正在加载视频...

视频加载失败

Palat darat ....

22,152 次观看 • 7 个月前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

Cantik wei.... Ferret scout car....tapi rasanya mahu kat 50 tahun kot keta ni..... memang hebat la mekanik yang boleh bagi gerak balik selaju itu... Oleh Mynewshub FERRET Scout Car ialah kenderaan perisai ringan 4x4 yang direka untuk tugas peninjauan oleh syarikat Daimler di United Kingdom. Diperkenalkan pada tahun 1952, ia digunakan secara meluas oleh Tentera British, Rejimen RAF, dan negara-negara Komanwel termasuk Malaysia. Ciri-Ciri Utama Pengeluar: Daimler Company Tempoh Pengeluaran: 1952–1971 Jumlah Dihasilkan: 4,409 unit Enjin: Rolls-Royce B60, 6 silinder petrol, 130 hp Kelajuan Maksimum: 93 km/j (58 mph) Jarak Operasi: 306 km (190 batu) Berat: 3.7 tan Krew: 2 orang (pemandu dan komander/gunner) Persenjataan: Biasanya dilengkapi dengan mesingan .30" (7.62mm) Browning atau GPMG, serta pelancar bom asap. Sejarah dan Penggunaan Ferret dibangunkan selepas Perang Dunia Kedua untuk menggantikan kenderaan peninjauan seperti Daimler Dingo. Ia menampilkan reka bentuk badan monokok yang rendah dan sistem transmisi yang membolehkan semua gear digunakan dalam mod undur, memberikan kelebihan mobiliti dalam situasi tempur . Kenderaan ini telah digunakan dalam pelbagai konflik termasuk Darurat Malaya, Krisis Suez, dan Perang Saudara Lebanon. Ia juga telah digunakan oleh lebih 20 negara, termasuk Malaysia, di mana ia masih digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk tugas rondaan dan pengiring . Varian Terdapat lebih 16 varian Ferret, termasuk: Mk 1: Tanpa turet, untuk tugas perhubungan Mk 2: Dilengkapi dengan turet berputar dan mesingan Mk 2/6: Dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu anti-kereta kebal Vigilant Mk 5: Dilengkapi dengan peluru berpandu Swingfire dan mesingan GPMG . Kegunaan di Malaysia Malaysia menerima 92 unit Ferret Mk 2 antara tahun 1962 dan 1964. Walaupun Tentera Darat Malaysia telah menggantikan Ferret dengan kenderaan yang lebih moden, beberapa unit masih digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk tugas rondaan dan pengiring, serta oleh tentera untuk tujuan perarakan dan upacara. -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

53,838 次观看 • 1 年前

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc Oleh Mynewshub HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau Phu Quoc di selatan Vietnam, Sabtu lalu. Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan pada 11 Julai 2026 ketika bot berkenaan dalam perjalanan pulang daripada lawatan ke Pulau Hon May Rut Ngoai menuju ke Pelabuhan An Thoi. Bot itu membawa 32 pelancong warga India bersama empat kru dan kakitangan warga Vietnam ketika ia terbalik beberapa ratus meter dari pantai. Menurut pihak berkuasa tempatan, 15 mangsa yang maut terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita, kesemuanya warga India. Seramai 21 individu pula berjaya diselamatkan dalam operasi yang melibatkan polis, tentera laut, pengawal sempadan, pasukan penyelamat serta pengusaha bot berhampiran. Laporan awal menyebut keadaan laut bergelora, angin kencang dan ombak besar ketika kejadian. Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar bot berkenaan terbalik. Operasi menyelamat dilaporkan berdepan kesukaran akibat ombak yang mencecah sehingga tiga meter, selain terdapat mangsa yang dipercayai terperangkap di dalam bot selepas ia terbalik. Kesemua 36 individu yang berada di dalam bot akhirnya berjaya dibawa ke darat, dengan mangsa cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan. Menurut Kedutaan India, sebahagian besar mangsa yang maut berasal dari negeri Tamil Nadu, manakala mangsa lain berasal dari Andhra Pradesh dan Kerala. Daripada 17 pelancong India yang terselamat, 16 dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala seorang lagi masih menerima rawatan dalam keadaan kritikal. Kumpulan pelancong berkenaan dilaporkan menyertai lawatan syarikat yang dianjurkan oleh pengeluar barangan elektronik India, Lava International. Dalam perkembangan terbaharu, polis Vietnam menahan jurumudi bot berusia 57 tahun bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran peraturan keselamatan pengangkutan air. Pihak berkuasa turut membuka siasatan jenayah bagi memeriksa keadaan bot, dokumen pendaftaran, kelayakan jurumudi, prosedur pelepasan dari jeti serta peralatan keselamatan yang disediakan kepada penumpang. Kerajaan Vietnam mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan, selain meminta semua bantuan sewajarnya diberikan kepada mangsa yang terselamat dan keluarga mereka. Kedutaan India di Vietnam turut menubuhkan pusat bantuan kecemasan di Hanoi dan Ho Chi Minh City bagi menyelaras bantuan serta urusan penghantaran pulang mangsa. Angka rasmi setakat ini ialah 15 maut dan 21 terselamat, bukannya 18 kematian seperti yang didakwa dalam beberapa hantaran media sosial. Phu Quoc merupakan antara destinasi peranginan utama Vietnam dan terkenal dalam kalangan pelancong antarabangsa dengan aktiviti lawatan pulau serta perkhidmatan bot laju. — MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

