ะ—ะฐะณั€ัƒะทะบะฐ ะฒะธะดะตะพ...

ะะต ัƒะดะฐะปะพััŒ ะทะฐะณั€ัƒะทะธั‚ัŒ ะฒะธะดะตะพ

ะะฐ ะณะปะฐะฒะฝัƒัŽ

10 ๐˜๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช 2026 ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” Hari ini, media antarabangsa Bloomberg telah menyiarkan satu laporan mengenai pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang secara terang-terangan melanggar peraturan kerajaan berhubung pemilikan saham oleh seorang pegawai tinggi penjawat...

rafiziramli's profile picture

Rafizi Ramli

794,688 subscribers

74,579 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด โ€ขvia X (Twitter)

ะšะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ: 0

ะะตั‚ ะดะพัั‚ัƒะฟะฝั‹ั… ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะตะฒ

ะ—ะดะตััŒ ะฟะพัะฒัั‚ัั ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ ะธะท ะพั€ะธะณะธะฝะฐะปัŒะฝะพะณะพ ะฟะพัั‚ะฐ

ะŸะพั…ะพะถะธะต ะฒะธะดะตะพ

๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—ข๐——๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฅ? Saya terduduk baca penerangan Tan Sri Azam Baki mengenai kontroversi pemilikan saham beliau yang melanggar peraturan. Media melaporkan salah satu alasan beliau, iaitu: โ€œ โ€ฆAzam menjelaskan pembelian saham terdahulu tidak melibatkan modal berbayar, sebaliknya dibuat melalui pasaran terbukaโ€ฆ.โ€ seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini. Saya tak pasti yang mana satu ni: - Sama ada Tan Sri Azam Baki tidak faham peraturan penjawat awam seperti di dalam Pekeliling Perkidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 yang menghadkan pemilikan saham kepada maksima RM100,000 - Sama ada beliau tidak faham konsep saham - Sama ada beliau terkeliru dengan saham dan modal berbayar Peraturan penjawat awam itu jelas. Penjawat awam tidak boleh memiliki saham melebihi RM100,000 dalam mana-mana syarikat. Sebabnya masuk akal. Kalau penjawat awam ada saham yang besar dalam sesuatu syarikat, timbul persoalan dari mana dia dapat wang untuk membeli saham-saham itu dengan gaji penjawat awam. Lebih berbahaya lagi, timbul pertembungan kepentingan atau conflict of interest kerana ada keputusan-keputusan awam atau penguatkuasaan yang boleh dipengaruhi oleh kepentingannya di dalam syarikat atau industri tertentu. Cuma yang saya tak leh brain ni macam mana seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang mengendalikan siasatan dan pendakwaan kes-kes kolar putih yang melibatkan traksasi saham dan kewangan kompleks, seolah-olah terkeliru mengenai maksud saham. Bila beliau sebut pembelian saham-saham itu dari pasaran terbuka dan tidak melibatkan modal berbayar, ia memberi gambaran yang pada pemahaman beliau, beli saham syarikat senaraian awam di pasaran terbuka itu bukan modal berbayar. Apa-apa saham itu modal berbayar la Tan Sri! Bagi syarikat sendirian berhad, syarikat menerbitkan saham kepada rakan-rakan kongsi yang memegang saham. Bila rakan kongsi beli saham, itu bermakna mereka suntik modal berbayar ke dalam syarikat sendirian berhad itu. Bagi syarikat yang lebih besar, mereka dibenarkan menerbitkan saham untuk mengumpul modal berbayar di pasaran terbuka iaitu Bursa Kuala Lumpur. Bila Tan Sri Azam Baki beli saham syarikat-syarikat senaraian awam ini melalui pasaran terbuka, maknanya dia memiliki sebahagian syarikat-syarikat ini dan sahamnya itu telah menjadi modal berbayar syarikat-syarikat ini. Takkan itu pun tak paham Tan Sri? Mungkin lebih baik Tan Sri Azam Baki bercuti dahulu untuk pergi balik ke kelas dan memahami mengenai saham. Bimbang saya macam mana Tan Sri nak mengemudi SPRM yang kena siasat pasal macam-macam salahlaku yang melibatkan saham ni.

Rafizi Ramli

33,129 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—ฅ ๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› โ€ฆ.. Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat. Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang. Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R. Sebelum itu, kita recap. Ada 2 isu berbeza: Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG. Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash. Satu lagi isu ialah mengenai Mr R. Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R? Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini. Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu: 18 Oktober: Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini. 18 Oktober: Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya. 20 Oktober: Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan โ€œbossโ€ Mr R, dan supaya โ€œbossโ€ Mr R campur tangan. 21 Oktober: Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan. 21 Oktober: Seorang lagi pemegang saham NexG bernama โ€œTan Sriโ€ diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit. Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan. 22 Oktober: Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash. 29 Oktober: Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu. 3 Nov: Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada โ€œbossโ€nya. Mesejnya berbunyi: โ€œSo total shares passed to Boss is 421 mil, right?โ€ 5 Nov: Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi: โ€œI have given everything and yet you all still want to kill me.โ€ 7 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku. 7 Nov: Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi: โ€œWe have to deliver the shares minus the encumbrancesโ€ฆ by next week broโ€ โ€œOr else you and I sure will kenaโ€ 18 Nov: Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG. Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG. Mr R turut hadir dalam pertemuan itu. 20 Nov: Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG. 27 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin yang โ€œbossโ€nya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku. Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu. Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini. Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R? 1 - Mr R ialah operator kepada boss nya 2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan 3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R. Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben). Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham: 1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024 2 - Juga Penasihat Korporat NexG 3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini. Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu. Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam. Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada โ€œbossโ€ nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa. Jadi siapa boss Ruben? Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut: 1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham 2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan 3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG 4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025. Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya. Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash. Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG. Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon. Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.

Rafizi Ramli

120,410 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tegas Sedia Disiasat, Tiada Siapa Kebal Undang-Undang KUALA LUMPUR โ€“ Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan beliau bersedia untuk disiasat secara bebas dan telus berhubung dakwaan berkaitan pemilikan saham yang kini menjadi perhatian umum. Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik menerusi akaun media sosial rasmi SPRM, beliau menekankan bahawa sebagai seorang penjawat awam dan ketua agensi penguatkuasaan, beliau percaya mana-mana individu yang berhadapan dakwaan sewajarnya bersikap terbuka serta bersedia untuk disiasat secara adil. โ€œSaya ingin menegaskan bahawa saya terbuka sepenuhnya untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi meneliti secara khusus perkara berkaitan pemilikan saham saya,โ€ katanya hari ini. Menurut beliau, semua pengisytiharan kewangan dan harta telah dibuat selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta melalui saluran rasmi yang ditetapkan. Azam turut mengalu-alukan sebarang proses yang telus, bebas dan objektif bagi menentukan fakta berasaskan bukti serta mengikut prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang. Beliau menegaskan prinsip akauntabiliti perlu terpakai kepada semua tanpa pengecualian dan tidak boleh bersifat terpilih atau bermusim. โ€œTiada siapa berada di atas undang-undang, dan tiada siapa juga yang harus dihukum melalui persepsi atau naratif media semata-mata,โ€ tegasnya. Tambah beliau, sepanjang perkhidmatannya, beliau kekal komited terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keyakinan rakyat terhadap SPRM sebagai sebuah institusi terus terpelihara. Azam juga memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana mekanisme yang sah dan ditubuhkan secara wajar bagi meneliti perkara tersebut. Beliau menyatakan keyakinan bahawa kebenaran akan dapat ditegakkan melalui suatu proses yang adil dan bebas. -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

