
Rafizi Ramli
@rafiziramli • 792,738 subscribers
Life is what happens while you are busy planning other things. I am a wanderer & adventurer. I have attention span of 2 years.
Shorts
Videos

Alhamdulillah proses pencalonan 16 calon BERSAMA di Melaka selesai dengan baik. Terima kasih kepada pasukan calon & peguam2 yg memastikan borang dan keperluan sempurna. Terima kasih kepada ahli2 BERSAMA dan penyokong di Melaka dan seluruh negara yang turun memberi sokongan kepada 16 calon. Bagi sebuah parti yang baru 5 bulan, kami turun dengan rendah diri tetapi diiringi daya juang & keyakinan yg setanding dgn parti2 yg dah berdekad2.
Rafizi Ramli23,858 次观看 • 3 天前

Di ceramah Trak Kancil Selayang, saya ada sentuh sikit tentang isu ini. Sebelum ini ada satu video yang viral. Dua orang pegawai muda Cawangan Khas rakam video ketua agensi sempadan kita secara sembunyi, dan dia marah. Atas sebab itu, dia didakwa di mahkamah. Ramai tengok ini sebagai cerita kecil. Saya minta orang Selayang balik, tengok keliling taman sendiri. Ada ke orang kita tanam dadah? Dekat mana di Malaysia ada ladang dadah besar-besaran? Pernah tak kita jumpa kilang dadah sintetik dekat Selayang ni? Kalau takde ladang dan takde kilang, maknanya dadah ini diimport dari luar negara. Dia bolos di sempadan. Pendatang asing tanpa izin, sempadan. Dadah, sempadan. Rokok haram RM3 sekotak yang buat negara rugi berbilion setiap tahun, sempadan. Barang subsidi yang diseludup keluar, sempadan. Setahu saya, kalau penjawat awam dituduh di mahkamah, dia akan digantung. Tak pernah berlaku pegawai tinggi penguatkuasaan didakwa macam ini. Saya tak percaya ini kebetulan. Ada satu isyarat yang sangat jelas dalam kes ini.
Rafizi Ramli54,016 次观看 • 10 天前

1MDB mengambil masa lapan tahun. Isu mafia korporat baru sekitar enam bulan. Perjalanan ini masih panjang. Saya membawa sesuatu isu kerana kepentingan awam, selepas meneliti maklumat dan asas untuk ia disiasat. Bukan semata-mata untuk strategi politik. Isu yang rumit memerlukan masa untuk difahami. Sebab itu kita perlu terus menerangkan bagaimana dakwaan mafia korporat ini boleh memberi kesan kepada rakyat dan negara. Keselamatan perlu dijaga, tetapi kebimbangan tidak boleh sampai melumpuhkan usaha mencari kebenaran. Dengan rakyat, kita tak boleh berputus asa.
Rafizi Ramli18,042 次观看 • 4 天前

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗔𝗕𝗥𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗝 Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian. Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu. Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa. Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti. Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar. Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara. Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar. Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya. Ia tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain. Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian. Saya telah berhubung dengan Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.
Rafizi Ramli1,684,524 次观看 • 1 年前

Saya ulas sikit bab “Rafizi seorang saja betul” ini. Nampaknya cara saya bekerja pun dah jadi topik mesyuarat orang lain. Dalam tugasan atau mesyuarat, saya tanya tiga perkara: apa yang perlu dibuat, siapa yang akan buat, dan bila boleh siap. Minggu depan, kita semak kemajuan. Kalau berbulan-bulan pandangan yang sama diulang tetapi kerja masih tak bergerak, sampai bila kita mahu terus bertepuk tangan? Masa itu satu-satunya aset yang tak boleh diganti. Lagi lama kita berlengah, lagi lama orang menunggu masalah mereka diselesaikan. Sebab itu saya hargai pandangan yang berfakta, disertai kesanggupan untuk turun buat kerja. Idea yang baik perlu ada orang yang sanggup melaksanakannya dan bertanggungjawab terhadap hasilnya. Yang peliknya, ada yang begitu teliti mengira bila saya senyum dan bila saya tak senyum. Alangkah baik kalau ketelitian yang sama digunakan untuk menyemak kerja yang belum siap. Kalau ada kelemahan pada kerja saya, tunjukkan. Kita boleh bincang perkara yang nyata: apa yang tak menjadi, apa yang perlu diperbaiki, dan bagaimana nak buat lebih baik. Itu perbincangan yang berbaloi dengan masa semua orang. Rakyat sedang menunggu hasil. Kita pula masih sibuk membincangkan air muka. Tonton ulasan penuh ini di Podcast YBM Episod 69 di saluran YouTube saya.
Rafizi Ramli24,051 次观看 • 5 天前

