Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

16,446 views • 6 months ago •via X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

Pekerja kedai makan dibelasah kerana lambat terima pesanan SENTUL – Dua lelaki ditahan selepas memukul dua pekerja kedai makan kerana lambat menerima pesanan di sebuah kedai makan di Jalan Perhentian Haji Salleh, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima aduan daripada wanita tempatan berusia 44 tahun kira-kira pukul 8.03 pagi. Pengadu yang merupakan pemilik kedai mengadu pekerjanya telah dipukul dan peralatan kedai makan dirosakkan. “Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semasa pekerja pengadu sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan telah didatangi seorang lelaki dikenali yang membuat pesanan minuman pada pukul 6 pagi. “Memandangkan gerai baru dibuka, pekerja pengadu menjelaskan pesanan tidak dapat dibuat dengan segera menyebabkan suspek bertindak memaki hamun pekerja tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, suspek beredar setelah pesanannya diterima namun datang semula setengah jam kemudian sebelum memaki hamun pengadu dengan perkataan kesat dan memukul kepala mangsa menggunakan sebatang penyapu. “Sekitar pukul 8.30 pagi setelah pengadu selesai membuat laporan polis, suspek sekali lagi datang bersama seorang rakannya yang tidak dikenali telah memaki hamun pengadu dan pekerjanya serta bertindak merosakkan peralatan di gerai tersebut. “Kedua-dua suspek ditahan di kedai bersebelahan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta peronda (MPV) yang ditugaskan ke tempat kejadian,”jelasnya. Menurut Sukarno, pihaknya merampas sebatang cota dan sebuah topi keledar berwarna biru yang digunakan semasa kejadian. Ekoran kejadian tersebut, dua orang pekerja pengadu telah mengalami kecederaan ringan di kepala dan belakang badan serta disahkan oleh Pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur. Pengadu mengalami kerugian bernilai anggaran RM12,000 akibat kejadian terbabit. “Seorang dari suspek yang ditangkap mempunyai sembilan rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. “Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan,”jelasnya. Tambahnya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. -KOSMO! ONLINE. Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI 26 Ogos 2023, 2:36 pm *Baki video di Channel Telegram Mynewshubviral

MYNEWSHUB

459,688 views • 3 years ago

Aku Tidak Akan Halalkan Duit Infaq Tu❗️ Rakaman perbualan antara bapa anak syurga dengan rakannya menjadi asas kepada pendedahan ini. Pada hari pemergian anak perempuannya yang berusia 11 tahun. Bapa arwah pada asalnya telah membuat pembayaran sebanyak RM10 kepada pihak hospital. Ianya sebagai caj perkhidmatan penggunaan van jenazah bagi perjalanan sejauh 9.8 kilometer dari Hospital Melaka ke Taman Merdeka, Batu Berendam. Bagaimanapun, seorang rakan beliau telah mencadangkan agarmenggunakan perkhidmatan Van Jenazah Melaka yang dikata menawarkan perkhidmatan secara percuma. Beliau kemudian bersetuju dengan cadangan tersebut dan membatalkan penggunaan van jenazah milik hospital. Sebaik sahaja van jenazah tiba, beliau telah bertanyakan sebanyak tiga kali kepada dua orang petugas yang dikenali sebagai Azlan dan Rahmat berhubung kos perkhidmatan tersebut. Beliau mendakwa kedua-dua petugas berkenaan memaklumkan bahawa perkhidmatan itu adalah percuma. Namun selepas seminggu, seorang individu yang dikenali sebagai Azlan menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp bagi meminta bayaran untuk perkhidmatan van jenazah anaknya. Beliau kemudian mempertikaikan permintaan tersebut kerana mendakwa telah dimaklumkan sebelum ini bahawa perkhidmatan itu adalah percuma. Walau bagaimanapun, Azlan menafikan pernah memberitahu perkhidmatan mereka percuma. Azlan juga memaklumkan tiada sebarang iklan atau kad perkhidmatan yang menyatakan perkhidmatan Van Jenazah Melaka adalah percuma. Bapa arwah kemudian menghantar rakaman pesanan suara kepada rakannya yang sebelum ini mencadangkan penggunaan perkhidmatan tersebut. Namun beliau kecewa apabilw dimaklumkan bahawa bayaran sebanyak RM100 perlu dibuat atas nama infaq. Tujuan pendedahan ini bukanlah semata-mata kerana nilai RM100. Sebaliknya si bapa berasa kecewa dan mendakwa telah diperdaya dengan perkhidmatan yang pada awalnya dikata sebagai percuma. Beliau berharap tiada lagi waris lain yang kematian ahli keluarga di Melaka akan tertipu dan menjadi mangsa.

MYNEWSHUB

64,453 views • 1 month ago

Rider Penghantar Makanan Dakwa Dipukul Selepas Tegur Kereta Hampir Langgar Kotak Penghantaran Oleh Mynewshub MUAR, 22 Jun – Seorang penghantar makanan mendakwa menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki selepas berlaku perselisihan faham ketika mengambil pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di Muar, malam Sabtu lalu. Berdasarkan kandungan laporan polis yang dibuat, kejadian didakwa berlaku sekitar jam 10 malam di kawasan parkir sebuah premis makanan segera di Astaka KFC, Muar. Pengadu yang merupakan lelaki berusia 26 tahun memaklumkan insiden bermula apabila sebuah kereta jenis Proton Waja dikatakan mengundur keluar dari petak parkir dan hampir melanggar motosikal miliknya. Menurut laporan itu, pengadu kemudian memaklumkan kepada pemandu bahawa kenderaan tersebut hampir terkena kotak penghantaran makanan miliknya. Namun, situasi didakwa bertukar tegang apabila individu terbabit bertindak memarahi sebelum berlaku pertengkaran. Pengadu mendakwa dia kemudiannya ditendang di bahagian dada dan dipukul di kepala beberapa kali. Tidak lama selepas itu, seorang lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek awal turut datang ke lokasi dan didakwa sekali lagi memukul mangsa di bahagian yang sama. Dalam laporan tersebut, pengadu turut mendakwa motosikal miliknya ditendang selain telefon bimbitnya dibaling sehingga mengalami kerosakan. Akibat kejadian itu, mangsa mendakwa mengalami kesakitan pada beberapa bahagian badan termasuk kecederaan pada kaki kanan serta kerosakan pada motosikal dan telefon bimbit. Pengadu memaklumkan beliau membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan memohon tindakan lanjut diambil pihak berkuasa. Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan atau sebarang tangkapan berkaitan kejadian tersebut.-MYNEWSHUB Nota: Berita ini disediakan berdasarkan kandungan laporan polis yang dikongsikan satu pihak. Dakwaan masih tertakluk kepada siasatan dan pengesahan pihak berkuasa. Hasil akhir siasatan mungkin berbeza dari kandungan laporan.

MYNEWSHUB

29,120 views • 2 months ago