Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

539,606 views • 3 years ago •via X (Twitter)

10 Comments

𝚁𝚒𝚎𝚍𝚣𝚖𝚊𝚗's profile picture
𝚁𝚒𝚎𝚍𝚣𝚖𝚊𝚗3 years ago

Macam biasa

Awang Joseph V's profile picture
Awang Joseph V3 years ago

Kalau kamera resolution dia mcm tu, automatik ku xcaya…

Ayed's profile picture
Ayed3 years ago

siapakah yang dapat mengumpulkan tujuh biji bola naga? nantikan video kedua.

𝐌𝐄𝐑𝐈𝐄's profile picture
𝐌𝐄𝐑𝐈𝐄3 years ago

Cameraman memang selalu slamat ya .. lepas ni aku nak jadi cameraman laa 😆

Jahan's profile picture
Jahan3 years ago

Ni rakaman zaman VHS….naga tu pun dah lama balik ke planet Namek. 😆

Indera's profile picture
Indera3 years ago

Tiba2 teringat cerita pasal ular besar di MidValley yg sekuriti pernah jumpa. Agaknya camni rupa kot? Tapi ular ni kecik jer. Yang kat MidValley tu, dorang cakap besar macam naga. Terserempak kat parking basement. Wallahuallam.

Reyme Mrh's profile picture
Reyme Mrh3 years ago

Ini kaki tgk dvd nie - pak jabit

Azharz's profile picture
Azharz3 years ago

aku ingat naga boleh terbang... rupanya jalan mcm ular 😅

ariff's profile picture
ariff3 years ago

Teringat tengok wwf pakai tape. Nage macamni la keluar. Sendi mutiara

tuh kan's profile picture
tuh kan3 years ago

lah 3gp. kau tengok anak disumpah menjadi ikan kat arab ni. clear video dia.

Related Videos

Bunker Rahsia Tel Aviv Musnah? TEL AVIV – Sebuah bunker bawah tanah yang didakwa sebagai antara pusat perlindungan terbesar di Tel Aviv dilaporkan musnah dan terbakar dalam satu insiden yang berlaku pada 7 Mac lalu, menurut perkongsian yang tular di media sosial. Laporan yang tersebar di platform digital mendakwa bunker tersebut digunakan sebagai lokasi perlindungan bagi kepimpinan Israel sekiranya berlaku serangan besar. Rakaman serta gambar yang dikongsi menunjukkan kebakaran besar berlaku di kawasan yang didakwa sebagai lokasi bunker berkenaan. Menurut sumber tidak rasmi yang memetik akaun media sosial wake.u.ppp, kejadian tersebut turut menyebabkan kerosakan pada kawasan perumahan berhampiran. Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada kerajaan Israel atau pihak tentera mengenai dakwaan bahawa bunker berkenaan benar-benar musnah ataupun menjadi sasaran serangan. Sekiranya benar berlaku, Israel seperti biasa akan berterusan menafikan atau mendakwa dua ekor kucing cedera dalam serangan tersebut. Situasi di rantau Asia Barat ketika ini sememangnya tegang berikutan konflik yang semakin memuncak antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran, dengan beberapa siri serangan peluru berpandu dilaporkan berlaku sejak minggu lalu. Penganalisis ketenteraan berpendapat bahawa bunker bawah tanah merupakan antara aset strategik penting bagi Israel kerana ia dibina untuk melindungi kepimpinan negara serta pusat arahan ketenteraan ketika perang. Bagaimanapun, kesahihan maklumat yang tular mengenai kemusnahan bunker tersebut masih belum dapat dipastikan dan berkemungkinan sebahagiannya merupakan propaganda perang yang sering berlaku ketika konflik bersenjata. Perkembangan lanjut dijangka hanya dapat disahkan selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel atau laporan daripada agensi berita antarabangsa.- Mynewshub

MYNEWSHUB

40,166 views • 7 months ago

Tular suami isteri peniaga roti nan disimbah asid MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB 06 JUL 2023 4:42 PM SELAYANG - Sepasang suami isteri berhadapan detik ngeri apabila seorang individu tidak dikenali secara tiba-tiba mencurahkan asid semasa mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, dekat sini. Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan pangsapuri tersebut. Kes tersebut menjadi tular apabila seorang pemilik akaun Facebook bernama Khairy Adli telah memuat naik video kejadian dan gambar mangsa di hospital di dalam group 'Gombak Food Delivery'. Katanya, mangsa adalah keluarga sahabatnya dan pasangan suami isteri itu bekerja sebagai peniaga roti nan. "Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur. "Mohon sesiapa kenal yang buat macam ini beri maklumat. Mangsa pemilik kedai makan Nan Corner yang menjual roti nan di Selayang. "Memang tidak selamat hendak berniaga di kawasan itu. Orang dengki banyak," lontarnya di dalam media sosial Facebook. Khairy turut meminta agar orang ramai memanjangkan lagi mesej yang dikongsikannya dalam platform tersebut. Katanya, dia pernah makan di kedai keluarga kawannya itu dan makanan memang sedap serta ramai orang. "The one and only best roti nan di Selayang. Bukan sekali dua benda-benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mangsa bangun dan terus berniaga. "Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid. Harap polis cepat buat kerja. Selayang is a hot spot for crime," ujarnya. Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat berhubung kebakaran kedai roti nan yang didakwa itu daripada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor. Pihak JBPM bagaimanapun menyatakan tiada menerima panggilan melibatkan kebakaran tersebut. Sinar Harian masih menunggu maklum balas daripada pihak polis berhubung insiden itu.

MYNEWSHUB

3,029,497 views • 3 years ago

Albert Tei Cadang Kerakyatan Anthony Loke Ditarik, MyKad Digunting Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Albert Tei mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan supaya kerakyatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ditarik balik dan MyKad miliknya digunting. Cadangan keras itu disuarakan menerusi satu rakaman video susulan kenyataan Loke berhubung pendirian DAP terhadap isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Anthony Loke selaku ketua pemimpin DAP, tarik kerakyatan dia dan gunting IC dia. Biar dia tidak punya IC, baru dia rasa takut,” katanya dalam video berkenaan yang dimuatnaik ke akaun media sosial miliknya. Albert turut mendakwa Loke tidak memahami Rukun Negara dan tidak menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong. Beliau kemudian menayangkan sedutan kenyataan Loke yang menyebut bahawa DAP mempunyai pendirian sendiri berhubung isu berkenaan, selain memaklumkan keputusannya mengemukakan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri. Albert mendakwa langkah tersebut merupakan satu bentuk tekanan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebelum menyifatkan Loke sebagai tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kenyataan Albert itu merupakan pandangan peribadinya. Dari sudut perundangan, kewarganegaraan seseorang tidak boleh ditarik balik atau MyKad digunting semata-mata berdasarkan desakan individu. Sebarang pelucutan kewarganegaraan perlu dibuat mengikut sebab, proses dan peruntukan khusus yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Setakat laporan ini ditulis, belum ada maklum balas daripada Loke atau DAP berhubung kenyataan Albert dalam video tersebut. — MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

13,351 views • 20 days ago