10,342 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—ฅ ๐—ฅ? ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐——๐—จ๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—ฅ๐— ๐Ÿต.๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ง๐—”? ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Petang tadi, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh memanggil satu sidang media. Ia ekoran spekulasi yang timbul setelah Victor Chin, salah seorang yang dinamakan di dalam laporan Bloomberg mengenai mafia korporat, mendakwa dia telah membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR untuk menyelesaikan kes itu. Sidang media itu lebih kurang 25 minit. 10 minit mengenai Victor Chin, yang selebihnya Ramanan maki saya. Antara lain, dia tuduh: 1 - Saya menggerakkan cyber trooper untuk mengaitkannya sebagai Mr R yang dirujuk oleh Victor Chin 2 - Saya seorang menteri yang gagal dan penakut Kalau nak tahu siapa Mr R, jangan skip content. Tunggu sampai habis sebab saya akan tunjukkan siapa Mr R. Kita mula dengan latar belakang drama politik terbaru ini. Semalam, 24 Mac, Victor Chin menghantar satu dokumen 40 mukasurat dan dokumen-dokumen sokongan. Dokumen itu memperincikan secara kronologi bagaimana krisis perebutan NexG bermula, nama-nama yang terlibat dan dakwaannya tentang bagaimana institusi penguatkuasaan iaitu PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah disalahgunakan untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dipanggil mafia korporat. Media tidak melaporkan secara terperinci apa yang didakwa, sebaliknya memberikan tumpuan kepada 2 isu: 1 - Seorang yang bernama Mr R yang sentiasa berhubung dengan Victor Chin bagi pihak โ€œbossโ€ nya di pihak mafia korporat, yang mengikut Victor Chin, menggunakan agensi penguatkuasa untuk menekan pemegang saham 2 - Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR dalam bulan Oktober 2025 kerana Ahli Parlimen itu berjanji boleh โ€œkawtimโ€ dan menyelesaikan masalahnya yang ditekan agensi penguatkuasa, termasuk akaun-akaun bank dan saham yang dibekukan Walau bagaimana pun, oleh kerana netizen tidak ada akses kepada dokumen 40 muka surat itu, ramai yang terkeliru bahawa Mr R itulah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima rasuah RM9.5 juta dari Victor Chin. Ada beberapa orang ahli parlimen PKR yang namanya bermula dengan R. Saya sendiri, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan sudah tentu Ramanan. Saya dan YB Rodziah hanya tweet secara berseloroh yang R itu bukan kami. Ramanan memangil sidang media terus dan kita lihat sendiri emosinya dalam sidang media, semua perkataan keluar - syaitan, fail, coward, Eskimo pun keluar. Padahal Mr R tidak pun merujuk kepada mana-mana ahli parlimen PKR kerana ia dua perkara yang berbeza. Saya boleh namakan terus siapa Mr R berdasarkan maklumat yang didakwa oleh Victor Chin, tapi tunggu di hujung video. Sebab bagi saya isu yang sama besar ialah dakwaan Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat ini bagi pihaknya. Bila ia telah dilaporkan, netizen akan berteka-teka. Sebab itu saya dan YB Rodziah awal-awal lagi menafikan. Tetapi netizen pun pandai buat siasatan ala CSI mereka sendiri. Untuk Victor Chin yakin dan membayar sehingga RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat ini kepadanya , ahli parlimen PKR ini mestilah memenuhi ciri-ciri berikut: Pertama, seorang yang kanan dalam PKR dan mempunyai pengaruh besar, akses terus kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kedua, dia mestilah rapat dan tidak bermusuh dengan Farhash, kerana Victor Chin mendakwa perebutan NexG itu melibatkan dia dan pemegang saham NexG sedia ada di satu pihak, dan satu kumpulan lawan yang melibatkan Farhash. Kalau ahli parlimen itu ada pengaruh untuk berunding dan menamatkan perebutan NexG ini, dia mestilah rapat dengan Farhash. Saya dan YB Rodziah, kedua-dua kami jauh panggang dari api ada dua ciri-ciri ini. Dalam PKR, semua orang boleh bersetuju yang ada ciri-ciri itu, dari kalangan ahli parlimen, adalah Ramanan. Tambah pula Ramanan pernah ada kes di Mahkamah Tinggi dalam tahun 2015 dahulu, yang dia diarahkan membayar balik RM5.5 juta kepada seorang pakar sakit jiwa untuk kawtim dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapat bayaran dari kerajaan. Kes tidak serupa, tapi reputasi kawtim itu telah lekat dengan sesetengah netizen. Terpulanglah kepada Ramanan dan PKR kalau dia masih mahu memaki hamun saya kononnya saya yang mengaitkan beliau dengan dakwaan Victor Chin itu. Sebenarnya dialah yang perlu meyakinkan netizen dan rakyat, bahawa di sebalik rekod mahkamah yang dia ada, dan kerjaya politiknya yang dibina dengan cepat disebabkan rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan Farhash, dia bukan ahli parlimen yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Victor Chin. Jadi siapa sebenarnya yang menerima rasuah dari kalangan ahli parlimen PKR ini? Bagi saya, mudah sahaja kerana ini hakikatnya - wang RM9.5 juta itu diberikan secara tunai. Si pelaku yang menerima rasuah itu mungkin boleh mendabik dada dan menafikan terlibat kerana yakin Victor Chin tidak ada bukti. Lagi-lagi, dia juga yakin tidak ada bukti kerana bukan dia sendiri yang sendiri yang mengambil duit tunai itu. Dia juga boleh memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah berjumpa Victor Chin. Tetapi kalau Victor Chin berani memberi ultimatum terbuka agar wang RM9.5 juta itu dipulangkan semula sebelum 30 Mac, jika tidak dia akan menamakan ahli parlimen itu, ia bermakna Victor Chin sudah simpan bukti. Bila berhubung dengan Victor Chin di telefon, percakapan itu mungkin direkod. Bila orang yang dipercayai ahli parlimen itu mengambil duit tersebut, bukti video dan gambar juga telah ada. Kalau tidak, Victor Chin tidak berani buat ultimatum sebegitu. Jadi kes ini akan hanya ada 2 pengakhiran - sama ada 30 Mac ini ahli parlimen itu dinamakan secara terbuka, atau ia mati begitu sahaja. Kalau mati begitu sahaja, kita tahu bahawa ahli parlimen itu telah memulangkan RM9.5 juta itu dengan membayar hutang Victor Chin kepada ah long, sebab Victor Chin ambil wang itu dari ah long untuk dibayar. Siapa yang ada kemampuan mencari RM9.5 juta dalam tempoh 5 hari? Kita tunggu la selepas ini. Saya dah jelaskan mengenai RM9.5 juta, seterusnya kepada teka teki nasional - siapa Mr R? Ha3 ingat ahli politik lain saja yang boleh scam orang, saya pun boleh juga. Cuma saya tak scam duit la. Saya scam content saja. Esok saya dedahkan siapa Mr R sebab saya masih dalam mood raya, kena balik beraya jap.

Rafizi Ramli

58,570 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ข๐—ข๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ฃ๐—›! ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—›๐—”๐— ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ, ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ Negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg. Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap. Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Ini reaksi beliau (tonton di video). Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri: โ€œOrang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga.โ€ โ€œBaca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masingโ€ Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada. Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX. Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM. Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga. Dua-dua jawapan ke laut. Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Datoโ€™ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau. Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman. Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan. Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang. Jawapan kedua โ€œnak suruh ambil perasuah jagaโ€. Tak de siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau. PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah. Apa punya konar macam ni. Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah. Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah. Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM.

