan (content creator) atau pempengaruh (influencer) yang mencari makan dan tinggal di Malaysia. Apa permit atau visa yang mereka pakai, aku pun tak pasti. Demikianlah bangsa kita yang sentiasa memandang tinggi bangsa orang putih ini, walhal mereka hanyalah “nobody” sahaja yang datang ke Malaysia. Korang ada jawapan tak kenapa orang kita jadi begini? ;)
Aliff Ahmad1,372,634 просмотров • 2 лет назад

BUDAYA “GATAL” YANG DIBAWA MASUK KE SEKOLAH? Screen record ini, ini kali, aku sendiri yang buat. Kalau nak menipu lagi kata dah delete lama. Silakan. Aku dah cakap, aku tak kata salah. Kalau ia memang baik dan dipersetujui semua. Aku mohon berkhilaf sebab aku tak setuju. Tapi, elok korang semua baca pandangan salah seorang parents yang anaknya dipergunakan. Boleh pertimbangkan. Aku taknak salahkan sesiapa. Aku dengan pandangan dan pendirian aku, korang yang setuju dengan aku, dengan pandangan dan pendirian korang. —- Surat Terbuka Buat Sesiapa Sahaja Yang Terlibat.. Assalamualaikum, Saya salah seorang ibu bapa yang anaknya sudah digunakan dalam video content dan marketing pihak Aikom (Akademi Ikon Muda Malaysia) dan Amir Lala berasa sangat kecewa dengan tindakan yang kalian telah lakukan. Anak-anak kami bukan talent percuma yang kalian boleh perdagangkan secara percuma untuk digunakan sebagai alat atau bahan marketing. Sudah pasti pihak sekolah telah membayar kalian untuk program-program tersebut. Adakah kalian telah meminta izin pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk menggunakan wajah-wajah mereka sebagai bahan marketing kalian? Saya sebagai ibu bapa tidak mengizinkan bahkan mengharamkan kalian menggunakan wajah anak saya! Selain itu, pengisian jenaka “pickupline” juga wajar dihentikan. Saya tidak nampak apa keperluan. Nampak lebih menjadikan remaja berani menggatal. Jika mahu menjadikan mereka berani, wajar menggalakkan mereka buat public speaking atau berdebat. Jika mahu mereka berseni, budaya kita sudah ada pantun dan gurindam, sajak dan syair. Saya faham ia hiburan, ia jenaka. Tapi, sebagai pasukan consultant, takkan kalian tidak mampu menghasilkan hiburan dan jenaka yang bersifat ilmiah dan matang. Saya rasa normalisasi perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah mesti segera dihentikan. Saya mengharapkan sekolahlah benteng terakhir menjaga dan menerapkan gagasan budaya timur kita. Kita sudah tidak mampu mengawal media sosial, media massa, dan hiburan di luar sana. Tetapi, apabila kalian juga membawa masuk budaya tersebut ke dalam sekolah. Apalah daya saya untuk menghalang. Saya orang biasa-biasa, tidak punya wang yang banyak, suara saya terhad. Saya pernah tegur pihak Aikom dan Amir Lala, tetapi saya telah disekat selepas itu. Dan baru-baru ini, seorang individu telah memberi pandangan tentang aktiviti kalian di sekolah. Saya sangat bersetuju dengan beliau. Justeru, saya mohon simpati kalian dan perhatian pihak sekolah untuk menghentikan kemasukan modul program motivasi yang tidak membawa budaya timur dan akhlak Islam. Jadikanlah sekolah benteng terakhir pertahanan daripada segala pengaruh media sosial, viral, trending, dan apa saja yang tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anak bangsa kita. Saya juga mohon mencadangkan supaya pihak sekolah menjemput penceramah yang ada track record atau success story yang sebenar untuk memberikan motivasi. Bukan sekadar influencer atau selebriti yang punya ramai pengikut di media sosial. Akhir kalam, Didiklah anak-anak saya supaya menjadi seperti Imam Syafie atau Imam Nawawi. Asuhlah mereka supaya lahir Elon Musk atau Mark Zuckerberg Malaysia. Bimbinglah mereka menjadi pejuang agama, bangsa dan negara. Pimpinlah tangan mereka supaya lahir manusia yang rajin, berani, berprinsip dan matang dalam kehidupan mereka apabila dewasa. Sekian curahan hati. Yang benar, Seorang lelaki, ayah dan rakyat marhaen. 16/12/2023 —- ps : Disalin semula daripada saudara Azrul Adnan
Aliff Ahmad1,286,137 просмотров • 2 лет назад

