Загрузка видео...

Не удалось загрузить видео

На главную

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu terdapat dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam akaun bank milik syarikat 30 Maple Sdn Bhd, lapan tahun lalu. Berita penuh:

55,583 просмотров • 2 месяцев назад •via X (Twitter)

Комментарии: 0

Нет доступных комментариев

Здесь появятся комментарии из оригинального поста

Похожие видео

𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗡𝗔𝗔 Kita baru saja dikejutkan dengan satu berita bahawa empat tuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin bersabit pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berjumlah RM200 juta berhubung Jana Wibawa, telah ditarik balik oleh pendakwa raya. Laporan media menyebut Hakim Noor Ruwena Nurdin telah membebaskan Tan Sri Muhyiddin sepenuhnya dari tuduhan-tuduhan itu, berikutan permohonan pendakwa raya agar Tan Sri Muhyiddin dilepaskan tanpa dibebaskan atau “discharged not amounting to an acquittal” (DNAA). Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin didakwa dalam tujuh kes bersabit Jana Wibawa: 4 kes yang digugurkan hari ini melibatkan RM200 juta yang masuk ke akaun BERSATU, dan 3 lagi kes melibatkan RM25.3 juta dari Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd and KCJ Engineering Sdn Bhd. Ada dua reaksi dari keputusan ini. Pertama: rekod anugerah DNAA di bawah pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes-kes rasuah besar memang cemerlang. Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, presiden Umno Dato’ Seri Zahid Hamidi adalah salah seorang penerima anugerah DNAA sebelum ini. Generasi akan datang akan mengingati pentadbiran Dato’ Seri Anwar sebagai pentadbiran DNAA yang cemerlang melepaskan pimpinan politik tertinggi negara dari kes-kes rasuah. Kedua adalah mengenai wang di dalam akaun BERSATU yang dibekukan yang dilaporkan berjumlah ratusan juta ringgit. Pilihan raya semakin dekat, BERSATU sudah hilang banyak leverage politik, yang tinggal adalah wang ratusan juta yang kini boleh dicabar untuk dikembalikan kepada BERSATU. Yang saya pasti, budak-budak PKR dan PH yang menjerit “sakau, sakau, sakau” dan mendabik dada konon mereka menentang rasuah - mereka tetap berputih mata dan tidak dapat satu sen pun dari wang ratusan juta itu.

Rafizi Ramli

27,854 просмотров • 23 дней назад

𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐅𝐀 & 𝐒𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐓𝐎𝐈 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒. 1. KOYAK. Siap buat ugutan akan saman sesiapa yang tuduh ada unsur rasuah. Yang buka kes & siasat ialah SPRM. Pergilah saman SPRM. Kenapa nak ugut orang awam? 2. Syarikat yang terlibat; 👉 Syarikat Tulangis Sdn Bhd. 👉 Berjaya Corporation Berhad. 3. Syarikat Tulangis neh ada cawangan kat Kelantan & KL. 4. So Sanusi sahkan KFA terima wang sebanyak RM5 juta. 5. Tulangis bagi pinjam katanya. Terang² dalam surat yang KFA leak tadi, ada SIGN Sanusi atas tajuk : 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟓,𝟎𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎. 6. Kenapa sebelum ini Sanusi kata DERMA & TULANGIS MINTA BALIK? 7. Dah kalau orang bagi kau pinjam, memang COMMON SENSE LA KAN KENA BAYAR BALIK? 8. Surat tawaran antara Tulangis & KFA tidak didedahkan lagi setakat ini. Penting surat tu sebab nak tahu apa kandungan perjanjian yang akhirnya Tulangis sanggup bagi pinjam kat KFA. Yelah, masuk bank dapat dividen. Letak kat ASB dapat keuntungan. Bagi KFA dapat apa? Sanusi jelaskan kat sini sebab nak beli saham DAFC. 9. BERJAYA CORPORATION ialah pihak yang bagi TULANGIS duit RM5 juta tu. TULANGIS BUKANNYA ANAK SYARIKAT BERJAYA, sebab tu tuntut hutang. RM5 juta bagi BERJAYA CORPORATION IALAH CELAH GIGI JER. Tapi BERJAYA TUNTUT juga. Pasti ada perjanjian antara BERJAYA ↔️ TULANGIS yang mana memanfaatkan both parties, sebab tu boleh bagi pinjam RM5 juta kat KFA. 10. Sanusi juga akui TULANGIS tak ada keupayaan beli saham DAFC. Bila rundingan dah gagal patut pulang baliklah RM5 juta tu. Kenapa simpan dalam akaun KFA & buat bayar hutang? Duit tu bukannya duit kamu. Tak ada MoU ke? Boleh pula ye guna? Btw, panas takpe jangan koyak. Angkat tangan lawan SPRM lah. Tak salah tak perlu takut pada kritikan. Sikit² nak saman, goyang ke? Kah⁹ Ameno World