Rafizi Ramli

76,609 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ: ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—จ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ.๐Ÿญ๐—•, ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ.๐Ÿฑ๐—•, ๐—–๐—จ๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ Secara rasmi, sekarang saya memegang rekod manusia paling diserang Madani dengan tuduhan-tuduhan rasuah. Bulan Februari dulu, saya mula disiasat kononnya dalam skandal penyelewengan ARM, kononnya melibatkan RM1.1 billion. Pada masa yang sama, SPRM membuka siasatan kononnya saya terlibat dalam satu lagi penyelewengan iaitu projek Khazanah membina loji solar bernilai RM2.5 billion. Hari ini, satu blog tidak bernama menyiarkan berita kononnya saya dirasuah oleh pemilik NexG, Datoโ€™ Abu Hanifah sebanyak RM500,000 untuk melanjutkan kontrak passport NexG dalam tahun 2023. Dalam cerita ini, dimasukkan semua soal NETR, IPR, vending machine dan lain-lain; untuk menunjukkan sayalah penerima rasuah terbesar. Saya jemput orang ramai membaca siri terbaru serangan terhadap saya ini, di capaian ini: Blog ini blog hantu tanpa nama dan dari gaya cerita, jelas bertujuan memfitnah saya. Cuma, kalau orang ramai baca, dengan segala tuduhan, tidak ada satu pun yang menunjukkan perkara-perkara berikut: 1 - saya berjumpa dengan Datoโ€™ Abu Hanifah atau sesiapa dari NexG seumur hidup saya, dari 2023 hingga sekarang 2 - saya menerima wang RM500,000 yang dituduh itu 3 - garis masa pun tidak kena, kononnya saya mengambil wang itu untuk membiayai pemilihan PKR 2025, sedangkan dalam bulan Julai 2023, semasa tuduhan saya menerima wang itu, ura-ura pemilihan PKR pun belum berlaku 4 - satu nama disebut-sebut menjadi watak utama, iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn Bhd, yang dinyatakan menerima RM500,000. Kononnya Harizan ini adalah orang yang rapat dengan saya dan mengambil wang itu bagi pihak saya Seumur hidup saya tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Harizan ini. Kali pertama saya dengar namanya ialah pada 2 Disember 2025 dalam satu pertemuan dengan Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri. Dalam pertemuan itu, beliau memberi bayangan saya ada kes rasuah yang jika keluar akan malu besar. Saya tanya dia kes yang mana atau apa buktinya? Cerita inilah yang disebut, lalu ditunjukkan konon invois bayaran dari NexG kepada saya. Saya cakap: โ€œmana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanyaโ€ Saya juga cakap: โ€œbayaran RM500,000 ini dan invois adalah daripada Harizan dan GFIS. Saya tak pernah kenal mereka ini.โ€ Kalau NexG telah membayar RM500,000 kepada Harizan, GFIS atau sesiapa, maka siasatlah Harizan, GFIS hatta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datoโ€™ Yatimah yang disebut-sebut dalam cerita ini. Besar kemungkinan, ini cerita biasa dari Putrajaya - ada ahli perniagaan cuba cari jalan, ada scammer yang mengaku macam-macam. Bila ada yang mengkritik macam saya, watak-watak ini dibawa bersama untuk mencipta satu fitnah. Saya akan terangkan secara terperinci setiap fitnah yang cuba dibuat ini - sogokan wang, kontrak NexG, IPR dan lain-lain - dalam Podcast YBM Episod 43 hari Jumaat, 10 April ini jam 9 malam. Sementara itu, kepada yang dalam PKR yang masih ingat sedikit sebanyak perjuangan dulu; jangan lupa bahawa fitnah yang melampau la yang membawa kita menyertai PKR. Jangan sekarang, fitnah yang keterlaluan kerana terdesak menyebabkan rakyat menolak PKR dan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli

47,427 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— , ๐—ฆ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengeluarkan kenyataan jam 10 malam hari Ahad. Jarang jabatan kerajaan keluarkan kenyataan masa orang nak tidur hari Ahad ni. Kenyataan berbunyi: โ€œSPRM Nafi Tuduhan Tidak Berasas Berkaitan Siasatan Pemilihan PKR 2025โ€ Ia bersabit perkongsian saya bagaimana seorang calon pemilihan PKR disiasat SPRM di kemuncak pemilihan PKR; dan perbualan saya dengan YAB Perdana Menteri mengenai perkara itu. Kenyataan SPRM itu, sementara tajuknya menafikan dan katanya ia tuduhan tidak berasas, pada masa yang sama mengesahkan beberapa perkara: Pertama - memang betul seorang calon pemilihan PKR disiasat dan rumahnya didatangi pegawai SPRM. Kedua - memang betul dia dilepaskan tanpa ada sebarang pertuduhan. Ini yang disahkan secara terang-terangan. Namun, ada juga perkara yang disahkan apabila kenyataan SPRM mengelak dari memberi maklumat-maklumat lain yang penting untuk memahami kejadian itu. Contohnya: Pertama - apabila SPRM tidak menyatakan bilakah perkara itu berlaku, kerana tarikh kejadian itu berlaku mengesahkan garis masa kejadian, iaitu semasa kemuncak pemilihan PKR April dan Mei yang lalu. Kedua - apabila SPRM tidak menyatakan tuduhan yang disiasat, iaitu pembelian sebuah flat kos rendah yang lelong pada harga murah yang sememangnya perlu dibayar tunai. Sudah tentu SPRM tidak boleh menyatakan perkara-perkara ini di dalam kenyataannya kerana ia hanya mengesahkan apa yang saya sebut. Lebih-lebih lagi, garis masa perbualan dengan YAB Perdana Menteri sudah tentu boleh disahkan dengan menyemak rekod panggilan, yang memang tercatat di dalam bil telefon. Saya hanya perlu menunjukkan bil telefon saya bagi bulan itu untuk mengesahkan bahawa perbualan itu memang berlaku dan garis masa itu tepat dengan siasatan SPRM. Ada yang mempersoalkan kenapa perkara ini hanya keluar sekarang. Adab di dalam sesebuah organisasi, hatta di dalam keluarga pun, kita suarakan perkara itu secara dalaman untuk diambil tindakan oleh mereka yang berkuasa. Sama seperti pandangan mengenai SPRM, tingkah laku setiausaha politik Perdana Menteri, mengenai Farhash, adabnya saya perlu suarakan terus kepada Perdana Menteri kerana kuasa itu ada pada beliau. Saya bersangka baik dan mahukan beliau membuat perubahan. Selalunya beliau nyatakan beliau akan teliti dan ambil tindakan. Apabila semua ruang itu telah digunakan sepenuhnya dan saya rasa masih ada perkara yang disuarakan, saya terus suarakan; lebih-lebih lagi apabila saya tidak lagi terikat dengan peraturan Jemaah Menteri dan kerajaan. Sama juga keadaannya dengan kes yang melibatkan siasatan SPRM ke atas calon-calon PKR yang kebetulan berlaku semasa pemilihan PKR. Sekiranya saya membawa perkara ini kepada pengetahuan umum ketika itu, dengan mudah pihak berkuasa memutar belit bahawa ia satu gimik pada ketika saya sedang bertanding. Pada masa itu juga orang ramai belum faham sepenuhnya dengan dinamik politik dan kelemahan pemilihan PKR tempoh hari. Pada ketika itu, semuanya akan di bakul sampahkan sebagai taktik menutup kekalahan. Situasinya berbeza sekarang. Orang ramai boleh melihat sendiri kontroversi demi kontroversi yang mempersoalkan kebebasan dan budaya profesional SPRM, selepas beberapa kes yang berlaku. Demi menjaga nama baik dan kredibiliti SPRM, jalan yang terbaik adalah dengan menukar kepimpinannya. Sebab itu, saya sebut perkara ini sekarang supaya YAB Perdana Menteri fikir masak-masak dan tidak lagi menyambung kontrak Tan Sri Azam Baki. SPRM adalah sebuah institusi yang kita perlu lindungi. Jasanya besar terutama dalam membongkar skandal 1MDB. Berapa ramai pegawai SPRM yang jujur terpaksa berkorban untuk membawa Datoโ€™ Seri Najib Razak ke muka pengadilan. Maka kita perlu mempertahankan SPRM dari dalam dan luar, supaya tidak ada perkara yang boleh membawa persepsi yang mempersoalkan kebebasannya.

