Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

Nostalgia bas mini KL 1993. Siapa ingat lagi? 😅 Sebenarnya bas mini merupakan sistem pengangkutan awam paling efisyen kot dulu.... Cuma perlu ingat nombor bas aje...kalau pergi mana-mana pun....tanya orang...orang tu akan bagitahu bas mini nombor berapa nak naik... Tiket 60 sen aje....merata dapat pergi... Cuma kelemahan dia ialah...

114,472 views • 2 years ago •via X (Twitter)

10 Comments

Indera's profile picture
Indera2 years ago

Yang aku tak lupa, pepagi naik bersesak tapi semua orang bau wangi aje. Bila balik kerja, mak aiii... Memasing bau masam termasuk aku. 🤣🤣🤣

MYNEWSHUB's profile picture
MYNEWSHUB2 years ago

😂😂😂

🇵🇸🇵🇸 🇵🇸 Encik Blue Bird 🇵🇸🇵🇸🇵🇸's profile picture
🇵🇸🇵🇸 🇵🇸 Encik Blue Bird 🇵🇸🇵🇸🇵🇸2 years ago

Alhamdulillah. Acik meraso ni.. kemudian Di ambik alih intrakota dgn nama ' Pekan Rider. Size besaq sikit drp BMW Tu, Ada Accond.

Bard Hussain's profile picture
Bard Hussain2 years ago

Saya merasa sejak dari Bas Mini warna kunin. Selagi bas tak tumbang, selagi boleh isi...sumbat sebanyak yg boleh. Lepas tu drebar berlumba plak dgn bas mini saingan nk rebut penumpang yg dihentian depan.

Nusantara tanah asal aku's profile picture
Nusantara tanah asal aku2 years ago

Zaman saya tambang 50sen. Zaman kita cuma dapat bau orang Malaysia je. Tapi sekarang jangan dibuat, macam2 bau dari luar negara muncul. Tak larat do... 😁

Bigsnorlax's profile picture
Bigsnorlax2 years ago

Masuk masuk, Masuk lagi Banyak tempat lagi! Sebenarnya dah macam sardin kat dalam 🤣 Tp memang best, paling laju sampai. Bila dia corner, kita pun corner kat seat. Honestly, dulu jarang eksiden. Sekarang semua tak ikut lampu, nak cepat, nak potong q, perangai org tak civilised

NegaraKuTanahAir 🇲🇾's profile picture
NegaraKuTanahAir 🇲🇾2 years ago

Aku naik dulu ni. Hahaha 😆 . Masok masok...rapat rapat..jadi sardin.

mAMran's profile picture
mAMran2 years ago

Ha..ha..bas 41 Sri gombak tuu😂😂😂😂

Syafiq Safwan's profile picture
Syafiq Safwan2 years ago

Kene ikut logic walajib: 60 sen je.. ni zaman Tun M ni.. Zaman bossku berapa?

Racun Shopeeing's profile picture
Racun Shopeeing2 years ago

Pernah naik sekali sepanjang hidup itu pun sebab jalan² sekitar kl Kenangan tak kan dilupakan lebih2 kawasan pudu tu

Related Videos

Bas Rombongan Murid Tahun Enam Dibaling Batu, Tular Video Kejadian di PUSASDA 13 November 2025 | 7.40 malam PORT DICKSON – Tular satu video memaparkan sebuah bas yang membawa rombongan murid Tahun Enam dibaling batu oleh beberapa individu di tepi jalan berhampiran Pusat Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini. Video berdurasi 39 saat itu menunjukkan sekumpulan lelaki menjerit ke arah pemandu bas berkenaan, namun percakapan mereka tidak kedengaran dengan jelas. Berdasarkan keterangan video, orang awam didakwa bertindak membaling batu selepas bas tersebut membunyikan hon kerana kenderaan diparkir di tepi jalan dan menyebabkan laluan menjadi sempit. Insiden itu turut mencetuskan panik dalam kalangan murid apabila difahamkan ada yang menangis ketakutan. Seorang wanita di ruangan komen mendakwa anaknya berada dalam bas terbabit yang sedang dalam perjalanan untuk lawatan sekolah ke Kuala Lumpur. > “Itu bas sekolah anak saya. Mereka baru nak gerak ke KL, tapi kenapa orang awam pergi parkir tepi jalan? Tempat lain banyak. Lepas tu nak salahkan pemandu bas pula. Memang susahlah bas nak gerak sebab jalan sempit,” katanya. Seorang guru yang turut menaiki bas berkenaan turut menceritakan kronologi kejadian melalui komen. Menurutnya, insiden berlaku sekitar jam 8.30 pagi Rabu, melibatkan tiga buah bas rombongan sekolah. > “Sampai di depan PUSASDA, bas terpaksa berhenti kerana laluan terlalu sempit ketika berselisih dengan sebuah lori tangki minyak dari arah bertentangan,” jelasnya. Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