Farhash beli saham HeiTech Padu melalui Rosetta Partners. Lima hari sebelum itu, MyEG Capital juga membeli saham syarikat yang sama. Kemudian, HeiTech Padu mendapat kontrak RM1 bilion. Bila diteliti pegangan saham dan kedudukan mereka, kaitan Farhash dan TS Wong bukan setakat di HeiTech Padu. Nama yang sama turut muncul di Excel Force MSC dan Cuscapi. Sebab itu kita perlu melihat keseluruhan kaitan ini. Siapa pemegang sahamnya, bila saham dibeli dan bagaimana syarikat yang berkaitan mendapat peranan dalam projek kerajaan. Takkan setiap kali perkara ini dibangkitkan, jawapannya semua kebetulan? Farhash beli saham, kebetulan. MyEG Capital beli saham syarikat yang sama selang lima hari, kebetulan. Syarikat itu kemudian mendapat kontrak RM1 bilion, pun kebetulan? Kalau perkara yang sama berlaku di bawah UMNO, tentu sudah kecoh soal kroni. Takkan apabila berlaku di bawah pentadbiran sekarang, kita tak boleh bertanya? Ukuran ketelusan mesti sama, siapa pun yang memerintah. Persoalan tentang kontrak kerajaan dan kaitan pemegang saham perlu dijawab dengan jelas. Rakyat berhak tahu. Jelaskan kaitan ini supaya rakyat boleh menilai sendiri. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 68 di saluran YouTube saya.
Rafizi Ramli49,771 次观看 • 14 天前

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 Minggu ini media melaporkan Caprice kalah dalam satu saman fitnah yang dibawa oleh Ebit Liew terhadapnya. Februari lalu, Caprice juga menjaja cerita kononnya saya makan rasuah dalam satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan saya atau kementerian saya dulu. Dia panggil sidang media mengumumkan yang dia saman saya. Ramai ceplos yang mengejek saya konon tak berani saman Caprice. Sebenarnya dah lama saya saman Caprice atas tuduhan itu. Kes sedang berjalan di mahkamah. Ini kali pertama saya saman seseorang. Sebelum ini, macam-macam orang fitnah ke, tuduh ke, saya jawab dan saya tak saman. Sebab kebanyakan dari mereka ini rakyat biasa, saya serahkan kepada Allah. Tapi tuduhan Caprice itu adalah yang pertama kali menuduh saya makan rasuah. Berpuluh tahun saya dalam politik, sebenarnya tak pernah ada orang lain, hatta dari lawan politik seperti Umno atau PAS yang tuduh saya makan rasuah. Jadi saya terpaksa saman untuk kali pertama dalam hidup saya. Sekarang kita serahkan kepada peguam-peguam dan proses mahkamah.
Rafizi Ramli202,688 次观看 • 2 个月前

Jemputan tulus ikhlas dari saya untuk semua warga Lembah Klang ke majlis....... Satu sesi Townhall akan diadakan pada 23 Mac 2024 (Sabtu), 9 pagi - 12.45 tengahari di Pusat Konvensyen MBSA. Townhall ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai manfaat Pangkalan Data Utama (PADU) serta mendapatkan kerjasama pihak berkaitan untuk membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat, terutamanya di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan sebelum 31 Mac 2024. Kaunter pendaftaran PADU juga akan dibuka sepanjang sesi townhall bagi membantu orang awam untuk mendaftar dan mengemaskini PADU. Kepada mereka di luar Lembah Klang, sesi ini akan disiarkan secara langsung di semua media sosial saya. Jumpa di sana. #PADU #ElakkanKeciciran #DontGetExcluded
Rafizi Ramli1,915,734 次观看 • 2 年前

Ini kisah Kak Zainab yang sebulan boleh dapat sampai RM4,000 untung bersih jual makanan dekat vending machine MRT Ampang Park menerusi program IPR INSAN. Setahun dia dah dapat dalam RM38,000. Memang terlalu cukup, sebab Kak Zainab turut terima tempahan makanan. Kalau ada order, adalah duit lebih sikit. Kalau tak ada boleh bergantung dengan vending machine IPR INSAN. Kak Zainab juga ada kekangan disebabkan menjaga dua insan OKU yang istimewa. Yang selalu pergi kerja naik turun MRT Ampang Park ni bolehlah cuba masakan Kak Zainab. Dia dulu chef tau! Katanya Spaghetti Aglio Olio dia yang paling laku!
Rafizi Ramli1,259,991 次观看 • 2 年前

Ada iklan terbaru untuk Kesum. Kini, juadah Kesum boleh dipesan melalui GrabFood dan Foodpanda. Tak perlu susah-susah datang dan cari parking. Hanya buat pesanan melalui salah satu aplikasi, dan nikmati juadah Kesum dengan lebih mudah. Insya-Allah, dengan kemudahan ini, lebih ramai dapat menikmati juadah Kesum. Jom sebarkan kepada semua.
Rafizi Ramli15,989 次观看 • 7 天前

𝗜𝗡𝗜 𝗥𝗘𝗩𝗜𝗘𝗪 𝗣𝗔𝗞𝗖𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗙𝗜𝗔 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧. 𝗩𝗘𝗥𝗗𝗜𝗖𝗧: 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗞𝗨𝗡𝗔𝗙𝗔 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗜𝗦𝗧𝗔𝗖𝗛𝗜𝗢 Hari ini PMX jawab soalan mengenai mafia korporat di Dewan Rakyat. Untuk pengetahuan orang ramai, soalan-soalan itu dipilih sendiri oleh Perdana Menteri. Dia pilih soalan-soalan yang dia nak jawab. Ada waktunya soalan-soalan itu diberikan kepada ahli parlimen backbenchers untuk ditanyakan. Saya telah mendengar sepenuhnya jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mengenai mafia korporat, termasuk tuduhan bahawa R Ramanan (Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden PKR) telah menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk menyelesaikan masalah mafia korporat. Jadi ini review saya: Ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengenai tuduhan ke atas R. Ramanan itu, Perdana Menteri menyebut di Parlimen bahawa menteri terbabit telah mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin mengesahkan bahawa sehingga sekarang, saya belum menerima apa-apa writ saman dari R. Ramanan. Jika Dato’ Seri Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R. Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti yang saya ada di mahkamah. Tetapi jika Dato’ Seri Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya “satu kenyataan politik yang tidak disertakan bukti”, beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil. Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil; dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat. Review saya: Jawapan-jawapan beliau mengenai mafia korporat dan siasatan yang telah diambil juga berpusing-pusing. Di awal jawapan beliau, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerangkan mengenai jenayah-jenayah korporat yang telah berlaku di masa lalu untuk memberi gambaran ia bukan perkara baru. Jawapan beliau itu cuba mengelak dan menyembunyikan kontroversi sebenar mengenai mafia korporat. Skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan-pendedahan bahawa ada kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu SPRM dan PDRM yang dituduh bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan untuk mengugut ahli-ahli perniagaan lain menyerahkan syarikat-syarikat mereka. Ini satu bentuk salah guna kuasa yang kita belum dengar sebelum ini, apatah lagi ada watak-watak yang dituduh menggunakan kaedah ini untuk mencuci wang haram dari kegiatan jenayah (yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap). Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan. Laporan-laporan mengenai mafia korporat disusuli dengan beberapa pendedahan lain, seperti: 1. Laporan pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang jumlahnya telah melanggar peraturan penjawat awam. Sebahagian saham itu adalah di dalam syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat. 2. Pemilikan saham oleh Farhash Wafa Salvador di dalam beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Victor Chin dan mafia korporat. 3. Perebutan saham di dalam NexG Berhad yang menyebabkan Victor Chin melarikan diri ke luar negara dan membuat pendedahan susulan mengenai mafia korporat. 4. Tuduhan bahawa Victor Chin memberi suapan RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat. R Ramanan telah dikenal pasti sebagai ahli parlimen itu dan beliau tidak memfailkan saman sehingga hari ini. 5. Watak bernama Mr R yang menjadi pengantara dalam perebutan saham syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat telah dikenal pasti sebagai Ruben, iaitu peguam kepada Farhash Wafa Salvador. Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Dato’ Seri Anwar di Parlimen hari ini. Sebaliknya, beliau memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah-jenayah kolar putih. Final verdict: Macam saya cakap la, macam kunafa kurang pistachio. Lepas makan darah tinggi naik dan kepala berpusing-pusing.
Rafizi Ramli27,690 次观看 • 13 天前

Ada yang kini mengaku menyesal. Katanya, semua sudah terlambat dan tak boleh undur lagi. Kemudian saya ditanya soalan yang ramai orang simpan dalam hati: kenapa tak duduk diam sahaja, tunggu giliran, biar masa yang menentukan? Saya faham strategi itu. Ramai yang berfikir begitu. Tetapi saya sudah lama mengenali sepak terajang politik dalam parti ini, jauh lebih lama daripada sebahagian orang. Saya tahu ke mana arahnya. Banyak keputusan politik saya disalah faham pada mulanya. Ada yang dimaki dan diludah dahulu, kemudian dua tahun selepas itu baru orang faham. Kali ini pun sama. Saya buat satu pilihan yang lebih panjang jalannya, dan saya terangkan sebabnya dalam klip ini. Tonton episod penuh Yang Berhenti Menteri #68 -
Rafizi Ramli24,164 次观看 • 12 天前