Rafizi Ramli

90,478 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Jawapan balas Menteri Kewangan Kedua, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengenai penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jelas cuba meremehkan isu sebenar dan mengelirukan rakyat dengan naratif separuh benar. Beliau mendakwa bahawa KWSP tidak mengalami kerugian dalam penjualan saham MAHB, walhal hakikatnya KWSP telah rugi dari segi nilai sebenar aset dan potensi keuntungan masa depan. 1๏ธโƒฃ Kenapa Dakwaan โ€œKWSP Tidak Rugiโ€ Itu Mengelirukan? ๐Ÿ”ด KWSP Jual Saham di Bawah Nilai Maksimum Potensinya โ€ข Menteri berhujah bahawa KWSP tidak rugi kerana menjual saham pada harga lebih tinggi daripada harga belian asalnya. โ€ข Namun, ini sengaja mengabaikan fakta bahawa KWSP menjual sahamnya sebelum proses penswastaan yang terbukti mampu menyebabkan nilai saham meningkat dengan ketara selepas diluluskan Perjanjian Pengurusan (OA) sampai 2069. โ€ข Sekiranya KWSP mengekalkan pegangan, nilai asetnya akan jauh lebih tinggi selepas pengumuman penswastaan oleh Khazanah, KWSP dengan BlackRock-GIP. ๐Ÿ”ด Kehilangan Potensi Keuntungan (Opportunity Cost) Tidak Diambil Kira โ€ข Saham MAHB melonjak selepas pengumuman pengambilalihan. KWSP, sebagai pelabur besar, sepatutnya menganalisis potensi kenaikan nilai sebelum menjual sahamnya. โ€ข KWSP seolah-olah tergesa-gesa menjual pegangan tanpa strategi pelaburan yang bijak, menyebabkan ia terlepas keuntungan yang boleh diperoleh. Atau sebenarnya memang ada udang disebalik batu mahu tekan (surpress) harga saham MAHB untuk jatuh lebih murah? ๐Ÿ”ด Siapa Yang Untung? โ€ข Jika benar KWSP tidak rugi, siapa yang paling mendapat manfaat daripada penjualan saham ini? โ€ข Jelas bahawa BlackRock-GIP mendapat manfaat kerana boleh membeli MAHB pada harga lebih rendah sebelum lonjakan harga akibat penswastaan. โ€ข Ini menimbulkan tanda tanya: adakah KWSP secara tidak langsung membantu syarikat asing mendapatkan pegangan MAHB dengan harga murah? 2๏ธโƒฃ Peranan Amir Hamzah di KWSP Sebelum Jadi Menteri & Konflik Kepentingan? Sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah adalah CEO KWSP dari 2021 hingga 2023. Ini bermaksud: โœ… Beliau bertanggungjawab ke atas banyak keputusan pelaburan KWSP sebelum memasuki kabinet. โœ… Beliau terlibat secara langsung dalam merangka strategi KWSP, termasuk polisi jualan saham besar-besaran seperti kes MAHB. โœ… Beliau kini mempertahankan keputusan KWSP yang dibuat semasa eranya โ€“ ada potensi konflik kepentingan. Ini menimbulkan persoalan serius: ๐Ÿ‘‰ Adakah Amir Hamzah mempertahankan penjualan saham MAHB kerana ia sebahagian daripada dasar yang beliau laksanakan semasa mengetuai KWSP? ๐Ÿ‘‰ Adakah keputusan ini dibuat berdasarkan kepentingan pencarum KWSP, atau terdapat faktor lain yang mempengaruhi tindakan tersebut? 3๏ธโƒฃ Polisi โ€œChina Wallโ€ KWSP โ€“ Alasan atau Perlindungan? Menteri juga menggunakan konsep โ€œChina Wallโ€ dalam KWSP untuk menyatakan bahawa tiada campur tangan luar dalam keputusan pelaburan dana pencen ini. ๐Ÿ”ด Apa Itu Polisi China Wall KWSP? โ€ข Polisi ini kononnya memastikan keputusan pelaburan KWSP dibuat secara bebas daripada pengaruh politik atau kerajaan. โ€ข Ia dicipta bagi mengelakkan percanggahan kepentingan dalam keputusan pelaburan dan urus niaga saham. ๐Ÿ”ด Kenapa โ€œChina Wallโ€ KWSP Tidak Relevan Dalam Kes MAHB? โ€ข Hakikatnya, China Wall tidak bermaksud keputusan KWSP bebas dari sebarang kesilapan atau kepentingan tertentu. โ€ข KWSP masih bertanggungjawab menjelaskan rasional di sebalik penjualan saham besar seperti MAHB, terutama apabila ia ternyata menguntungkan pihak luar lebih daripada pencarum sendiri. โ€ข Jika benar KWSP berfungsi secara bebas, kenapa keputusan ini secara tidak langsung memihak kepada entiti asing dalam penswastaan MAHB? PAC wajib panggil Menteri Kewangan Kedua untuk disiasat.

Wan Ahmad Fayhsal

87,806 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะณะพะด ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—˜๐—•: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ Minggu ini panas dengan pendedahan-pendedahan berhubung SPRM. Hari ini, media antarabangsa Bloomberg menyiarkan laporan eksklusif yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil dari aktiviti jenayah. Modus operandi mereka adalah licik dan rumit. Siasatan Bloomberg itu menyenaraikan nama-nama yang terbabit: dari ahli-ahli perniagaan yang dituduh, kepada syarikat-syarikat yang terbabit di Bursa, sehinggalah nama-nama pegawai kanan SPRM yang dituduh. Termasuklah dakwaan mereka mengenai Tan Sri Azam Baki. Dengan pendedahan oleh salah satu media antabarangsa yang paling wibawa ini, diiringi dengan desakan ahli-ahli parlimen merentas parti dari kerajaan dan pembangkang, kita semua tak faham kenapa Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mati-matian mempertahankan Tan Sri Azam Baki, sehingga sedikit pun tidak mahu buka ruang untuk menyiasat siasatan ini. Semua ini akan dikupas dengan mendalam dalam podcast Yang Berhenti Menteri episod #35 malam esok, Jumaat 13 Februari 2026. Seperti biasa, YBM akan bersiaran bermula jam 9 malam. Saya juga akan mengulas mengenai sindiran Anwar Ibrahim yang menyamakan saya dengan mak lampir, katanya banyak nyet nyet nyet, suka merajuk dan menghalau saya keluar dari PKR. Kalau nak tengok podcast YBM yang paling panas setakat ini, jangan lupa Jumaat malam, 13 Februari. Dakwaan salah laku Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ini telah menjadi isu negara yang perlu ditangani juga oleh kami, ahli-ahli Parlimen. Oleh itu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen PKR yang lain akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari Jumaat, 13 Februari jam 10 pagi, seperti berikut: Tempat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang P099 30, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor. ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang Location: Sidang media akan disiarkan secara langsung di media sosial. Saya jemput rakan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang media ini, sama ada dengan hadir sendiri atau secara langsung di media sosial. Keadaan sekarang mengingatkan saya suasana semasa COVID dan PKP dahulu. Bila ada isu negara yang besar, bila pimpinan atau parti atau ahli politik sibuk berebut kuasa dan memikirkan kepentingan, biarlah mereka jaga mereka, kerana kita akan jaga kita.

Rafizi Ramli

31,337 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐“๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐๐˜๐€ ๐Œ๐€๐•๐‚๐Ž๐Œ - ๐๐„๐๐“๐„๐๐† ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐’๐€๐‡๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐‹๐€๐‚๐Š๐‘๐Ž๐‚๐Š! Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional telah berjuang bermati-matian menggunakan segala jenis saluran perundangan, dan politik untuk menangguhkan/membatalkan penjualan saham aset strategik negara yang diuruskan MAHB kepada GIP milik BlackRock Inc. yang menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Hari ini satu lagi berita duka bilamana benteng terakhir kita iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang merupakan pemantau dan penyelia hal ehwal ekonomi sektor penerbangan negara telah dibubarkan untuk diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Semua ahli parlimen PN membantah Rang Undang-Undang ini kerana kami mahu ianya diteliti semula dalam Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen melibatkan Pengangkutan. Tindakan terburu-buru kerajaan Madani ini jelas menunjukkan ada udang disebalik batu: persetankan apa jua rakyat kata dan tegur yang penting saham MAHB perlu dijual dengan harga murah RM 11 per saham kepada GIP-BlackRock. Kesan daripada pembubaran MAVCOM yang akan diserap masuk ke dalam CAAM ini akan memberi kuasa yang besar kepada Menteri DAP yang jaga MAHB melebihi daripada apa yang ada sebelum ini. MAVCOM adalah sebuah badan bebas dan mandiri yang menjaga kepentingan negara dan orang ramai. Biarpun Menteri DAP Anthony Loke memberi jaminan kononnya MAVCOM masih boleh berfungsi walaupun pembubaran sedang berjalan, kami khuatir kuku dan taring MAVCOM akan dipotong untuk menegur pihak kerajaan Madani yang begitu rakus ingin percepatkan penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock Inc. Kerisauan ini turut dikongsi bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan yang diketahui ramai berpengalaman dalam dunia koperat. Suara beliau yang tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB ini ada asasnya - sama seperti yang kami dan ramai lagi telah tegaskan. Kami kalah dalam undian di Dewan Rakyat tadi tapi Perikatan Nasional tidak akan sesekali menjual maruah dan prinsip kami demi kemewahan ekonomi semata-mata seperti dihujahkan oleh Menteri-Menteri kerajaan Madani. Nampaknya ada satu sahaja bahasa yang Anwar Ibrahim akan faham: kita akan protes di JALANAN! ๐˜๐ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐…๐€๐˜๐‡๐’๐€๐‹ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐€๐‹ Ahli Parlimen Machang, Ketua Porfolio Hubungan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional. #MAHB #BlackRock #DewanRakyat #klia #WanFayhsal #AnthonyLoke #AnwarIbrahim #Khazanah #KWSP

