
Rafizi Ramli
@rafiziramli • 797,474 subscribers
Life is what happens while you are busy planning other things. I am a wanderer & adventurer. I have attention span of 2 years.
Shorts
Videos

𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 DUN Johor telah dibubarkan, apa nak jadi dengan BERSAMA? Perancangan mengenai BERSAMA, termasuk memperkenalkan BERSAMA ke negeri-negeri, telah dirancang lebih awal sebelum pengumuman membubarkan DUN dibuat. Kebetulan, negeri pertama yang menganjurkan state tours, atau jelajah ke negeri-negeri, adalah Johor. Jelajah Kancil ke negeri-negeri adalah seperti berikut: Johor - Sabtu, 6 Jun 2026, 8 malam di Danga Bay Convention Centre Melaka - Ahad, 7 Jun 2026, 8 malam di Hotel Seri Malaysia, Melaka Tarikh-tarikh seterusnya: Negeri Sembilan - di Seremban, Sabtu 13 Jun Perak - di Ipoh, Ahad 14 Jun Kelantan/Utara Terengganu - di Kota Bharu, Sabtu 20 Jun Pahang/Selatan Terengganu - di Kuantan, Ahad 21 Jun Selangor Utara - Sabtu, 27 Jun Selangor Tengah - Ahad, 28 Jun Selangor Selatan - Rabu, 1 Julai Pulau Pinang - Sabtu, 4 Julai Kedah/Perlis - Ahad, 5 Julai KL - di Setiawangsa, Sabtu, 11 Julai Selangor Tengah - di Shah Alam, Ahad, 12 Julai dan berakhir di Selangor - di Pandan, Sabtu 18 Julai Maklumat lanjut mengenai setiap acara dan kempen BERSAMA akan dipaparkan di laman kempen BERSAMA di pautan ini: Sila pilih kempen mana yang hendak disertai atau akan hadir; daftarkan nama anda untuk membantu urusan logistik. Untuk kempen hari Sabtu dan Ahad ini, jumpa saya dan Nik di Danga Bay Convention Centre pada hari Sabtu dan Hotel Seri Malaysia, Melaka pada hari Ahad. Mohon sebarkan kepada seramai mungkin dan bimbing rakan-rakan yang ingin hadir untuk mendaftar di pautan Kempen BERSAMA. Jelajah negeri-negeri ini akan disiarkan di YouTube dan TikTok Live di saluran saya. Jumpa hari Sabtu dan Ahad ini.
Rafizi Ramli46,363 görüntüleme • 8 gün önce

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗔𝗕𝗥𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗝 Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian. Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu. Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa. Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti. Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar. Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara. Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar. Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya. Ia tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain. Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian. Saya telah berhubung dengan Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.
Rafizi Ramli1,683,161 görüntüleme • 9 ay önce

𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.
Rafizi Ramli53,404 görüntüleme • 13 gün önce

Ramai tanya, kenapa tak boleh balik PKR? Tak boleh reconcile ke? Bukan soal merajuk. Bukan soal jawatan. Keputusan saya dah buat seawal April. Dua bulan sebelum mengundi pun, saya dah nampak ke mana arah permainan itu. Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar umumkan “beri laluan mudah kepada Rafizi”, saya dah baca permainan itu. Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: “Saya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP, semua orang saya.” Maksudnya apa? Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain. Saya tak masuk politik untuk menang. Tak masuk untuk jadi menteri. Tak masuk untuk pangkat. Saya masuk politik sebab saya rasa ada peranan untuk membetulkan keadaan. Dan bila parti itu sendiri dah sampai ke peringkat menipu anggota sendiri? Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan. Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak. Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah. Kepada yang kata “𝘵𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯”, ingat Farhash dan Ramanan tak susun semuanya? Sistem yang ditipu sekali boleh ditipu lagi. Dah tak ada ruang. Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik. Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun. Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48:
Rafizi Ramli84,531 görüntüleme • 22 gün önce

𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 - 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Semua fitnah yang dibuat Caprice - saya telah jawab satu persatu. Saya juga telah serahkan urusan saman Caprice kepada peguam saya. Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri. 4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN. Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi. Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm. Dia minta “private coffee session” dengan pegawai saya sebab nak tunjuk “what else i’ve been doing for Madani”. Siap cakap “I really wanna show u”. Pejabat saya tak layan. 9 Julai 2024 - dia cuba lagi. “Yoooo” “Rafizi really needs a rebranding bruv” 4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya. Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice. Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak. Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je. Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani. Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.
Rafizi Ramli317,217 görüntüleme • 3 ay önce

𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗 𝟱𝟭: 𝗦𝗼 𝗜𝘁 𝗕𝗲𝗴𝗶𝗻𝘀: 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 Jangan lupa sertai saya malam ini di Podcast YBM Episod 51, Jumaat, 5 Jun 2026, jam 9 malam di saluran YouTube saya. Antara dua perkara utama yang akan kita kupas malam ini: • Memahami negeri Johor dan Negeri Sembilan dan pengundi-pengundinya untuk kita teliti apakah isu dan faktor yang akan mempengaruhi undi mereka di PRN kali ini; • Keadaan terkini parti-parti yang akan bertanding termasuk persoalan penting tentang bagaimana BERSAMA, yang tak sampai sebulan dilancarkan, akan menyertai PRN. Tonton Podcast YBM Episod 51, malam ini jam 9 malam di saluran YouTube saya.
Rafizi Ramli17,502 görüntüleme • 5 gün önce

Dari awal saya tidak percaya UMNO akan masuk PRU16 sebagai pemain kedua kepada PH. UMNO tidak wujud untuk jadi aksesori politik kepada orang lain. UMNO wujud untuk menguasai kerajaan. Selepas PRU15, UMNO kalah besar. Untuk survival, mereka masuk kerajaan bersama PH. Itu ialah susunan sementara untuk membentuk kerajaan dan menstabilkan negara. Tapi itu bukan perkahwinan politik sampai mati. Sebab itu strategi “rangkul semua” ada masalah asas kerana menganggap semua parti lain akan ikut skrip Putrajaya. Sedangkan setiap parti ada kepentingan, cita-cita dan survival masing-masing. Kalau UMNO mahu ikut arahan PH, baik masuk PKR saja. Hakikatnya, PRU16 makin jelas akan jadi "free-for-all". PH, BN, PN, parti-parti negeri dan parti baru semua akan kira jalan masing-masing. Bezanya, BERSAMA memang dibina untuk masuk gelanggang begitu. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 49:
Rafizi Ramli45,771 görüntüleme • 15 gün önce

Viral pulak video konon rakaman suara percakapan saya dan Toh Puan Naimah bincang macam mana nak gulingkan kerajaan. Semua yang waras tahu itu AI. Cuma yang Allah nak tunjuk: Dulu ada audio rakaman perbualan Anwar Ibrahim dengan isteri Hamzah Zainuddin - itu skrip 1998. Sekarang saya lebih hebat, rakaman perbualan saya dengan isteri arwah Tun Daim Zainuddin - ini skrip 2026. Benarlah dunia ini berputar bila senjata yang menikam kita dulu kini diguna untuk menikam orang yang kita tidak suka.
Rafizi Ramli263,204 görüntüleme • 3 ay önce

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR. Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video. Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang. Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat. Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini? Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti. Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa? Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker. Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit. Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti. Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia. Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR. Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi. Tapi saya tenang dan gembira. Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat. Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati. Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun. Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan. Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me. Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan. BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk. Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat. Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya. Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati dan daftar jadi ahli. Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat. Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat. Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat. Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them. Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di
Rafizi Ramli62,686 görüntüleme • 22 gün önce

