Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

527,609 görüntüleme • 3 yıl önce •via X (Twitter)

9 Yorum

MYNEWSHUB profil fotoğrafı
MYNEWSHUB3 yıl önce

Remaja lelaki dan teman wanita ditahan lakukan aksi ‘wheelie’ KUANTAN – Padah melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ menaiki motosikal menyebabkan dua remaja ditahan pihak polis di sini hari ini. Dalam video berdurasi 54 saat yang tular kelmarin menyaksikan seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan membonceng seorang perempuan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan di Jalan Chendor menghala ke Kemaman di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bertindak atas maklumat daripada video berkenaan pihak polis berjaya mengesan kedua-dua suspek berusia 17 tahun kira-kira pukul 11.40 pagi ini. “Hasil semakan nombor pendaftaran motosikal dan siasatan pihak polis berjaya mengesan pemilik serta alamat lengkap penunggang motosikal dan menahan suspek lelaki dan teman wanitanya di hadapan rumah mereka iaitu di Kampung Balok dan Kampung Selamat di sini. “Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya di sini hari ini. Menurutnya hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX5 digunakan suspek dimiliki oleh ibunya yang bekerja sebagai buruh. Katanya, siasatan mendapati suspek melakukan aksi berbahaya mengangkat tayar hadapan atau ‘whellie’ yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.-KOSMO! ONLINE Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN 1 Mei 2023, 4:11 pm

هزوان عفيفي profil fotoğrafı
هزوان عفيفي3 yıl önce

Wili motor ni dah ramai org buat. Cer wili kereta mcm Toretto tu. Nak gak tgk org Melayu kita wili kereta mcm tu.

RAIN profil fotoğrafı
RAIN3 yıl önce

Yang jenis teruk macam ni semua anak muda bangsa melayu.

🥀 profil fotoğrafı
🥀3 yıl önce

Laaaah ni kat Kuantan ni, area Chendor menghala Kemaman 🤣

Naoki profil fotoğrafı
Naoki3 yıl önce

Kesian dpt pakwe bodoh, dgn dia2 ikut jadi bodoh

gagak perkasa profil fotoğrafı
gagak perkasa3 yıl önce

Haha mcm mana polis nak kutip tu? No plat pun sebesar plankton

alex benjamin profil fotoğrafı
alex benjamin3 yıl önce

I hate to say this but his control over that motorcycle is so good

ꡘმ౹ᴤᥙⰿ profil fotoğrafı
ꡘმ౹ᴤᥙⰿ3 yıl önce

Tggu kejap ye kanak2.. nnti @PDRMsia akan datang beraya la dengan kanak2 ye..

Mrs. Sally profil fotoğrafı
Mrs. Sally3 yıl önce

Taknak nasihat. Cuma nak cakap.. arwah sepupu aku mcm nie lah. Hilang kawalan, terlanggar tiang lampu tepi jalan. Meninggal time otw nak ke hosp. Pendarahan dlm kepala. Al-fatihah utk arwah..

Benzer Videolar