Wan Ahmad Fayhsal

91,878 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะปะตั‚ ะฝะฐะทะฐะด

๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›? ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ PRN Sabah telah selesai. Keputusannya jelas. Diagnosis awal sudah ada. Saya akan hurai dengan lebih mendalam faktor-faktor yang mendorong keputusan itu dalam podcast YBM Jumaat ini 5 Disember. Salah satu faktor yang penting ialah rasa kecewa pengundi dengan prestasi reformasi dan pembaharuan, terutama dalam membersihkan negara dari rasuah. Kelebihan utama PH dan PKR sebelum ini ialah harapan rakyat agar sistem negara bebas dari rasuah. Ini kehendak utama pengundi-pengundi PH, yang rata-ratanya dari golongan kelas menengah. Saya selalu mengingatkan kerajaan dan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bahawa data-data kaji selidik sejak 2024 menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai prestasi mencegah rasuah kekal menjadi kritikan utama terhadap kerajaan. Lebih-lebih lagi kerana di sebalik ucapan-ucapan dan berita mengenai usaha mencegah rasuah, perubahan itu tidak dirasakan dengan cepat. Persepsi ini disahkan oleh statistik kes-kes rasuah yang berakhir dengan hukuman. Peratusan yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka menurun dari 56% tahun 2020 kepada 39% tahun 2024. Sabitan bersalah juga menurun, daripada 300 kes bersamaan 36% kertas siasatan berakhir dengan sabitan dalam 2021, berbanding 2024 hanya 256 sabitan, iaitu 22% berjaya disabitkan. Tambahan pula, ada kes-kes berprofil besar yang berakhir dengan DNAA, atau kes digugurkan, atau tertuduh dilepaskan selepas membayar kompaun. Minggu ini, soalan saya kepada Perdana Menteri mengenai kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM naik. Soalan saya mudah: Adakah YAB Perdana Menteri bercadang untuk menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi kali keempat selepas ini, dalam keadaan kritikan mengenai penyambungan kontrak perkhidmatan tersebut turut datang dari Timbalan Presiden parti beliau sendiri? Jawapan kerajaan kabur, sama seperti surat sokongan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri. Ini jawapan kerajaan. Walau apa pun keputusan Perdana Menteri mengenai perkara ini, beliau tidak boleh lari dari hakikat bahawa pandangan rakyat mengenai komitmen beliau melawan rasuah bergantung kepada keputusan beliau menyambung perkhidmatan Tan Sri Azam Baki. Bukan untuk dua kali. Bukan tiga kali. Tetapi empat kali. Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah. Dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama beliau, sudah sampai masanya kontrak itu tidak disambung lagi. Jadi jika orang tanya saya apa yang PH perlu lakukan sebagai reaksi awal kepada kekalahan teruk di Sabah, mulakan dengan membina kembali kredibiliti melawan rasuah. Mula dengan melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru. Kalau saya seorang yang mendesak, Perdana Menteri tidak akan dengar. Lebih baik jika Nurul Izzah juga desak secara terbuka. Lebih baik lagi jika Anthony Loke dan DAP juga desak secara terbuka. Barulah kredibiliti lawan rasuah PH dan PKR dapat dibaiki sedikit demi sedikit.

Rafizi Ramli

58,915 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž, ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—›? Saya ada satu plot twist yang saya nak ajukan kepada pimpinan negara, terutamanya Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan skandal rasuah bersabit perolehan angkatan tentera. Beberapa orang pimpinan terkanan Angkatan Tentera Malaysia ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Tapi ada satu plot twist yang saya masih belum ada jawapan. Masa saya jadi menteri dahulu, setiap lantikan yang melibatkan pegawai kerajaan perlu ditapis terlebih dahulu oleh SPRM. Ini bukan untuk lantikan kanan pun, lantikan yang melibatkan gred 52, 54 pun kena ditapis oleh SPRM. Tapisan SPRM ini memang syarat untuk kenaikan pangkat pun. Ini kenyataan media dari JPA sendiri dalam tahun 2017 mengesahkan perkara ini: Ini pula adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 mengenai syarat pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, yang secara khusus menyebut sebarang kenaikan pangkat bukan sahaja perlu melepasi tapisan SPRM, tetapi perlu mengisytiharkan harta. Nampak tak plot twist? Saya ambil contoh dua kes yang telah dibawa ke mahkamah. Kes terhadap Tan Sri Hafizuddeain Jantan. Beliau dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 23 Mac 2023, kemudian dilantik Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023. Mengikut laporan berita semasa beliau didakwa, kes rasuah beliau adalah berhubung dengan kontrak-kontrak perolehan sejak 2023. Masa dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat dalam Mac 2023 - SPRM luluskan tapisan. Masa dilantik Panglima Tentera Darat dalam September 2023 - SPRM luluskan tapisan. Sedangkan kes yang beliau kena dakwa adalah bersabit kontrak sejak 2023 lagi - sebenarnya apa bentuk tapisan yang SPRM buat ni? Bukan ke perlu semak pengisytiharan harta? Kalau beliau dah ada kes berhubung kontrak perolehan sejak 2023, macam mana SPRM boleh luluskan tapisan beliau? Begitu juga dengan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Nizam Jaffar. Dilantik pada 31 Januari 2025, maksudnya selepas tapisan diluluskan oleh SPRM. Salah satu dakwaan rasuah adalah perolehan sebanyak RM1.725 juta kepada Helmee Resources pada 24 Jun 2024; iaitu sebelum beliau dinaikkan pangkat. Bila beliau nak dinaikkan pangkat, SPRM yang bertanggungjawab semak dan buat tapisan. Tapi bolos. Tapisan yang bolos. Pengisytiharan harta yang bolos. Yang ini Tan Sri Azam Baki tak pernah jawab atau komen. Bukan ke kalau SPRM buat tapisan betul-betul, semua ini telah dikenal pasti awal-awal? Ini bukan kes 1MDB atau Jho Low yang melibatkan wang di seluruh dunia. Ini kes beli hamper raya je pun. Tan Sri Azam Baki dengan gah keliling podcast tunjukkan dia berani lawan rasuah - tetapi prevention is better than cure. Ada benda yang tak kena ni sehingga tapisan SPRM tidak berkesan untuk menyekat mereka yang ada kes dari dinaikkan pangkat. Bila jadi macam ni, jangan salahkan rakyat kalau rakyat sinis. Masa nak dinaikkan pangkat semua cantik, SPRM lulus semua. Bila ada yang tak berkenan atau tak kena, korek balik semua yang dulu-dulu. Kami bukan cerdik atau hebat atau berani macam Tan Sri Azam Baki. Bila dah jadi macam ni dan tapisan SPRM macam mencukupkan syarat, rakyat fikir macam tu la. Jadi apa jaminan yang tapisan SPRM atau pengisytiharan harta tu sebenarnya ada makna untuk memastikan sesiapa yang ada kes tidak dinaikkan pangkat?

