
MYNEWSHUB
@mynewshub • 103,580 subscribers
Portal Berita Dalam Talian
Shorts
Videos

Titik terendah seorang isteri...... *Video.telah dikaburkan Mynewshub
MYNEWSHUB840,610 views • 4 days ago
0:29
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Nasib jumpa orang baik....kalau jumpa pedoq atau pervert...lain pulak jadinya..
MYNEWSHUB590,510 views • 8 days ago
0:38
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Komen: Polis harus siasat mengapa kedua-dua nekad lompat. Apakah mereka mangsa penderaan....: Polis Tahan Ibu Bagi Bantu Siasatan Kes Dua Beradik Jatuh Dari 5ingkat 12 Di Johor Bahru JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung insiden dua beradik yang dipercayai terjun atau terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di kawasan Tampoi, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di hospital. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis menerima laporan kejadian daripada seorang wanita tempatan pada kira-kira jam 8.27 pagi. Menurut beliau, mangsa yang terlibat merupakan dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun. “Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan sedang dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan. Susulan siasatan, polis menahan seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa pada jam 12 tengah hari hari sama bagi membantu siasatan lanjut. Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan turut didapati negatif daripada sebarang jenis dadah. Polis kemudian membawa wanita berkenaan ke Mahkamah Johor Bahru untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Menurut Ab Rahaman, beberapa saksi yang berada di lokasi dan menyaksikan kejadian turut dipanggil bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan penganiayaan, pengabaian, pendedahan atau pembuangan kanak-kanak. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali. Setakat ini, polis memaklumkan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. Polis turut mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan melalui balai polis berhampiran atau saluran rasmi pihak berkuasa. Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah bangunan pangsapuri 24 tingkat dengan kedua-dua mangsa ditemukan di aras berhampiran kawasan kolam renang. Sumber: Polis Johor
MYNEWSHUB2,663,494 views • 1 month ago

PADA 1 Julai 2026 (Rabu), sekitar jam 9.11 malam, saya sedang berehat untuk makan malam bersama keluarga. Tiba-tiba saya menerima panggilan daripada tempat kerja yang terletak tidak jauh dari rumah. Saya terus bergegas ke sana tanpa sempat memakai pakaian kerja kerana ketika itu saya masih dalam waktu rehat. Tidak lama kemudian, dua orang anggota polis tiba di tempat kerja untuk menyiasat kes kecurian. Namun, apa yang mengecewakan saya ialah mereka terus masuk ke pejabat tanpa bertanya atau memastikan terlebih dahulu siapa pencuri yang sebenar. Salah seorang anggota polis terus menendang kepala saya. Saya ialah individu yang memakai singlet hitam dalam video tersebut. Sedangkan individu yang disyaki mencuri, iaitu lelaki warga emas yang memegang tin alkohol dalam gambar, berada betul-betul di sebelah anggota polis ketika itu. Hanya selepas menendang saya, barulah mereka bertanya siapa sebenarnya pencuri. Saya ingin bertanya, adakah itu cara yang sepatutnya dilakukan ketika menjalankan tugas? Anggota polis tersebut ada datang berjumpa saya untuk memohon maaf. Dia menghulurkan tangan, dan saya menyambutnya sebagai tanda menghormati. Namun, saya tidak pernah menyatakan bahawa saya memaafkan tindakan yang dilakukan terhadap saya. Harapan saya, pada masa akan datang, setiap tindakan dibuat selepas memahami situasi sebenar dan memastikan fakta terlebih dahulu. Bayangkan jika ini melibatkan kes yang lebih serius, seperti kes pembunuhan. Katakan saya hanyalah seorang saksi, tetapi polis terus mengambil tindakan terhadap saya tanpa usul periksa. Adakah itu tindakan yang wajar? Saya berkongsi perkara ini bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi supaya perkara seperti ini tidak berulang kepada orang lain. Sumber :- Melton Jukilin
MYNEWSHUB100,234 views • 2 days ago
2:52
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Kepada Noor Azizah, Mengapa menyalahkan negara yang memberi perlindungan, membuka ruang untuk hidup dan menerima komuniti anda atas dasar belas ihsan? Rakyat negara ini telah menyumbang bantuan bernilai besar dan memberi peluang untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selamat. Dari sudut undang-undang, kehadiran tanpa dokumen tetap menjadi isu, namun layanan yang diberikan jauh berbeza berbanding apa yang didakwa berlaku di negara asal. Persoalannya, adakah wajar negara yang membantu pula dijadikan sasaran kritikan? Belas ihsan tidak sepatutnya dibalas dengan permusuhan, dan penghargaan tidak sepatutnya dilupakan.
MYNEWSHUB1,423,676 views • 1 month ago
0:55
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Pukul anak majikan dan cakap anak majikan anjing kalau tak silap ikut dakwaan netizen....
MYNEWSHUB1,459,904 views • 1 month ago
0:21
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Bini cantik baik camni pun laki nak cari orang lain ke....apa sebab agaknya...
MYNEWSHUB450,644 views • 19 days ago

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting Oleh Mynewshub BANTING – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam lebih 10 kali oleh seorang lagi pelajar dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Banting, pagi tadi. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku antara pukul 9.30 hingga 10 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dilaporkan mengalami beberapa kesan tikaman pada bahagian belakang badan dan bahu sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan seorang suspek berusia 15 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Beliau turut mengesahkan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu berjaya dirampas, manakala keadaan mangsa dilaporkan stabil. Menurut laporan, suspek yang dikatakan telah beberapa bulan tidak hadir ke sekolah kerana menjalani rawatan perubatan, memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama dengan membawa sebilah pisau. Selepas kejadian, seorang guru dilaporkan berjaya menenangkan suspek berhampiran surau sekolah sebelum pihak polis tiba dan menahannya. Sementara itu, Ketua Polis Selangor, mengesahkan tangkapan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Insiden berkenaan turut tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan seorang remaja perempuan memegang pisau di dalam kawasan sekolah, manakala pelajar lain dilihat bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Dalam perkembangan sama, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan serta telah menggerakkan pasukan kaunselor bagi menyediakan sokongan psikososial kepada pelajar dan warga sekolah yang terkesan. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.-MYNEWSHUB
MYNEWSHUB266,848 views • 12 days ago