CIKYANie

59,792 просмотров • 2 лет назад

10 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘶𝘢𝘳𝘪 2026 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 Hari ini, media antarabangsa Bloomberg telah menyiarkan satu laporan mengenai pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang secara terang-terangan melanggar peraturan kerajaan berhubung pemilikan saham oleh seorang pegawai tinggi penjawat awam. Berita tersebut turut dilaporkan oleh media-media lain. Memandangkan ia berkait rapat dengan kewibawaan SPRM sebagai institusi yang diberi amanah mencegah rasuah, saya percaya kontroversi ini akan mendapat perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Laporan Bloomberg itu mendedahkan satu pelanggaran, iaitu pemilikan 17.7 juta saham di dalam sebuah syarikat senaraian awam Velocity Capital Partners Berhad. Berdasarkan harga hari ini, 17.7 juta saham ini dianggarkan bernilai RM800,000. Ini telah melanggar peraturan-peraturan yang mengikat penjawat awam, terutamanya yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, yang secara khusus menyatakan bahawa 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁. Malah, kontroversi melibatkan pemilikan saham Velocity Capital Partners Berhad ini bukan melibatkan pelanggaran peraturan penjawat awam semata-mata. Satu perkara yang mewajarkan satu siasatan menyeluruh diadakan segera ialah urusniaga- urusniaga yang telah beberapa kali mengundang persoalan yang melibatkan beberapa syarikat kerana urusniaga-urusniaga ini dituduh melibatkan bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Wira Farhash Wafa Salvador. Pada 29 Mac 2025, rekod urusniaga saham menunjukkan Farhash menjadi pemegang saham terbesar sebuah syarikat senaraian awam MMAG Holdings Berhad, dalam satu urusniaga melibatkan pembelian 462 juta saham MMAG yang dilaporkan bernilai RM184.8 juta. Transaksi ini berlaku sehari selepas NexG Berhad (sebelumnya dikenali sebagai Datasonic Group Berhad) muncul sebagai pemegang saham utama di dalam MMAG Holdings Berhad, di dalam urusniaga membabitkan bayaran RM70 juta untuk memperolehi 173 juta saham atau 7.58% pegangan di dalam MMAG Holdings Berhad. Ini menjadikan NexG Berhad dan Farhash pemegang-pemegang saham utama di dalam MMAG Berhad, sekali gus mewujudkan pertalian perniagaan tidak langsung di antara NexG Berhad dan Farhash melalui MMAG Berhad. Di antara Ogos 2025 dan Oktober 2025, NexG Berhad memenangi tender kerajaan berjumlah lebih RM2.5 bilion dalam tempoh dua bulan sahaja, iaitu: 1) Kontrak enam tahun berjumlah RM1.73 bilion dari Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan pasport dari 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032; 2) Tiga lagi kontrak awam termasuk kontrak membekalkan kad pengenalan berjumlah RM732.72 juta. Pada 31 Disember 2025, Farhash menjual keseluruhan sahamnya di dalam MMAG Berhad. Laporan media menyatakan bahawa keseluruhan blok 462 juta saham itu sebenarnya dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad. Saham-saham Farhash di dalam MMAG Berhad itu dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang yang berumur 25 tahun bernama Cheah Min Lly. Selepas saham-saham itu bertukar tangan, ia kekal dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad. Ini bermakna, Velocity Capital Partner Berhad adalah syarikat peminjam wang yang terbabit dengan urusniaga yang melibatkan Farhash dan berhubung kait dengan NexG Berhad, yang mendapat tender lebih RM2.5 bilion dari kerajaan. Pendedahan Bloomberg hari ini menunjukkan bahawa Tan Sri Azam Baki adalah seorang pemegang saham utama Velocity Capital Partner Berhad, yang meletakkan beliau di dalam jaringan urusniaga (melalui Velocity Capital Partner Berhad) yang melibatkan Farhash dan NexG Berhad (syarikat yang menerima kontrak berbilion ringgit dari kerajaan). Maka, beberapa perkara berikut wajar diteliti oleh rakyat: 1) Bagaimana seorang penjawat awam berpangkat kanan mempunyai sedemikian banyak wang untuk menjadi pemegang saham yang signifikan di dalam sebuah syarikat senaraian awam? 2) Bagaimana beliau boleh kekal menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan beliau telah melanggar peraturan penjawat awam bersabit pemilikan saham, yang berhubung dengan soal integriti seorang penjawat awam, apatah lagi seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM? 3) Apakah kepentingan beliau di dalam urusniaga yang melibatkan syarikat-syarikat yang telah mengundang spekulasi sebelum ini (MMAG Holdings Berhad dan NexG Berhad) kerana NexG Berhad berjaya mendapat tender sebesar itu dari kerajaan? Oleh itu, tindakan-tindakan berikut wajar diambil segera oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu: 1)menggantung tugas Tan Sri Azam Baki dengan serta-merta supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku (pemilikan saham melebihi RM100,000); 2)menyemak keseluruhan pemilikan harta beliau untuk memastikan bagaimana beliau boleh mempunyai wang sedemikian rupa; 3)memastikan sama ada beliau terbabit, secara langsung atau tidak langsung, di dalam apa-apa urusniaga melibatkan MMAG Berhad dan NexG Berhad (terutamanya yang melibatkan perolehan awam). Saya menunggu maklum balas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum mengeluarkan kenyataan seterusnya. 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 Ahli Parlimen Pandan