Rafizi Ramli

44,179 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat. Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba. Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam. Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah. Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi. Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad. Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi. Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023. Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja. Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno. Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji. Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap. Tetapi pada ketika itu, Datoโ€™ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu. Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai. Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar. Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini. ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

32,976 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐——๐——๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—  ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• Media sosial panas lagi hari ini, walaupun ini musim tengkujuh. Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Alice Loke memutuskan bahawa sebarang keputusan berhubung pengampunan seseorang banduan perlulah dibuat mengikut bidang kuasa yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, oleh kerana titah tahanan di rumah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Rayuan iaitu tidak seperti yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka hakim memutuskan ia tidak sah. Maknanya begini: Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa setiap komponen penting dalam negara kita, dari kuasa Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri, Parlimen dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam setiap undang-undang dan peraturan yang digubal. Dalam melaksanakan dan mengendalikan bidang kuasa masing-masing, ia mesti juga dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak terkecuali dalam perkara bersabit pengampunan pesalah-pesalah. Semestinya kuasa itu adalah kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu, tetapi Perlembagaan menetapkan mekanisme bagaimana kuasa itu dilaksanakan, yang bertepatan dengan model kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Pada pandangan saya, penghakiman YA Hakim Alice Loke hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bidang kuasa Yang diPertuan Agong dalam perkara-perkara lain juga turut dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, pelantikan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan banyak lagi pemimpin kepada komponen-komponen kerajaan yang dibuat oleh Yang diPertuan Agong adalah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Saya baca reaksi pemimpin Umno. Sudah tentu banyak yang tidak bersetuju atau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi. Ada yang kemarahannya meruap-ruap sehingga mengugut untuk menarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan, kalau saya faham apa maksud Ketua Pemuda Umnolah. Sebagai rakyat biasa yang berada di luar kepimpinan, saya hanya mahukan sebarang keputusan itu mestilah berasaskan keadilan dan mengikut proses yang sama rata kepada setiap rakyat, tidak kira dia seorang pengemis atau bekas Perdana Menteri. Hak untuk mengambil tindak balas politik itu adalah hak UMNO. UMNO memang ada pilihan untuk menarik diri dari kerajaan. Sebelum ini pun, DAP telah memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat, dalam tempoh 6 bulan DAP boleh menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan. Jadi, ugutan untuk menarik diri dari kerajaan ini bukanlah perkara yang baru dan itu hak setiap parti. Orang biasa seperti saya hanya akan memerhati sama ada keputusan-keputusan kerajaan dibuat berlandaskan undang-undang, tanpa ada campur tangan atau terpengaruh dengan tekanan politik. Selagi Datoโ€™ Seri Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat, saya dan ramai lagi yang berpandangan seperti saya akan percaya bahawa ada kebebasan institusi di negara ini. Selepas ini, Datoโ€™ Seri Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan. Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat. Maka terpulang kepada pimpinan politik. Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam. Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul. Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal. Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong. Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini satu garis merah? Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini bukanlah satu garis merah.

Rafizi Ramli

34,246 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—•๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ช๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ.๐Ÿฒ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก, ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Jangan lupa tonton podcast YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam di saluran YouTube saya. Kami akan rakam pagi Jumaat dan disiarkan bermula jam 10 malam selepas solat tarawih. Isu yang saya akan kupas minggu ini memang berat: Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Satu berhubung perjanjian negara dengan ARM, syarikat cip semikonduktor gergasi dunia. SPRM telah buka kertas siasatan, kononnya untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara. Ini yang jadi bahan berita konon โ€œbekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billionโ€. Satu lagi mengenai satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi, iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon โ€œRafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billionโ€. Semua ini timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu. Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Datoโ€™ Seri Najib. Datoโ€™ Seri Najib disabitkan bersalah bila ada RM2.3 bilion masuk akaun peribadi dari dana 1MDB. Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion - fuyooooo lagi banyak dari Najib! Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal. Fitnah selalunya berakhir dengan overkill. Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill. Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu - fitnah yang menjadi overkill. Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari. Kami yang rakyat biasa turun membela Anwar Ibrahim yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Malangnya, Anwar Ibrahim kini membenarkan fitnah yang overkill dijaja oleh penyokong-penyokongnya setiap hari, kerana kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah. Benarlah manusia ini mudah lupa. Jadi nak dengar kupasan penuh, jangan lupa tonton YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam.

Rafizi Ramli

63,819 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก Ada satu berita positif mengenai Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah banyak cerita negatif dan keputusan pilihanraya akhir-akhir ini. Minggu ini, Malaysia melangkah setapak lagi untuk menukar wajah industri elektronik kita - dari menjadi tukang pasang saja, kepada pencipta chip elektronik yang dipakai dalam pelbagai aplikasi moden. Ia satu perkara yang sentimental kepada saya. Sebagai Menteri Ekonomi, saya diberi tanggungjawab untuk merancang. Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Kalau perancangan itu baik, setelah sudah dibuat semua, program atau dasar itu akan diambil oleh kementerian atau agensi lain. Ada program yang dibangunkan, bila diserahkan kepada kementerian lain, berjalan dengan baik. Contohnya Dasar Gaji Progresif. Ada dasar yang pada mulanya dipersetujui bersama, bila telah dibangunkan, dibangkang oleh kementerian lain. Ada banyak kes begini. Ada juga yang ditentang habis-habisan oleh beberapa menteri lain, tetapi saya bertegas sehinggalah berjalan, bila dah berjalan, menteri yang mati-matian menentang itu - merekalah yang paling kedepan tersenyum berjabat tangan. Ini pengalaman pahit manis saya cuba merombak dan menaik taraf industri semikonduktor negara. Salah saya hanyalah kerana ada angan-angan. Angan-angan saya ialah untuk melihat kita beralih dari menjadi kilang tukang pasang yang nilainya rendah, kepada negara yang mencipta dan biar orang pasang barang kita. Dari Made in Malaysia kepada Made by Malaysia, kerana bila kita cipta sendiri, untung yang lebih tinggi bukan sahaja memberi nilai ekonomi, ia mewujudkan pekerjaan bergaji dan berkepakaran tinggi kepada anak-anak kita. Idea ini bukanlah angan-angan Mat Jenin sangat sebab negara lain seperti China, Korea Selatan dan Taiwan pun ambil pendekatan yang sama. Orang kita senang terkeliru bila ada kilang besar dibuka di Malaysia. Kita ingat itu secara automatik akan memindahkan teknologi. Sebenarnya tidak. Kalau kilang itu dibangunkan oleh syarikat global hanya untuk memasang, maka kita hanya digaji untuk memasang. Sebab itu negara lain telah lama memberi tumpuan kepada membangunkan harta intelek, atau IP sendiri. Saya berpandukan kepada pengalaman China, Korea Selatan dan Taiwan dalam usaha menukar hala tuju industri semikonduktor. Mereka membeli IP asas untuk membuat chip. Dari IP asas itu, mereka perbaiki dan hasilkan IP mereka sendiri. Berdasarkan IP itu, mereka cipta chip yang dijual diseluruh dunia. Angan-angan inilah yang menghasilkan Silicon Vision yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi, dengan cita-cita menghasilkan chip ciptaan Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Maklumat lanjut boleh dibaca di Kami berjaya berunding dengan ARM, iaitu syarikat IP chip terkemuka dunia untuk membangunkan satu program chip nasional bagi sebuah negara, iaitu program pertama seumpamanya di dunia yang dipersetujui ARM. ARM adalah syarikat yang mencipta chip yang memonopoli pasaran chip dunia. Lebih 90% dari chip yang digunakan di dalam telefon pintar, gajet dan pelbagai peralatan moden dicipta oleh ARM. Saya yakin majoriti rakyat yang mengikuti bersetuju bahawa ini jalan ke depan untuk memodenkan ekonomi kita. Semua ahli akademik, profesor, pakar-pakar netizen kuat bersyarah bahawa kita mesti meningkatkan penghasilan teknologi. Tapi bila sampai nak buat, masing-masing toleh kiri toleh kanan. Itulah pengalaman pahit manis saya - bila dah siap semua, paling saya terkejut ialah bangkangan mati-matian itu banyaknya berdasarkan kepada hujah โ€œkita belum bersediaโ€. Hujah yang diberikan kepada saya: berapa banyak syarikat yang boleh buat ni? Sebenarnya kita telah kenal pasti dari awal syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mencipta chip Made by Malaysia dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Memang bukan semua syarikat tempatan boleh mencipta chip elektronik. Tetapi untuk menghasilkan lima syarikat Malaysia dalam tempoh 10 tahun itu boleh. Dan ada syarikat global yang ingin datang melabur dan menjadi sebahagian dari program pembangunan cip dengan ARM ini. Akhirnya dalam tempoh kurang dari 9 bulan setelah Kementerian Ekonomi melancarkan Silicon Vision, dua syarikat pertama diterima masuk ke dalam program ini. Satu syarikat tempatan iaitu Skyechip, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh jurutera-jurutera yang pernah bekerja dengan gergasi dunia seperti Intel. Mereka adalah antara syarikat tempatan yang meneraju penciptaan chip di Malaysia. Satu lagi ialah syarikat antarabangsa, iaitu XPeng, pembuat kereta elektrik mewah dari China yang menawarkan EV berteknologi tinggi. Perbincangan saya dengan XPeng awal tahun ini meneroka pembangunan bersepadu: mereka membangunkan chip yang direka Malaysia dan akan digunakan di dalam kereta-kereta mereka di seluruh dunia. Ini termasuk membuka pusat pembangunan chip di Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan. Pembangkang, dan kini penyokong kerajaan, selalu menuduh yang kerja saya tidak berbekas. โ€œSekarang baru bising, masa jadi menteri tidak buat apaโ€ Ada segelintir orang kita yang suka nampak benda di depan mata. Berapa banyak projek diumum, berapa banyak wang diagihkan. Yang ini konon banyak buat kerja. Mereka tidak gemar perkara-perkara yang rumit. Kalau terang pun dia suruh lukis. Menteri yang cuba ubah sesuatu ke arah lebih baik secara radikal dengan pasang cita-cita besar, menteri itu sebenarnya bodoh. Sebab usaha itu tidak dapat tepukan dari rakyat di luar, dan mendapat tentangan dari dalam kerana mencabar status quo. Tapi kalau kita pasang niat jadi menteri untuk ubah keadaan, bukan untuk makan duit atau bermewah dengan kedudukan, satu-satunya kepuasan ialah apabila angan-angan Mat Jenin kita jadi kenyataan. Saya harap dalam 4-5 tahun dari sekarang, apabila Malaysia melancarkan cip ciptaan Malaysia yang pertama, saya akan tersenyum puas.

