
SinarHarian
@SinarOnline • 1,101,583 subscribers
Jom ikuti juga berita-berita terkini di: https://t.co/i9Im6JUpY1 https://t.co/ohytDAiRye https://t.co/XOPkhPbd8j
Shorts
Videos

Gempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas' Sebuah pesawat komersial yang membawa ratusan penumpang 'terhempas' dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli. Ia sebenarnya ialah simulasi Ex Perisai Panthera 2026 sebagai pemerhati, menyaksikan kesiapsiagaan dan penyelarasan tindak balas kecemasan di KLIA. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #60saat #KLIA #simulasiPesawatterhempas #Sepang
SinarHarian136,694 views • 10 days ago

Pertikaian syarikat Lee Zii Jia, keluarga selesai secara baik Pertikaian berkaitan pengurusan kewangan syarikat antara pemain badminton negara, Lee Zii Jia dengan bapa, kakak dan adik lelakinya selesai secara baik apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merekodkan penghakiman persetujuan pada Selasa. Hakim, Leong Wai Hong merekodkan perkara itu selepas semua pihak mencapai persetujuan berhubung kes saman pemula yang difailkan Zii Jia, 28, selaku pemohon terhadap keluarganya pada 2 Julai lalu. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #LeeZiiJia #mahkamah
SinarHarian36,329 views • 4 days ago

Doa dan mesej teks seluruh masyarakat jadi kekuatan Shuhaily "Jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberi sokongan dari sudut doa dan mesej berteks, itu membuatkan saya mempunyai kekuatan dan keyakinan dalam menghadapi kes ini." Itulah ucapan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika ditemui di pekarangan mahkamah Sepang, pada Rabu bagi menghadapi perbicaraan pertuduhan berkaitan kes mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu. Beliau menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #MohdShuhailyMohdZain
SinarHarian29,841 views • 3 days ago

14 individu didakwa bunuh Muhammad Haikal Seramai 14 individu berusia 16 hingga 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang remaja berusia 19 tahun, minggu lalu. Tertuduh ialah Muhammad Asyraaf Muhammad Zaidi, 20; Muhammad Azrul Rahimi Muhamad Yusri, 18; Ahmad Izzul Irfan Ridduan 21; Muhammad Rhahimy Abdul Rashid, 19; Yusman Hakimi Yusmezal, 24; dan Muhammad Zulfaqar Zulkarnain Khairol Fais, 21. Selain itu, Muhammad Aiman Riduwan Abdullah, 21; Ahmad Aiman Danial Ahmad Wizam, 21; Muhammad Adam Haris Rosdan, 21; Muhammad Muqkriz Azizan, 21; Muhammad Adam Iqbal Mohd Wazir, 19; Syafiq Afif Syarafuddin Abd Ghapar, 23, dan dua remaja bawah umur. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #MuhammadHaikal
SinarHarian73,002 views • 9 days ago

‘Saya tidak tahu’ - Anak Najib enggan ulas isu denda RM50 juta “Saya tidak tahu.” Demikian kata anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa ketika ditanya mengenai pembayaran denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat bapanya. Beliau berkata demikian sambil melemparkan senyuman kepada pihak media ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #60saat #YanaNajib #NajibRazak #pengampunan
SinarHarian183,256 views • 29 days ago

Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat 72 kilogram (kg) pada September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor. Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesdadah
SinarHarian61,556 views • 11 days ago

Ain Husniza Saiful Nizam sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan dakwaan mengenai gurauan keterlaluan oleh gurunya di dalam kelas. Kini, sebagai wakil Sekretariat Sekolah Selamat, Ain Husniza terus memperjuangkan agar setiap murid di Malaysia dapat ke sekolah tanpa rasa takut, trauma atau kehilangan nyawa. Jom kita dengar jawapan kepada lima soalan yang diajukan oleh Sinar Harian kepada Ain Husniza. #sinarharian #beritaterkini #ainhusniza #sekolahselamat #sekolah
SinarHarian2,062,742 views • 1 year ago

Kami sentiasa dilabel pengkhianat Melayu, pasu bunga dan ‘barua’ Selama 12 tahun bersama DAP, Young Syefura Othman, 36, atau lebih mesra disapa Rara mengakui, bukan mudah menjadi orang Melayu dalam parti yang masih kuat dipersepsikan sebagai parti majoriti Cina. Ahli Parlimen Bentong itu bukan sahaja berdepan label seperti ‘barua DAP’, ‘pengkhianat Melayu’ dan ‘boneka Cina’, malah keislamannya turut dipersoalkan hanya kerana memilih untuk bersama parti berkenaan. Ikuti wawancara khas Rara bersama Penulis Khas, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN dan Jurufoto, ASRIL ASWANDI SHUKOR mengenai pengalaman menjadi Melayu dalam DAP serta cabaran parti itu meyakinkan rakyat bahawa politik khidmat perlu mengatasi label kaum. Tonton video penuh: #sinarharian #beritaterkini #YoungSefura #Rara #DAP
SinarHarian27,150 views • 5 days ago

Pemandu kereta BYD yang tular dalam kemalangan sebuah Perodua Bezza sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lima tahun, di Jalan Kuching Sabtu lalu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis bagi menghadapi tiga pertuduhan kes jenayah. Lelaki berusia 24 tahun yang memakai baju T berwarna hijau, tiba jam 8.55 pagi dalam keadaan bergari. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #60saat #mahkamah #kemalangan
SinarHarian48,208 views • 9 days ago
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000 Padah menghantar gambar dan video lucah bekas isterinya kepada suami wanita itu menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pemandu lori didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis. Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Suhaimi Yusof, 50 selepas dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
SinarHarian217,017 views • 1 month ago

