Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

81,764 views • 7 months ago •via X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

Albert Tei Cadang Kerakyatan Anthony Loke Ditarik, MyKad Digunting Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Albert Tei mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan supaya kerakyatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ditarik balik dan MyKad miliknya digunting. Cadangan keras itu disuarakan menerusi satu rakaman video susulan kenyataan Loke berhubung pendirian DAP terhadap isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Anthony Loke selaku ketua pemimpin DAP, tarik kerakyatan dia dan gunting IC dia. Biar dia tidak punya IC, baru dia rasa takut,” katanya dalam video berkenaan yang dimuatnaik ke akaun media sosial miliknya. Albert turut mendakwa Loke tidak memahami Rukun Negara dan tidak menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong. Beliau kemudian menayangkan sedutan kenyataan Loke yang menyebut bahawa DAP mempunyai pendirian sendiri berhubung isu berkenaan, selain memaklumkan keputusannya mengemukakan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri. Albert mendakwa langkah tersebut merupakan satu bentuk tekanan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebelum menyifatkan Loke sebagai tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kenyataan Albert itu merupakan pandangan peribadinya. Dari sudut perundangan, kewarganegaraan seseorang tidak boleh ditarik balik atau MyKad digunting semata-mata berdasarkan desakan individu. Sebarang pelucutan kewarganegaraan perlu dibuat mengikut sebab, proses dan peruntukan khusus yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Setakat laporan ini ditulis, belum ada maklum balas daripada Loke atau DAP berhubung kenyataan Albert dalam video tersebut. — MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

13,071 views • 2 days ago