Rafizi Ramli

12,826 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

22 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026 ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—™๐—ช๐—–๐— ๐—ฆ Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal. Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet. Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus. Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan. Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu. Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri. Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini. Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini. Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu. Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi. Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi. KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi. Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu. Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN. Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan. 2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing. 3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat. 4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM. 5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM. Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai. Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa. Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri. Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju. Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat. Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan. Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ

Rafizi Ramli

46,403 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” Sesi Parlimen dinamakan mengikut tatacara khusus. Bagi tahun 2026, ini adalah: Mesyuarat Pertama - maksudnya mesyuarat kali pertama dalam tahun ini Penggal Kelima - maksudnya tahun kelima, sebab penggal pertama bermula masa angkat sumpah dalam Disember 2022 Parlimen ke-15 - maksudnya parlimen ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan pentadbiran susulan keputusan PRU15. Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga awal Mac 2026. Sebahagiannya adalah untuk membahaskan Titah Diraja bersempena pembukaan Parlimen, selepas itu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang perlu diluluskan. Sudah tentu, tiap-tiap hari akan ada soalan-soalan Parlimen yang perlu dijawab oleh kerajaan. Saya akan menumpukan kepada beberapa perkara dalam mesyuarat pertama ini. Selain dari meneliti prestasi ekonomi dan cadangan-cadangan supaya negara mempercepatkan perubahan struktur ekonomi, iaitu pengkhususan yang saya ambil di Parlimen sejak dahulu lagi, saya juga akan menyusun bersama-sama rakan-rakan ahli parlimen yang lain untuk memberi tumpuan kepada cadangan DPA (deferred prosecution agreement, atau perjanjian pendakwaan tertangguh) untuk diperhalusi. Setakat ini, saya merasakan cadangan SPRM ini sangat tidak popular dikalangan rakyat kerana melihatnya tidak adil kepada rakyat biasa, apabila syarikat dan individu kaya yang dituduh ada salah laku melibatkan lebih RM100 juta boleh berunding untuk didakwa, asalkan ada bentuk-bentuk pampasan kewangan kepada kerajaan. Sedangkan seorang rakyat biasa yang mengambil barang dapur di kedai bernilai kurang RM500 didakwa dan dipenjara. Ada penyokong dan ceplos-ceplos PKR yang selalu memperli saya kenapa saya tidak berani berdepan dengan menanyakan terus di Parlimen kepada Perdana Menteri. Soalan-soalan yang dikemukakan akan ditapis oleh kerajaan. Soalan yang naik juga ditentukan oleh kerajaan. Soalan yang dijawab Perdana Menteri atau menteri-menteri juga ditentukan kerajaan. Selalunya soalan-soalan ini dibenarkan naik kerana kerajaan ada jawapan yang dirasakan boleh pukul pembangkang. Bila Perdana Menteri atau menteri-menteri jawab, yang bertanya tidak ada peluang untuk jawab balik kerana tatacara perbahasan, iaitu hanya boleh bertanya dan bukan membalas balik. Sebab itu, saya tidak pernah menggunakan proses kemuka soalan di Parlimen sebagai medan berpolitik. Soalan-soalan yang saya tanya ialah untuk mendapatkan fakta yang tidak boleh diperolehi dari sumber awam. Medan menyampaikan maklumat, berhujah, mengkritik, memberi pandangan adalah lebih luas dari sidang parlimen. Terlibat di dalam urusan parlimen - bertanya soalan, berbahas, membuat usul - itu adalah perkara minima bagi seorang ahli parlimen. Tugas hakiki adalah membawa suara rakyat ke medan yang lebih besar di luar parlimen, agar kita boleh membawa perubahan dalam masyarakat. Moga penggal kelima parlimen tahun 2026 ini lebih bermutu, membawa pencerahan dan mencerdikkan kita semua.

