Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Pundek punya pelanggan....

26,165 Aufrufe • vor 1 Jahr •via X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfügbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

Ähnliche Videos

PELANGGAN MENGAMUK DI KEDAI NASI CAMPUR, PEKERJA DIPUKUL GARA-GARA HARGA RM13 IPOH, 3 Jun 2025 – Sebuah insiden keganasan mengejutkan berlaku di sebuah kedai nasi campur di Meru Raya, di sini baru-baru ini apabila seorang pelanggan bertindak agresif dan menampar seorang pekerja kedai, dipercayai tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dikenakan. Menurut saksi kejadian, lelaki berkenaan yang berpakaian serba hitam telah memesan dua hidangan nasi putih bersama beberapa lauk berasaskan daging termasuk bebola daging, ayam mentega dan ayam goreng. Jumlah keseluruhan harga makanan tersebut ialah RM13. Namun, lelaki itu dikatakan berang dengan harga berkenaan dan bertindak mempersoalkan caj yang dikenakan. Meskipun pekerja kedai tersebut – seorang warga asing – telah memulangkan semula wang pelanggan itu, insiden tidak berakhir di situ. Lelaki terbabit kemudian dilaporkan kembali semula ke premis sebelum didakwa menampar pekerja berkenaan di hadapan pelanggan lain. “Saya lihat lelaki tu memang dah dapat balik duit, tapi dia tetap datang semula dan terus serang pekerja tu tanpa sebab munasabah,” ujar salah seorang pelanggan yang enggan dikenali. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah. Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri atau menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian, sebaliknya menyalurkan aduan melalui saluran yang betul. Tindakan pelanggan tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan, apatah lagi pekerja kedai hanya menjalankan tugas mengikut arahan majikan. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih bersikap rasional dan menghormati pekerja di sektor perkhidmatan yang turut berusaha mencari rezeki demi kelangsungan hidup. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

177,776 Aufrufe • vor 1 Jahr