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 3 𝘑𝘶𝘯 2026 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 Kami mengesahkan bahawa 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan menyertai Pilihanraya Negeri Johor 2026. Keputusan ini dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara. Perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dari Johor untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini. PRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu. Penyertaan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 membina jentera pilihanraya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihanraya- pilihanraya yang akan datang. Bertepatan dengan hasrat ini, siri jelajah 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 ke negeri-negeri akan bermula di Johor pada 6 Jun 2026 (Sabtu) ini di Danga Bay Convention Centre jam 8 malam. Siri jelajah yang dinamakan 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda. 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan melawati setiap negeri seperti berikut: Melaka 𝘏𝘰𝘵𝘦𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢, 𝟳 𝗝𝘂𝗻 Negeri Sembilan 𝘚𝘦𝘳𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯, 𝟭𝟯 𝗝𝘂𝗻 Perak 𝘐𝘱𝘰𝘩, 𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗻 Kelantan/Terengganu Utara 𝘒𝘰𝘵𝘢 𝘉𝘩𝘢𝘳𝘶, 𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻 Pahang/Terengganu Selatan 𝘒𝘶𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯, 𝟮𝟭 𝗝𝘂𝗻 Selangor Utara/Tengah, 𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗻 Selangor Selatan, 𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 Pulau Pinang, 𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 Kedah/Perlis, 𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 Kuala Lumpur 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢, 𝟭𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 Selangor Barat 𝘚𝘩𝘢𝘩 𝘈𝘭𝘢𝘮, 𝟭𝟮 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 Selangor Timur 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯, 𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 Tarikh dan tempat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat terkini dan pendaftaran kehadiran boleh dibuat di pautan Kami berterima kasih kepada ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan rakyat Malaysia yang telah memberi dorongan yang memberangsangkan setakat ini. Insya-Allah, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan menggembleng usaha rakyat biasa untuk merintis kempen dalam PRN Johor 2026 yang positif, inovatif dan berfokus kepada masa depan. 3 𝘑𝘶𝘯 2026 Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
Rafizi Ramli20,341 görüntüleme • 7 gün önce

Isu saya dan Nik Nazmi keluar PKR ditanyakan di Podcast YBM Episod 49. Setahun penuh mereka gunakan jentera parti untuk mendesak saya dan Nik keluar. Tiap hari tekanan dan caci maki. Dalam kes saya, sampai anak saya turut diserang. Perkara seperti ini tak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Perbezaan politik sampai budak pun jadi sasaran. Dan semua orang tahu kenapa Dato' Seri Anwar Ibrahim tak pecat kami terus. Sebab kalau pecat, pintu tebuk atap akan terbuka. Jadi biar orang bawahan buat kerja kotor. Bila kami akhirnya keluar, tiba-tiba cerita bertukar. Kami pula dituduh pengkhianat. Yang paling kuat menjerit “khianat” itu Sangeetha Jayakumar. Rekod keluarga dia sendiri pun rakyat tahu. Tapi yang paling bermakna bagi saya bukan serangan itu. Yang penting, rakyat akhirnya dapat susun sendiri semua kepingan cerita. Setahun layanan PKR terhadap kami sebenarnya melengkapkan "puzzle" untuk rakyat faham kenapa kami buat apa yang kami buat. Saya dan Nik masuk politik pada umur 19 dan 21 tahun. Kami bukan ahli politik yang dirancang sejak awal. Dan kalau nak fikir perjuangan ini hanya tentang Anwar, memang rugi. Ia tak pernah tentang Anwar Ibrahim. Ia tentang orang biasa yang kami kenal sepanjang 25 tahun ini. Orang tanya, “Apa perasaan sekarang?”. Tak rasa apa-apa. Macam hari biasa. Tonton kupasan penuh isu ini Podcast YBM Episod 49:
Rafizi Ramli47,032 görüntüleme • 18 gün önce