Rafizi Ramli

74,621 просмотров • 8 месяцев назад

𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚: 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗞 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗔𝗨𝗡 𝗦𝗧𝗜𝗟𝗟 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dibebaskan dari 12 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, setelah membayar kompaun RM4.1 juta. Tuduhan rasuah tersebut membabitkan projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kononnya ingin membantu kontraktor Bumiputra di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Adam Radlan berdepan dakwaan berikut: 1. Meminta suapan di antara 3.5% hingga 7% berhubung projek jalan bernilai RM47.6 juta dari Mat Jusoh Mamat, pengarah urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd 2. Meminta suapan RM2 juta dari Lian Tan Chuan untuk membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM141 juta 3. Menerima suapan RM2.1 juta dari Mat Jusoh untuk satu lagi projek Jalan Sg Adam ke Kg Banat, Perlis bernilai RM47.8 juta 4. Menerima suapan RM500,000 dari Mat Jusoh untuk mendapatkan tender Jalan Sg Adam secara rundingan terus 5. Menerima RM4.1 juta dari Mat Jusoh dan Lian Tan Chuan untuk mendapatkan 2 lagi tender di bawah Jana Wibawa 6. Meminta suapan RM2 juta dari Lian Tan Chuan untuk satu lagi projek Jana Wibawa Secara kasar, sekurang-kurangnya dia dituduh telah menerima RM6.7 juta dan meminta suapan dalam RM6 juta lagi. Dalam diam-diam, peguam Adam Radlan menulis surat representasi untuk membayar kompaun sebanyak RM4.1 juta untuk dibebaskan dari tuduhan-tuduhan ini. Dalam diam-diam, pendakwaraya bersetuju dan pada mulanya ingin memberikan DNAA (lepas tanpa bebas), tetapi peguam Adam Radlan memohon supaya dibebaskan terus kerana telah membayar kompaun. Akhirnya bebaslah Adam Radlan. Ini bisnes paling untung - dituduh dapat RM6.7 juta, pulangkan balik dengan membayar kompaun RM4.1 juta, ada lagi RM2.6 juta. Margin keuntungan 39% tanpa perlu buat apa-apa. Kebelakangan ini, ada trend kes-kes rasuah besar terlepas dengan membayar balik. Dulu kita dengar anak tiri Najib, sekarang ada laporan bahawa Adam Radlan ini sepupu kepada menantu Muhyiddin. Begitulah al-kisah Malaysia. Kalau orang biasa curi susu, hukumannya penjara 6 bulan. Kalau kaum kerabat orang VIP dituduh rasuah atau mencuri, asal bayar balik boleh lepas. Lepas ini, kalau ada rakyat biasa yang dituduh mencuri susu atau makanan biasa, mohon maklum kepada saya. Saya nak cari peguam untuk buat permohonan yang serupa untuk mengembalikan susu yang dicuri dan minta dibebaskan. Kita tengok pendakwaraya dan mahkamah akan setuju atau tidak. PN bising pasal Melayu terancam, bab sepupu sepupu terlepas tuduhan rasuah diam, sudahlah ia berkaitan projek Jana Wibawa dan melibatkan kontraktor bukan Bumiputra. Madani bising pasal benteras rasuah tetapi perkara ini tetap berlaku dibawah Perdana Menteri yang terpaling anti-rasuah.

Rafizi Ramli

108,917 просмотров • 1 год назад

𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗧𝗨𝗡 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Dato’ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Dato’ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Dato’ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Dato’ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Dato’ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Dato’ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Dato’ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,661 просмотров • 9 месяцев назад

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗕𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟯.𝟲 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗜𝗢𝗡, 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗦 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 Jangan lupa tonton podcast YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam di saluran YouTube saya. Kami akan rakam pagi Jumaat dan disiarkan bermula jam 10 malam selepas solat tarawih. Isu yang saya akan kupas minggu ini memang berat: Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Satu berhubung perjanjian negara dengan ARM, syarikat cip semikonduktor gergasi dunia. SPRM telah buka kertas siasatan, kononnya untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara. Ini yang jadi bahan berita konon “bekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billion”. Satu lagi mengenai satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi, iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon “Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billion”. Semua ini timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu. Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Dato’ Seri Najib. Dato’ Seri Najib disabitkan bersalah bila ada RM2.3 bilion masuk akaun peribadi dari dana 1MDB. Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion - fuyooooo lagi banyak dari Najib! Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal. Fitnah selalunya berakhir dengan overkill. Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill. Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu - fitnah yang menjadi overkill. Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari. Kami yang rakyat biasa turun membela Anwar Ibrahim yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Malangnya, Anwar Ibrahim kini membenarkan fitnah yang overkill dijaja oleh penyokong-penyokongnya setiap hari, kerana kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah. Benarlah manusia ini mudah lupa. Jadi nak dengar kupasan penuh, jangan lupa tonton YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam.

