Sensitive content

This media may contain sensitive content.

Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

"Simpan dalam tabung haji" agak2 mana duit raya kita dulu ? 😭🤣

74,772 views • 1 year ago •via X (Twitter)

8 Comments

oliver shizuoka's profile picture
oliver shizuoka1 year ago

Duit sunat pernah dapat RM600, duit raya pon pernah dapat sampai RM500 aku tahu ja makayah aku dh guna duit tu, paham2 jela bila makayah ckp nk smpan dalam bank tapi x bawak aku ke bank pon. bukti smpanan ke bank tu takda langsung, bila besar baru fhm.

Gemmy Whi's profile picture
Gemmy Whi1 year ago

Kesian kat korang yg tak merasa duit sendiri. Aku by the time umur dah 18, dah ada rm5k saving, tu semua duit raya sepanjang 18 tahun. Duit th mmg mak ayah masuk pakai duit sendiri..

Panda FOR PEANUT 🥜's profile picture
Panda FOR PEANUT 🥜1 year ago

sampai sekarang aku mengharapkan nama bank yang mak aku simpan tu .. nama bank pun jadilah ..

Wan's profile picture
Wan1 year ago

Sadonya mak. Baka bison ke

🍉 Public Health is Laif!'s profile picture
🍉 Public Health is Laif!1 year ago

Halalkan jr la deme pon guna utk kelangsungan hidup Kita.

Who Amm I? 🇵🇸's profile picture
Who Amm I? 🇵🇸1 year ago

Siap dia cong duit 50 tu! Hahahahaha Ingat nak main kad ke acik? 😂😂

.'s profile picture
.1 year ago

Ibu saya bukan amanah, dia berjaya simpan untuk saya dan saya gunakan untuk beli laptop semasa diploma dahulu

Sensibo's profile picture
Sensibo1 year ago

📷 A tough day in the jungle—how does this sloth overcome it? The twist you didn’t see coming

Related Videos

𝗗𝗜𝗟𝗘𝗠𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 Tabung Haji adalah institusi yang sangat penting dan berharga untuk rakyat Malaysia. Selepas terheret dengan pelbagai pelaburan yang tidak baik dan amalan kewangan yang dipersoalkan, Tabung Haji diberi nafas apabila aset-aset toksik dikeluarkan dari Tabung Haji dan ditanggung oleh rakyat Malaysia, melalui satu penstrukturan kewangan yang berlaku dalam tahun 2019. Dari satu sudut, keyakinan bahawa tadbir urus Tabung Haji bertambah baik ada tanda-tanda pulih, jika kita melihat kepada jumlah deposit yang masuk berbanding yang keluar. Ini trend simpanan deposit Tabung Haji sejak 2019: 2019: Masuk - RM15b Keluar RM - 21b 2020: Masuk - RM17b Keluar - RM13b 2021: Masuk - RM20b Keluar - RM15b 2022: Masuk - RM23b Keluar - RM21b 2023: Masuk - RM22b Keluar - RM23b Kita belum dapat penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun 2024. Namun, ada sedikit kebimbangan sekiranya trend lebih banyak deposit dikeluarkan daripada yang disimpan, ini akan menyulitkan keadaan. Tabung Haji kini tidak lagi boleh beroperasi seperti dulu-dulu, atas tiga sebab utama: Pertama: Masalah kewangan yang ditanggung sebelum ini, melibatkan suntikan dana RM19.9 bilion dari dana awam apabila kerajaan menerbitkan sukuk untuk membeli pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian. Suntikan dana ini perlu dibayar balik oleh Tabung Haji apabila masa untuk membayar sukuk itu tiba. Besar kemungkinan Tabung Haji tidak mampu membayar keseluruhan RM19.9 bilion yang disuntik, namun apa-apa bayaran pun akan ada kesan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji. Maka, nilai pulangan kepada pendeposit tidak boleh tinggi seperti dahulu, yang menyebabkan orang ramai tidak begitu berminat lagi untuk menabung di Tabung Haji. Kedua: Kos pengurusan ibadah haji sebenarnya jauh lebih tinggi sekarang berbanding 10-20 tahun yang lepas. Tabung Haji pula tidak boleh menaikkan harga yang dikenakan untuk membayar kos itu, jadi ada unsur subsidi yang mengekang kadar keuntungan Tabung Haji. Lebih tinggi subsidi yang dibayar setiap tahun untuk mengekang kenaikan kos haji, lebih rendah keuntungan yang dicatat, lebih rendah kadar hibah yang dapat diisytiharkan, maka kembali kepada masalah pertama iaitu kebimbangan kadar tabungan semakin perlahan. Ketiga: Giliran naik haji adalah lebih panjang diakibatkan kuota yang terhad bagi sesebuah negara. Mereka yang mendaftar sekarang mungkin terpaksa menunggu 50 hingga 70 tahun untuk mendapatkan giliran, menyebabkan ada yang merasakan mereka tidak akan berpeluang menunaikan ibadah haji. Ini juga mempengaruhi kadar simpanan pendeposit, berbalik kepada masalah pertama. Tiga masalah berangkai ini akan mempengaruhi kedudukan Tabung Haji dalam tahun-tahun yang akan datang. Sebagai seorang rakyat biasa, saya harap pimpinan kerajaan, pembangkang, tokoh-tokoh agama dan pimpinan masyarakat ada juga berbincang mengenai perkara ini agar kita dapat nilai penyelesaian yang hendak dibawa oleh setiap pihak. Apa pandangan anda?

Rafizi Ramli

14,293 views • 9 months ago