NASIHAT SUCI MURNI & TERBUKA KEPADA KANDA YUSUF AZMI.. Kehadapan kanda Yusuf Azmi, Apa khabar kanda Yusuf? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi rahmat dan kasih tuhan. Bagaimana keadaan penyakit menggeletar kanda tempoh hari? Sudah pulih sepenuhnya? Harap semuanya sudah baik-baik sahaja. Perniagaan kanda bagaimana? Luar biasa baik? NGO pula bagaimana? Sudah audit? Kanda yang diidolakan, Apabila dinda diberikan video ini (rujuk video di bawah) oleh seorang rakan, dinda terasa sungguh sebak kerana dapat merasakan kekecewaan kanda terhadap tuduhan-tuduhan ganas yang menimpa kanda beberapa hari ini. Alhamdulillah dinda lihat, kanda telah buat settlement dengan supplier kedai runcit Sembocah yang viral baru-baru ini. Tidak perlulah kanda buat video terjerit-jerit walhal ia video rakaman kanda sendiri. Jangan buat malu budak 90s kanda. Kanda kena chill, tenang dan rasional. Jangan mengiggil, istighfar banyak-banyak. Biasalah kanda, itu semua ranjau kehidupan dunia yang kanda harus lalui. Kanda yang dihormati, Dinda nasihatkan kanda untuk tukarlah perniagaan yang kanda sedang lakukan. Buatlah perniagaan yang benar. Bukankah dulu kanda pernah bilang yang kanda pernah menjadi saudagar kereta yang pernah kaya raya dilimpahi wang yang banyak. Jika kanda tidak mahu jual kereta, boleh buka mini market balik. Bukankah kanda juga sudah jadi affiliator Quantum Mental? Tidak cukup lagi kah? Jika kanda mahu teruskan juga perniagaan sebegitu, gunakanlah entiti perniagaan bukan NGO. Takkanlah kanda taktau, bukankah kanda sering katakan kanda ini orang undang-undang? Dinda tidak tahu apa jenis kategori business yang kanda lakukan. Consultant? Broka? Debt collector? Negotiator? Jika kanda masih tegar mahu menggunakan nama NGO Semboyan tersebut, dinda risau kanda akan membuka lebih banyak pintu-pintu fitnah kerana NGO tersebut juga sering mengumpul dana awam daripada masyarakat. Kanda juga tidak pernah melakukan pembentangan audit secara terbuka segala perbelanjaan dan kutipan NGO tersebut. Kanda yang dipandang tinggi, Jangan sangka kanda lahir 90s kanda terlalu hebat dan matang untuk mendabik dada dengan masyarakat, ramai lagi budak 80s dan 70s yang sedang memerhati dan mentertawakan kanda. Kanda kena jadi seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk. Syarikat mini market yang menggunakan nama Semboyan itu jelas-jelas dimiliki adik beradik kanda. Bahkan kanda pemegang saham terbesar! Sudah pasti masyarakat akan mula menyoal kenapa nama Semboyan tetapi dimiliki oleh kanda adik beradik? Apa ini? Dinda pasti ramai yang mula bertanya dari mana datangnya modal membuka mini market Semboyan itu? Daripada NGO? Daripada gaji kanda di NGO? Berapa gaji kanda di NGO? Akhir sekali, akan balik kepada audit. Kanda di medan perang, Dinda pula di medan seni. Kita sama-sama berjuang, sama-sama berbakti untuk ibu pertiwi. Cumanya kanda, dinda telah ditunjukkan beberapa laporan polis ke atas nama kanda. Rasanya perniagaan yang kanda lakukan ini sudah jelas ada masalah. Jika kanda masih nak teruskan, dinda risau kanda akan terlungkup. Dinda lihat, PW pun sudah mula menyerang kanda. Kanda mungkin risau anak-anak buah kanda tidak ada kerja nanti. Suruhlah mereka buat kerja yang benar. Bukan kerja menyergah orang, menakut-nakutkan orang seperti kumpulan Sarip Dol. Kita bukan di zaman jalak lenteng lagi. Suruh mereka berniaga jual ayam goreng ke, jual burger ke, jadi rider atau paling tidak masuk tentera, lagi steady. Lagipun, rezeki daripada Allah kan kanda? Kanda, masyarakat zaman sekarang ini sudah tahu membezakan video mana yang staged, yang mana ori. Mungkin dulu zaman PPIM lakonan itu semua menjadi. Hari ini tidak lagi. Ahlong mana yang bebal bagi kanda record kamera depan belakang. Kanda yang lantang dan berpengaruh, Dinda rasa elok kanda jadi fasilitator PLKN bagi mengelakkan kanda dipanggil ke PLKN. Itu kerja yang mulia juga, menjadi pelatih. Kerja kutip hutang ni bukanlah kerja yang baik dan mulia sangat. (sambung..)
Aliff Ahmad818,037 просмотров • 2 лет назад