24,812 次观看 • 3 个月前

TMJ: Gaya Ketenteraan Yang Bukan Lakonan — Dibentuk Dari Darah, Disiplin & Medan Sebenar KUALA LUMPUR – Setiap kali Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, muncul dengan gaya ketenteraan—cara memegang senjata, pegangan taktikal, gaya berkuda, kepantasan membuat keputusan—ia kelihatan terlalu ‘asli’, terlalu profesional untuk dianggap sekadar lakonan. Jawapannya jelas: Tuanku bukan belajar sehari dua. Tuanku memang tentera. Dilatih Sejak Belia: Dari Dehradun Ke Jaipur TMJ memulakan perjalanan ketenteraan secara formal di institusi yang melahirkan pegawai-pegawai elit dunia — Indian Military Academy (IMA), Dehradun. Tuanku menjalani latihan Pegawai Kadet dari 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, satu tempoh yang penuh dengan: Latihan medan intensif Pengendalian senjata Latihan strategi peperangan Kepimpinan taktikal Disiplin fizikal & mental Pada tamat latihan, Tuanku ditauliahkan pangkat Leftenan dalam sebuah upacara rasmi penuh istiadat ketenteraan. Anugerah ‘Best In Riding’ – Bukti Kemahiran Bukan Biasa-Biasa Di IMA, Tunku Ismail turut dianugerahkan “Best In Riding”, mengiktiraf kemahiran hebat Tuanku dalam latihan berkuda — satu aspek penting dalam rejimen berkuda India, yang terkenal dengan standard ketat dan disiplin tinggi. Dua Tahun Dalam 61 Cavalry – Detik Bersejarah Seorang Putera Melayu Selepas ditauliahkan, Tuanku ditempatkan pula di unit legenda Tentera Darat India: Unit 61 Cavalry, Jaipur Tempoh: 15 Disember 2004 – 14 Disember 2006 Unit ini merupakan rejimen berkuda penuh tradisi, dan TMJ bukan hanya berada di situ sebagai simbolik, tetapi turut aktif dalam rutin ketenteraan harian. Sejarah Dunia: Rakyat Asing Pertama Tabik Hormat Di Hari Kebangsaan India Pada 20 Januari 2007, TMJ mencatat sejarah besar: Rakyat asing pertama menyertai rejimen berkuda India memberi tabik hormat kepada Presiden India, Dr. A.P.J. Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58. Majlis itu turut disaksikan pemimpin dunia termasuk Presiden Russia, Vladimir Putin. Ini bukan pencapaian kecil. Ia meletakkan Tuanku dalam buku sejarah ketenteraan antarabangsa. Latihan Lanjutan: Gerak Khas & PULAPAK Walaupun sudah memiliki latar ketenteraan dunia, TMJ tidak berhenti setakat itu. 2008: Kursus Kepakaran Gerak Khas Tuanku menjalani latihan elit Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing dari 14 Julai hingga 23 September 2008. 2008: Kursus Asas Payung Terjun Dari 9 Oktober hingga 19 November 2008, TMJ mengikuti latihan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULAPAK) — kursus yang biasanya hanya diikuti anggota operasi khas terpilih. Beret Hijau GGK – Pengiktirafan Prestij Tinggi Pada 1 Ogos 2010, TMJ dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Grup Gerak Khas (GGK) — satu penghormatan yang hanya diberikan kepada individu yang benar-benar memberikan sumbangan bermakna dan difikirkan layak oleh pasukan elit tersebut. Pengiktirafan ini mencerminkan dua perkara: 1. Kepimpinan taktikal Tuanku diiktiraf pasukan elit Malaysia. 2. Kualiti latihan ketenteraan Tuanku berada pada tahap tertinggi. Kenapa Gaya TMJ Tidak Nampak Kekok? Kerana Ia Autentik. Semua pengalaman ini menjelaskan mengapa gaya ketenteraan TMJ tidak pernah kelihatan janggal: Tuanku pernah menjalani latihan sebenar, bukan simulasi ringan Pernah ditempatkan dalam unit tentera aktif Menerima disiplin, struktur dan budaya ketenteraan sebenar Memiliki ilmu kepimpinan medan, bukan teori semata-mata Memiliki hubungan rapat dengan pasukan elit Malaysia Bila TMJ memegang senjata, memberi arahan atau melakukan gerakan taktikal — anda sedang melihat seorang yang benar-benar pernah hidup sebagai tentera, bukan pelakon.-MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

