Onn Hafiz Ghazi's banner
Onn Hafiz Ghazi's profile picture

Onn Hafiz Ghazi

@onnhafiz28,354 subscribers

Menteri Besar Johor ke-19 #MajuJohor | ADUN Machap #OHMachap 💙❤️

Videos

onnhafiz's profile picture

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Maju Johor. Pada 7 Julai ini, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh warga pasukan keselamatan akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri Johor. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta khidmat bakti saudara-saudari dalam menjaga keamanan, kestabilan dan keselamatan negeri serta negara. Saya sedar, amanah memimpin dan mentadbir Johor bukanlah sesuatu yang mudah atau ringan. Setiap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat adalah amanah besar yang saya pegang dan pikul dengan penuh rasa tanggungjawab. Justeru, dengan penuh rendah hati, saya memohon dan merayu kepada saudara-saudari. Berikanlah peluang dan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional untuk kami terus berkhidmat, meneruskan usaha yang telah dimulakan dan membawa Johor melangkah lebih jauh demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah, sekiranya diberikan mandat sekali lagi, kami akan terus bekerja sehabis baik dan sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengundian awal, melancarkan setiap perjalanan dan mengurniakan kemenangan kepada Barisan Nasional dalam PRN Johor ke-16. Insya-Allah. Pilihlah Barisan Nasional. Pangkah Dacing! HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN! Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #MajuJohor #BangsaJohor #BNJohor #GelombangBiru #PangkahDacing

Onn Hafiz Ghazi

131,000 次观看 • 27 天前

onnhafiz's profile picture

Syukur Alhamdulillah. Saya berkesempatan melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi melihat sendiri keadaan semasa hospital serta mendengar taklimat mengenai pelbagai usaha penambahbaikan yang sedang dilaksanakan demi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada Bangsa Johor terus berjalan dengan baik. Antara usaha yang sedang dilaksanakan ialah proses decanting Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) ke Pusat Bersalin dan Labor & Delivery (L&D) bermula awal Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf sistem elektrik dijalankan dengan selamat. Pada masa yang sama, projek menaik taraf bekalan utama elektrik, sistem elektrikal dan mekanikal hospital bernilai hampir RM159 juta serta beberapa penambahbaikan lain turut giat dilaksanakan demi memastikan HSA terus memberikan perkhidmatan yang lebih selamat dan berkualiti kepada Bangsa Johor. Namun, ada satu perkara yang benar-benar merisaukan saya, iaitu kekurangan petugas kesihatan di HSA. Saya bimbang beban yang mereka pikul hari ini sudah terlalu berat, sedangkan HSA merupakan antara hospital rujukan utama yang menerima ribuan pesakit dari seluruh Johor setiap hari. Justeru, saya dengan penuh rendah hati memohon pertimbangan dan perhatian segera daripada Kementerian Kesihatan Malaysia agar isu kekurangan petugas di Hospital Sultanah Aminah diberikan keutamaan. Buat seluruh petugas barisan hadapan kesihatan, terima kasih tidak terhingga kerana terus bertahan demi rakyat. Walau penat, walau letih, mereka tetap memilih untuk hadir dan terus berkhidmat. Saya sedar dan insaf tugas ini sememangnya bukan mudah. Percayalah, kami tidak akan berhenti memperjuangkan segala yang diperlukan agar saudara dan saudari tidak terus memikul beban ini bersendirian. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT mempermudahkan setiap urusan, melindungi seluruh petugas kesihatan, mengurniakan kesembuhan kepada para pesakit serta memimpin kita kepada jalan penyelesaian yang terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

Onn Hafiz Ghazi

14,826 次观看 • 9 天前

onnhafiz's profile picture

Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Lee Ting Han dan pegawai penguatkuasa KPDN Johor telah turun padang untuk menjalankan pemeriksaan di beberapa stesen minyak sekitar Johor Bahru bagi memastikan penjualan petrol RON95 mematuhi peraturan dan tidak disalahgunakan oleh kenderaan berdaftar asing. Dalam operasi ini, kami meneliti pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap larangan penjualan RON95 kepada warga asing serta memastikan harga yang dikenakan tidak melebihi harga siling RM2.05 seliter. Selain itu, had pengisian diesel sebanyak 20 liter bagi kenderaan asing dalam radius 50km dari sempadan turut diperiksa bagi memastikan peraturan dipatuhi sepenuhnya. Kerajaan Negeri Johor, dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, komited memastikan subsidi bahan api ini hanya dinikmati oleh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual RON95 kepada kenderaan asing atau menaikkan harga melebihi kadar yang ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan yang menjejaskan hak rakyat tidak akan dikompromi. Saya juga ingin menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan ketelusan pengedaran bahan api bersubsidi. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan atau pelanggaran peraturan, pengguna boleh menyalurkan aduan melalui Portal e-Aduan KPDN. Setiap aduan akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil. Usaha ini akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Semoga langkah ini dapat membendung ketirisan subsidi dan memberikan manfaat yang sepatutnya kepada rakyat. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

Onn Hafiz Ghazi

37,493 次观看 • 1 年前

onnhafiz's profile picture

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas keprihatinan Baginda yang sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan kualiti di kawasan pelancongan negeri Johor. Menjunjung titah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menitahkan agar menaik taraf Taman Botani DiRaja Johor, sebuah lokasi bersejarah yang bakal menjadi permata baharu pelancongan Johor Bahru. Syukur Alhamdulillah, saya bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor telah meninjau sendiri perkembangan projek pemuliharaan ini. Taman Botani DiRaja bukan sekadar sebuah taman, tetapi lambang warisan dan ketamadunan Kesultanan Johor yang wajar dipelihara untuk tatapan generasi kini dan akan datang. Lebih menarik lagi, pintu masuk baharu sedang giat dibangunkan bagi menghubungkan dua lokasi ikonik iaitu Zoo Johor dan Taman Botani DiRaja Johor. Apabila siap kelak, laluan ini bukan sahaja akan memudahkan pergerakan pengunjung, malah mewujudkan satu ekosistem pelancongan yang lebih terancang, selesa dan menyeluruh. Semoga usaha ini akan menghidupkan semula memori serta nilai sentimental lokasi-lokasi bersejarah yang menjadi sebahagian daripada identiti Bandaraya Johor Bahru. Kerajaan Negeri komited dalam usaha memulihara dan memartabatkan bangunan-bangunan bersejarah ini agar terus utuh dan relevan kepada generasi akan datang. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026 #VisitJohor2026

Onn Hafiz Ghazi

14,945 次观看 • 1 年前

没有更多内容可加载