
Media Selangor
@Media_Selangor • 66,619 subscribers
Segar. Semasa. Selangor. Kami sampaikan berita mutakhir dan perkembangan negeri di SelangorTV dan Selangorkini.
Videos

Hubungan sejenis dalam kalangan wanita dipercayai lebih sukar dikesan berbanding lelaki kerana kebanyakan interaksi mereka sering dilihat sebagai perkara biasa oleh masyarakat. Pegawai Psikologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Khuldiah Iman Mohd Ghazali berkata persepsi itu menyebabkan hubungan sesama wanita kurang mendapat perhatian berbanding hubungan sejenis melibatkan lelaki. #PsikologiRemaja #KeperluanEmosi #PembangunanKeluarga #HCTMUKM #MediaSelangor
Media Selangor103,011 просмотров • 3 месяцев назад

Insiden pencerobohan hutan kembali mencetuskan kebimbangan apabila Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menemui dua pokok balak di Hutan Simpan Ulu Gombak, Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Highlands, dicalit cat dan dipercayai dijadikan lokasi aktiviti pemujaan. JPNS melahirkan rasa kesal terhadap tindakan individu tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja melakukan penandaan pada pokok balak, malah turut merosakkan anak-anak pokok di kawasan hutan simpan berkenaan. #TurunPadang #MediaSelangor #JPNS #JabatanPerhutananNegeriSelangor #CerobohHutan #Gombak #KitaSelangor #KhazanahAlam #LindungiHutan
Media Selangor186,354 просмотров • 6 месяцев назад

Menerbangkan ratusan nyawa dalam pengaruh dadah, disusuli percubaan seludup puluhan kilogram bahan terlarang. Kes penahanan seorang juruterbang Malaysia di Jakarta baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan industri penerbangan, malah membuka mata ramai tentang risiko hilang pertimbangan diri akibat tamak dan dadah. Ikuti penjelasan ringkas mengenai kes ini, undang-undang di Indonesia dan pengajaran penting untuk kita semua. #MediaSelangor #TumpuSekejap #KesedaranDadah #IntegritiPenerbangan #BanterasDadah
Media Selangor43,812 просмотров • 1 месяц назад

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pemaju diarahkan menyegerakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur pejalan kaki yang masih belum siap di stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang baru beroperasi bagi menangani isu keselamatan dan akses pengguna. EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato' Ng Suee Lim berkata Prasarana diberi tempoh dua bulan untuk menyiapkan baki kerja di Stesen Dato' Menteri yang tular baru-baru ini berikutan laluan pejalan kaki yang tidak bersambung. #mediaselangor #kliksemasa #lrt3
Media Selangor58,410 просмотров • 2 месяцев назад

Kes rumah amal GISB: Kanak-kanak berusia 2 tahun akan diasingkan daripada keluarganya dan ditempatkan di rumah amal. Ibu bapanya akan berada di luar negara selama 2 tahun, manakala anak tersebut akan tinggal di Malaysia. Selain itu, kanak-kanak tersebut sepatutnya bersekolah, namun tidak dapat menghadiri sekolah biasa. #GISBH #MediaSelangor #PDRM
Media Selangor322,625 просмотров • 2 лет назад

Ular tedung masuk dalam 'boxer' #MediaSelangor #SelangorTV #SemasaNewsMY
Media Selangor299,183 просмотров • 2 лет назад

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tampil lebih berhemah dalam pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Hutan Secara Bersepadu 'Ops Risi' di Hutan simpan Kapar Tambahan bagi tindakan penguatkasaan pendudukan dan struktur binaan secara tanpa kebenaran yang menempatkan sebuah kuil. Penolong Pengarah Kanan JPNS, Mohd Shafie Mahamud berkata pada awalnya pemilik kuil cuba mempertahankan struktur yang dibina namun akhirnya terpaksa akur dengan undang-undang. Kerja-kerja memindahkan peralatan kuil dan berhala dilaksanakan dengan cermat, selamat tanpa sebarang kerosakan. #turunpadang #MediaSelangor #JPNS #JabatanPerhutananNegeriSelangor #kuil #PenguatkuasaanHutan #HutanSimpanKapar #Selangor
Media Selangor83,757 просмотров • 7 месяцев назад

