Rafizi Ramli's banner
Rafizi Ramli's profile picture

Rafizi Ramli

@rafiziramli • 792,738 subscribers

Life is what happens while you are busy planning other things. I am a wanderer & adventurer. I have attention span of 2 years.

Shorts

Ruh ruh ruh, Ceh ceh ceh, Daftar PADU Bro, Nanti tercicir. Kadar pendaftaran & pengemaskinian PADU naik mendadak sejak dua hari lepas. Setakat 11:59 malam, 29 Mac 2024, lebih 9.8juta rakyat Malaysia berjaya daftar dan kemaskini maklumat mereka di PADU. Mungkin makin ramai sedar dan risau akan keciciran. Belum terlambat lagi untuk daftar. Layari atau pergi ke kaunter PADU berhampiran kawasan anda #ElakkanKeciciran #DontGetExcluded

489,576 views

Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya. Dah dua hari Muffin tak balik rumah, dia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar 🤣 Dia terlebih mesra dengan sesiapa (walaupun dia tak kenal).

266,379 views

10.6 JUTA RAKYAT MENDAFTAR PADU Hari ini hari terakhir PADU dibuka kepada orang ramai untuk kemaskini & pengesahan. Sejak 2 Januari 2024, Kerajaan telah membuka PADU selama tiga bulan untuk semua warganegara mengesahkan dan mengemaskini data sosio-ekonomi mereka. Maklumat perlu disahkan dan dikemaskinikan untuk memastikan data Kerajaan itu berlaku adil kepada rakyat kerana data dari PADU akan digunakan untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak kelak. Terima kasih dari saya (secara terbuka) kepada semua warga negara yang mendaftar, mengemaskini dan juga mengesahkan data-data mereka. Insyallah baki 1 hari lagi ini, mereka yang belum mendaftar boleh cepat-cepat daftar. Mulai esok, boleh mula fokus persiapan raya pula. Klik dan daftar sekarang! #ElakkanKeciciran #DontGetExcluded

209,695 views

It wasn’t me! Saya dan kawan2 mengundi menyokong tadi. Yang kami mahu dipinda yang satu lagi - supaya Pendakwa Raya yang sangat berkuasa dikawal selia oleh Parlimen juga.

It wasn’t me! Saya dan kawan2 mengundi menyokong tadi. Yang kami mahu dipinda yang satu lagi - supaya Pendakwa Raya yang sangat berkuasa dikawal selia oleh Parlimen juga.

66,979 views

Teringat dulu masa satu program kat Negeri Sembilan, Tok Min pernah bawa saya naik motor 😄 Saja throwback sikit, compile video dan gambar ikut trend lagu TikTok. Sekali-sekala layan juga, ha3.

Teringat dulu masa satu program kat Negeri Sembilan, Tok Min pernah bawa saya naik motor 😄 Saja throwback sikit, compile video dan gambar ikut trend lagu TikTok. Sekali-sekala layan juga, ha3.

104,561 views

WELCOME TO MY DARK SIDE Kita dapat inspirasi dari banyak perkara. Masing-masing ada perkara unik yang beri inspirasi. Saya membesar dengan meminati (membaca & menonton) dua benda - science fiction & fantasy. Senarai bacaan/tontonan saya: - Star Wars - Lord of the Rings (the trilogy, Hobbits, Silmarillion etc.) - Wheel of Times (keseluruhan 13 buku) - Star Trek - Dunes - Shannara - Harry Potter Ada satu benda je yang masih belum khatam: Game of Thrones 🤣 Lepas ni kena khatam. ps: Ni cendera hati staf saya bagi ha3 😄

84,215 views

Terima kasih kepada semua yang hadir ke program podcast YBM semalam, baik anggota parti mahupun orang awam. Ada yang susah-payah datang dari luar Kuala Lumpur, saya hargai kehadiran semua. Malaysia ini milik bersama. Ia tidak pernah dibina oleh satu kelompok atau satu suara sahaja. Kita kuat kerana latar yang berbeza, tetapi bersatu dalam satu tujuan.

53,078 views

Terima kasih kepada semua anggota dan orang ramai di Johor serta kawasan sekitar yang turun padang ke jelajah terakhir HIRUK. Buat ribuan yang menonton dari jauh, terima kasih juga, sokongan anda tetap kami rasa. Saya dan rakan-rakan telah rumuskan dan rangkumkan segala mesej dan objektif sepanjang kempen HIRUK untuk pertimbangan anggota dan pemahaman rakyat di luar. Semoga semangat reformasi terus segar dan kuat, walau diuji kuasa. #HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025

38,734 views

Kami pergi ke setiap negeri untuk Jelajah Kancil. Rupanya ada yang bawa BERSAMA terus sampai ke World Cup 🤣 Terima kasih kepada semua yang terus menyokong BERSAMA, walau di mana pun anda berada.