Ini kisah Kak Zainab yang sebulan boleh dapat sampai RM4,000 untung bersih jual makanan dekat vending machine MRT Ampang Park menerusi program IPR INSAN. Setahun dia dah dapat dalam RM38,000. Memang terlalu cukup, sebab Kak Zainab turut terima tempahan makanan. Kalau ada order, adalah duit lebih sikit. Kalau tak ada boleh bergantung dengan vending machine IPR INSAN. Kak Zainab juga ada kekangan disebabkan menjaga dua insan OKU yang istimewa. Yang selalu pergi kerja naik turun MRT Ampang Park ni bolehlah cuba masakan Kak Zainab. Dia dulu chef tau! Katanya Spaghetti Aglio Olio dia yang paling laku!
Rafizi Ramli1,257,731 görüntüleme • 1 yıl önce

Walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, khidmat bagi masyarakat di bawah terus berjalan. Masalah-masalah seperti tanah mendap, pokok tumbang, jalan berlubang yang memerlukan perhatian pihak berkuasa, kami terus pantau dan bantu. Saya ucap terima kasih kepada pasukan yang terus bertungkus-lumus menyelesaikan isu-isu di Parlimen Pandan walaupun tidak dibayar. Perubahan tidak bermula dengan kedudukan dan jawatan, tetapi bermula dengan orang-orang baik di kalangan masyarakat. Sabtu ini, saya akan bersama di Pasar Pagi Taman Muda bagi Kaunter BERSAMA Rakyat. Saya dan pasukan akan turun ke Pasar Pagi Taman Muda bagi mengambil aduan seperti biasa sambil memperkenalkan rakyat Pandan kepada Parti BERSAMA Malaysia. Kami juga akan membantu proses pendaftaran bagi yang ingin menyertai Parti BERSAMA Malaysia. Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu) Masa : 9AM - 12PM Tempat : Pasar Pagi Taman Muda Jumpa di sana, Insya Allah. *** 尽管已不再担任国会议员,但我们服务基层、关怀民生的工作从未停止。无论是地面下沉、树木倒塌、道路坑洞等需要有关当局关注与处理的问题,我们都会持续跟进,并尽力协助居民反映与解决。 在此,我衷心感谢团队成员即使没有任何报酬,依然坚守岗位、默默付出,持续为班登国会选区的居民服务。 改变从来不始于职位或权力,而是源自社会中每一位愿意付出、关心社区的人。 本周六,我将与团队一同出席位于太子园早市(Pasar Pagi Taman Muda)举行的同心党服务柜台活动。届时,我们将一如既往聆听和接收民众的投诉与意见,同时向班登居民介绍马来西亚同心党的理念与愿景。 此外,我们也将协助有意加入马来西亚同心党的民众办理入党登记手续。 📅 日期:2026年6月6日(星期六) 🕘 时间:上午9时至中午12时 📍 地点:太子园早市 (Pasar Pagi Taman Muda) 🔗 地图位置: 欢迎大家前来交流与反映民情。 愿与大家携手,为社区带来更多积极改变。 我们现场见!
Rafizi Ramli14,921 görüntüleme • 6 gün önce