Kronologi kes bunuh Muhammad Haikal Penemuan mayat Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 19, terbaring di tepi kawasan semak berhampiran Jalan Harvard, Gurun, Sungai Petani pada 8 Oktober lalu mengejutkan orang ramai. Hari ini, seramai 14 individu berusia antara 16 hingga 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun atas dakwaan membunuh remaja berkenaan. Berikut kronologi kes bunuh Muhammad Haikal: Artikel: Muzik: A Light in the Dark - Twins Music dari #SinarHarian #SinarTerkini #MuhammadHaikal #mahkamah
SinarHarian36,335 views • 9 days ago

Kerabat Pahang antara lima didakwa cederakan lelaki guna pisau Lima termasuk seorang kerabat Pahang didakwa di Mahkamah Majistret di Kuantan pada Khamis atas tuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nik Amirulmumin Nik Min. Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Artikel: Muzik: Elevate dari #SinarHarian #BeritaSemasa #KerabatPahangDidakwa #Mahkamah
SinarHarian2,764,890 views • 1 year ago

'Go away, I don't want to see you' - Tuanku Muhriz Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, secara terbuka di tengah-tengah kemelut perlembagaan yang melanda negeri itu. Menerusi beberapa video yang dimuat naik di media sosial, Tuanku Muhriz dilihat memberitahu sekumpulan individu bahawa Ismail menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan memaklumkan bahawa baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Video ini bukan milik Sinar Harian. Sila DM untuk kredit atau jika pemilik asal ingin kami menurunkan video tersebut. Terima kasih. #sinarharian #beritaterkini #kemelutnegerisembilan #MBNegeriSembilan #TuankuMuhriz #IbrahimLasim
SinarHarian32,358 views • 8 days ago

Malaysia mula hantar pelarian Myanmar hari ini Malaysia dipercayai mula menghantar kira-kira 1,500 pelarian Myanmar pada Selasa menerusi fasa pertama program penghantaran pulang yang mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia. Memetik koresponden media antarabangsa AFP, mereka adalah kumpulan pertama dari 5,000 warga Myanmar yang menurut kerajaan Malaysia bersetuju untuk dihantar pulang secara 'sukarela' daripada pusat tahanan. Artikel: #SinarHarian #BeritaSemasa #pelarianMyanmar
SinarHarian88,577 views • 25 days ago

'Pilu dengar mangsa meronta minta tolong' Salah seorang pelajar UPSI, Aleeya Maisarah Azizzani, 21, yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada Isnin sempat menceritakan keadaan ketika kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Artikel: Muzik: Anotherchance dari --------------------------------------------- Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam #SinarHarian #beritasemasa #nahaskemalanganbas #UPSI #Gerik #nahaspelajarmaut #KarnivalSiangMalam
SinarHarian1,690,663 views • 1 year ago

'Anak saya bukan pembuli' - Bapa pelajar kes tikam tepis dakwaan tular "Anak saya bukan pembuli.” Demikian tegas Mohd Firuz Ibrahim, 43, bapa kepada pelajar yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting pada Isnin. Menurut Mohd Firuz, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes berkenaan kepada pihak polis. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #tikampelajar
SinarHarian370,976 views • 3 months ago
Sensitive content
This media may contain sensitive content.

Tok siak dan ‘cleaner’ mengaku salah cuba berzina dalam bilik jenazah Tok siak dan seorang pekerja pembersihan atau 'cleaner' yang pernah tular berhubung dakwaan rogol di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu, Melaka Jun lalu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Khamis atas pertuduhan percubaan persetubuhan haram. Tok siak yang berusia 48 tahun dan 'cleaner' berusia 51 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mawardi Che Man. Artikel: Muzik: Elevate dari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #toksiak
SinarHarian240,772 views • 2 months ago

Restoran Arab sorok 230kg minyak peket dalam longgokan sampah Taktik sebuah restoran Arab terkenal di Bukit Baru Melaka menyembunyikan 230 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dalam plastik hitam bersama longgokan sampah kering terbongkar selepas premis itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka pada Jumaat. Serbuan sekitar jam 1.30 petang itu dilakukan lima anggota penguat kuasa KPDN selepas risikan hampir tiga minggu susulan aduan awam yang mengesan kegiatan mencurigakan itu. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #WargaAsing #SelewengMinyakMasak
SinarHarian74,500 views • 22 days ago

KPM minta SKMM sekat penularan video kes rogol pelajar sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penularan video berkaitan kes rogol membabitkan pelajar yang disyaki berlaku di sebuah sekolah di Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan video berkenaan tidak terus disebarkan kerana membabitkan aib pelajar terbabit. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #SKMM #kesrofolpelajarsekolah #FadhlinaSidek
SinarHarian1,230,632 views • 1 year ago

Pendakwaan mohon jaminan RM1 juta terhadap Abdul Azeez Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu menetapkan jaminan RM1 juta terhadap bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib berkata, kes rasuah yang dihadapi ahli politik itu termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin. Artikel: Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #RCITH #AzeezRahim
SinarHarian145,524 views • 1 month ago