Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, "Tapi Post Dalam Facebook" - Netizen Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya membayarkan makanan pelanggan lain di sebuah restoran secara diam-diam menerima teguran netizen. Rata-rata netizen mempersoalkan hantaran...

17,371 Aufrufe • vor 5 Tagen •via X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfügbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

Ähnliche Videos

‘Betul-Betul Makan Pasir!’ – Pelanggan, Peniaga Resort Pulau Kapas Berang Helikopter Mendarat Dekat Restoran MARANG – Pelanggan dan pekerja sebuah restoran resort di Pulau Kapas di sini berang selepas sebuah helikopter didakwa mendarat serta berlepas terlalu hampir dengan kawasan pantai sehingga menyebabkan pasir berterbangan dan memasuki makanan serta minuman mereka. Insiden berkenaan tular selepas tiga rakaman video dikongsikan oleh pengguna media sosial, Mohd Fadhil Mrg, yang memaparkan sebuah helikopter berada di pesisir pantai berhampiran resort tersebut. Berdasarkan rakaman itu, putaran bilah helikopter menghasilkan tiupan angin kuat yang menyebabkan pasir pantai berterbangan ke kawasan sekitar, termasuk ruang makan terbuka yang ketika itu dipenuhi pelanggan sedang menikmati hidangan. Beberapa pelanggan dilihat cuba melindungi diri dan makanan mereka ketika pasir memenuhi kawasan restoran. Satu rakaman lain memaparkan pelanggan membersihkan pasir yang melekat pada badan, pakaian dan barangan mereka sambil meluahkan rasa tidak puas hati selepas hidangan yang dipesan turut dicemari pasir. “Semua dah masuk pasir, macam mana mahu makan?” kata seorang individu dalam rakaman tersebut. Dalam rakaman berasingan, seorang pekerja restoran dilihat bersemuka dengan pihak yang dipercayai juruterbang helikopter berkenaan bagi menuntut ganti rugi susulan kerosakan makanan dan minuman yang telah disediakan. Pekerja terbabit turut mendakwa kejadian tersebut menyebabkan operasi restoran terganggu selain menimbulkan ketidakselesaan kepada pelanggan resort. Bagaimanapun, tujuan helikopter itu mendarat di kawasan berkenaan masih belum diketahui. Setakat laporan ini ditulis, belum terdapat kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa, pengurusan resort atau pengendali helikopter berhubung insiden tersebut. Kredit video: Mohd Fadhil Mrg

MYNEWSHUB

154,117 Aufrufe • vor 15 Tagen

Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Okezone semalam. Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto. Dalam video yang dikongsi di laman Instagram 𝕯aru.suroboyo, sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang yang ketika itu berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya. Namun, netizen terkejut apabila melihat bahagian awal video itu memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus tebal dan angin kuat. Lebih menyeramkan adalah susuk tubuh itu tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera. Reaksi kumpulan pendaki tersebut juga menunjukkan seolah-olah mereka tidak menyedari kehadiran lembaga itu. Rata-rata netizen berpendapat, sekiranya lelaki itu menundukkan kepalanya, pasti ia boleh dilihat kerana keadaannya yang menghala ke arah kamera. “Kalau menunduk, kenapa kepalanya tidak kelihatan kerana badannya menghala ke arah kamera?” soal seorang netizen. Namun, terdapat juga yang percaya bahawa susuk itu ialah manusia sebenar yang sedang menundukkan kepalanya. Menurut mereka, kepala lelaki itu tidak kelihatan kerana keadaan puncak gunung yang berkabus tebal. – AGENSI Oleh KOSMO! 20 Jun 2023, 3:51 pm