Kami pergi ke setiap negeri untuk Jelajah Kancil. Rupanya ada yang bawa BERSAMA terus sampai ke World Cup 🤣 Terima kasih kepada semua yang terus menyokong BERSAMA, walau di mana pun anda berada.

14,580 views

Videos

rafiziramli's profile picture

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗔𝗕𝗥𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗝 Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian. Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu. Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa. Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti. Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar. Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara. Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar. Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya. Ia tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain. Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian. Saya telah berhubung dengan Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.

Rafizi Ramli

1,684,524 views • 1 year ago

rafiziramli's profile picture

𝗜𝗡𝗜 𝗥𝗘𝗩𝗜𝗘𝗪 𝗣𝗔𝗞𝗖𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗙𝗜𝗔 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧. 𝗩𝗘𝗥𝗗𝗜𝗖𝗧: 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗞𝗨𝗡𝗔𝗙𝗔 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗜𝗦𝗧𝗔𝗖𝗛𝗜𝗢 Hari ini PMX jawab soalan mengenai mafia korporat di Dewan Rakyat. Untuk pengetahuan orang ramai, soalan-soalan itu dipilih sendiri oleh Perdana Menteri. Dia pilih soalan-soalan yang dia nak jawab. Ada waktunya soalan-soalan itu diberikan kepada ahli parlimen backbenchers untuk ditanyakan. Saya telah mendengar sepenuhnya jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mengenai mafia korporat, termasuk tuduhan bahawa R Ramanan (Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden PKR) telah menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk menyelesaikan masalah mafia korporat. Jadi ini review saya: Ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengenai tuduhan ke atas R. Ramanan itu, Perdana Menteri menyebut di Parlimen bahawa menteri terbabit telah mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin mengesahkan bahawa sehingga sekarang, saya belum menerima apa-apa writ saman dari R. Ramanan. Jika Dato’ Seri Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R. Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti yang saya ada di mahkamah. Tetapi jika Dato’ Seri Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya “satu kenyataan politik yang tidak disertakan bukti”, beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil. Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil; dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat. Review saya: Jawapan-jawapan beliau mengenai mafia korporat dan siasatan yang telah diambil juga berpusing-pusing. Di awal jawapan beliau, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerangkan mengenai jenayah-jenayah korporat yang telah berlaku di masa lalu untuk memberi gambaran ia bukan perkara baru. Jawapan beliau itu cuba mengelak dan menyembunyikan kontroversi sebenar mengenai mafia korporat. Skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan-pendedahan bahawa ada kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu SPRM dan PDRM yang dituduh bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan untuk mengugut ahli-ahli perniagaan lain menyerahkan syarikat-syarikat mereka. Ini satu bentuk salah guna kuasa yang kita belum dengar sebelum ini, apatah lagi ada watak-watak yang dituduh menggunakan kaedah ini untuk mencuci wang haram dari kegiatan jenayah (yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap). Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan. Laporan-laporan mengenai mafia korporat disusuli dengan beberapa pendedahan lain, seperti: 1. Laporan pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang jumlahnya telah melanggar peraturan penjawat awam. Sebahagian saham itu adalah di dalam syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat. 2. Pemilikan saham oleh Farhash Wafa Salvador di dalam beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Victor Chin dan mafia korporat. 3. Perebutan saham di dalam NexG Berhad yang menyebabkan Victor Chin melarikan diri ke luar negara dan membuat pendedahan susulan mengenai mafia korporat. 4. Tuduhan bahawa Victor Chin memberi suapan RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat. R Ramanan telah dikenal pasti sebagai ahli parlimen itu dan beliau tidak memfailkan saman sehingga hari ini. 5. Watak bernama Mr R yang menjadi pengantara dalam perebutan saham syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat telah dikenal pasti sebagai Ruben, iaitu peguam kepada Farhash Wafa Salvador. Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Dato’ Seri Anwar di Parlimen hari ini. Sebaliknya, beliau memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah-jenayah kolar putih. Final verdict: Macam saya cakap la, macam kunafa kurang pistachio. Lepas makan darah tinggi naik dan kepala berpusing-pusing.

Rafizi Ramli

27,690 views • 13 days ago

rafiziramli's profile picture

𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 - 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Semua fitnah yang dibuat Caprice - saya telah jawab satu persatu. Saya juga telah serahkan urusan saman Caprice kepada peguam saya. Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri. 4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN. Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi. Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm. Dia minta “private coffee session” dengan pegawai saya sebab nak tunjuk “what else i’ve been doing for Madani”. Siap cakap “I really wanna show u”. Pejabat saya tak layan. 9 Julai 2024 - dia cuba lagi. “Yoooo” “Rafizi really needs a rebranding bruv” 4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya. Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice. Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak. Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je. Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani. Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.

Rafizi Ramli

317,609 views • 8 months ago

rafiziramli's profile picture

𝟭𝟯 𝗢𝗚𝗢𝗦 Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya “aku cucuk dia”. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut “diam, lepas ini HIV”. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.

Rafizi Ramli

98,221 views • 2 months ago