Rafizi Ramli

63,874 просмотров • 7 месяцев назад

𝗗𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗥𝗢𝗦𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗡𝗦𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗥𝗠𝟲𝟳 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗚𝗔𝗡𝗧𝗜 𝗖𝗜𝗡𝗖𝗜𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67 juta kepada sebuah syarikat barang kemas mewah dari Lubnan bernama Global Royalty Trading (GRTS). GRTS dikenali sebagai pembekal barang kemas mewah kepada selebriti ternama dunia dari kalangan keluarga diraja, ahli politik, hartawan dan artis terkenal, termasuk Angelina Jolie, Naomi Campbell, Oprah Winfrey dan ramai lagi. Sejumlah 43 barang kemas mewah bernilai RM67 juta dihantar GRTS dari Beirut kepada Datin Seri Rosmah dalam tahun 2018 dahulu. Ia amalan biasa di kalangan orang ternama. Syarikat seperti GRTS menghantar barang kemas mewah untuk di semak dan seterusnya dibeli. Mana-mana yang tidak dibeli akan dipulangkan kembali. Kesemua 43 barang kemas itu tidak dipulangkan, lalu GRTS mengambil tindakan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor. Semasa perbicaraan, ada pelbagai hujah dikemukakan. Satu hujah ialah barang kemas itu telah dirampas oleh pihak polis dari condominium unit 45, Pavilion Residences - tempat wang tunai dan barang kemas milik Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah disimpan. Satu hujah lagi ialah ramai orang keluar masuk dan mengendalikan proses mengalih barang kemas itu ke Pavilion, jadi tidak dapat ditentukan apa yang terjadi kepada barang kemas itu. Walau bagaimana pun, pihak mahkamah memutuskan bahawa tanggungjawab itu tetap tanggungjawab Datin Seri Rosmah dan beliau perlu membayar kembali nilai kesemua 43 barang kemas itu yang berjumlah RM67 juta. Saya sering dituduh oleh penyokong-penyokong Umno kononnya memfitnah Datin Seri Rosmah mengenai pembelian cincin dan barang kemas mewah. Saya telah pun menunjukkan bukti barang-barang kemas mewah yang dibeli menggunakan wang SRC dan 1MDB - semua bukti, termasuk transaksi kad kredit, ada di blog saya Pilih kategori 1MDB dan ada beratus bukti dan dokumen. Tapi masih ramai yang akan terus menuduh saya memfitnah mengenai pembelian cincin dan barang kemas mewah. Pada satu ketika, saya tidak membantah pun fitnah-fitnah kononnya saya memfitnah Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah mengenai 1MDB, cincin, barang kemas mewah dan sebagainya. Biarlah fakta seperti keputusan-keputusan mahkamah berbicara. Kita hanya mampu berdoa Allah buka hati mereka menerima kebenaran.

Rafizi Ramli

43,680 просмотров • 4 месяцев назад

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗦 𝗟𝗔𝗚𝗜: 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗨 𝗥𝗠𝟭.𝟭𝗕, 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟮.𝟱𝗕, 𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 Secara rasmi, sekarang saya memegang rekod manusia paling diserang Madani dengan tuduhan-tuduhan rasuah. Bulan Februari dulu, saya mula disiasat kononnya dalam skandal penyelewengan ARM, kononnya melibatkan RM1.1 billion. Pada masa yang sama, SPRM membuka siasatan kononnya saya terlibat dalam satu lagi penyelewengan iaitu projek Khazanah membina loji solar bernilai RM2.5 billion. Hari ini, satu blog tidak bernama menyiarkan berita kononnya saya dirasuah oleh pemilik NexG, Dato’ Abu Hanifah sebanyak RM500,000 untuk melanjutkan kontrak passport NexG dalam tahun 2023. Dalam cerita ini, dimasukkan semua soal NETR, IPR, vending machine dan lain-lain; untuk menunjukkan sayalah penerima rasuah terbesar. Saya jemput orang ramai membaca siri terbaru serangan terhadap saya ini, di capaian ini: Blog ini blog hantu tanpa nama dan dari gaya cerita, jelas bertujuan memfitnah saya. Cuma, kalau orang ramai baca, dengan segala tuduhan, tidak ada satu pun yang menunjukkan perkara-perkara berikut: 1 - saya berjumpa dengan Dato’ Abu Hanifah atau sesiapa dari NexG seumur hidup saya, dari 2023 hingga sekarang 2 - saya menerima wang RM500,000 yang dituduh itu 3 - garis masa pun tidak kena, kononnya saya mengambil wang itu untuk membiayai pemilihan PKR 2025, sedangkan dalam bulan Julai 2023, semasa tuduhan saya menerima wang itu, ura-ura pemilihan PKR pun belum berlaku 4 - satu nama disebut-sebut menjadi watak utama, iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn Bhd, yang dinyatakan menerima RM500,000. Kononnya Harizan ini adalah orang yang rapat dengan saya dan mengambil wang itu bagi pihak saya Seumur hidup saya tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Harizan ini. Kali pertama saya dengar namanya ialah pada 2 Disember 2025 dalam satu pertemuan dengan Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri. Dalam pertemuan itu, beliau memberi bayangan saya ada kes rasuah yang jika keluar akan malu besar. Saya tanya dia kes yang mana atau apa buktinya? Cerita inilah yang disebut, lalu ditunjukkan konon invois bayaran dari NexG kepada saya. Saya cakap: “mana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanya” Saya juga cakap: “bayaran RM500,000 ini dan invois adalah daripada Harizan dan GFIS. Saya tak pernah kenal mereka ini.” Kalau NexG telah membayar RM500,000 kepada Harizan, GFIS atau sesiapa, maka siasatlah Harizan, GFIS hatta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Dato’ Yatimah yang disebut-sebut dalam cerita ini. Besar kemungkinan, ini cerita biasa dari Putrajaya - ada ahli perniagaan cuba cari jalan, ada scammer yang mengaku macam-macam. Bila ada yang mengkritik macam saya, watak-watak ini dibawa bersama untuk mencipta satu fitnah. Saya akan terangkan secara terperinci setiap fitnah yang cuba dibuat ini - sogokan wang, kontrak NexG, IPR dan lain-lain - dalam Podcast YBM Episod 43 hari Jumaat, 10 April ini jam 9 malam. Sementara itu, kepada yang dalam PKR yang masih ingat sedikit sebanyak perjuangan dulu; jangan lupa bahawa fitnah yang melampau la yang membawa kita menyertai PKR. Jangan sekarang, fitnah yang keterlaluan kerana terdesak menyebabkan rakyat menolak PKR dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli

47,590 просмотров • 6 месяцев назад

𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗜𝗕𝗔, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗕𝗔 Naib Presiden PKR, R Ramanan baru-baru ini buat beberapa kenyataan, berkenaan siasatan SPRM kononnya saya terlibat skandal penyelewengan bernilai RM1.1 bilion dengan ARM. Ini tahap menteri dan Naib Presiden yang PKR ada sekarang. Dengan confident, dia buat kenyataan yang saya bagi kontrak RM1.1 billion kepada kenalan saya. Dia ingat ARM ni syarikat modal berbayar RM2 jual satar ikan dari Kemaman, milik anak beranak saya ke. ARM ialah syarikat monopoli reka cipta chip dunia. Semua chip yang digunakan syarikat ternama, dari Nvidia, Apple, Samsung dan lain-lain, semua menggunakan reka bentuk chip ARM. Maksudnya mereka bayar royalti untuk menggunakan reka bentuk itu, dan bila telah dijual, mereka kena bayar sebahagian hasil lagi kepada ARM. Kenapa syarikat-syarikat terbesar dunia pun gunakan reka bentuk chip ARM? Sebab lebih 95% chip dalam peranti di dunia menggunakan teknologi ARM. Bila Ramanan buat tuduhan saya bagi kontrak RM1.1 billion kepada kenalan saya, ia hanya ada 2 kemungkinan: Pertama - dia ingat ARM itu adalah singkatan kepada Anak Ramli & Menantu enterprise, sebuah syarikat bermodal RM2 dari Kemaman yang dimiliki anak beranak saya. Jadi bila perjanjian dengan ARM berjumlah RM1.1 billion dimeterai, maksudnya saya bagi kontrak RM1.1 billion kepada Anak Ramli & Menantu, atau ARM. Kena jawab ni, seperti kata Ramanah. Kemungkinan kedua - dia memang kurang cerdik. Dia tak faham pun pasal industri chip dunia. Dia tak pernah tahu kewujudan ARM. Dia tidak faham bahawa dasar Visi Semikonduktor negara memerlukan kita membeli harta intelek dalam bentuk reka bentuk chip supaya syarikat-syarikat Malaysia boleh mula memasuki industri frontend reka bentuk chip. Saya rasa, mengenali Ramanan yang hebat dan berjaya memaut hati Dato’ Seri Anwar Ibrahim sampai PMX ni macam terpukau dengan Ramanan, kedua-dua kemungkinan itu berlaku serentak. Memang dia tak cerdik dan tak tahu pasal industri chip & semikonduktor. Dan memang dia ingat ARM itu adalah Anak Ramli & Menantu enterprise dari Kemaman. Saya dituduh memperdaya kerajaan sehingga kerajaan tergesa-gesa menandatangani perjanjian RM1.1 billion yang kononnya merugikan negara. Jenayahnya adalah kononnya memperdaya. Ramanan sepatutnya tidak buka mulut mengenai isu ARM yang kononnya saya memperdaya kerajaan. Sebab dia ada rekod mahkamah atas tuduhan memperdaya, atau scamming. Pada 2014, Ramanan diarah Mahkamah Tinggi supaya memulangkan RM5.5 juta kepada doktor sakit jiwa, Tan Sri Dr M Mahadevan. Memetik laporan The Sun Daily, Ramanan didakwa telah menyebabkan Mahadevan percaya bahawa beliau boleh membantu mendapatkan bayaran tertunggak berjumlah RM26.5 juta daripada Kementerian Pertahanan. Menurut portal itu lagi, Mahadevan mendakwa Ramanan telah memperdayanya supaya membayar sejumlah RM5.5 juta bagi tujuan itu. Selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, mendiang Karpal Singh telah mendesak supaya Ramanan, yang pada ketika itu baru dilantik sebagai bendahari MIC, didakwa atas tuduhan jenayah kerana menipu. Selepas kes mahkamah tahun 2014 itu, MIC pun tidak lagi mahukan Ramanan. Sebab itu, dengan rekod yang beliau ada di luar PKR dan amalan politik beliau di dalam PKR, saya berkali-kali berselisih faham dengan Dato’ Seri Anwar mengenai Ramanan. Saya tidak bersetuju PKR mengutip seorang yang terpalit dengan tuduhan yang telah diputuskan di mahkamah kerana menipu. Saya tidak bersetuju dengan layanan istimewa yang diberikan Dato’ Seri Anwar kepada Ramanan - diberikan kerusi selamat Sungai Buloh, kemudian sebagai Timbalan Menteri dan dalam tempoh yang singkat menteri penuh. Yang ada rekod mahkamah atas kesalahan memperdaya atau scamming melibatkan sejumlah wang ini adalah Ramanan, bukannya saya. Jadi sepatutnya Ramanan yang perlu beri penjelasan, bukannya saya. Patut Ramanan tumpu saja ampu PMX, jangan campur perkara-perkara yang dia tidak faham.