PELAKON DRAMA NUR 2 HAMPIR DITIPU PENJUAL KERETA TERPAKAI! (Disalin daripada SCRUT) Ini salah satu bukti, saudara Iman Zulkarnain hendak membeli sebuah kereta Honda Civic. Ketika dia bertanya kepada penjual, kereta itu dikatakan “accident free” dan “mileage” hanya 90,000km. Namun setelah dia #SCRUTdulu, laporan terakhir “mileage” adalah 160,000km! Yang lebih menarik. Laporan kemalangan juga menunjukkan kereta tersebut pernah mengalami “severe accident” (kemalangan teruk). Taktaulah Uncle kalau bawa buat SCRUT integrity inspection (Sii), apalah kita jumpa kan. Saudara Iman sangat bersyukur kerana terselamat daripada ditipu penjual kereta terpakai. Kita tidak tahu siapa yang menipu siapa. Mungkin pemilik lama, mungkin kedai. Apa pun, sebelum beli kereta terpakai SCRUT pakai SUr! Jangan terus ditipu kapitalis jahat. SCRUT for the TRUTH! ;)
Aliff Ahmad499,552 просмотров • 2 лет назад

MOHON MAAF LEBIH MUDAH KAN? Bila gagal, minta maaf. Betul tak? Sebagai rakyat marhaen dan juga pendiri syarikat pemula teknologi (tech startup), aku mencadangkan Vivy dan suami untuk jual segala harta yang dia dah berjaya “cashout” daripada Fashion Valet dan 30 Maple tu kemudian disuntik masuk balik ke dalam syarikatnya itu. Kalau datoship tu boleh pulang dan boleh dapat “refund” atau datoship itu boleh dijual semula, pun buatlah. Pinjamlah duit bapa-bapa korang untuk suntik balik. Minta penjilat-penjilat untuk labur dekat korang. Tunjuklah komitmen. Takkan takat jilat je. Kalau setakat mohon maaf macam tu. Boi Iman dan Lebai Alfafa pun pernah buat. Kan? ;p
Aliff Ahmad363,365 просмотров • 1 год назад

TAHNIAH BOMOH ZAKI OMAR! Zaki pun nak jadi bomoh. Cuma bomoh dia lain level, tak macam Bomoh Bursa . Bomoh Bursa ramal saham naik turun, Bomoh Zaki lawan sihir ular. Masa aku ditunjukkan video ini, aku rasa macam lakonan. Sebab sangat tak menjadi. Macam bangang je aku tengok. Apa teruk sangat lakonan diorang tu. Tapi selepas aku lihat Bomoh Zaki yang beraksi, aku kena kasi “benefit of the doubt”. Maklumlah, Bomoh Zaki ni dulu pejuang ummah, tapi berkawan dengan peguam yang menghina Nabi SAW. Dia juga seorang bidan dan saintis rakyat melawan doktor-doktor pakar, walaupun dia bukan doktor perubatan mahupun saintis perubatan. Dia juga pernah jadi politikus. Dia disokong oleh Nadim Johor aka Tokki@Toqqi PPIM dan Kanda 90s gigil kita, Yusuf Azmi. Berkat sokongan orang Vietnam, dia kalah teruk sehingga hilang wang deposit. Mungkin ilmu bomohnya gagal dalam politik. Bomoh Zaki juga kaki saman orang. Dia dan bini dia. Doula yang takda tauliah KKM. Yang menang kes saman tapi meroyan dapat eskrim Mat Kool je tu. Cuma aku pelik kenapa Zaki tak ajar ilmu bomoh kepada isterinya. Kalau isterinya belajar, mungkin kejadian kolam air dalam rumah flat tidak diberi justifikasi tumpang solat. Selain itu, Bomoh Zaki juga penyokong kuat pendera adik Bella, iaitu Siti Bainun. Dia tahu segala-galanya. Mungkin khadamnya yang menceritakan segala-galanya. Mungkin ketika itu ilmu kebomohan Zaki belum optimum, Siti Bainun telah dihumbankan dalam penjara sehingga hari ini. Bomoh Zaki juga pernah ke Mekah dan mendoakan kehancuran terhadap aku, kakanda aku, Dr. Imelda, sahabat aku, Mahmud Jumaat, Dr. Malar dan ramai lagi. Punya makbul doanya sampai perniagaan mi segera alami bercambah maju sehingga Zaki boleh menjadi bomoh. Cuma aku tertanya-tanya, nak jadi bomoh memang kena berkawan dan baik dengan penghina Nabi SAW ke? Nak jadi bomoh memang kena membela pendera anak OKU sebatang kara ke? Nak jadi bomoh memang kena buat doa laknat depan kaabah ke? Macam pelik pula bomoh jenis. Mungkin bomoh yang takda sijil patuh syariah barangkali. Ada sijil patuh doula masyitah je kot. Kan? Apa pun, tahniah Zaki, semoga menjadi raja bomoh yang terkenal di Vietnam! ;) ps : Siapa gelak dia tak puasa!
Aliff Ahmad305,421 просмотров • 2 лет назад