13,189 次观看 • 10 个月前

Mat Rempit Dipercayai Langgar Peserta KLSCM 2026 Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR: Sebuah motosikal didakwa memasuki laluan yang ditutup bagi acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 pagi tadi dan melanggar seorang peserta wanita. Setakat ini tidak diketahui keadaan peserta itu. Video yang viral di media sosial bagaimanapun memperlihatkan keadaan mangsa agak teruk dan terbaring tertiarap di atas jalan di lokasi kejadian. Berdasarkan tangkap layar perkongsian yang diterima, kejadian itu didakwa berlaku ketika acara larian berlangsung pagi tadi. Individu yang menulis perkongsian berkenaan mendakwa satu rakaman menunjukkan seorang pelari terbaring di atas jalan, manakala dua individu memakai helmet ditahan polis di sebelahnya. Bagaimanapun, tangkap layar dan video tersebut tidak mencukupi untuk menentukan sepenuhnya punca pelari itu terbaring atau mengesahkan sama ada berlaku pelanggaran membabitkan motosikal. Dakwaan bahawa penunggang terbabit sengaja mengganggu acara juga belum dapat disahkan. Identiti individu, lokasi tepat serta keadaan pelari berkenaan masih belum dipastikan. Beberapa jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur ditutup pagi tadi bagi memberi laluan kepada kategori 10 kilometer dan lima kilometer KLSCM 2026. Penutupan itu dilaporkan bermula pukul 5 pagi hingga 10 pagi. Notis awal penutupan beberapa jalan telah dikeluarkan pihak penganjur dengan kebenaran pihak berkuasa. Pengguna jalan raya perlu mematuhi arahan penutupan dan lencongan bagi menjaga keselamatan peserta serta petugas sepanjang acara berlangsung. Orang ramai yang mempunyai rakaman asal atau menyaksikan kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu pengesahan, serta mengelakkan penyebaran tuduhan terhadap individu sebelum fakta sebenar dikenal pasti. -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

101,029 次观看 • 12 天前

Apa punya bahalol la lari pada JPJ sampai camni sekali...... *Lelaki diekori JPJ lompat keluar dari lori hingga rempuh rumah* MELAKA: Seorang lelaki melompat keluar dari lori lima tan dipandunya ketika diekori pasukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah rumah di Jalan KJ51, Taman Krubong Jaya, petang tadi. Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu berusia 27 tahun itu berjaya ditahan dengan bantuan penduduk setempat. Katanya, lori itu dikesan di Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA) sebelum diarah berhenti oleh pasukan penguat kuasa untuk pemeriksaan. "Namun, pemandunya enggan berhenti dan berlaku insiden mengejar hampir sejam sejauh 25 kilometer sehingga ke Taman Krubong Jaya. "Lelaki itu kemudian melompat keluar dari lori menyebabkan kenderaan itu bergerak tanpa kawalan dan merempuh sebuah rumah di Jalan KJ51, Taman Krubong Jaya," katanya dihubungi di sini. Menurutnya, insiden ini mengakibatkan kerosakan pada pagar, tembok rumah dan pikap Mitsubishi Triton. "Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya lagi. Muhammad Firdaus berkata, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal dan hasil semakan didapati lori berkenaan mempunyai lapan saman lampau yang sudah diselesaikan. "Namun, kita keluarkan lima notis saman baharu terhadap pemandu atas kesalahan seperti tiada Lesen CDL (Lesen Memandu Kompeten) dan GDL (Lesen Memandu Barangan), tidak mematuhi lampu isyarat merah, serta memandu secara cuai," katanya. Terdahulu, tular video berdurasi 42 saat memaparkan lori dipandu melawan arus dan tidak berhenti sambil diekori kenderaan JPJ dekat Gangsa. Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad Februari 19, 2025 @ 9:50pm [email protected] Artikel ➡️ Berita Harian

MYNEWSHUB

447,696 次观看 • 1 年前