Rafizi Ramli

59,993 просмотров • 7 месяцев назад

𝗠𝗥 𝗥 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 ….. Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat. Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang. Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R. Sebelum itu, kita recap. Ada 2 isu berbeza: Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG. Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash. Satu lagi isu ialah mengenai Mr R. Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R? Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini. Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu: 18 Oktober: Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini. 18 Oktober: Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya. 20 Oktober: Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan “boss” Mr R, dan supaya “boss” Mr R campur tangan. 21 Oktober: Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan. 21 Oktober: Seorang lagi pemegang saham NexG bernama “Tan Sri” diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit. Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan. 22 Oktober: Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash. 29 Oktober: Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu. 3 Nov: Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada “boss”nya. Mesejnya berbunyi: “So total shares passed to Boss is 421 mil, right?” 5 Nov: Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi: “I have given everything and yet you all still want to kill me.” 7 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku. 7 Nov: Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi: “We have to deliver the shares minus the encumbrances… by next week bro” “Or else you and I sure will kena” 18 Nov: Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG. Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG. Mr R turut hadir dalam pertemuan itu. 20 Nov: Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG. 27 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin yang “boss”nya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku. Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu. Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini. Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R? 1 - Mr R ialah operator kepada boss nya 2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan 3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R. Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben). Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham: 1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024 2 - Juga Penasihat Korporat NexG 3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini. Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu. Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam. Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada “boss” nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa. Jadi siapa boss Ruben? Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut: 1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham 2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan 3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG 4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025. Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya. Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash. Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG. Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon. Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.

Rafizi Ramli

120,481 просмотров • 6 месяцев назад

Bulan lepas Invest Malaysia KL 2023 Special Series anjuran Bursa Malaysia dengan kerjasama CLSA dan Maybank telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) Fasa 1 di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur. Pelancaran NETR bakal memacu ekonomi negara dengan menjana pelaburan melebihi RM25 Billion, mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dan mengurangkan 10,000 gigagram pelepasan karbon dioksida setahun. Hasil daripada MOU yang telah dimeterai antara UEM Group Berhad, anak Syarikat penuh Khazanah Nasional Berhad, dan ITRAMAS Corportation Sdn. Bhd akan melaksanakan sebuah projek loji janakuasa solar pv hybrid 1 gigawatt bersepadu beserta taman perindustrian TBB yang dianggarkan mempunyai kapasiti terpasang TBB yang terbesar di Asia Tenggara. Ini juga akan melibatkan pelaburan sejumlah RM6 billion oleh pelabur-pelabur terkemuka antarabangsa untuk dibangunkan. Pelbagai projek berimpak tinggi lain akan dilaksanakan di bawah NETR bagi menjayakan usaha peralihan tenaga, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju peralihan tenaga di Asia Tenggara. Malaysia sedar akan kepentingan langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. Oleh itu, Malaysia memilih untuk beralih kepada tenaga boleh baharu (TBB) yang lebih bersih, mudah didapati dan berpatutan. Kerajaan juga mengumumkan sasaran campuran kapasiti TBB meningkat daripada 40% pada 2035 kepada 75% menjelang 2050. Sehubungan itu, kapasiti TBB akan dipertingkatkan lagi dan larangan import sedia ada bagi pembaharuan telah ditarik balik untuk memudahkan perdagangan merentas sempadan. Kerajaan juga sedang membangunkan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT-LEDS) untuk menggariskan dasar dan tindakannya bagi pengurangan GHG dalam sektor ekonomi utama, termasuk tenaga. Ini akan mengukuhkan lagi komitmen Malaysia untuk mengurangkan 45% intensiti karbon berbanding KDNK menjelang 2030.

