正在加载视频...

视频加载失败

'Sekali lagi Yang Berhormat buat, saya halau keluar dewan' Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor menegur Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan agar menjaga adab ketika berada di dalam Dewan Rakyat. Beliau pada masa sama memberi amaran bahawa Mohd Sany akan diminta keluar Dewan...

42,161 次观看 • 26 天前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

RM167 juta wang pencen rakyat lesap dalam kes pelaburan KWAP ke dalam syarikat startup Indonesia, eFishery. Pengasasnya pun sudah dipenjara. Bukan cerita semalam. Bukan minggu lepas. Dah lebih setahun. Satu dunia dah lapor. Pelabur antarabangsa dah bincang. Semua orang tahu. Tapi di Dewan Rakyat? Sunyi. Saya tertanya-tanya. Macam mana perkara sebesar ini boleh tak dibangkitkan? Pembangkang ada lebih 70 orang Ahli Parlimen. Campur BN, lebih 100 orang. Setahun. Seorang pun tak bangun tanya? Kalau bukan Wong Chen yang bangkitkan pertanyaan, entah sampai bila RM167 juta duit pencen rakyat ini terus berlalu tanpa sesiapa yang meminta penjelasan. Sebab itu saya selalu kata, kita terlalu taksub pada angka. Kita fikir lagi ramai Ahli Parlimen, lagi kuat semak imbang. Hakikatnya belum tentu. Yang menentukan bukan jumlah kerusi. Yang menentukan siapa yang buat kerja. Sebab seorang Ahli Parlimen yang rajin membaca laporan, menyemak angka, dan berani bertanya soalan yang betul boleh memberi lebih banyak tekanan daripada seratus orang yang hanya memenuhi kerusi. Itulah bezanya. Sebab itu bila orang tanya kenapa saya masih berkeras hendak bina BERSAMA, walaupun orang kata parti kecil, tak ramai wakil rakyat, tak mungkin menang - jawapan saya mudah: Kalau ada empat atau lima orang daripada kami yang betul-betul menjalankan amanah mereka, boleh menggegarkan Dewan Rakyat. Lebih daripada seratus orang yang memilih untuk diam. Akhirnya politik bukan soal siapa paling ramai. Politik soal siapa yang sanggup buat kerja. Ikuti kupasan penuh saya berkenaan pelaburan KWAP dan eFishery di Podcast YBM Episod 56:

Rafizi Ramli

48,986 次观看 • 2 天前

𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗘𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜, 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗔𝗧? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 次观看 • 9 个月前

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗞𝗥 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗞𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗧𝗬𝗟𝗘 𝗕𝗟𝗢𝗖𝗞 𝗖𝗛𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Satu perkara yang membezakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Dato’ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata “he wants to have a cake and eat it too”. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang “strong, formidable and convincing”, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: “biarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjut”. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Dato’ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,716 次观看 • 5 个月前

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik - Nazif Najib Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran dimuat naik anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin di media sosial hari ini. Hantaran tersebut sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen berhubung kemungkinan Najib bakal dibebaskan dalam masa terdekat. "Terima kasih kepada semua yang masih setia bersama beliau walau dalam apa jua keadaan. Doa dan ingatan kalian amat bermakna. "Semoga Aidiladha kali ini hadir bersama khabar yang baik buat Ayahanda. Sama-sama kita terus mendoakan agar kebenaran dan keadilan berpihak kepada beliau," katanya. Terdahulu, Mohd. Nazifuddin berkongsi kisah beliau didatangi seorang wanita warga emas mengadu rindu pada Najib dan berharap bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan. Menurutnya, wanita tersebut membawa beg memamparkan wajah Najib dan hampir menitis air mata ketika memintanya menyampaikan salam kepada ayahandanya. "Kasih dan ingatan seorang rakyat terhadap pemimpin yang pernah berjasa itu masih begitu kuat. Jujur saya cukup terharu melihat kasih sayang yang masih utuh sampai hari ini," ujar beliau. Katanya, bukan itu sahaja, beliau juga sempat bertemu beberapa pemandu teksi yang berkongsi perkara sama mengenai Nahib. "Mereka merindui zaman Datuk Seri Najib dan meluahkan kesusahan ekonomi yang dirasai hari ini berbanding dahulu. Berkali-kali mereka meminta saya sampaikan salam kepada ayahanda," katanya. - MYNEWSHUB Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nazif Najib

MYNEWSHUB

13,546 次观看 • 2 个月前

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR. Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video. Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang. Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat. Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini? Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti. Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa? Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker. Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit. Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti. Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia. Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR. Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi. Tapi saya tenang dan gembira. Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat. Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati. Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun. Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan. Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me. Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan. BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk. Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat. Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya. Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati dan daftar jadi ahli. Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat. Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat. Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat. Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them. Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di

Rafizi Ramli

63,190 次观看 • 2 个月前

𝐓𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐕𝐂𝐎𝐌 - 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐄𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐁 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐋𝐀𝐂𝐊𝐑𝐎𝐂𝐊! Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional telah berjuang bermati-matian menggunakan segala jenis saluran perundangan, dan politik untuk menangguhkan/membatalkan penjualan saham aset strategik negara yang diuruskan MAHB kepada GIP milik BlackRock Inc. yang menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Hari ini satu lagi berita duka bilamana benteng terakhir kita iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang merupakan pemantau dan penyelia hal ehwal ekonomi sektor penerbangan negara telah dibubarkan untuk diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Semua ahli parlimen PN membantah Rang Undang-Undang ini kerana kami mahu ianya diteliti semula dalam Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen melibatkan Pengangkutan. Tindakan terburu-buru kerajaan Madani ini jelas menunjukkan ada udang disebalik batu: persetankan apa jua rakyat kata dan tegur yang penting saham MAHB perlu dijual dengan harga murah RM 11 per saham kepada GIP-BlackRock. Kesan daripada pembubaran MAVCOM yang akan diserap masuk ke dalam CAAM ini akan memberi kuasa yang besar kepada Menteri DAP yang jaga MAHB melebihi daripada apa yang ada sebelum ini. MAVCOM adalah sebuah badan bebas dan mandiri yang menjaga kepentingan negara dan orang ramai. Biarpun Menteri DAP Anthony Loke memberi jaminan kononnya MAVCOM masih boleh berfungsi walaupun pembubaran sedang berjalan, kami khuatir kuku dan taring MAVCOM akan dipotong untuk menegur pihak kerajaan Madani yang begitu rakus ingin percepatkan penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock Inc. Kerisauan ini turut dikongsi bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan yang diketahui ramai berpengalaman dalam dunia koperat. Suara beliau yang tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB ini ada asasnya - sama seperti yang kami dan ramai lagi telah tegaskan. Kami kalah dalam undian di Dewan Rakyat tadi tapi Perikatan Nasional tidak akan sesekali menjual maruah dan prinsip kami demi kemewahan ekonomi semata-mata seperti dihujahkan oleh Menteri-Menteri kerajaan Madani. Nampaknya ada satu sahaja bahasa yang Anwar Ibrahim akan faham: kita akan protes di JALANAN! 𝐘𝐁 𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐘𝐇𝐒𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐋 Ahli Parlimen Machang, Ketua Porfolio Hubungan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional. #MAHB #BlackRock #DewanRakyat #klia #WanFayhsal #AnthonyLoke #AnwarIbrahim #Khazanah #KWSP

Wan Ahmad Fayhsal

91,845 次观看 • 2 年前