MYNEWSHUB

3,167,663 Aufrufe • vor 3 Jahren

Anak Kecil Didakwa Dipaksa Jual Dadih, Video Tular Undang Kecaman Netizen Oleh Mynewshub SEPANG – Tular di media sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia bawah tujuh tahun didakwa dipaksa menjual dadih di sebuah premis makanan di Kota Warisan, Sepang, sehingga mengundang kecaman orang ramai. Kejadian yang dikongsi menerusi platform Threads itu didakwa berlaku sekitar pukul 1 tengah hari apabila kanak-kanak berkenaan dikatakan diarahkan menjual dadih, manakala seorang wanita yang dipercayai ibunya berada di dalam kereta bermain handphone. Menurut individu yang memuat naik video tersebut, wanita berkenaan didakwa memarahi dan merotan kanak-kanak itu apabila hasil jualan tidak mencapai seperti yang diharapkan. Rakaman berasingan turut memaparkan wanita terbabit, yang memakai pakaian berwarna merah jambu, dilihat berbincang dengan beberapa individu di kawasan parkir bagi menjelaskan situasi sebenar selepas kejadian menjadi perhatian orang ramai. Perkongsian tersebut pantas tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang melahirkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan serta mempersoalkan tindakan menggunakan anak kecil untuk berniaga. Ramai pengguna media sosial turut menggesa pihak berkuasa, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan siasatan bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu terpelihara sekiranya benar wujud unsur pengabaian atau penderaan. Malah, beberapa individu mendakwa pernah terserempak dengan kanak-kanak serta kenderaan yang sama di kawasan berkenaan sebelum ini. Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut, manakala kesahihan semua dakwaan yang tular di media sosial masih menunggu hasil siasatan.

MYNEWSHUB

27,237 Aufrufe • vor 1 Monat

OBSESI MELAMPAU....Cikgu Zulhilmi Dakwa Sudah Lima Tahun Diganggu Seorang Wanita... KISAH ini dikatakan bermula lebih lima tahun lalu, apabila Cikgu Zulhilmi, yang kini seorang tenaga pengajar berdedikasi di sebuah institusi pendidikan swasta dikenali sebagai Ahlan Academy, mula menerima gangguan berterusan daripada seorang wanita bernama Abidatul Husna – bekas rakan sekuliahnya semasa di universiti. Menurut kenyataan rasmi Ahlan Academy, tiada sebarang hubungan peribadi seperti berkahwin atau bercinta antara Cikgu Zulhilmi dan Abidatul selain pernah berada dalam beberapa kelas yang sama ketika zaman pengajian universiti mereka. **Video yang disertakan memperlihatkan wanita terlibat didakwa mengganggu Cikgu Hilman di perpustakaan UIAM....cikgu itu meminta wanita itu untuk pergi dan jangan mengganggunya...sambil wanita itu pula menjerit "Aku nak bincang". Namun, Abidatul didakwa mula menyebarkan dakwaan tidak berasas yang mengatakan mereka pernah berkahwin – satu tuduhan yang dinafikan sepenuhnya oleh pihak akademi dan Cikgu Zulhilmi sendiri. Gangguan demi gangguan datang dalam pelbagai bentuk – akaun media sosial palsu dicipta, komen spam dilemparkan di halaman rasmi akademi, mesej peribadi yang bertalu-talu dihantar, termasuk panggilan ke nombor peribadi dan talian pejabat. Malah, laporan polis telah dibuat beberapa kali sepanjang lima tahun ini demi melindungi privasi dan keselamatan Cikgu Zulhilmi. Kenyataan dari peguam yang mewakili Cikgu Zulhilmi turut menegaskan bahawa segala dakwaan yang tular melalui media sosial adalah fitnah dan tidak berasas. Malah, ia turut mengganggu kerjaya dan kehidupan harian anak guam mereka. Meskipun institusi tersebut cuba untuk tidak memperbesarkan perkara ini demi menjaga maruah semua pihak, penyebaran dakwaan palsu secara terbuka telah memaksa mereka tampil memberikan penjelasan rasmi. Pihak Ahlan Academy juga menggesa orang ramai agar tidak melibatkan pihak ketiga yang tidak berkaitan dan menasihati agar berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih yang hanya akan memburukkan keadaan. Sebagai langkah terakhir, mereka menyeru sesiapa yang mengenali Abidatul secara peribadi agar menasihatinya dengan baik dan menawarkan bantuan sekiranya perlu. Tinjauan Mynewshub ke akaun TikTok wanita berkenaan mendapati, dia memberikan masa 24 jam selepas kenyataan Ahlan Academy keluar kepada "suaminya" Cikgu Zulhilmi untuk menghubunginya. Apa yang agak menarik dan mungkin menakutkan ialah nama akuan TikTok wanita berkenaan adalah Zulhilmi Abidatul yang merupakan cantuman nama lelaki berkenaan dan nama wanita itu. Wanita berkenaan juga berulang kali menggunakan gelaran "Husband saya" ketika merujuk kepada Zulhilmi. Cikgu Zulhilmi juga telah membuka sebuah akaun TikTok, zulhill_me dengan memasukan status "saya ialah mangsa sexual harassment oleh seorang wanita gila sejak April 2020!" -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