Rafizi Ramli

12,104 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—–๐—›๐—”๐—œ, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—•๐—ข๐—ก๐—— Cerita-cerita yang keluar dari SPRM kebelakangan ini seperti episod-episod K-Pop. Sejak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dituduh terpalit dengan pelanggaran peraturan kepemilikan saham dan pendedahan hubungan mesra SPRM dengan mafia korporat oleh Bloomberg, saban beberapa hari kita akan didedahkan dengan episod terbaru yang banyak plot twist. Cuma daya khayalan kita tak pernah sampai ke plot twist episod terkini, iaitu kemunculan watak James Chai ala James Bond yang keluar dari Azam Baki. Penulis skrip di belakang tabir patut diberikan duit raya yang lebih tahun ini. Skrip ini mungkin boleh kita pitch kepada Netflix, satu hari nanti jadi siri hebat yang ditonton di seluruh dunia. Ikut naratif yang sedang dibangunkan pencatur-pencatur, James Chai ini adalah seorang anak Cina yang licik sehingga berjaya memperdaya keseluruhan kerajaan di dalam satu skandal penyelewengan berjumlah RM1.1 bilion. Bukan sahaja Amir Hamzah, seorang bekas CEO terpedaya, tokoh perbankan Malaysia yang banyak connection, Tengku Zafrul pun terpedaya. Kalau saya seorang sahaja yang terpedaya, kita boleh terima lagi. Menteri-menteri yang hebat-hebat seperti Gobind Singh Deo, Zambry Abdul Kadir dan Fahmi Fadzil pun turut terpedaya. Hebatnya James Chai ini, bukan sahaja menteri-menteri terpedaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tokoh tersohor dunia juga terpedaya dengannya. Sebab itu dia kini diburu SPRM sebagai person-of-interest utama dalam skandal terbesar selepas 1MDB, iaitu penyelewengan sebanyak RM1.1 bilion. Sejak beberapa minggu lepas, rakyat terpaku dengan cerita skandal ini. Helaian ceritanya diselak satu persatu selang beberapa hari. Kementerian itu diserbu, Ketua Setiausaha itu disoal siasat. Dokumen itu diambil. Setiap kali SPRM bergerak, tindak tanduknya menjadi berita besar di paparan skrin media-media perdana. Tetapi liciknya James Chai ini mengalahkan Jho Low, sehebat James Bond spy ternama itu. Mana tidaknya, walaupun skandal ini dikatakan melibatkan RM1.1 bilion, sehingga sekarang SPRM tidak dapat menjejaki satu sen pun yang kononnya diselewengkan. Tidak seperti Jho Low yang harta dan wang seleweng dikesan di parti-parti mewah, akaun sulit, kondominium mewah di London dan New York, kapal layar mewah; setakat ini satu-satunya harta James Chai yang berjaya dikesan ialah sebuah Proton Persona model 2020. Macam mana dia boleh sembunyikan RM1.1 billion ini sampai tak dapat dikesan? James Chai juga berbisa dan tidak takut berdepan dengan SPRM, tidak seperti Jho Low. SPRM sehingga sekarang tidak dapat mengesan Jho Low. Bukan sahaja Jho Low, menantu Tan Sri Muhyiddin pun tak dapat dikesan. Jadi kita tidak terkejut SPRM tidak dapat mengesan anak Cina selicik James Chai ini. Setelah buntu, SPRM menyiarkan notis dikehendaki untuk mendapat maklumat di mana James Chai ala James Bond ini. Tapi hebatnya James Chai, tidak seperti Jho Low - dia bantu SPRM untuk cari dia dengan memberikan semua maklumat untuk menghubunginya. Di LinkedIn pun boleh, X pun boleh, di Substack pun boleh (malangnya tak ramai pegawai penyiasat yang biasa membaca di Substack!). Siapa James Chai ini? Macam mana anak Cina kurus keding ini berjaya memperdaya dari menteri-menteri hingga ke Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu? Bagaimana Azam Baki yang berjaya menjejaki dan mengesahkan derma diraja Saudi semasa 1MDB dahulu, tiba-tiba hilang punca dan tak jumpa cari James Chai? Manusia jenis apa memperdaya seluruh kerajaan dalam skandal penyelewengan RM1.1 billion tetapi hidup papa kedana? Tidak bernafsukah anak Cina ini? Saya akui jalan ceritanya cukup memukau. Penulis skrip dan pengarahnya mesti berbangga dengan hasil fiksyen ini. Kali terakhir rakyat Malaysia dihidangkan dengan fiksyen ala James Bond ini ialah semasa 1MDB dahulu. Azam Baki juga terlibat di dalam skripnya masa itu, sebab itulah agaknya jalan ceritanya kali ini sama berpusing-pusing seperti drama derma Saudi dahulu. Sebelum fiksyen drama derma Saudi 1MDB yang dibintangi Azam Baki, rakyat yang lebih tua pernah digamit satu lagi fiksyen bersimpang siur. Cuma genre yang lain dan bintang yang lain. Genre ketika itu memaparkan kelucahan melampau dan protagonis pada ketika itu bukan anak Cina kurus keding, tetapi seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim. Fiksyen 1998 itu memaparkan tilam-tilam yang diusung untuk menunjukkan bekas air mani, selain dari pelakon-pelakon tambahan yang langsung tidak kena dengan watak dalam cerita itu. Seorang yang dikatakan tampan, langsung tidak tampan. Seorang yang dikatakan menawan, hanya orang sawan yang kata begitu. Maka akhirnya, Malaysia melengkapkan satu kitaran. Kalau fiksyen 1998 menggunakan tilam, fiksyen 2026 memaksa kita menggunakan imaginasi. Bayangkan wang-wang yang dicuri tetapi tidak dapat dibuktikan kecuriannya. Bayangkan pak-pak menteri diperdaya seorang anak Cina kurus keding. Skripnya berbeza, matlamatnya sama. Sekiranya kamu berani mengkritik yang berkuasa, aku akan ajar kamu. Tapi plot twist yang paling besar ialah: Siapa James Chai ini? James dibesarkan di dalam keluarga biasa, pergi ke sekolah menengah kebangsaan, mendapat 12A1 dalam SPM. Fasih berbahasa Melayu, fasih menulis di dalam bahasa Melayu, duduk di taman perumahan majoriti Melayu. Namun dia anak Cina, jadi dia tidak mendapat biasiswa. Keluarganya membayar sendiri yuran pengajian undang-undang yang mahal di UK. James membalasnya dengan mendapat tempat pertama keseluruhan di universitinya dalam jurusan undang-undang. Hasil kecemerlangan itu, James melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ke Universiti Oxford. Bila balik ke Malaysia dan menduduki peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice), sekali lagi James menduduki tempat pertama di seluruh negara. Satu hari dalam tahun 2013, James mengetuk pintu saya. Ketika itu saya baru beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen. James mahu menjadi intern saya. Dia tidak pilih ahli parlimen DAP, dia tidak pilih ahli parlimen Cina PKR, dia tidak pilih menteri MCA. Dia pilih ahli parlimen Melayu dari PKR. Sebabnya kerana saya dan James berkongsi satu pandangan yang sama. Bahawa manusia ini dilahirkan baik dan kita wajar saling belajar. Bagi seorang yang berumur 20 tahun pada tahun 2013, selepas keputusan PRU 2013, anak Cina kurus keding ini merasa terpanggil untuk menyumbang membina Malaysia yang saling berkasih sayang, bukan saling bermusuhan. Bila James ke UK dalam tahun 2015, saya galakkan beliau untuk terus mengambil tahu keadaan di Malaysia. Saya selalu sebut kepada anak-anak muda seperti James bahawa โ€œa life without a higher purpose is a life not worth livingโ€. James pun termakan kata-kata saya. Dia dan kawan-kawannya menubuhkan Malaysian Progressive UK (MPUK), seperti juga beberapa orang bekas intern saya menubuhkan Malaysian Progressive Australia (MPOZ). Kumpulan anak muda seperti James inilah yang berdemonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim kali kedua di London dan Sydney. Mereka juga yang menyertai BERSIH di kota-kota besar di seluruh dunia. Bila James balik ke Malaysia dalam tahun 2018, dia mahu memberikan 3 tahun usia muda menyumbang kepada reformasi dan membina Malaysia yang baru. James tidak bekerja di firma besar atau syarikat antarabangsa, James memilih untuk bekerja di INVOKE bersama-sama anak muda lain, sehinggalah tahun 2021. Saya rasa serba salah untuk mengacau hidup dan kerjayanya apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi di hujung tahun 2022. Tetapi berkhidmat untuk negara itu adalah dalam darah daging anak Cina kurus keding bernama James Chai ini. Maka sekali lagi dia mengorbankan kerjayanya untuk berkhidmat di pejabat saya. Saya tidak rasa James mahu disanjung. Dia datang berkhidmat atas kerelaan sendiri, dia meletak jawatan bersama-sama saya atas kerelaan sendiri. Tetapi adalah sangat memualkan menjadikan seorang anak Cina yang lebih patriotik berbanding sebahagian besar dari kita, sebagai bola yang boleh disepak-sepak. Sasarannya bukan James. James hanyalah seorang anak Cina kurus keding yang boleh ditendang-tendang. Sasarannya ialah saya. Dan itulah bahagian yang saya paling terkilan. Dalam senario lain, seorang anak Cina yang jiwa kebangsaannya sangat kuat, sangat cemerlang dalam semua yang dia ceburi, fasih berbahasa Melayu, pelajar terbaik di sekolah kebangsaan, lebih ramai kawan Melayu dari bukan Melayu - James sudah menjadi watak yang dikagumi pimpinan Melayu dalam PKR, UMNO, PAS dan BERSATU. Malangnya dalam senario sekarang, James dijaja dan diperagakan sebagai watak jahat demi mencipta satu fiksyen politik dekad ini. Syabas Malaysia!

Rafizi Ramli

166,780 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,573 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด