正在加载视频...

视频加载失败

BERDERAI segalanya....

21,344 次观看 • 4 个月前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

Suspek Tembak Pemandu Lori Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda Di Kapar KLANG – Cubaan dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori berakhir tragedi apabila salah seorang suspek maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kapar, pagi semalam (5 Mac). Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila dua lelaki menaiki motosikal dipercayai menghampiri sebuah lori sebelum melepaskan tembakan ke arah pemandunya. Katanya, insiden tersebut disaksikan oleh seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai majikan kepada pemandu lori yang berada berhampiran lokasi kejadian. “Pemandu pacuan empat roda itu dipercayai bertindak merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek selepas melihat mereka melepaskan tembakan ke arah pemandu lori,” katanya dalam satu kenyataan. Akibat rempuhan itu, kedua-dua suspek mengalami kecederaan parah, dengan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi cedera. Bagaimanapun, pemandu lori yang menjadi sasaran tembakan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian serta latar belakang kedua-dua suspek yang terlibat. Kes tersebut disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan penggunaan senjata api serta cubaan membunuh. Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan bagi memastikan kes dapat diselesaikan dengan segera. Insiden berani itu mengejutkan orang ramai memandangkan kejadian tembakan berlaku di kawasan awam pada waktu pagi dan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya lain di sekitar lokasi.

MYNEWSHUB

496,747 次观看 • 4 个月前

Aku Tidak Akan Halalkan Duit Infaq Tu❗️ Rakaman perbualan antara bapa anak syurga dengan rakannya menjadi asas kepada pendedahan ini. Pada hari pemergian anak perempuannya yang berusia 11 tahun. Bapa arwah pada asalnya telah membuat pembayaran sebanyak RM10 kepada pihak hospital. Ianya sebagai caj perkhidmatan penggunaan van jenazah bagi perjalanan sejauh 9.8 kilometer dari Hospital Melaka ke Taman Merdeka, Batu Berendam. Bagaimanapun, seorang rakan beliau telah mencadangkan agarmenggunakan perkhidmatan Van Jenazah Melaka yang dikata menawarkan perkhidmatan secara percuma. Beliau kemudian bersetuju dengan cadangan tersebut dan membatalkan penggunaan van jenazah milik hospital. Sebaik sahaja van jenazah tiba, beliau telah bertanyakan sebanyak tiga kali kepada dua orang petugas yang dikenali sebagai Azlan dan Rahmat berhubung kos perkhidmatan tersebut. Beliau mendakwa kedua-dua petugas berkenaan memaklumkan bahawa perkhidmatan itu adalah percuma. Namun selepas seminggu, seorang individu yang dikenali sebagai Azlan menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp bagi meminta bayaran untuk perkhidmatan van jenazah anaknya. Beliau kemudian mempertikaikan permintaan tersebut kerana mendakwa telah dimaklumkan sebelum ini bahawa perkhidmatan itu adalah percuma. Walau bagaimanapun, Azlan menafikan pernah memberitahu perkhidmatan mereka percuma. Azlan juga memaklumkan tiada sebarang iklan atau kad perkhidmatan yang menyatakan perkhidmatan Van Jenazah Melaka adalah percuma. Bapa arwah kemudian menghantar rakaman pesanan suara kepada rakannya yang sebelum ini mencadangkan penggunaan perkhidmatan tersebut. Namun beliau kecewa apabilw dimaklumkan bahawa bayaran sebanyak RM100 perlu dibuat atas nama infaq. Tujuan pendedahan ini bukanlah semata-mata kerana nilai RM100. Sebaliknya si bapa berasa kecewa dan mendakwa telah diperdaya dengan perkhidmatan yang pada awalnya dikata sebagai percuma. Beliau berharap tiada lagi waris lain yang kematian ahli keluarga di Melaka akan tertipu dan menjadi mangsa.

MYNEWSHUB

64,208 次观看 • 16 天前

Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻‍🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. " Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga" 🧑🏻‍🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻‍🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. " Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je" " Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin" Kredit➡️ Minyak hitam jalanan original

MYNEWSHUB

262,227 次观看 • 3 个月前