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝟴,𝟬𝟬𝟬 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 Sekitar 8,000 orang telah mendaftar sebagai ahli BERSAMA dalam tempoh 24 jam. Ada yang mesej saya selepas saya mengosongkan kerusi parlimen Pandan hari ini - katanya, kalau buat parti baru tolong beritahu, dia nak join. Memang saya dah bergerak atas platform parti baru. Nama parti itu BERSAMA, atau kalau nak mudah, ingat Kancil. Macam mana nak jadi ahli? Pergi ke laman - isi borang, boleh buat sumbangan, boleh beli merchandise Kancil. Saya minta maaf ada kes yang pendaftaran bermasalah dan tidak dapat dihantar semalam. Jangan bimbang, pendaftaran itu tidak hilang. Anda akan dapat email dari BERSAMA untuk sambung pendaftaran. Ada juga yang nombor telefon salah dan OTP tidak dapat dihantar. Bila dapat email BERSAMA untuk sambung pendaftaran, masukkan nombor telefon yang tepat. Permohonan keahlian akan disahkan oleh BERSAMA. Jawatankuasa akan bermesyuarat setiap hari untuk meluluskan permohonan, supaya permohonan keahlian diluluskan dalam tempoh 48 jam. Setelah diluluskan, anda akan dapat email pengesahan dan nombor keahlian. Kad keahlian akan dihantar secepat mungkin. Kami dalam proses menyediakan dan mencetak kad-kad keahlian untuk dihantar melalui pos. Terima kasih atas sambutan setakat ini. Saya harap momentum ini akan diteruskan. Tolong beritahu kawan-kawan dan keluarga untuk sertai BERSAMA. Bagi yang rajin menulis, post komen dan pandangan anda di media sosial, Whatsapp dan Telegram, asalkan disertakan pautan BERSAMA di Kita memang parti yang baru dan kecil, tapi kita ada semangat kancil. Insya Allah kita diberi kemudahan untuk mengembangkan parti ini kepada rakyat Malaysia yang berpandangan macam kita.
Rafizi Ramli43,877 görüntüleme • 23 gün önce

𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗖𝗛𝗔𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗕𝗢𝗡𝗗 Cerita-cerita yang keluar dari SPRM kebelakangan ini seperti episod-episod K-Pop. Sejak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dituduh terpalit dengan pelanggaran peraturan kepemilikan saham dan pendedahan hubungan mesra SPRM dengan mafia korporat oleh Bloomberg, saban beberapa hari kita akan didedahkan dengan episod terbaru yang banyak plot twist. Cuma daya khayalan kita tak pernah sampai ke plot twist episod terkini, iaitu kemunculan watak James Chai ala James Bond yang keluar dari Azam Baki. Penulis skrip di belakang tabir patut diberikan duit raya yang lebih tahun ini. Skrip ini mungkin boleh kita pitch kepada Netflix, satu hari nanti jadi siri hebat yang ditonton di seluruh dunia. Ikut naratif yang sedang dibangunkan pencatur-pencatur, James Chai ini adalah seorang anak Cina yang licik sehingga berjaya memperdaya keseluruhan kerajaan di dalam satu skandal penyelewengan berjumlah RM1.1 bilion. Bukan sahaja Amir Hamzah, seorang bekas CEO terpedaya, tokoh perbankan Malaysia yang banyak connection, Tengku Zafrul pun terpedaya. Kalau saya seorang sahaja yang terpedaya, kita boleh terima lagi. Menteri-menteri yang hebat-hebat seperti Gobind Singh Deo, Zambry Abdul Kadir dan Fahmi Fadzil pun turut terpedaya. Hebatnya James Chai ini, bukan sahaja menteri-menteri terpedaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tokoh tersohor dunia juga terpedaya dengannya. Sebab itu dia kini diburu SPRM sebagai person-of-interest utama dalam skandal terbesar selepas 1MDB, iaitu penyelewengan sebanyak RM1.1 bilion. Sejak beberapa minggu lepas, rakyat terpaku dengan cerita skandal ini. Helaian ceritanya diselak satu persatu selang beberapa hari. Kementerian itu diserbu, Ketua Setiausaha itu disoal siasat. Dokumen itu diambil. Setiap kali SPRM bergerak, tindak tanduknya menjadi berita besar di paparan skrin media-media perdana. Tetapi liciknya James Chai ini mengalahkan Jho Low, sehebat James Bond spy ternama itu. Mana tidaknya, walaupun skandal ini dikatakan melibatkan RM1.1 bilion, sehingga sekarang SPRM tidak dapat menjejaki satu sen pun yang kononnya diselewengkan. Tidak seperti Jho Low yang harta dan wang seleweng dikesan di parti-parti mewah, akaun sulit, kondominium mewah di London dan New York, kapal layar mewah; setakat ini satu-satunya harta James Chai yang berjaya dikesan ialah sebuah Proton Persona model 2020. Macam mana dia boleh sembunyikan RM1.1 billion ini sampai tak dapat dikesan? James Chai juga berbisa dan tidak takut berdepan dengan SPRM, tidak seperti Jho Low. SPRM sehingga sekarang tidak dapat mengesan Jho Low. Bukan sahaja Jho Low, menantu Tan Sri Muhyiddin pun tak dapat dikesan. Jadi kita tidak terkejut SPRM tidak dapat mengesan anak Cina selicik James Chai ini. Setelah buntu, SPRM menyiarkan notis dikehendaki untuk mendapat maklumat di mana James Chai ala James Bond ini. Tapi hebatnya James Chai, tidak seperti Jho Low - dia bantu SPRM untuk cari dia dengan memberikan semua maklumat untuk menghubunginya. Di LinkedIn pun boleh, X pun boleh, di Substack pun boleh (malangnya tak ramai pegawai penyiasat yang biasa membaca di Substack!). Siapa James Chai ini? Macam mana anak Cina kurus keding ini berjaya memperdaya dari menteri-menteri hingga ke Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu? Bagaimana Azam Baki yang berjaya menjejaki dan mengesahkan derma diraja Saudi semasa 1MDB dahulu, tiba-tiba hilang punca dan tak jumpa cari James Chai? Manusia jenis apa memperdaya seluruh kerajaan dalam skandal penyelewengan RM1.1 billion tetapi hidup papa kedana? Tidak bernafsukah anak Cina ini? Saya akui jalan ceritanya cukup memukau. Penulis skrip dan pengarahnya mesti berbangga dengan hasil fiksyen ini. Kali terakhir rakyat Malaysia dihidangkan dengan fiksyen ala James Bond ini ialah semasa 1MDB dahulu. Azam Baki juga terlibat di dalam skripnya masa itu, sebab itulah agaknya jalan ceritanya kali ini sama berpusing-pusing seperti drama derma Saudi dahulu. Sebelum fiksyen drama derma Saudi 1MDB yang dibintangi Azam Baki, rakyat yang lebih tua pernah digamit satu lagi fiksyen bersimpang siur. Cuma genre yang lain dan bintang yang lain. Genre ketika itu memaparkan kelucahan melampau dan protagonis pada ketika itu bukan anak Cina kurus keding, tetapi seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim. Fiksyen 1998 itu memaparkan tilam-tilam yang diusung untuk menunjukkan bekas air mani, selain dari pelakon-pelakon tambahan yang langsung tidak kena dengan watak dalam cerita itu. Seorang yang dikatakan tampan, langsung tidak tampan. Seorang yang dikatakan menawan, hanya orang sawan yang kata begitu. Maka akhirnya, Malaysia melengkapkan satu kitaran. Kalau fiksyen 1998 menggunakan tilam, fiksyen 2026 memaksa kita menggunakan imaginasi. Bayangkan wang-wang yang dicuri tetapi tidak dapat dibuktikan kecuriannya. Bayangkan pak-pak menteri diperdaya seorang anak Cina kurus keding. Skripnya berbeza, matlamatnya sama. Sekiranya kamu berani mengkritik yang berkuasa, aku akan ajar kamu. Tapi plot twist yang paling besar ialah: Siapa James Chai ini? James dibesarkan di dalam keluarga biasa, pergi ke sekolah menengah kebangsaan, mendapat 12A1 dalam SPM. Fasih berbahasa Melayu, fasih menulis di dalam bahasa Melayu, duduk di taman perumahan majoriti Melayu. Namun dia anak Cina, jadi dia tidak mendapat biasiswa. Keluarganya membayar sendiri yuran pengajian undang-undang yang mahal di UK. James membalasnya dengan mendapat tempat pertama keseluruhan di universitinya dalam jurusan undang-undang. Hasil kecemerlangan itu, James melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ke Universiti Oxford. Bila balik ke Malaysia dan menduduki peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice), sekali lagi James menduduki tempat pertama di seluruh negara. Satu hari dalam tahun 2013, James mengetuk pintu saya. Ketika itu saya baru beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen. James mahu menjadi intern saya. Dia tidak pilih ahli parlimen DAP, dia tidak pilih ahli parlimen Cina PKR, dia tidak pilih menteri MCA. Dia pilih ahli parlimen Melayu dari PKR. Sebabnya kerana saya dan James berkongsi satu pandangan yang sama. Bahawa manusia ini dilahirkan baik dan kita wajar saling belajar. Bagi seorang yang berumur 20 tahun pada tahun 2013, selepas keputusan PRU 2013, anak Cina kurus keding ini merasa terpanggil untuk menyumbang membina Malaysia yang saling berkasih sayang, bukan saling bermusuhan. Bila James ke UK dalam tahun 2015, saya galakkan beliau untuk terus mengambil tahu keadaan di Malaysia. Saya selalu sebut kepada anak-anak muda seperti James bahawa “a life without a higher purpose is a life not worth living”. James pun termakan kata-kata saya. Dia dan kawan-kawannya menubuhkan Malaysian Progressive UK (MPUK), seperti juga beberapa orang bekas intern saya menubuhkan Malaysian Progressive Australia (MPOZ). Kumpulan anak muda seperti James inilah yang berdemonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim kali kedua di London dan Sydney. Mereka juga yang menyertai BERSIH di kota-kota besar di seluruh dunia. Bila James balik ke Malaysia dalam tahun 2018, dia mahu memberikan 3 tahun usia muda menyumbang kepada reformasi dan membina Malaysia yang baru. James tidak bekerja di firma besar atau syarikat antarabangsa, James memilih untuk bekerja di INVOKE bersama-sama anak muda lain, sehinggalah tahun 2021. Saya rasa serba salah untuk mengacau hidup dan kerjayanya apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi di hujung tahun 2022. Tetapi berkhidmat untuk negara itu adalah dalam darah daging anak Cina kurus keding bernama James Chai ini. Maka sekali lagi dia mengorbankan kerjayanya untuk berkhidmat di pejabat saya. Saya tidak rasa James mahu disanjung. Dia datang berkhidmat atas kerelaan sendiri, dia meletak jawatan bersama-sama saya atas kerelaan sendiri. Tetapi adalah sangat memualkan menjadikan seorang anak Cina yang lebih patriotik berbanding sebahagian besar dari kita, sebagai bola yang boleh disepak-sepak. Sasarannya bukan James. James hanyalah seorang anak Cina kurus keding yang boleh ditendang-tendang. Sasarannya ialah saya. Dan itulah bahagian yang saya paling terkilan. Dalam senario lain, seorang anak Cina yang jiwa kebangsaannya sangat kuat, sangat cemerlang dalam semua yang dia ceburi, fasih berbahasa Melayu, pelajar terbaik di sekolah kebangsaan, lebih ramai kawan Melayu dari bukan Melayu - James sudah menjadi watak yang dikagumi pimpinan Melayu dalam PKR, UMNO, PAS dan BERSATU. Malangnya dalam senario sekarang, James dijaja dan diperagakan sebagai watak jahat demi mencipta satu fiksyen politik dekad ini. Syabas Malaysia!
Rafizi Ramli165,744 görüntüleme • 3 ay önce