"Malaysia akan sentiasa berada dalam hati saya." Demikian luahan Arakan Prince yang kini memulakan kehidupan baharu di New York, Amerika Syarikat selepas hampir 30 tahun membesar di Malaysia sebagai pelarian Rohingya. Dilahirkan di Seberang Perai, Pulau Pinang, Prince mengakui pengalaman hidup di Malaysia banyak membentuk dirinya sehingga ke hari ini. Malah, selepas berhijrah ke Amerika Syarikat beliau masih membawa bersama budaya, nilai dan identiti yang dipelajari sepanjang membesar di negara ini. #ArakanPrince #HariPelarianSedunia #Rohingya #MalaysiaDiHati #KisahInspirasi #mediaselangor
Media Selangor36,119 просмотров • 3 месяцев назад

“Suara anak pecah pun saya tak perasan". Pengakuan Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal ini menggambarkan pengorbanan besar seorang bapa yang mendahulukan tugas demi negara. Penempatan di Sabah dan komitmen ketika pandemik Covid-19 menyebabkan beliau terlepas banyak detik penting membesarkan anak tunggalnya. Sempena Hari Bapa, beliau berkongsi kisah kerinduan, cabaran hidup berjauhan dengan keluarga serta penghargaan buat isteri yang menjadi tonggak membesarkan anak ketika beliau menjalankan amanah negara. #HariBapa #NikEzanee #PengorbananSeorangBapa #KasihSeorangBapa #Keluarga #Inspirasi
Media Selangor34,034 просмотров • 3 месяцев назад

Kerajaan Negeri mencapai keputusan muktamad berhubung isu laluan masuk ke Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Koperasi Cuepacs, dengan tiga rumah ibadat bersetuju berpindah ke kawasan rizab digazetkan. EXCO Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman berkata laluan masuk ke tapak kuil hanya dibenarkan melalui rizab jalan dari Jalan Sungai Long bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengelakkan konflik dengan penduduk setempat.
Media Selangor69,023 просмотров • 7 месяцев назад

Isu pembangunan tanah persendirian di Jalan Sopan, Klang mencetuskan keresahan penduduk yang mendakwa pembangunan tersebut menimbulkan gangguan termasuk bau, pergerakan lori serta kebimbangan terhadap keselamatan. Lawatan tapak Ahli Majlis N49B, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK, Muhammad Azwan Adam bersama pegawai jabatan teknikal MBDK dan agensi Air Selangor menemui pemilik tapak yang mendakwa mereka telah membuat permohonan serta mengikut prosedur ditetapkan namun hasil semakan mendapati tiada rekod permohonan sah melalui Sistem OSC Plus Online setakat ini. #turunpadang #mediaselangor #mbdk #osc #AduanPenduduk #kitaselangor
Media Selangor46,352 просмотров • 6 месяцев назад

Kerajaan Negeri menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh akhir pengosongan Tanah Warta Perkuburan Islam di PJS 4, Petaling Jaya, susulan pencerobohan yang tular di media sosial. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato' Mohd Shahzihan Ahmad menegaskan tanah berkenaan bukan tanah wakaf seperti didakwa, sebaliknya tanah perkuburan Islam yang telah diwartakan dan berada di bawah bidang kuasa JAIS. #mediaselangor #kliksemasa #cerobohtanahperkuburan #JAIS
Media Selangor46,821 просмотров • 8 месяцев назад

Sebuah bekas bangunan milik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ukay Heights kini menjalani kerja naik taraf untuk dijadikan pusat perlindungan kucing terbiar dan dijangka mula beroperasi pada Julai ini. Premis berkenaan sebelum ini digunakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dikembalikan kepada pihak majlis. #MPAJ #UkayHeights #perlindungankucing #MediaSelangor
Media Selangor37,973 просмотров • 6 месяцев назад

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, pagi tadi. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian berlaku 9.30 pagi di dalam kawasan sekolah. #pelajartikam #pelajarmaut #bandarutama #petaling #mediaselangor
Media Selangor54,911 просмотров • 11 месяцев назад

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berharap Datuk Seri Rafizi Ramli akan terus menyumbang kepada pengukuhan parti itu meski tewas dalam pemilihan baru-baru ini. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Rafizi harus mengotakan janjinya sebelum ini untuk terus bersama parti. #KEADILAN #MediaSelangor
Media Selangor67,505 просмотров • 1 год назад