
Rafizi Ramli
@rafiziramli • 794,506 subscribers
Life is what happens while you are busy planning other things. I am a wanderer & adventurer. I have attention span of 2 years.
Shorts
Videos

BN, PN, PH. Kerajaan bertukar ganti, tapi cerita gaji tak pernah selesai. Sebab ia bukan benda mudah, dan ia perlukan penyelesaian yang lebih berani daripada apa yang kita dengar sekarang. Kalau kita nak selesaikan soal gaji, kita tak boleh bercakap pasal gaji minimum semata mata. Sebab bila gaji minimum RM1,700 jadi undang-undang, majikan wajib patuh. Kalau tak bayar, dia kena. Jadi dia perlukan duit untuk mematuhi peraturan itu. Duit itu datang dari mana? Dari gaji orang tempatan yang ada diploma, yang ada ijazah. Dia takkan naikkan gaji mereka, sebab duit itu dah terpakai di bawah. Itulah sebabnya orang tanya, kenapa graduan kita dapat RM2,000 lebih sahaja, dan RM3,000 pun sudah dikira tinggi. Nama benda ini wage compression. Penyelesaiannya jelas. Kerajaan kena masuk sama dengan majikan. Kalau majikan naikkan gaji pekerja RM400 sebulan, kerajaan tanggung RM200. Buat berturut turut untuk lima tahun, sampai tangga gaji itu kekal dan jadi norma baharu. Kos untuk semua itu, RM2 bilion setahun. Saya bawa benda ini masa dalam kerajaan lagi. Jawapannya, tak ada duit. Tapi tender satu bilion, ada. Yang lain-lain semua ada.
Rafizi Ramli22,720 görüntüleme • 19 saat önce

𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣: 𝗣𝗛 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗜𝗡𝗜 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛, 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗦 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗝𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 Kita sedang dihidangkan dengan tangkapan demi tangkapan. Setakat ini yang kena hampir semuanya dari sebelah UMNO atau BN. Yang mafia korporat atau apa-apa yang bersabit dengan PH, belum ada lagi. Pandangan saya mudah: tangkap semua, dakwa semua. Kalau PMX nak buktikan dia tidak menggunakan kuasa pendakwaan sebagai ugutan politik, perkara pertama dia kena buat ialah dedahkan laporan yang dibentangkan di Kabinet mengenai siasatan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki, ekoran laporan mafia korporat dalam Bloomberg. Tapi itu kata saya lah, nanti orang-orang PH kata saya merajuk pulak. Sebaiknya rakyat biasa yang atas pagar jangan sekadar makan popcorn saksikan semua drama ini, kita kena tingkatkan pengetahuan kita mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan tuduh menuduh seperti ini berlaku di masa hadapan. Supaya ada saja yang makan rasuah, siasat, kalau ada bukti kukuh tangkap dan dakwa. Sebab itu, BERSAMA akan memulakan siri forum BERSAMA bermula esok, Rabu 9 September 2026 jam 8 malam. Setiap 2 minggu, kita akan bawa tokoh-tokoh yang bebas politik untuk berdiskusi mengenai perkara-perkara besar dan dasar negara. Minggu ini, kita bermula dengan tajuk hangat: 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵: 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗜𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂, 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗠𝗮𝘀𝗮? 𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗲𝗹: Saya dan Nik Nazmi dari BERSAMA Dato' Mah Weng Kwai (bekas Hakim Mahkamah Rayuan) Ngeow Chow Ying (Peguam dan Penyelaras Projek SAMA) Anand Raj (Presiden Majlis Peguam Malaysia) Moderator: Goh Vee Cheen 📅 9 September 2026 (Rabu) ⏰ 8.00 malam 📍 Ibu Pejabat Parti BERSAMA Malaysia, No. 31, Jalan PP 16/4, Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor Daftar kehadiran: klik Acara. Kepada yang tidak dapat hadir boleh saksikan siaran langsung menerusi saluran media sosial saya dan BERSAMA.
Rafizi Ramli30,322 görüntüleme • 2 gün önce

