Sensitive content

This media may contain sensitive content.

Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

🥶apakah pendapat korang??

953,962 просмотров • 1 год назад •via X (Twitter)

Комментарии: 9

Фото профиля MYNEWSHUB
MYNEWSHUB1 год назад

MPAJ perjelas dakwaan salah guna kuasa Ampang: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menafikan dakwaan berlaku salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kakitangannya seperti yang ditularkan di media sosial, baru-baru ini. MPAJ dalam kenyataan berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu dan menegaskan tohmahan yang dilemparkan individu terbabit adalah tidak berasas dan provokasi semata-mata. Menurut pihak berkuasa tempatan itu, isu bermula ketika pihaknya memberi taklimat kepada peniaga berhubung pematuhan syarat lesen ketika program gotong-royong di gerai Built, Operate and Transfer (BOT), di sini. "Pada 4 petang Khamis, MPAJ melaksanakan semakan di gerai BOT terbabit bagi pemeriksaan keadaan dalam gerai (perangkap gris) dan pemantauan gerai (buka/tutup). "Semasa semakan itu dijalankan, kakitangan MPAJ dimaki hamun dan dihalang untuk membuat pemeriksaan di tapak," kata kenyataan itu hari ini. MPAJ berkata, beberapa individu dipercayai anak kepada salah seorang peniaga yang dikompaun membuat provokasi dan menghalang mereka daripada menjalankan tugas. Menurutnya, kompaun dikenakan kepada beberapa peniaga terbabit antaranya kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen, dan ada juga yang melanggar syarat lesen dengan menggajikan pekerja warga asing. "Segala tohmahan yang dilemparkan kepada kakitangan MPAJ adalah tidak berasas dan tiada sebarang salah guna kuasa memandangkan pemantauan dilaksanakan ke atas semua peniaga (di lokasi kejadian). "Pihak MPAJ berharap dengan penjelasan ini, dapat memberikan gambaran sebenar kejadian yang berlaku di tapak niaga itu," katanya. Terdahulu tular satu klip video berdurasi tiga minit 37 saat memaparkan sekumpulan individu bertekak dengan beberapa kakitangan MPAJ dipercayai berhubung isu kompaun. Dalam video itu salah seorang individu mempertikaikan mengapa dirinya sebagai warga tempatan dikompaun dan mendakwa ada peniaga warga Thailand yang terlepas. Salah seorang kakitangan MPAJ dilihat cuba menjelaskan perkara itu kepada kumpulan berkenaan, namun keadaan bertukar tegang selepas individu terbabit mendakwa kakitangan MPAJ meminta 'duit kopi' daripadanya. Disiarkan pada: Ogos 17, 2024 @ 6:30pm Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil [email protected] Artikel ➡️ Harian Metro

Фото профиля Wild Orchid
Wild Orchid1 год назад

Betul lah tu. Penguatkuasa mmg kebanyakan nya (read: kebanyakan, bukan semua) memang akan kacau warga tempatan je. Yg bangsa SELAIN melayu Malaysia, mmg diaorg buat tak pandang. Kalau tak, tak kan lah kedai acheh ada byk, kedai rohingya, kedai bangladesh. Bukan takat kedai runcit, kedai makan, kedai jahit pakaian, kedai cuci kenderaan…!

Фото профиля Fairuzazman
Fairuzazman1 год назад

Im Sory to say…KLu bab rasuah tu mmg bagi lah kt #mpaj nye org ni. Im dealing with MPAJ punye org bertahun! Event kite buat ikut law yg die mntak,tetap pancing nk duit suap konon proses blh cpt! Babi! Bagi ank/bini mkn duit tu…esok lusa kene busung!

Фото профиля Demi Negara
Demi Negara1 год назад

Kedai tomyam Thailand adalah pendatang haram, masuk pakai visa melancong untuk berniaga Dan kerja cukup bulan balik cop passport dan keluarkan ringgit Malaysia, semua Pekerja warga Thai, nak balik cop pun pakai van dari Thailand @anthonyloke sembang

Фото профиля Mail 2 singgit
Mail 2 singgit1 год назад

Boleh pakai gelang ek penjawat awam? Gangster Gila nampak

Фото профиля Sh₳hir
Sh₳hir1 год назад

bertumbuke jela korang, biar pecah2 sikit muka masing2 baru puas, gaduh mulut mcm perempuan, bodo2 semua ni.

Фото профиля Raja Bersiong 👹😈
Raja Bersiong 👹😈1 год назад

Semua PBT & Pejabat Tanah adalah antara agensi Kerajaan yg paling korup hamjadah punya. Especially Selangor, Penang & Wilayah, paling hancus korup sbb ni negeri2 kaw2 kaya. Selangor plak bawah PH dah 5 penggal… ko tgk laa buncit dorang mcm mana. Corrupt to the core bhai, seyes!

Фото профиля Bossbm
Bossbm1 год назад

Rasuah disemua kementerian... Bila ahli politik memulakan rasuah . Maka YG Bawa semua IKUT Sama.. Yang berkuasa tangkap ikan bilis.. Ikan jaws susah..😂

Фото профиля opel149
opel1491 год назад

1. tak clear ape kes, tak tau hujung pangkal 2. tgk mcm2 pegawai ade, yg uniform yg pakai vest 3. kalau ade bukti, tak perlu da nak bising2 bagai, buat repot pd penguatkuasa 4. penting ada ilmu, nnti tak pasal2 ke caj halang penjawat awam 5. tenang kunci kejayaan

Похожие видео