17,129 views • 8 months ago

🇲🇾22.09.2023 Mara Liner mohon maaf insiden penumpang kena tinggal bas Kenyataan permohonan maaf Mara Liner berhubung insiden seorang penumpang yang ditinggalkan bas kerana lewat satu minit. SHAH ALAM – Syarikat pengangkutan bas, Mara Liner Sdn Bhd tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas susulan tindakan pemandunya meninggalkan penumpang sehingga tular di media sosial baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zachary Ismail dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut memberi jaminan insiden berkenaan tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Jelasnya, siasatan dalaman juga dibuat sejurus aduan tersebut diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terlibat juga telah diambil. “Pengurusan Mara Liner kesal di atas insiden yang telah berlaku kepada penumpang bas ekspres Kuala Terengganu – Melaka tempoh hari. “Kami telah menghubungi penumpang terbabit kelmarin (20 September) bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal,” katanya. Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang penumpang ditinggalkan pemandu bas sebuah syarikat swasta kerana didakwa lambat menaiki kenderaan berkenaan selama satu minit dari waktu operasi perkhidmatan yang dijadualkan. Menerusi video tular berdurasi 27 saat di TikTok, lelaki tersebut dilihat berlari dan memanggil pemandu berkenaan yang baru sahaja bergerak meninggalkan stesen, namun tidak diendahkan. Susulan itu, warganet tampil mengecam tindakan pemandu dan syarikat pengangkutan bas terbabit. NURUL HUDA HUSAIN 22 SEP 2023 #SinarHarian

MYNEWSHUB

731,440 views • 2 years ago

Pertama sekali saya minta maaf kepada empunya video kalau tak selesa dengan perkongsian saya. Tapi saya rasa saya nak sangat berkongsi video ni sebagai pengajaran dan teladan untuk semua orang lain juga. Pendapat peribadi saya, kalau ada kemusykilan mengenai harga, tanya terus dengan tuan kedai tu. Kalau betul pengiraannya, dan terlalu mahal tak masuk akal, nak viral ke apa, terpulang. Itu hak masing-masing. Untung-untung dapat perhatian pihak berkenaan. Tapi bila dah viralkan dulu baru nak dapatkan penjelasan, "the damage has been done". Video penjelasan tu cuma mampu buat minimum damage control. Reputasi kedai tersebut dah tercalar dah pun. Cuma kita tak tahu berapa teruk kesannga. Berapa ramai yang dah tengok video pertama dan pasti akan tengok video kedua? Dan maaf sekali lagi, saya rasa terganggu pula saya bila minta maaf tapi ada "andai salahnya datang daripada aku". Maaf, tapi pada saya memang cik bersalah dan saya tak nafikan ada juga salah daripada pihak kedai tersebut. Respect akak tu sebab mampu kawal situasi dengan baik. Cuma kes tax tu kalau kena ambil tindakan, masalah juga tu kalau pihak berkuasa tahu. Jujur saya katakan, walaupun saya tak faham cara dia berfikir, tapi saya hormat keyakinannya yang begitu tinggi. Cuma kadangkala, keyakinan tu boleh memakan diri sendiri dan orang lain. Tapi alhamdulillah dah selesai pun isu ini. Cuma saya harap kita semua dapat belajar sesuatu daripada apa yang jadi ni. Credit : TT keknanjudge

Cikgu_Anep

494,764 views • 2 years ago