Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

#Elakkiya Gaji ethura 😍

13,116 görüntüleme • 2 yıl önce •via X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek

Benzer Videolar

Ada yang tanya apa dah jadi dengan gaji progresif? Isu yang sering digunakan untuk menyerang kerajaan ialah mengenai kos sara hidup. Bila kita tunjukkan angka inflasi yang paling kekal rendah, mereka alih pula kepada soal gaji. Bila kita terangkan strategi kerajaan menaikkan gaji, termasuk kenaikan gaji penjawat awam, kenaikan gaji minima dan pelaksanaan gaji progresif, mereka kata gaji progresif hanya satu pengumuman. Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember 2024 untuk mengesahkan bahawa ia akan benar-benar memberi kesan kenaikan gaji kepada pekerja swasta yang layak. Berikut ialah dapatan dari pelaksanaan projek rintis gaji progresif di majikan terpilih yang melibatkan pekerja swasta yang layak: Bagi pekerja di peringkat permulaan, gaji median permulaan naik dari RM1,950 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,200 sebulan (selepas gaji progresif), iaitu kenaikan RM250 sebulan setiap pekerja. Bagi pekerja berpengalaman (iaitu bukan peringkat permulaan), gaji median naik dari RM2,200 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,400 sebulan (selepas gaji progresif), iaitu kenaikan RM200 setiap pekerja. Kerajaan memberikan insentif yang berbeza kepada majikan untuk menaikkan gaji. Bagi pekerja di peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya tangga gaji permulaan mengikuti panduan gaji mengikut pekerjaan yang dikeluarkan Majlis Perundingan Gaji Negara. Bagi pekerja bukan peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya kenaikan gaji tahunan sekurang-kurangnya 6% diberikan kepada pekerja yang layak. Dengan pengesahan bahawa model gaji progresif berkesan untuk menaikkan gaji pekerja swasta, YAB Perdana Menteri, dalam ucapan Belanjawan 2025 telah mengumumkan pelaksanaan penuh gaji progresif bermula 2025 dengan peruntukan RM200 juta yang akan memberi manfaat kepada sekitar 50,000 orang pekerja. Insya-Allah, setiap bulan akan ada pekerja swasta baru yang layak menerima gaji progresif dan sekiranya ini berlaku secara berterusan, kita akan mempercepatkan kenaikan tangga gaji dan gaji median pekerja swasta. Sama-sama kita doakan.

Rafizi Ramli

11,937 görüntüleme • 1 yıl önce

Gaji penjawat awam akan naik, gaji pekerja swasta bila lagi? Ini soalan yang sering ditanya. Salah satu strategi utama kerajaan untuk menangani kos sara hidup ialah memastikan pertumbuhan gaji yang lebih seimbang kepada rakyat. Antara keputusan pertama saya sebagai Menteri Ekonomi ialah meminta DOSM menerbitkan laporan gaji pekerja formal setiap 3 bulan sekali, menggunakan data gaji setiap pekerja formal yang ada di KWSP dan PERKESO. Ini bagi membolehkan kerajaan merangka dasar yang lebih baik untuk menaikkan gaji dalam tempoh 10 tahun akan datang selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani. Laporan gaji pekerja formal terkini ialah bagi suku kedua 2024 berakhir Jun 2024. Ada beberapa perkembangan awal mengenai pertumbuhan gaji antara Jun 2023 dan Jun 2024: - gaji median meningkat dari RM2,600 sebulan ke RM2,745 sebulan. Gaji median ialah taburan gaji pertengahan, maknanya dari 6.73 juta pekerja yang bergaji (atau pekerja formal), bila dibandingkan gaji bagi setiap pekerja, gaji pertengahan ialah RM2,745 - jumlah pekerja yang gaji di bawah RM2,000 sebulan telah berkurang dari 34.8% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 32.2% dalam Jun 2024 - jumlah pekerja yang gaji antara RM2,000 ke RM5,000 telah meningkat dari 42.7% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 43.8% dalam Jun 2024 - Jumlah pekerja yang gaji melebihi RM5,000 juga telah meningkat dari 22.5% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 24% dalam Jun 2024 Pertumbuhan gaji ini mendukung hasrat kerajaan untuk menganjakkan gaji median menjadi lebih tinggi setiap tahun agar gaji yang dinikmati setiap isi rumah menjadi lebih baik. Pun begitu, fenomena gaji rendah ini masih menjadi cabaran kepada ekonomi negara. Walaupun ada pertumbuhan yang menyaksikan jumlah pekerja di bawah gaji RM2,000 sebulan telah berkurang, 32.2% pekerja di dalam kategori ini bersamaan dengan 2.167 juta rakyat Malaysia masih digaji RM2,000 sebulan. Keadaan akan menjadi lebih baik bermula 2025 dengan tiga keputusan utama kerajaan berkenaan gaji pekerja: Pertama, kenaikan gaji penjawat awam. Kedua, kenaikan gaji minima kepada RM1,700 sebulan.Ketiga, pelaksanaan sepenuhnya gaji progresif bagi pekerja swasta dengan peruntukan awal RM200 juta bagi 2025. Insya Allah, keadaan gaji akan bertambah baik setiap tahun selepas ini.

Rafizi Ramli

13,371 görüntüleme • 1 yıl önce