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 Minggu ini media melaporkan Caprice kalah dalam satu saman fitnah yang dibawa oleh Ebit Liew terhadapnya. Februari lalu, Caprice juga menjaja cerita kononnya saya makan rasuah dalam satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan saya atau kementerian saya dulu. Dia panggil sidang media mengumumkan yang dia saman saya. Ramai ceplos yang mengejek saya konon tak berani saman Caprice. Sebenarnya dah lama saya saman Caprice atas tuduhan itu. Kes sedang berjalan di mahkamah. Ini kali pertama saya saman seseorang. Sebelum ini, macam-macam orang fitnah ke, tuduh ke, saya jawab dan saya tak saman. Sebab kebanyakan dari mereka ini rakyat biasa, saya serahkan kepada Allah. Tapi tuduhan Caprice itu adalah yang pertama kali menuduh saya makan rasuah. Berpuluh tahun saya dalam politik, sebenarnya tak pernah ada orang lain, hatta dari lawan politik seperti Umno atau PAS yang tuduh saya makan rasuah. Jadi saya terpaksa saman untuk kali pertama dalam hidup saya. Sekarang kita serahkan kepada peguam-peguam dan proses mahkamah.
Rafizi Ramli202,262 görüntüleme • 22 gün önce

E-invoice ini idea siapa sebenarnya? Cadangan ini bermula dua atau tiga tahun sebelum PH mengambil alih kerajaan, ketika Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul. Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah berkata dengan jelas bahawa jika dia menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan melantik Zafrul sebagai menteri. Tak sampai sebulan, dia dilantik semula. Cadangan yang datang sebelum PH itu tiba-tiba menjadi cadangan Anwar Ibrahim. Inilah yang kami maksudkan bila kami kata politik hari ini tidak lagi memberi rakyat pilihan yang berbeza. Hari ini lawan, esok kawan. Dasar yang sama diteruskan. Yang menanggung, peniaga kecil.
Rafizi Ramli70,290 görüntüleme • 8 gün önce

𝗜𝗦𝗨 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔: 𝗣𝗛 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞 𝗧𝗘𝗣𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 Jumaat lalu, saya sembang pasal penyelewengan yang berlaku di Felda 4 jam sampai satu pagi. Alhamdulillah, tontonan di YouTube selepas satu hari dah mencecah 250,000 dan Insya-Allah cecah 500,000 dalam tempoh 2 minggu, mengikut trend tontonan sebelum ini. Seperti biasa, geng BN marah. Jawapan biasa orang BN - “ada lagi ke orang percaya kat Rafizi ni”. Jawapan saya - “kebenaran itu tidak bergantung kepada berapa ramai orang yang percaya, ia berasaskan fakta”. Jawapan biasa orang PH - “maki BN dan tepuk tangan, puji Anwar Ibrahim”. Jawapan saya kepada orang PH - “jangan seronok sangat tunggang kerja orang, sebab minggu depan ada bahagian kedua. Kita tunjukkan pula kegagalan PH dalam kes Felda ni”. Jawapan orang PAS - krik krik krik Saya pun tak de jawapan kepada krik krik krik ni. Untuk dengar kupasan lebih mendalam pasal Felda dan bagaimana kes ini diperam 10 tahun di bawah BN, PN dan PH, jangan lupa ceramah-ceramah saya. Malam ini Trak Kancil akan berada di DUN Bukit Katil, Melaka. Tempat: Depan 99 Speedmart 1702 (ME) Bukit Katil, Jalan Saujana Permai 1, Taman Saujana Permai, 75450, Melaka Selasa ini, 8 September saya akan berceramah di Wangsa Maju pula. Trak Kancil akan berada di: Hadapan Ayam Gepuk Pak Gembus Wangsa Melawati (Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur) Kepada yang ingin hadir, mohon daftar kehadiran di klik Acara.
Rafizi Ramli29,860 görüntüleme • 5 gün önce

