
Onn Hafiz Ghazi
@onnhafiz • 28,354 subscribers
Menteri Besar Johor ke-19 #MajuJohor | ADUN Machap #OHMachap 💙❤️
Videos

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Maju Johor. Pada 7 Julai ini, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh warga pasukan keselamatan akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri Johor. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta khidmat bakti saudara-saudari dalam menjaga keamanan, kestabilan dan keselamatan negeri serta negara. Saya sedar, amanah memimpin dan mentadbir Johor bukanlah sesuatu yang mudah atau ringan. Setiap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat adalah amanah besar yang saya pegang dan pikul dengan penuh rasa tanggungjawab. Justeru, dengan penuh rendah hati, saya memohon dan merayu kepada saudara-saudari. Berikanlah peluang dan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional untuk kami terus berkhidmat, meneruskan usaha yang telah dimulakan dan membawa Johor melangkah lebih jauh demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah, sekiranya diberikan mandat sekali lagi, kami akan terus bekerja sehabis baik dan sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengundian awal, melancarkan setiap perjalanan dan mengurniakan kemenangan kepada Barisan Nasional dalam PRN Johor ke-16. Insya-Allah. Pilihlah Barisan Nasional. Pangkah Dacing! HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN! Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #MajuJohor #BangsaJohor #BNJohor #GelombangBiru #PangkahDacing
Onn Hafiz Ghazi131,000 Aufrufe • vor 27 Tagen

لا حول ولا قوة إلا بالله Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas perkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah bersama rakyat di Masjid Sultan Abu Bakar. Keberangkatan Tuanku mencerminkan semangat kebersamaan antara Raja, rakyat dan kepimpinan Kerajaan Negeri dalam mengimarahkan rumah Allah SWT serta menyemarakkan syiar Islam di negeri Johor. Syukur Alhamdulillah, dalam keberkatan Ramadan ini, suasana solat Subuh berjemaah yang menghimpunkan ratusan manusia di rumah Allah SWT menggambarkan kesatuan ummah yang indah, apabila seluruh lapisan masyarakat berhimpun di saf yang sama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda bahawa agama itu adalah nasihat, termasuk kepada para pemimpin dan seluruh umat Islam. Hadis ini mengingatkan kita agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pemimpin serta memelihara perpaduan dengan menjauhi fitnah yang boleh memecah-belahkan masyarakat. Semoga semangat kebersamaan antara Raja dan rakyat ini terus memperkukuh ukhuwah serta menyatukan hati Bangsa Johor agar negeri ini sentiasa dipelihara dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #Ramadan2026 #RapatkanSaf
Onn Hafiz Ghazi198,472 Aufrufe • vor 4 Monaten

Syukur Alhamdulillah. Saya berkesempatan melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi melihat sendiri keadaan semasa hospital serta mendengar taklimat mengenai pelbagai usaha penambahbaikan yang sedang dilaksanakan demi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada Bangsa Johor terus berjalan dengan baik. Antara usaha yang sedang dilaksanakan ialah proses decanting Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) ke Pusat Bersalin dan Labor & Delivery (L&D) bermula awal Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf sistem elektrik dijalankan dengan selamat. Pada masa yang sama, projek menaik taraf bekalan utama elektrik, sistem elektrikal dan mekanikal hospital bernilai hampir RM159 juta serta beberapa penambahbaikan lain turut giat dilaksanakan demi memastikan HSA terus memberikan perkhidmatan yang lebih selamat dan berkualiti kepada Bangsa Johor. Namun, ada satu perkara yang benar-benar merisaukan saya, iaitu kekurangan petugas kesihatan di HSA. Saya bimbang beban yang mereka pikul hari ini sudah terlalu berat, sedangkan HSA merupakan antara hospital rujukan utama yang menerima ribuan pesakit dari seluruh Johor setiap hari. Justeru, saya dengan penuh rendah hati memohon pertimbangan dan perhatian segera daripada Kementerian Kesihatan Malaysia agar isu kekurangan petugas di Hospital Sultanah Aminah diberikan keutamaan. Buat seluruh petugas barisan hadapan kesihatan, terima kasih tidak terhingga kerana terus bertahan demi rakyat. Walau penat, walau letih, mereka tetap memilih untuk hadir dan terus berkhidmat. Saya sedar dan insaf tugas ini sememangnya bukan mudah. Percayalah, kami tidak akan berhenti memperjuangkan segala yang diperlukan agar saudara dan saudari tidak terus memikul beban ini bersendirian. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT mempermudahkan setiap urusan, melindungi seluruh petugas kesihatan, mengurniakan kesembuhan kepada para pesakit serta memimpin kita kepada jalan penyelesaian yang terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Onn Hafiz Ghazi14,826 Aufrufe • vor 9 Tagen

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maju Johor. Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menghadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, pada hari ini, 1 Jun 2026. Sehubungan itu, atas titah perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, watikah pembubaran Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim Kelima Belas telah diperkenankan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Ini selaras dengan peruntukan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat Bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh. Saya menyeru kepada semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi ini dengan penuh adab, tertib dan berhemah. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan kemuafakatan Bangsa Johor. Semoga Allah SWT memelihara negeri Johor, melindungi rakyatnya serta terus mengurniakan kestabilan, kemakmuran dan keberkatan kepada negeri ini. Muafakat Itu Berkat Kepada Allah Kita Berserah Allah Peliharakan Sultan Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Onn Hafiz Ghazi17,521 Aufrufe • vor 2 Monaten