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗞𝗥 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗞𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗧𝗬𝗟𝗘 𝗕𝗟𝗢𝗖𝗞 𝗖𝗛𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Satu perkara yang membezakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Dato’ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata “he wants to have a cake and eat it too”. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang “strong, formidable and convincing”, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: “biarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjut”. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Dato’ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.
Rafizi Ramli169,468 görüntüleme • 3 ay önce

𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 𝗧𝗨 𝗣𝗠𝗫, 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya. Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus. Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi. Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim. Dan saya menjadi saksi kepada semua itu. Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Dato’ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh. Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek. Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta. Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam. Dalam bilik Dato’ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Dato’ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari. Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim. Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. Akhirnya, Dato’ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: “You ada the final say. I’ve done everything I can, tapi kalau you berkeras, that’s your decision. You don’t have to plead macam ni” Jawapan Dato’ Seri Anwar: “Saya tak mahulah nanti you buat kecoh” Saya jawab balik: “Akhirnya it’s your decision. Saya hanya minta Dato’ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.” Dato’ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu. Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa. Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir. Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri. Itu sekitar akhir 2023. Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Dato’ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua. Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran. Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya. Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Dato’ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.
Rafizi Ramli107,273 görüntüleme • 2 ay önce

Memperkenalkan aplikasi AI terbaru khas untuk memahami logik penyokong PN yang kita tak boleh nak brain. Boleh download app ChatGPasT dari otak penyokong PAS dan Insya Allah kita lebih memahami logik mereka (setuju ke tidak dengan logik mereka tu belakang kira).
Rafizi Ramli1,247,266 görüntüleme • 2 yıl önce

𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗢 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜 Ucapan di demo perlu pendek. Saya diminta memberi ucapan yang terakhir di demo Tangkap Azam Baki hari ini. Tidak banyak yang boleh disebut dalam 10 minit. Hanya perkara pokok kenapa kita perlu terus bersuara. Yang paling penting, kenapa perjalanan kita membuang barah rasuah dalam masyarakat masih panjang. Sebab sistem negara dan masyarakat kita masih berteraskan wang dan kedudukan. Ia saling berkait. Orang mengejar kedudukan untuk mendapatkan wang, dengan wang boleh mendapatkan kedudukan. Dengan wang dan kedudukan, semuanya boleh dibeli. Jika rasuah berleluasa, peraturan kepada rakyat biasa tidak sama dengan peraturan kepada orang yang ada wang dan kedudukan. Sebab itu kita kena lawan rasuah, supaya masyarakat kita tidak tewas kepada godaan wang bila mereka diberi kedudukan yang ada amanah. Selagi kita tidak dapat lakukan ini, demo hari ini hanyalah satu episod dari episod yang panjang.
Rafizi Ramli74,359 görüntüleme • 1 ay önce

𝗠𝗥 𝗥 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 ….. Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat. Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang. Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R. Sebelum itu, kita recap. Ada 2 isu berbeza: Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG. Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash. Satu lagi isu ialah mengenai Mr R. Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R? Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini. Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu: 18 Oktober: Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini. 18 Oktober: Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya. 20 Oktober: Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan “boss” Mr R, dan supaya “boss” Mr R campur tangan. 21 Oktober: Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan. 21 Oktober: Seorang lagi pemegang saham NexG bernama “Tan Sri” diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit. Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan. 22 Oktober: Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash. 29 Oktober: Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu. 3 Nov: Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada “boss”nya. Mesejnya berbunyi: “So total shares passed to Boss is 421 mil, right?” 5 Nov: Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi: “I have given everything and yet you all still want to kill me.” 7 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku. 7 Nov: Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi: “We have to deliver the shares minus the encumbrances… by next week bro” “Or else you and I sure will kena” 18 Nov: Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG. Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG. Mr R turut hadir dalam pertemuan itu. 20 Nov: Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG. 27 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin yang “boss”nya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku. Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu. Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini. Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R? 1 - Mr R ialah operator kepada boss nya 2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan 3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R. Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben). Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham: 1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024 2 - Juga Penasihat Korporat NexG 3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini. Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu. Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam. Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada “boss” nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa. Jadi siapa boss Ruben? Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut: 1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham 2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan 3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG 4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025. Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya. Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash. Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG. Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon. Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.
Rafizi Ramli119,864 görüntüleme • 2 ay önce