Isu FELDA saya turut sentuh ketika di Trak Kancil DUN Bukit Katil, Melaka. Kekayaan yang diwarisi itu jadi beban. Peneroka kena bayar kos tanam semula kelapa sawit kepada anak syarikat FELDA, lebih mahal daripada yang syarikat perladangan besar bayar. IOI tak semahal itu. United Plantations tak semahal itu. Sime Darby lagi murah. Tapi peneroka FELDA kena bayar paling mahal. Sebab itu, ada peneroka yang berhutang dari usia 30 hingga 70 tahun. Berapa kali dah tanam semula, hutang tak pernah habis. Pada masa yang sama, duit FELDA pergi ke London. Empat hartanah. Serviced apartment, satu hotel, dua tapak tanah di Wembley. Saya nak semak prestasi kewangan syarikat yang memegang hartanah itu, ikut nama dalam penyata akaun FELDA sendiri. Syarikat itu tidak wujud di UK. Yang wujud, nama yang sama, tapi didaftarkan di British Virgin Islands. Tempat di mana undang-undang mereka tidak memerlukan sesiapa untuk mendedahkan pemilik syarikat itu. Saya pergi ke Felda Taib Andak semasa PRN Johor. Tiga puluh, empat puluh tahun, rumah peneroka lebih kurang sama seperti mula-mula dulu. Tak berubah.
Rafizi Ramli13,018 görüntüleme • 1 gün önce

Salah satu alasan kerajaan melaksanakan e-invois ialah untuk menutup ruang perniagaan haram dan kongsi gelap. Dua tahun sudah berlalu. Cuba tengok sekeliling kita. Judi online bertambah. Scam bertambah. Setiap kali turun padang, ada saja mangsa scam datang berjumpa saya. Kalau ada jenayah, ada undang-undang. Kalau ada undang-undang, ada polis. Itulah fungsi polis, pergi tangkap penjenayah. Mana ada negara di dunia ini melawan kongsi gelap menggunakan invois. Yang menanggung beban e-invoice bukan kongsi gelap. Yang menanggung ialah peniaga kecil, kedai runcit, bengkel, kafe, yang tidak pernah buat salah apa-apa. Masalah jenayah sepatutnya diselesaikan dengan penguatkuasaan.
Rafizi Ramli34,028 görüntüleme • 7 gün önce

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗔𝗕𝗥𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗝 Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian. Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu. Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa. Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti. Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar. Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara. Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar. Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya. Ia tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain. Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian. Saya telah berhubung dengan Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.
Rafizi Ramli1,684,215 görüntüleme • 1 yıl önce

𝟭𝟯 𝗢𝗚𝗢𝗦 Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya “aku cucuk dia”. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut “diam, lepas ini HIV”. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.
Rafizi Ramli97,842 görüntüleme • 28 gün önce