KORANG DENGAR APA MP BANGI (hari ini) DARIPADA DAP CAKAP DALAM DI BAWAH INI.. Budak ini, mamat yang lari masuk bawah katil bila polis dan SKMM cari. Sanad cerita daripada Muhamad Harris Nasril. Dulu mereka memperjuangkan kebebasan bersuara sampai keluar perkataan maki hamun yang dahsyat dibuat kepada PM waktu itu. Zaman itu, Rafizi sampai keluarkan penyata bank NFC yang terang-terang jauh lagi dahsyat daripada PDPA, iaitu BAFIA. Tapi, setelah PH menang. Rafizi dilepaskan. Setelah mereka berkuasa. Fahmi Fadzil ugut nak hantar kereta peronda. Tak boleh cakap lebih. Dulu, Rafizi ajar kita semua penghasut sampai langgar undang-undang. Maki hamun dan carutan tanpa limitasi. Hari ini, apa yang aku buat semuanya masih dalam kepatuhan kepada undang-undang. Pun nak disiasat. Sampai pegawai SKMM ulang zikir. “Kami hanya ikut arahan.” “Line of order” katanya. Takpalah. Siasatlah. Harap dakwalah aku nanti.. ;)
Aliff Ahmad82,040 просмотров • 1 год назад

BEBERAPA PERSOALAN KANDA 90S DALAM VIDEO INI 1. Kenapa dia tak baca sifir 13? Kalau dia baca, pasti para menarik kereta itu terkesima. 2. Dia tak bagi rakam. Kenapa dia tak bagi rakam. Sedangkan masa dia runding dengan "ahlong" selama ini, dia merakam. Jadi, benarkah orang yang dia jumpa selama ini itu "ahlong", atau sekadar lakonan. "Ahlong" mana yang berani dan benarkan mereka dirakam? 3. Dia pakai kereta sambung bayar? Kenapa dia perlu pakai kereta sambung bayar? Siapakah pemilik sebenar kereta itu? Adakah kenderaan sambung bayar dibenarkan undang-undang negara? 4. Kenapa kereta itu nak ditarik? Kalau dah bayar, takkanlah penarik kereta datang nak tarik? 5. Kenapa dia langgar kereta orang itu? 6. Dia tuduh kumpulan penarik kereta itu buat kereta piang. Kalau betul, kenapa dia tak buktikan? Kenapa tak buat laporan polis? 7. Dia memang berani. Cuma kenapa dia tak berani buat audit terbuka (open audit) untuk NGO Semboyan sahaja? 8. Kenapa dia tak gegel? 9. Kenapa dia bawa kereta masuk taman? Nak bawa main buai ke? 10. Kenapa dia menjerit, "bukan mau lari, mau bayar bank!" Sesiapa ada jawapan, boleh jawab.. ;)
Aliff Ahmad66,924 просмотров • 1 год назад

RAFIZI TAK BODOH KAN? Ini Rafizi yang kasitau. Kalau dah kerja 2-3 tahun kerja, tak nampak impak. Kena sedar diri tu bodoh. Kalau tak rasa bodoh, maksudnya tak buat kerja. Makan gaji buta. Makan duit haram. Siap tunggang agama, dalam kubur kena tibai. Bagus Abang Raf ni. Nak tahu “perform” tak “perform” tanya rakyat. Jadi, aku nak tanya korang? Korang makin ok ke? Dulu makan ikan, hari ini makan wagyu tak? Dulu naik Myvi, ini hari naik Audi tak? Dulu sales sehari RM100, ini hari sales RM1,000 tak? Kalau ok, alhamdulillah. Rezeki daripada Allah.. Cuma, kalau tanya macai, penjilat, dan munafik PH, mereka akan kata bagus, kerajaan “perform”. Tanya walaun, mereka kata tak bagus. Negara hancur. Itu sebab kita perlulan NonPartisan yang bebas merdeka. Merdeka akal, merdeka poket dan merdeka pendirian. Betul tak? ;)
Aliff Ahmad40,607 просмотров • 1 год назад