Saham Zetrix lebur hampir 90%. Ramai sibuk bercakap tentang syarikat itu. Saya pula pelik kerana tiada siapa bercakap tentang siapa yang memegang sahamnya. Dalam senarai pemegang saham itu ada KWSP, ada KWAP, ada institusi milik rakyat. Bila saya semak satu lagi nama, cerita ini pusing balik ke tempat yang kita semua kenal. Saya kira sendiri berdasarkan pendedahan terakhir yang ada. Angkanya ratusan juta. Ini duit pencarum, duit pesara, duit pendeposit. Kalau setiap hari boleh menjerit pasal sakau, kenapa sampai sekarang tiada siapa umumkan berapa wang rakyat yang sudah hangus? Dan ada satu soalan yang lebih besar, tentang projek kerajaan yang masih bergantung pada syarikat ini. Tonton episod penuh Yang Berhenti Menteri #68 di
Rafizi Ramli23,771 次观看 • 13 天前

𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗣𝗥𝗜𝗖𝗘 - 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Semua fitnah yang dibuat Caprice - saya telah jawab satu persatu. Saya juga telah serahkan urusan saman Caprice kepada peguam saya. Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri. 4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN. Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi. Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm. Dia minta “private coffee session” dengan pegawai saya sebab nak tunjuk “what else i’ve been doing for Madani”. Siap cakap “I really wanna show u”. Pejabat saya tak layan. 9 Julai 2024 - dia cuba lagi. “Yoooo” “Rafizi really needs a rebranding bruv” 4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya. Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice. Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak. Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je. Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani. Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.
Rafizi Ramli317,609 次观看 • 8 个月前

Pengkelasan B40, M40, T20 yang selama ini hanya tengok kepada pendapatan semata-mata akan beralih kepada pendapatan boleh belanja bersih. Pendekatan berbeza ini akan mengambil kira faktor-faktor lain yang menjadi pembolehubah kepada kelayakan bantuan yang lebih menyeluruh seperti: - Jumlah bilangan anak - Tanggungan - Lokasi (bandar, separa bandar, luar bandar) dengan mengambil kos sara hidup Pendekatan menyeluruh ini akan berikan bacaan yang lebih tepat dan kita dapat salurkan bantuan atau subsidi dengan lebih baik. Oleh sebab itu Pangkalan Data Utama (PADU) sedang dibangunkan bagi menggabungkan maklumat sosio ekonomi setiap isi rumah di Malaysia.
Rafizi Ramli1,081,245 次观看 • 3 年前

Viral pulak video konon rakaman suara percakapan saya dan Toh Puan Naimah bincang macam mana nak gulingkan kerajaan. Semua yang waras tahu itu AI. Cuma yang Allah nak tunjuk: Dulu ada audio rakaman perbualan Anwar Ibrahim dengan isteri Hamzah Zainuddin - itu skrip 1998. Sekarang saya lebih hebat, rakaman perbualan saya dengan isteri arwah Tun Daim Zainuddin - ini skrip 2026. Benarlah dunia ini berputar bila senjata yang menikam kita dulu kini diguna untuk menikam orang yang kita tidak suka.
Rafizi Ramli263,702 次观看 • 8 个月前

𝟭𝟯 𝗢𝗚𝗢𝗦 Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya “aku cucuk dia”. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut “diam, lepas ini HIV”. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.
Rafizi Ramli98,231 次观看 • 2 个月前

Satu lagi ladang cili dekat tengah-tengah bandar di Pelangi Damansara. Uniknya ladang ni menggunakan tanah terbiar pencawang TNB. Dari tanah terbiar, baik lagi usaha kan. 10 minit saja dari IKEA Mutiara Damansara. Sekarang peserta IPR INTAN tengah tuai untuk musim pertama. Insya-Allah sampai target 40 tan cili. Kalau ada yang beli dekat Pasar Borong Selangor dengan Jualan Ehsan Rahmah, dekat sinilah cili ni datang.
Rafizi Ramli594,605 次观看 • 1 年前

E-invoice ini idea siapa sebenarnya? Cadangan ini bermula dua atau tiga tahun sebelum PH mengambil alih kerajaan, ketika Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul. Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah berkata dengan jelas bahawa jika dia menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan melantik Zafrul sebagai menteri. Tak sampai sebulan, dia dilantik semula. Cadangan yang datang sebelum PH itu tiba-tiba menjadi cadangan Anwar Ibrahim. Inilah yang kami maksudkan bila kami kata politik hari ini tidak lagi memberi rakyat pilihan yang berbeza. Hari ini lawan, esok kawan. Dasar yang sama diteruskan. Yang menanggung, peniaga kecil.
Rafizi Ramli73,439 次观看 • 2 个月前