Perwakilan DAP sudah buat keputusan. 88% undi kekal. Episod ini saya rakam dua hari sebelum undian itu, dan saya memang jangka keputusannya begitu. Sebab bila saya tengok kedudukan DAP hari ini, mereka tersepit dua-dua jalan. Kalau keluar, mereka kena buat keputusan yang saya dan Nik sudah buat, terima hakikat yang mungkin sampai mati kami tidak akan kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan. Saya tidak pasti mereka bersedia untuk benda itu. Jadi mereka kekal. Bila kekal, strateginya jelas: guna kuasa dan pengaruh dalam kerajaan untuk lindungi undi Cina dan kerusi Cina, selepas apa yang berlaku di Johor dan di Negeri Sembilan. Di situ masalahnya. Kalau strategi itu berjaya, DAP mungkin menang 30 hingga 40 kerusi dalam PRU16. Tapi PKR dengan AMANAH nampak gayanya payah. Katakanlah DAP menang 35, PKR menang 5, AMANAH menang 1, pada ketika itu, Pakatan Harapan sudah tidak wujud. DAP akan jadi seperti Gerakan. Gerakan pun mula sebagai parti berbilang kaum. Tokoh-tokoh ilmiah Melayu, progresif Melayu, semuanya masuk. Lama-kelamaan ia jadi parti Cina, dan orang Melayu tidak pergi dekat. Hari ini Gerakan cium tangan PAS. Trend itu bukan teori. Di Johor, kos kekalahan jatuh kepada PKR dan AMANAH. Di Negeri Sembilan pun begitu. Jadi akhirnya bukan DAP yang terpaksa buat pilihan. Pengundi bukan Melayu yang terpaksa buat pilihan. Bagi saya DAP dan PH sudah sampai kemuncak perjalanan politik mereka. Yang belum pasti ialah sama ada mereka sedar atau tidak. Tonton kupasan penuh keputusan Kongres Khas DAP ini di Podcast YBM Episod 59:
Rafizi Ramli79,359 görüntüleme • 24 gün önce

Isu FELDA bukan cerita baharu. Pendedahan pertama dibuat pada 2012. Yang seterusnya pada 2016 dan 2017. Kesemuanya berdokumen. Pada 2019, Kementerian melantik sebuah firma perakaunan antarabangsa untuk menjalankan audit forensik. Hasilnya dibentangkan di Parlimen sebagai Kertas Putih. Laporan polis dan laporan SPRM turut dibuat pada tahun yang sama. Bermakna sejak tahun itu lagi, semuanya sudah diketahui sepenuhnya. Jejak wangnya sudah sebahagiannya dikesan. Kertas siasatan sudah pun ada. Enam tahun berlalu tanpa tindakan. Minggu ini kertas siasatan dibuka semula dan tangkapan dijangka bermula. Persoalannya bukan lagi siapa yang bersalah pada 2014. Bukti itu sudah lama terbentang. Persoalannya ialah siapa yang memegangnya selama enam tahun, dan kenapa. Tonton kupasan penuh FELDA di Podcast YBM Episod 62:
Rafizi Ramli13,307 görüntüleme • 3 gün önce

Laporan RCI Tabung Haji, di muka surat 68 hingga 72 telah secara jelas menyebut mengenai keraguan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit terutamanya antara 2016 ke 2019 bila kontrak syariah bertukar. Ada yang menyampah sebab kata saya tak sudah-sudah buat isu. Ikut suka awaklah. Tak penting untuk awak, penting untuk ramai lagi orang lain #bersama #tabunghaji #rafiziramli
Rafizi Ramli100,964 görüntüleme • 1 ay önce

Ada satu ayat yang selalu disebut tetapi tidak pernah dihabiskan. Masa kita bentuk Persekutuan dulu, kita dah bagi semua kuasa kepada Kerajaan Persekutuan. Ayat itu betul. Cuma ia berhenti di situ. Soalan yang sepatutnya menyusul: kenapa tok nenek kita buat begitu? Kenapa mereka tidak membentuk Negara Kedah, Negara Johor, Negara Terengganu, masing-masing berdaulat sendiri? Jawapannya bukan sentimen. Ia ekonomi yang paling asas. Berdiri sendiri, Perlis terlalu kecil. Kedah terlalu sedikit penduduknya. Negeri-negeri ini akan kekal agrarian sepenuhnya, kosnya mahal, dan tidak ada satu pun yang mampu bersaing. Bergabung, mereka boleh menarik kekuatan masing-masing. Itu bukan penyerahan kuasa. Itu simbiosis. Negeri tidak pernah menyerahkan segala-galanya. Tanah kekal di tangan negeri. Galian, pertanian, perhutanan, pihak berkuasa tempatan, air. Aset terbesar dalam negara ini tidak pernah berpindah ke mana-mana. Aset Kerajaan Persekutuan pula hampir tiada, kecuali yang dibelinya semula daripada negeri. Yang tidak pernah diceritakan ialah sebelah lagi syiling itu. Naratif dianaktirikan bercerita pasal hasil. Ia tidak pernah bercerita pasal beban. Pendidikan, kesihatan, keselamatan, undang-undang, perumahan, harga barang, semuanya di bahu Persekutuan. Rekod pun tidak menyebelahi naratif itu. Sepanjang RMK-12, negeri yang paling banyak menerima peruntukan Persekutuan berbanding output ekonominya bukan negeri yang paling senyap. Bila premis pentadbiran ialah bukan salah saya, maka tidak ada apa-apa yang perlu dibuat dengan tanah yang ada di tangan sendiri. Itu bukan perjuangan. Itu candu. Tonton episod penuh di YouTube -
Rafizi Ramli33,069 görüntüleme • 12 gün önce