1,025,023 Aufrufe • vor 1 Jahr

Lelaki Ditahan Polis Selepas Tolak Kerusi Roda Secara Mengundur di Tengah Kesesakan Lalu Lintas Sungai Petani, 18 Mei — Seorang lelaki yang menolak kerusi roda secara mengundur di celah kesesakan lalu lintas telah ditahan oleh pihak polis. Hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC). Ketua Polis Daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Sebelum ini, seorang pengguna media sosial telah memuat naik satu video dalam kumpulan Facebook “Penduduk Sungai Petani”. Video tersebut memaparkan seorang lelaki berkerusi roda bergerak secara perlahan dalam keadaan mengundur di tengah barisan kenderaan, dengan kenderaan berada di hadapan dan belakangnya dalam situasi yang amat berbahaya. Video yang tular itu menarik perhatian ramai. Difahamkan, lelaki tersebut menggunakan kerusi roda kerana mengalami masalah kelemahan kaki (namun tidak memiliki kad OKU), dan tindakannya berada di tengah jalan raya yang sesak dipercayai untuk meminta sedekah. Terdahulu, pada awal pagi 15hb bulan ini, telah berlaku satu kemalangan di jalan bersebelahan Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani, melibatkan seorang warga emas berkerusi roda yang dirempuh oleh sebuah kereta sehingga mengalami kecederaan parah, termasuk patah kedua-dua belah kaki dan tulang belikat serta kecederaan lain di seluruh badan. Susulan itu, penularan video lelaki berkerusi roda yang bertindak berbahaya di tengah jalan ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan serta perhatian serius dalam kalangan orang ramai terhadap aspek keselamatan jalan raya.

MYNEWSHUB

32,771 Aufrufe • vor 2 Monaten

Kurang bijak.... PEMUDA DITAHAN POLIS SELEPAS ACU PISTOL TIRUAN DARI DALAM KERETA DI KUCHING KUCHING, 21 Jun – Seorang pemuda berusia 23 tahun ditahan polis selepas tindakannya berlagak samseng dengan menayang sepucuk pistol tiruan dari dalam kereta mencetuskan panik awam di sekitar kawasan Hospital Umum Sarawak. Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, suspek dilaporkan memandu sambil mengeluarkan pistol tiruan melalui tingkap kenderaannya dan melakukan aksi seperti sedang mengisi peluru. Perbuatan itu bukan sahaja mengundang ketakutan dalam kalangan orang awam, malah turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial, menyebabkan video kejadian menjadi tular dalam tempoh singkat. Bertindak atas laporan orang ramai, pihak polis melancarkan siasatan dan berjaya mengesan serta menahan suspek di sebuah rumah di Petra Jaya pada malam yang sama. Turut dirampas adalah sepucuk pistol tiruan yang digunakan dalam kejadian tersebut. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mancha Ata, dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam. “Kami memandang serius kejadian ini. Walaupun pistol itu hanyalah replika, ia tetap menimbulkan kekecohan dan boleh disalah anggap sebagai senjata sebenar. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan,” katanya. Netizen turut mengecam tindakan suspek, menyifatkannya sebagai “padan muka” dan memuji kecekapan pihak polis dalam mengambil tindakan segera terhadap ancaman keselamatan awam. Pihak polis menasihatkan orang ramai, khususnya golongan muda, agar tidak melakukan aksi berbahaya atau melanggar undang-undang semata-mata untuk meraih perhatian di media sosial. “Jangan sesekali bermain-main dengan perkara yang boleh mengancam keselamatan awam atau kebebasan diri sendiri,” tegas Dato’ Mancha. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 kerana menakutkan secara jenayah dan memiliki senjata tiruan. - MYNEWSHUB — Tamat —