Rafizi Ramli

705,146 просмотров • 3 лет назад

"Dah Kena Viral Baru Mengelabah" - Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan elektrik selama 13 tahun menerima kritikan ramai netizen di media sosial. Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana sebuah keluarga boleh menunggu begitu lama untuk mendapatkan kemudahan asas, sebelum isu tersebut menjadi perhatian umum selepas rombongan diraja berhenti mendengar sendiri keluhan mereka. “13 tahun weyyy.. bukan 13 hari dema tu mohon. Apa lagi alasan TNB? Aku tak boleh bayang macam mana kehidupan family tu tanpa elektrik selama 13 tahun,” tulis pengguna Facebook, Harryeliawanie Hasimi. Seorang lagi netizen, Hazril Md Isa pula menyindir, “Bayangkan kalau Tuanku tak berhenti hari tu, sampai ke sudah tak ada elektrik.” Nada sama turut disuarakan Wan Mazlan Wan Harun yang mendakwa tindakan pantas hanya berlaku selepas isu itu tular. “Dah kena viral baru menggelabah wahai TNB. 13 tahun duk buat apa tu,” katanya. Mohammad Khairul Azhan pula mendakwa penjelasan TNB dilihat seperti cubaan 'damage control' “Tak payahlah nak damage control sangat. Bayangkan kalau Sultan tak campur tangan? Tahun 2039 belum tentu lagi dapat bekalan,” katanya sinis. Sementara itu, Fatihah Jamaluddin meluahkan rasa simpati terhadap keluarga terbabit. “Ini 13 tahun weh. Macam mana lah mereka nak hidup,” katanya. TNB dalam satu kenyataan di media sosial semalam memaklumkan permohonan berkaitan penyambungan bekalan elektrik di Kuala Sat, Jerantut diterima melalui kontraktor pada hujung Disember 2025. Menurut TNB, pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkaitan pada Januari 2026 bagi membolehkan kerja-kerja penanaman tiang dilaksanakan, namun ia tertakluk kepada pelbagai kelulusan termasuk aspek teknikal, keselamatan dan status tanah. TNB berkata kebenaran meneruskan kerja-kerja hanya diperoleh pada 17 Mei 2026, sebelum kerja penanaman tiang dimulakan pada 20 Mei lalu dan penyambungan bekalan disasarkan bermula 24 Mei ini. Terdahulu, Mynewshub melaporkan selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di Pahang nekad berdiri di tepi jalan sambil memegang plakad meminta bantuan ketika rombongan diraja melalui kawasan mereka. Tindakan penuh harapan itu membuahkan hasil apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kenderaan baginda berhenti bagi mengetahui masalah yang dihadapi keluarga terbabit. - MYNEWSHUB Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial TNB CareLine

MYNEWSHUB

21,850 просмотров • 4 месяцев назад

UNTUK RAKYAT MALAYSIA SITUASI TERKINI RUSUHAN BESAR BESARAN DI UK Berlaku pertarungan protes antara penunjuk perasaan anti imigran, Islam dan minoriti menentang penunjuk perasaan anti perkauman di sana. Namun lebih ramai orang menyertai tunjuk perasaan anti perkauman membolehkan keganasan dikurangkan dibantu dengan usaha Pasukan Keselamatan UK Pihak Polis UK menyatakan terdapat 100 protes yang dirancang sepanjang semalam hingga ke hari ini. Lebih 70 daripada yang dijangkakan melibatkan 41 daripada 43 Pasukan Polis di UK Seorang lelaki ditahan kerana membawa pedang ke protes anti Islam, minoriti dan pelarian ketika ini di Birmingham. Dia berusia 46 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Birmingham. Pegawai Menteri Dalam Negeri, Jess Philips menyatakan lelaki ini sebenarnya adalah penunjuk perasaan anti perkauman yang menentang anti imigran sebenarnya. Dia memakai topeng dan membawa bendera Palestin Pihak Berkuasa UK mengesyaki bahawa ada negara luar yang menggunakan akaun bot untuk menyebarkan sentimen anti imigran menerusi tanda pagar(Hashtag) yang menyebabkan berlaku protes di seluruh UK lapor Bloomberg Pengarah Pendakwa Raya Awam menyatakan terdapat 1 kes berkaitan keganasan dicatatkan dan sedang dinilai susulan huru Hara di UK ketika ini. Speaker Dewan Umum UK meminta semua ahli Parlimen berada di rumah dan bekerja di sana susulan situasi ketika ini. Istana Buckingham meminta laporan langsung dari Pejabat PM dan Pasukan Keselamatan UK susulan rusuhan ketika ini Telegram bertindak mengalih keluar semua mesej dan kumpulan yang menyebarkan hasutan untuk melaksanakan protes atau menyertai protes anti imigran, Islam dan minoriti ketika ini Kerajaan UK meminta agar semua persatuan bola sepak dan kelab kelab bola sepak agar membantu menyebarkan berita dan mesej supaya tidak menyertai protes ini Protes semalam tertumpu di Brighton, Bristol, Portsmouth dan Walthamstow Sekitar 10,000 orang berkumpul di Walthamstow (Gambar No 4) Di Bristol. Satu tangkapan disahkan kerana batu bata dibaling ke arah kereta polis. Di Portsmouth. Penunjuk perasaan bertindak menghalang laluan di lebuhraya Video pertama memaparkan Polis menahan penunjuk perasaan anti Imigran dan dibawa menaiki van bagi mengelak diserang penunjuk perasaan anti perkauman di Brighton (Video Pertama) Di London. 8 penunjuk perasaan ditahan kerana menyerang pegawai perkhidmatan kecemasan. Polis Metropolitan London berusaha menyuraikan penunjuk perasaan (Video Kedua) Video Ketiga memaparkan penunjuk perasaan berkumpul di Blackpool

Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴

453,156 просмотров • 2 лет назад

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝟭𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗡𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 Penstrukturan kewangan Tabung Haji yang diluluskan kerajaan pada akhir 2018 bergantung kepada kemampuan dan kepatuhan Kerajaan Malaysia melunaskan komitmen kewangan kepada Tabung Haji apabila sampai tarikh matang. Konsep kewangan untuk menyelamatkan Tabung Haji adalah seperti berikut: i. Kerajaan Persekutuan, melalui sebuah syarikat milik penuh kerajaan bernama Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar; ii. Sebagai ganti, UJSB menerbitkan dua siri sukuk (kertas hutang) kepada Tabung Haji; iii. Pada tarikh matang iaitu 2026 dan 2029, Kerajaan Persekutuan membayar kembali Tabung Haji untuk menggantikan kertas hutang itu sama ada dengan tunai atau aset pada nilai yang telah dipulihkan. Perkara-perkara ini menjadi tumpuan dalam laporan RCI Tabung Haji di muka surat 107 hingga 137. Antara lain, laporan RCI memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: a) Langkah memindahkan aset-aset bermasalah Tabung Haji dan menggantikannya dengan satu instrumen sukuk (atas kertas, tanpa aliran tunai) adalah satu langkah sementara, semata-mata untuk membolehkan rizab Tabung Haji menjadi positif dan boleh terus membayar hibah (keuntungan); b) Kerajaan perlu membuat peruntukan dari belanjawan tahunan untuk memastikan komitmen kerajaan itu dilunaskan bila tiba masanya, iaitu tahun 2026 dan 2029; c) Aset atas kertas, melalui instrumen sukuk, menyebabkan aset dan pendapatan tahunan Tabung Haji (yang diakru dari sukuk) nampak lebih baik, tetapi ia tetap bergantung kepada sama ada wang atau aset yang setara disuntik kembali untuk menggantikan aset atas kertas ini apabila sampai tempoh matang. Ketiga-tiga kerajaan (PH, PN dan PH-BN) telah meluluskan peruntukan bagi tujuan melunaskan sukuk sejak tahun 2019. Semasa PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, pada 5 April 2019, kerajaan meluluskan peruntukan sekurangnya-kurangnya RM17.8 bilion bagi menampung kekurangan penebusan sukuk UJSB. Perkara ini disambung di dalam RMK12 (di bawah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya percaya di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam RMK13. Walau bagaimana pun, komitmen kewangan untuk memulihkan Tabung Haji mengikut pelan pemulihan di bawah UJSB ini nampaknya tidak dipatuhi. Setakat ini, hanya RM500 juta dibayar kepada Tabung Haji untuk menebus sukuk UJSB itu (seperti penemuan Suruhanjaya Diraja). Pada tahun 2021, di bawah Perikatan Nasional, jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM1.5 bilion tidak dibayar kepada Tabung Haji, atas alasan wang diperlukan untuk pemulihan ekonomi akibat Covid19. Kita semua sedia maklum berbilion ringgit diperuntukkan untuk projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kemudiannya disiasat akibat amalan rasuah, sedangkan peruntukan itu sebahagiannya telah diberi komitmen kepada Tabung Haji. Terkini, di bawah pentadbiran Madani, sekali lagi kerajaan tidak membayar sepenuhnya komitmen kewangan yang dipersetujui untuk memulihkan Tabung Haji. Sukuk UJSB Siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026. Sewajarnya, kerajaan melunaskan komitmen untuk menebus sepenuhnya sejumlah RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji, sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilai. Ini akan menggantikan sejumlah RM12.5 bilion aset Tabung Haji dari aset atas kertas yang tiada aliran tunai (sukuk UJSB) kepada aset yang ada aliran tunai dan cair (wang, saham, hartanah dan seumpamanya). Walau bagaimana pun, dari jumlah RM12.5 bilion yang perlu dilunaskan, hanya RM965 juta adalah dalam bentuk hartanah (iaitu sebidang tanah di TRX dan tanah-tanah ladang di Sarawak). Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baru, yang akan matang dalam tempoh sepuluh tahun (iaitu kerajaan perlu membayar Tabung Haji RM11.5 bilion dalam 2036). Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026. Oleh itu, sewajarnya perbahasan Parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan ke mana wang berbilion yang diperuntukkan selama ini untuk memulihkan Tabung Haji telah pergi? Sekiranya kerajaan sekarang dan selepas ini terus menangguhkan komitmen melunaskan sukuk UJSB ke masa akan datang (dengan terus menggantikan satu kertas hutang kepada kertas hutang yang baru), Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kecairan aset dan aliran tunai di masa akan datang. 10 𝘖𝘨𝘰𝘴 2026 Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

Rafizi Ramli

25,545 просмотров • 1 месяц назад

Penjenayah warga Afrika mati ditembak polis: 10 lagi ahli kumpulan samun diburu Subang Jaya: Suspek warga Afrika yang ditembak mati dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta. Kumpulan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 lelaki warga Afrika lengkap bersenjata serta menyasarkan mangsa melalui urus niaga yang palsu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan berkenaan ditembak mati selepas berbalas tembakan di Jalan PJS 9/1, di sini, hari ini. Menurutnya, kejadian kira-kira 7 petang itu turut menyebabkan dua butir peluru yang ditembak suspek lelaki berusia lewat 30-an terkena pada kenderaan polis. "Kumpulan ini ada senjata api dan berisiko tinggi. Kita jumpa sepucuk pistol jenis Revolver dan suspek melepaskan lima butir peluru ke arah polis tapi tiada yang kena pada anggota terbabit. "Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. Beliau berkata, risikan terhadap kumpulan berkenaan dilakukan Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dikordinasikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Katanya, pihaknya masih mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas. "Modus operandi ialah mereka interaksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing. "Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya," katanya. Katanya, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. Disiarkan pada: Ogos 20, 2024 @ 11:28pm Hafidzul Hilmi Mohd Noor [email protected] Artikel ➡️ Harian Metro

MYNEWSHUB

411,365 просмотров • 2 лет назад