Syukur Alhamdulillah, Gelombang Biru di seluruh negeri Johor! Semangat yang ditunjukkan oleh jentera, penyokong dan rakyat di kesemua 56 DUN membuktikan bahawa Barisan Nasional Johor telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini dengan penuh kesatuan dan kekuatan. Gelombang ini bukan sekadar lautan bendera biru, tetapi lambang kebangkitan sebuah perjuangan untuk mempertahankan kestabilan, meneruskan kemajuan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Inilah kekuatan Barisan Nasional Johor, seluruh kepimpinan, parti komponen dan akar umbi bergerak sebagai satu pasukan. Kita mungkin datang daripada latar belakang yang berbeza, tetapi kita disatukan oleh satu matlamat yang sama iaitu memastikan Johor terus aman, stabil, maju dan makmur demi seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kesatuan yang kukuh serta sokongan padu rakyat, Gelombang Biru akan terus mara ke setiap pelosok negeri. Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan mengurniakan kemenangan besar kepada Barisan Nasional Johor di kesemua 56 DUN pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 ini. Ayuh Bangsa Johor, terus melangkah bersama! Pilihlah Barisan Nasional. Pangkah Dacing! HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN! Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #MajuJohor #BangsaJohor #BNJohor #GelombangBiru #PangkahDacing
Onn Hafiz Ghazi10,304 Aufrufe • vor 1 Monat

Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Lee Ting Han dan pegawai penguatkuasa KPDN Johor telah turun padang untuk menjalankan pemeriksaan di beberapa stesen minyak sekitar Johor Bahru bagi memastikan penjualan petrol RON95 mematuhi peraturan dan tidak disalahgunakan oleh kenderaan berdaftar asing. Dalam operasi ini, kami meneliti pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap larangan penjualan RON95 kepada warga asing serta memastikan harga yang dikenakan tidak melebihi harga siling RM2.05 seliter. Selain itu, had pengisian diesel sebanyak 20 liter bagi kenderaan asing dalam radius 50km dari sempadan turut diperiksa bagi memastikan peraturan dipatuhi sepenuhnya. Kerajaan Negeri Johor, dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, komited memastikan subsidi bahan api ini hanya dinikmati oleh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual RON95 kepada kenderaan asing atau menaikkan harga melebihi kadar yang ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan yang menjejaskan hak rakyat tidak akan dikompromi. Saya juga ingin menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan ketelusan pengedaran bahan api bersubsidi. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan atau pelanggaran peraturan, pengguna boleh menyalurkan aduan melalui Portal e-Aduan KPDN. Setiap aduan akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil. Usaha ini akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Semoga langkah ini dapat membendung ketirisan subsidi dan memberikan manfaat yang sepatutnya kepada rakyat. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Onn Hafiz Ghazi37,493 Aufrufe • vor 1 Jahr

Semalam, saya telah turun sendiri untuk meninjau keadaan kesesakan luar biasa ekoran musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Saya berharap agar penambahan kakitangan imigresen pada bulan September ini nanti dapat mengurangkan sedikit masalah kesesakan sementara menunggu pembinaan laluan kontra untuk siap dan beroperasi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas dan semoga semua anggota dan pegawai yang bertugas kekal cekal dan tabah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Onn Hafiz Ghazi63,534 Aufrufe • vor 2 Jahren

Buat semua pengundi DUN Mahkota yang bekerja dan merantau ke Singapura, saya menyeru dan merayu agar pulanglah ke DUN Mahkota pada 28 September ini, Sabtu ini untuk memenangkan calon Barisan Nasional, Saudara Syed Hussien, Calon No. 1 N.29 Mahkota. Dengan sokongan dan semangat solidariti daripada semua, saya pasti ia akan memberi mesej penting berkenaan kestabilan politik di Johor dalam membangunkan dan memajukan lagi negeri Johor dan DUN Mahkota yang kita semua cintai ini. Selamat pulang dan selamat mengundi buat semua! Ayuh kita suburkan sistem demokrasi negara dan pertahankan #MahkotaKita ! #UndilahBarisanNasional #BarisanNasional #BNJohor #MajuJohor #BangsaJohor #MahkotaKita
Onn Hafiz Ghazi21,967 Aufrufe • vor 1 Jahr

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas keprihatinan Baginda yang sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan kualiti di kawasan pelancongan negeri Johor. Menjunjung titah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menitahkan agar menaik taraf Taman Botani DiRaja Johor, sebuah lokasi bersejarah yang bakal menjadi permata baharu pelancongan Johor Bahru. Syukur Alhamdulillah, saya bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor telah meninjau sendiri perkembangan projek pemuliharaan ini. Taman Botani DiRaja bukan sekadar sebuah taman, tetapi lambang warisan dan ketamadunan Kesultanan Johor yang wajar dipelihara untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Lebih menarik lagi, pintu masuk baharu sedang giat dibangunkan bagi menghubungkan dua lokasi ikonik iaitu Zoo Johor dan Taman Botani DiRaja Johor. Apabila siap kelak, laluan ini bukan sahaja akan memudahkan pergerakan pengunjung, malah mewujudkan satu ekosistem pelancongan yang lebih terancang, selesa dan menyeluruh. Semoga usaha ini akan menghidupkan semula memori serta nilai sentimental lokasi-lokasi bersejarah yang menjadi sebahagian daripada identiti Bandaraya Johor Bahru. Kerajaan Negeri komited dalam usaha memulihara dan memartabatkan bangunan-bangunan bersejarah ini agar terus utuh dan relevan kepada generasi akan datang. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026 #VisitJohor2026
Onn Hafiz Ghazi14,945 Aufrufe • vor 1 Jahr
Keine weiteren Inhalte verfügbar