FAHMI FADZIL - AKTIVIS TWITTER Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki metro yang sangkat aktif di Twitter, kini X. Ketika itu, hanyalah anak muda yang mengheret beg dan mencatat nota-nota bosnya yang merupakan seorang wanita yang cantik. Dia memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara. Dia bersuara untuk rakan-rakannya yang ditahan penguasa zalim di era itu. Tekad dan semangatkan memang dahsyat untuk kebebasan bersuara. Sehingga pahit getir hidup dan pengorbanan. Terpaksa dihadapi demi kejayaan. Terdidik sejak mula tabah berusaha. Tanpa cuba melangkah tak ke mana. Selamat menonton, kisah pejuang rakyat suatu masa dahulu. ;)
Aliff Ahmad39,964 просмотров • 1 год назад

BENARKAH DUIT SUAMI 50/50 DENGAN ISTERI? Jawabnya SALAH! Duit suami adalah hak suami, duit isteri adalah hak isteri. Jadi, isteri tidak perlu tahu duit suami. Suami tak perlu tahu duit isteri. Kerana apa? Kerana agan ISLAM telah meletakkan hak dan tanggungjawab kepada suami dan anak lelaki. Jadi, suami yang baik dan “awesome” adalah suami yang menunaikan kewajipan yang Allah telah wajibkan ke atasnya. Selebihnya adalah haknya. Para isteri yang rasa haknya telah dinafikan seperti takda makanan di rumah, tiada pakaian untuk menutup aurat untuk keluar rumah, dan tiada tempat tinggal yang selamat, bersegeralah mohon cerai dan tinggalkan lelaki “loser” itu. Faham tak? ;)
Aliff Ahmad44,254 просмотров • 2 лет назад

PAK SYAKH MEMPERJUANGKAN NASIB 6,000 PEKERJA MAS YANG BAKAL DIBUANG! Pak Syaikh bertanya tentang kewajaran buang 6,000 pekerja di saat berbilion-bilion dibazirkan sehingga rugi. Pak Syaikh bertanya apakah punca rugi sehingga 6,000 pekerja mesti menjadi korban. Dulu MAS syarikat yang untung. Dulu MAS untung bilion ringgit. Selepas diswastakan jadi rugi. Gaji bos-bos besar-besar belaka. Buat pekerja-pekerja Petronas yang dah jadi calon untuk dibuang. Tonton, dengar dan hayati bicara Pak Syaikh kita. InsyaAllah, Pak Syaikh akan selamatkan kalian.. Doakan.. 😉 ps : Kata Rafizi prinsip itu konsistensi dengan ala yang kita cakap dan pegang dulu. Kalau dulu kita parti debat, hari ini pun debat. Dulu kita perjuang nasib orang dibuang kerja, hari ini pun sama. Itulah nilai reformasi. Kan?
Aliff Ahmad20,557 просмотров • 1 год назад

APA ITU PRINSIP? DALAM SAMPUL PUTIH ADA APA? Abang Raf kasitau prinsip menurutnya adalah konsistansi dalam mempertahankan keputusan dalam apa jua keadaan keadaan. Keputusan itu tidak boleh bertukar-tukar ikut kehendak kita. Masa pembangkang sama, masa kerajaan pun sama. Sebagai contoh prinsip : 1. Dulu dikatakan Zahid penyamun, nak tangkap Zahid sumbat dalam penjara. Tapi, untuk tubuhkan kerajaan Madani, 47 kes prima facie ditarik Peguan Negara. 2. Dulu nak tangkap Azam Baki. Siap buat perhimpunan. Tapi, hari ini 2 kali Azam Baki disambungkan kontrak sebagai Pesuruhjaya SPRM. 3. Dulu pejuang hak kebebasan bersuara. Siap berdemonstrasi. Hari ini SKMM digunakan untuk mengintimidasi rakyat marhaen. 4. Dulu korupsi LCS digembar gemburkan. Siap buat siaran media. Hari ini LCS dah sepi dan sunyi. Tiada kemaskini terkini. 5. Dulu lawan pengurangan subsidi. Hari ini, subsidi ditarik. 6. Dulu nak mansuh PTPTN, pendidikan percuma, siap berdebat. 7. Dulu nak turunkan harga kereta. 8. Dulu nak hapuskan tol. 9. Dulu nak turun harga minyak. 10. Dulu nak turunkan harga elektrik. Apa lagi? Alhamdulillah, Rafizi sangat konsistan. Dia paling berprinsip. Kan? ;)
Aliff Ahmad13,554 просмотров • 1 год назад
Больше нет контента для загрузки