MYNEWSHUB

11,376 Aufrufe • vor 1 Jahr

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting Oleh Mynewshub BANTING – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam lebih 10 kali oleh seorang lagi pelajar dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Banting, pagi tadi. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku antara pukul 9.30 hingga 10 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dilaporkan mengalami beberapa kesan tikaman pada bahagian belakang badan dan bahu sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan seorang suspek berusia 15 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Beliau turut mengesahkan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu berjaya dirampas, manakala keadaan mangsa dilaporkan stabil. Menurut laporan, suspek yang dikatakan telah beberapa bulan tidak hadir ke sekolah kerana menjalani rawatan perubatan, memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama dengan membawa sebilah pisau. Selepas kejadian, seorang guru dilaporkan berjaya menenangkan suspek berhampiran surau sekolah sebelum pihak polis tiba dan menahannya. Sementara itu, Ketua Polis Selangor, mengesahkan tangkapan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Insiden berkenaan turut tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan seorang remaja perempuan memegang pisau di dalam kawasan sekolah, manakala pelajar lain dilihat bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Dalam perkembangan sama, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan serta telah menggerakkan pasukan kaunselor bagi menyediakan sokongan psikososial kepada pelajar dan warga sekolah yang terkesan. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.-MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

267,482 Aufrufe • vor 1 Monat

Wanita Didakwa Lempar Minuman Beralkohol Kepada Penonton Lain PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila didakwa melemparkan minuman beralkohol kepada seorang penonton lain setelah diminta senyap di dalam panggung wayang. Menerusi video yang dimuat naik oleh @eclent di akaun TikToknya, difahamkan kejadian berlaku di sebuah panggung wayang terletak di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya. Ujarnya, pasangan tersebut berbual sepanjang tayangan filem Barbie sambil didakwa minum minuman beralkohol. “Bukan sahaja mereka kurang ajar, wanita itu memutuskan untuk membuang minumannya beralkohol kepada penonton wayang lain yang memintanya diam,” tulisnya dalam kapsyen. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita itu turut menyebut dan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton lain sebelum bergerak keluar dari panggung wayang. Difahamkan juga, penonton wanita yang dilemparkan minuman beralkohol telah membuat laporan kepada pihak pengurusan panggung wayang namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan terkini. “Saya adalah wanita yang dia lemparkan minuman beralkoholnya. Saya melaporkan serta-merta semalam tetapi mereka hanya memberi saya jawapan ini sahaja “Televisyen litar tertutup di dalam panggung itu sepatutnya menjadi bukti. Terima kasih sebab dedahkan perkara ini. Harap mereka ambil tindakan secepat mungkin,” komen Tammy. Sehingga kini, video tersebut mendapat 1.5 juta tontonan, 47,800 tanda suka dan 6,483 perkongsian. Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menggesa pihak pengurusan untuk ambil tindakan serta menyiasat bagaimana minuman alkohol boleh dibawa masuk. “Inilah sebabnya makanan dan minuman luar tidak dibenarkan masuk ke dalam panggung wayang,” komen Afi. “Tularkan video ini dan bawa ke pihak pengurusan atasan. Sangat keterlaluan,” komen Jackie. Kosmo-

MYNEWSHUB

1,551,808 Aufrufe • vor 3 Jahren