Jemputan tulus ikhlas dari saya untuk semua warga Lembah Klang ke majlis....... Satu sesi Townhall akan diadakan pada 23 Mac 2024 (Sabtu), 9 pagi - 12.45 tengahari di Pusat Konvensyen MBSA. Townhall ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai manfaat Pangkalan Data Utama (PADU) serta mendapatkan kerjasama pihak berkaitan untuk membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat, terutamanya di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan sebelum 31 Mac 2024. Kaunter pendaftaran PADU juga akan dibuka sepanjang sesi townhall bagi membantu orang awam untuk mendaftar dan mengemaskini PADU. Kepada mereka di luar Lembah Klang, sesi ini akan disiarkan secara langsung di semua media sosial saya. Jumpa di sana. #PADU #ElakkanKeciciran #DontGetExcluded
Rafizi Ramli1,915,734 görüntüleme • 2 yıl önce

Permintaan rakyat jarang sekali besar. Bukan universiti baru, bukan pelaburan berbilion ringgit. Yang diminta selalunya ialah longkang yang lebih besar, jalan yang dibaiki, dan satu blok sekolah tambahan. Untuk perkara sekecil itu pun, jawapannya sering sama. Kena tunggu Putrajaya. Bukan kerana birokrasi semata-mata. Kerana negeri memang tidak ada duit. Di semenanjung ini, selain Johor dan mungkin Selangor, yang lain cukup-cukup makan. Ada negeri yang tanpa suntikan Persekutuan tidak mampu membayar gaji kakitangannya sendiri. Cukai dikutip daripada tempat yang menjana, dipindahkan ke tempat yang tidak menjana. Yang bekerja terus dipukul. Lama-lama ia bukan lagi soal keadilan. Ia soal berapa lama sebelum yang dipukul itu tumbang. Tetapi memulangkan lebih banyak wang kepada negeri pun bukan jawapan automatik. Beri satu bilion ringgit kepada sebuah negeri, kalau jabatan tekniknya tidak cukup jurutera, wang itu tetap tidak boleh dilaksanakan walaupun tidak seorang pun yang makan duit. Di China, wilayah bersaing sesama sendiri seperti anak syarikat. Yang membangun paling pantas itulah yang naik. Tonton kupasan penuh isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 61:
Rafizi Ramli26,175 görüntüleme • 10 gün önce

Ini kisah Kak Zainab yang sebulan boleh dapat sampai RM4,000 untung bersih jual makanan dekat vending machine MRT Ampang Park menerusi program IPR INSAN. Setahun dia dah dapat dalam RM38,000. Memang terlalu cukup, sebab Kak Zainab turut terima tempahan makanan. Kalau ada order, adalah duit lebih sikit. Kalau tak ada boleh bergantung dengan vending machine IPR INSAN. Kak Zainab juga ada kekangan disebabkan menjaga dua insan OKU yang istimewa. Yang selalu pergi kerja naik turun MRT Ampang Park ni bolehlah cuba masakan Kak Zainab. Dia dulu chef tau! Katanya Spaghetti Aglio Olio dia yang paling laku!
Rafizi Ramli1,259,480 görüntüleme • 2 yıl önce

Saya ada satu pengumuman penting. Sepanjang kempen ini, ada seorang sukarelawan yang dipercayai lari dari rumah dan kini berkampung di bilik kempen BERSAMA. Dia datang setiap hari tanpa gagal. Kalau ada mesyuarat, dia hadir. Kalau orang balik lewat, dia tunggu di depan pintu. Setakat ini kami masih belum berjaya mengenal pasti tuan asalnya. Kalau ada yang kehilangan seekor "sukarelawan" berbulu ini, sila tampil buat tuntutan selepas pilihan raya. 😹 Kalau bukan… nampaknya BERSAMA dah berjaya merekrut sukarelawan paling setia sepanjang kempen.
Rafizi Ramli122,849 görüntüleme • 2 ay önce

Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan. Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari. Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami. Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih. Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan. Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat. Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya. Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat. Benih itu telah ditanam. Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama. Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
Rafizi Ramli114,322 görüntüleme • 2 ay önce

𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 - 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Semua fitnah yang dibuat Caprice - saya telah jawab satu persatu. Saya juga telah serahkan urusan saman Caprice kepada peguam saya. Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri. 4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN. Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi. Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm. Dia minta “private coffee session” dengan pegawai saya sebab nak tunjuk “what else i’ve been doing for Madani”. Siap cakap “I really wanna show u”. Pejabat saya tak layan. 9 Julai 2024 - dia cuba lagi. “Yoooo” “Rafizi really needs a rebranding bruv” 4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya. Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice. Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak. Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je. Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani. Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.
Rafizi Ramli317,490 görüntüleme • 6 ay önce

Ada satu perbandingan yang dibuat selepas musyawarah itu. Kalau di dunia ini ada Baitul Maqdis, di Malaysia ada Tabung Haji. Sebagai slogan, ia memang berkesan. Secara logik, ia tidak bercantum. Baitul Maqdis diserang oleh pihak luar. Jadi, siapa pula yang menyerang Tabung Haji dan kenapa nama itu tidak pernah disebut dalam naratif yang sama? Sebenarnya, kalau ada satu suara yang paling ada kredibiliti untuk mempertahankan Tabung Haji, memang suara itulah. Dengan syarat ia tegas sejak awal. Tetapi pada 2018, selepas dua tahun bukti dibentangkan satu persatu, jawapannya ialah ini semua cubaan memalukan institusi orang Melayu dan orang Islam. Bukan menafikan angka. Cuma menukar subjek. Pendirian itu tidak berganjak sehingga hari ini. RCI itu pula bukan idea orang lain. Merekalah yang menuntutnya pada 2019, dan ketika itu ia ditolak. Bila kerajaan bertukar pada 2022, barulah ia dibuat, dengan portfolio hal ehwal agama di tangan mereka sendiri. Laporannya siap pada Ogos 2022. Parlimen dibubarkan pada Oktober. Dalam dua bulan itu, ia tidak pernah dibawa ke Kabinet dan tidak pernah diputuskan untuk didedahkan. Ia diperam. Kemudian kerajaan berikutnya menyambung memeramnya. Sekarang datang tuntutan RCI 2.0. Baik. Buatlah. Cuma jangan berhenti pada kerugian lama. Sebab risiko sebenar hari ini bukan lagi apa yang berlaku sebelum 2018. Tabung Haji nampak selesa sekarang, tetapi asetnya masih bergantung kepada komitmen kerajaan untuk membayar sukuk UJSB. Masalah itu tidak pernah selesai. Ia cuma dipindahkan dan yang memikulnya sekarang bukan lagi Tabung Haji. Tonton kupasan penuh isu RCI Tabung Haji diperam ini di Podcast YBM Episod 61:
Rafizi Ramli16,526 görüntüleme • 7 gün önce